HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Tuesday, 10 July 2012

BUDAK 4 TAHUN TEWASKAN ORANG DEWASA..!!


Anak-anak ini baru berusia 4 tahun tapi dah pandai lafazkan Rukunegara.. Malu lah kalau ada orang dewasa pun tak tau Rukunegara..

Tengok video ni..
 
Inilah antara ilmu yang diterapkan dalam kurikulum Permata Negara di seluruh negara..


Semalam YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri telah merasmikan Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Kerinchi yang telah beroperasi mulai 27 Mei lalu..

Khabarnya PAPN Kerinchi ini dijanjikan oleh YAB PM pada Januari lalu.. Nah! Selepas 4 bulan ia telah mula beroperasi..
JANJI DIKOTA!!

Ramai yang tak tau.. PAPN ni hanya untuk keluarga berpendapatan bawah RM1500.. Kemudahan?? GRED A la bai..!!
Kepada yang mampu boleh hantar anak ke pusat asuhan swasta.. Tak mahal dalam RM300-400 sebulan..
 PAPN tak kenakan bayaran..!! FREE.!! tapi hanya untuk golongan berpendapatan rendah..

ZZ bukan ORANG POLITIK.. Tapi ZZ sokong segala usaha untuk memajukan bangsa dan negara..!!



ZZ ~ jangan peduli orang kata asal niat kita baik..!!

 


Baca Selanjutnya ...

ZZ TERKENANGKAN MAK UNGKU..IBU AZAH AZIZ





AL-FATIHAH...
Tokoh budaya, Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, meninggal dunia semalam.

Menurut seorang anggota keluarga terdekat, Azah, 83, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira jam 10 pagi. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Asar. 



SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG BERIMAN..

ZZ SENDIRI MEMANG ADA BANYAK PENGALAMAN DENGAN MAK UNGKU SEMASA MENJAGA MEJA WANITA DI BILIK BERITA TV RTM DAHULU. BELIAU MEMANG SALAH SEORANG IDOLA ZZ SEHINGGAKAN BAGI EPISOD PERTAMA MUSIM PERTAMA PROGRAM 'APA KATA WANITA' , MAK UNGKU ADALAH TETAMU PERTAMA & EKSKLUSIF ZZ. MASIH INGAT LAGI TARIKHNYA 2 JANUARI 2009 DAN SIARAN AKW KETIKA ITU LIVE JAM 9 MALAM DI TV1. WALAUPUN MAK UNGKU TAK ADA PENGANGKUTAN UNTUK DATANG KE ANGKASAPURI, ZZ SENDIRI YANG JEMPUT BELIAU DARI RUMAHNYA DI PETALING JAYA DAN HANTAR SEMULA SELESAI SIARAN.

EPISOD 1 AKW PADA TAHUN 2009
SEBELUM ITU, SEMASA ZZ BERADA DI MEJA EKONOMI PULA, MEMANG SELALU JUGA ZZ MENEMURAMAH PAK UNGKU. KETIKA ITULAH HUBUNGAN BAIK ZZ DENGAN BELIAU BERDUA BERMULA. SEBENARNYA BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH UNTUK INTERVIEW PAK UNGKU, ZZ SEBELUM ITU DAPAT MAKLUMBALAS DARIPADA RAKAN-RAKAN WARTAWAN YANG MENGATAKAN TAK RAMAI YANG BERANI UNTUK MENDAPATKAN PANDANGAN PAK UNGKU. KATA-KATA SEPERTI. "KALAU ILMU TAK PENUH DI DADA, OTAK KOSONG JANGAN HARAP PAK UNGKU AKAN LAYAN PERTANYAAN ANDA." PERNAH BEBERAPA PENGALAMAN RAKAN WARTAWAN DIMINTA PULANG SEMULA SEBELUM MULA MENEMURAMAH PAK UNGKU KERANA BELIAU SENDIRI TAK BERMINAT MENJAWAB SOALAN-SOALAN YANG DITANYAKAN.

MASIH INGAT LAGI KALI PERTAMA ZZ MENGHUBUNGI PAK UNGKU UNTUK MENDAPATKAN 'APPOINTMENT'  BERTANYAKAN SATU ISU EKONOMI, ZZ MENELEFON PAK UNGKU DAHULU DAN MEMPERKENALKAN DIRI. BELUMPUN SEMPAT ZZ MOHON UNTUK BERTEMU BELIAU PADA MASA DAN TEMPAT YANG BELIAU AKAN TETAPKAN,...JENG..JENG..JENG...PAK UNGKU LEBIH DAHULU 'INTERVIEW' ZZ ISU-ISU EKONOMI GLOBAL!! MAK DATUK!!! TAPI NASIB BAIK ALHAMDULILLAH, ZZ BERJAYA MENJAWAB DAN BERKONGSI PANDANGAN ZZ TENTANG ISU-ISU EKONOMI DUNIA DALAM PERBUALAN TELEFON TERSEBUT. 

SEJAK ITU, PAK UNGKU SENTIASA BERLAPANG HATI DAN MEMBERI PRIORITI BAGI ZZ DAN KRU KAMERA UNTUK MENEMURAMAHNYA DAN ZZ JUGA DIPERSILAKAN MENGADAKAN SEMUA INTERVIEW DI DALAM RUMAHNYA. MAK UNGKU PULA YANG TAK PERNAH LEKANG SENYUMAN DI WAJAH YANG MASIH AYU DAN CANTIK SENTIASA MENYEDIAKAN MINUMAN DAN KUEH-MUEH KEPADA ZZ DAN KRU SETIAP KALI ZZ BERTANDANG KE RUMAH MEREKA UNTUK MENEMURAMAH PAK UNGKU. HANYA SEKALI-KALA MAK UNGKU AKAN MENGADU KPD ZZ DIA SAKIT LUTUT,..BIASALAH TU..

ZZ ~ ..Mak Ungku yang sebenarnya lebih selesa kita memanggilnya Ibu Azah..

Baca Selanjutnya ...

PERMATA SENI TAK HEBAT MANE?? JOM SIASAT!!




Sebut Permata Seni pasti ramai dah tahu.. Tak kurang juga ramai nak tahu.. Apa perkembangan Permata Seni??
ZZ teropong-teropong perkembangan anak-anak yang berbakat seni luar biasa ini.. 
Teropong ZZ terjumpa mereka ini di Lambang Sari, Istana Budaya malam tadi..
Diceritakan kepada ZZ rupanya Permata Seni telah dijemput untuk mengadakan persembahan di Dubai..!! 
Mereka ini mendapat jemputan eksklusif daripada Pemerintah Dubai sempena ‘12th Asia Pacific Conference on Giftedness’ pada 13-16 Julai 2012
ZZ sempat meninjau persiapan terakhir si cilik berbakat seni luar biasa yang mendapat perhatian antarabangsa.. 
Syabas! Permata Seni membuktikan bakat seni anak-anak kita dikagumi dan mahu dicontohi oleh dunia luar walaupun hanya ditubuhkan dan lancarkan pada awal 2010.. 
Kalau dulu tiada siapa nak pandang pada bakat seni anak-anak kita tetapi sekarang Permata Seni telah membuktikan mereka bukan JAGUH KAMPUNG.. Khabarnya sebelum ini juga telah beberapa kali mereka dijemput membuat persembahan di serata dunia.. akan ZZ ceritakan di posting akan datang..  



ZZ ~ kecik-kecik dulu takde Permata Seni.. Jeles dengan budak-budak skang...

Baca Selanjutnya ...

Monday, 9 July 2012

THE "PERFECT BRA" !!!



For some women, it's easy to find bras that fit in styles they like.

But many others aren't so lucky, spending endless time
and money in search of that elusive perfect style and fit.




The underwire bra is designed to provide additional lift.

Underwire can be found in many different styles of bras.

Some women swear by their underwire and others find them very uncomfortable.

One way to determine if this is a style of bra that will work for you is to give it a try!


Underwire Bra - from Paris




Underwire Bra - from New York




Underwire Bra - from London



BUT...


The original underwire bra, proudly South African


Now stop laughing and send this to someone who needs a good laugh!!!
ZZ ~ ..hmmm...the big secret...
Baca Selanjutnya ...

Sunday, 8 July 2012

PUNGGUNG TONGGEK ITU SEKSI??


Gambar hiasan

Hari ini ZZ tengok cerita muka depan METRO tajuk 
"TONGGEK BAWA MAUT" 
kisahnya tentang trend popular di kalangan wanita menyuntik kolagen pada bahagian itu semata-mata mahu punggung yang seksi..
 Jadi selepas sesi rakaman AKW hari ini, ZZ pun mengambil peluang buat 'survey syok sendiri' dengan beberapa kawan sepejabat daripada berlainan gender berkenaan isu ini..

 Ini antara maklumbalas sample 'survey' ZZ.. Nama-nama mereka bukanlah nama sebenar yaa..

1. Zeck (25 thn, asal Johor) - Tak best la kalau dapat awek tak de punggung, kalau 'tersentuh' rasa tulang je..hehe...

2. Pak Akob (47 thn, asal Kedah) - Pompuan kalu cantik lagu mana sekali pun macam Rozita Che Wan, tapi kalu takdak pungkok bagi Pak Akob teruih hilang kewanitaannya..orang utara kata 'kimpuihhh..', hilang selera!

3.  Joe (30an, asal KL) - Jika diberi pilihan antara wajah cantik dan punggung montok,..saya akan pilih yang berpunggung tu biarpun wajahnya tak begitu jelita, biasa-biasa saje. Aset tu..

4. Man (30an, asal Shah Alam) - Kami laki-laki kalau nak tahu kalau ada wanita berjalan depan kami, perkara pertama yang kami tengok of coz wajah dia dulu, kalau cun memang kami akan tenung lama, kedua bentuk badan seperti dada dan pinggan,..tetapi paling kami suka kalu wanita tu punya punggung yang naik atau tonggek,..bergetarrrrr jantung kami itu yang paling tak bole tahan..
 

 ZZ ~ cantik untuk suami.. huhu..


Berikut story yang tersiar di Metro..
 
Fenomena membesarkan punggung yang popular di Britain dan Amerika Syarikat kini mula menular di negara ini, terutama di kalangan selebriti, orang kenamaan dan model, supaya kelihatan lebih seksi dan montok.
 
Trend ini semakin menjadi-jadi selepas personaliti popular Britain, Pippa Middleton secara tiba-tiba dilihat memiliki punggung seksi ketika menjadi pengapit kakaknya, Kate pada majlis perkahwinan dengan Putera William, tahun lalu.

Faktor itu menyebabkan ramai mendakwa dia menjalani pembedahan atau suntikan membesarkan punggungnya yang sebelum itu leper.

Selain pengaruh Pippa dan selebriti Barat lain, trend membesar dan memantapkan punggung turut dikaitkan dengan artis Korea dan Jepun yang makin popular di kalangan remaja negara ini.

Pakar kulit, Dr Ko Chung Beng berkata, selepas penggunaan silikon, teknologi terkini bagi membesar dan mencantikkan punggung yang semakin menjadi pilihan ialah melalui pemindahan lemak dari tubuh ke punggung.
Baca Selanjutnya ...

OMBAK RINDU MELANDA KEMBALI...

 

Benar..!! Semalam ZZ sendiri saksikan bagaimana 'Ombak Rindu' Pandu Puteri melanda di Stadium Negara, Kuala Lumpur sempena EKSPRESI REMAJA BERSAMA PERDANA MENTERI.. walaupun tanpa kehadiran Hariz dan Izzah.. hehehe



Ombak Rindu ala 'Mexican Waves' oleh adik-adik Pandu Puteri membuatkan ZZ terasa nak sarung uniform Pandu Puteri jugak semalam.. 

Happening! Sporting! Bersemangat! Teruja! 
itulah yang ZZ boleh kata tentang Perhimpunan Pandu Puteri terbesar yang pernah diadakan..

Gegak Gempita seluruh Stadium sebaik YAB PM dan isteri tiba..
 
Begitu bersemangat para remaja Pandu Puteri untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan DS Rosmah..



  SUARA REMAJA DIDENGARI..!!
Itulah kata-kata Perdana Menteri kepada remaja di Stadium Negara semalam.. Ini beerti Perdana Menteri mahu mendengar suara semua lapisan masyarakat tidak kira usia termasuklah suara daripada para remaja..

Baca selanjutnya di SINI..

Gambar-gambar menarik sepanjang Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri boleh lihat di Perak Today..


Faizal Tahir juga tak ketinggalan untuk menyatakan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri..!!

 
ZZ ~ Ombak Harmony

 

Baca Selanjutnya ...

Saturday, 7 July 2012

KANSER SERVIKS - LELAKI PEMBAWA, WANITA MENDERITA

Jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang tersebar melalui hubungan seks memberi risiko yang tinggi pada wanita yang sering bertukar pasangan hubungan seks ataupun wanita yang mempunyai seorang sahaja pasangan hubungan seks akan tetapi pasangannya itu banyak bertukar pasangan berhubungan seks. 

 

Lelaki adalah juga pembawa virus Human Papilloma (HPV)!! Jadi hati-hati wahai para isteri..

 

Apa itu kanser serviks?

Barah serviks adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.

Sebab ia terjadi?

Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.
Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.

 

Tanda dan gejala

Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:
  • Pendarahan semasa bersama
  • Pendarahan ditengah bulan
  • Pendarahan selepas menopos
  • Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
  • Sakit semasa seks

 

Siapa Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser cerviks?

Fakta berikut boleh meninggikan risiko anda untuk kanser serviks
  • Mempunyai pasangan berbilang
  • Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
  • Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
  • Kurang daya tahan imun
  • Merokok

 

Apa yang doktor akan lakukan sekiranya saya mempunyai gejala di atas?

ujian papsmear
  1. Ujian Pap
    Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. 
  2. Ujian HPV
    Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.
  3. Colposcopy
    Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.
  4. Rawatan
    Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

 

Bagaimana untuk mencegahnya?

Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.
Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:
  1. Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
  2. Elakkan hubungan seks pada usia muda
  3. Tidak merokok
  4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
  5. Suntikan Vaksin

 

Vaksin terhadap HPV

Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.

 

Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan vaksin ini?

Vaksin boleh didapati dimana mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan


ZZ ~ ...manalaaa suami aku ni tak balik-balik lagi nih..
Baca Selanjutnya ...

PUTIH YANG DITAKUTI !!

Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.

Masalah keputihan kerap membawa kepada rasa tidak selesa kepada kita. Apatah lagi apabila ia menyebabkan rasa gatal atau mengeluarkan bau yang kurang enak, tentunya ia akan menyebabkan kita tidak yakin untuk berdepan dengan orang.

Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.


TETAPI PERLU DIINGAT TIDAK SEMUA LENDIR KEPUTIHAN ITU ADALAH PETANDA PENYAKIT!!

Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.


SIFAT LENDIR YANG NORMAL

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.


KEPUTIHAN SEBAGAI TANDA PENYAKIT

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj.

Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.



PENCEGAHAN

Anda disaran menjaga bahagian sulit supaya bersih dan tidak lembap dengan menggunakan pakaian dalam serap peluh diperbuat daripada kain kapas.
Penggunaan cairan pembasuh faraj harus secara bijaksana dengan mengetahui suatu prinsip bahawa bahagian itu bersifat asid yang juga lingkungan biasa bagi flora normal (mikroorganisma yang dalam jumlah normal tidak menyebabkan penyakit).
Adanya perubahan lingkungan normal tersebut, misalnya dengan penggunaan pembersih cecair faraj yang bersifat alkali (mengandung sabun) dapat meningkatkan pertumbuhan flora secara abnormal.
Jadi hendaklah menggunakan pencuci atau pembersih faraj secara berpada-pada dan tidak keterlaluan.#


ZZ DAH TEMUI PENYELESAIANNYA!!


SEBAGAI PENGASAS HARMONY, ZZ NAK SARANKAN ANDA KAUM WANITA YANG MEMBACA ARTIKEL INI UNTUK MENCUBA PULA RANGKAIAN INTIMASI HARMONY. 

MEMANG ADA BANYAK PRODUK UNTUK KEPUTIHAN DI PASARAN UNTUK ANDA PILIH. ZZ DAH BANYAK JUGA CUBA MACAM-MACAM JENIS JENAMA YANG DIBELI DI KEDAI-KEDAI JAMU DAN JUGA DI FARMASI SEBELUM INI.  

TETAPI YANG INI, MEMANG TERBAIK SEKALI! SEHINGGAKAN ZZ MEMINTA DOKTOR YANG FORMULASI PRODUK INI MEMBENARKAN ZZ UNTUK KOMERSIALKAN SUPAYA BOLEH MEMBANTU KAUM WANITA YANG LAIN.





 ZZ ~...dah cuba baru tahu..
Baca Selanjutnya ...

Friday, 6 July 2012

MALAYSIAN DIGEST QUOTED ZZ TODAY!

Salam,..tak sangka pulak ada yang info ZZ bahawa portal news online Malaysian Digest quoted ZZ berkaitan story kontroversi DS ROSMAH MANSOR.

Nak tahu apa yang diorang story kat portal diorang tu, bacalah kat sini..


Kalau nak baca posting ZZ sebelum ni, kat sini..


ZZ ~....tengah baca Reader's Digest issue July'12..
Baca Selanjutnya ...

TALAK 3 GARA-GARA FACEBOOK!!!

 

Hari ini ZZ nak ingatkan kita semua jangan terlalu taksub dan leka kalau ber-FACEBOOK. Gunakan teknologi dengan niat dan cara yang betul untuk mendapat faedahnya.

Dalam episod APA KATA WANITA hari ini (JUMAAT, TV2, PUKUL 1PM), yang telah dirakam pada Ahad lalu, ZZ dikejutkan dengan beberapa fakta tentang masalah Facebook dalam meruntuhkan perhubungan suci rumahtangga.

Dua panel - Tn Haji Hushim Salleh, Pakar Kaunseling Rumahtangga & Azli Paat, Pakar Teknologi Maklumat dijemput ke studio bagi topik - FACEBOOK PUNCA KERUNTUHAN RUMAHTANGGA! Kisah cerai-berai yang berpunca Facebook ni tak payahlah ZZ ulas panjang,..balik-balik kisahnya sama je, berulang-ulang.

Tapi beberapa hasil penyelidikan oleh Azli Paat:
  • MALAYSIA ADALAH NEGARA KE-16 TERTINGGI DI DUNIA DALAM PENGGUNAAN FACEBOOK WALAUPUN DENGAN JUMLAH PENDUDUKNYA SEKITAR 27 JUTA SAHAJA.
  • MALAYSIA JUGA NEGARA PALING JUARA DI DUNIA DALAM JUMLAH 'FRIENDS' YANG DIKUMPULKAN. NATURE SIKAP RAMAH-TAMAH DAN SUKA BERSEMBANG ORANG MALAYSIA MENYEBABKAN SESIAPAPUN YANG 'ADD' AKAN KITA 'APPROVE' SEWENANG-WENANGNYA.
  • MANUSIA KINI MENJADIKAN LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK, TWITTER, BLOG SEBAGAI KPI KEHIDUPAN. BERAPA RAMAI FRIENDS? BERAPA JUMLAH FOLLOWERS?? BERAPA JUMLAH PAGEVIEWS??? SIAPA BLOGGER LEBIH HEBAT? LEBIH POPULAR??
  • MELIHAT TELEFON BIMBIT BERGETAR ATAU BERKELIP-KELIP MEMBERI 'ADRENALINE RUSH' KEPADA PEMILIKNYA. PERASAAN YANG SAMA KALAU DULU-DULU KITA TANGKAP GAMBAR DAN HANTAR KE KEDAI UNTUK CUCI, BILA TIBA SAAT NAK AMBIL GAMBAR DAN TENGOK TU,..PERASAAN 'EXCITING' SEMACAM INILAH YANG DIRASAI.
  • BANYAK LAGI,...NAK TAU KORANG KENALAH TONTON AKW TGH HARI INI DI TV2 PUKUL 1 PM. (KHAS UTK ORG POMPUAN JE LAH SBB LAKI-LAKI PEGI SOLAT JUMAAT KAN??)


Dalam pada itu, ZZ juga nak kongsi satu antara kisah cerai-berai ni berpunca daripada FACEBOOK yang diceritakan oleh Fara, Asst Producer (AP) di AKW.

"Kesian Kak Zam..., kawan saya sama belajar dulu baru diceraikan talak 3 sekaligus. Anak baru dua, sorang umur setahun setengah, yang kecik baru 6 bulan..Puncanya suami dia kantoi dengan dia sbb bercinta dalam Facebook dengan student UiTM. Kawan saya ni bila dah tahu, ambil langkah berjumpa dengan budak student tu, bagitaulah jangan ganggu rumahtangga dia. Alih-alih, bila suami dia dapat tahu yang dia pergi jumpa 'girlfriend UiTM' dia tu,..nak marah punya pasal, ringan je mulut dia lafazkan CERAI TALAK 3!!"

ZZ dengar kisah benar ni pun rasa sakit hati sangat. Apalah lelaki dan para suami zaman siber ni..Senag-senang menganiaya kaum wanita!!

ZZ ~ Bak kata Azli Paat, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata masih boleh diputar-belit, tapi kalau dah terlajak tekan 'ENTER',...hmmm...lu tanggunglah sendiri akibatnya!!
Baca Selanjutnya ...

Thursday, 5 July 2012

PM TAK HADIR KE EKSPRESI REMAJA BERSAMA PM KERANA TAK DAPAT SAMBUTAN??


Dua tiga hari heboh di dunia cyber memperkatakan isu DS Rosmah dan program EKSPRESI REMAJA BERSAMA PM di Stadium Negara..

Terima kasih kepada bloggers dan facebookers yang sokong dan yang tak sokong kerana telah menghebahkan dan menghebohkan program EKSPRESI REMAJA BERSAMA PM..

Yang sedihnya program ini tidak mendapat sambutan.. Sehinggakan YAB PM sendiri tidak kelihatan..  
 
Lihatlah gambar di bawah.. Stadium Negara kosong!!





ZZ tak bohong bila kata tempat duduk stadium kosong.. Malah YAB PM dan DS Rosmah sendiri pun tak hadir.. Tengoklah gambar-gambar di atas.. Yang ada hanyalah peserta yang membuat persembahan..

ZZ sempat singgah di Stadium Negara petang tadi untuk meninjau RAPTAI Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri yang akan diadakan pada Sabtu, 7 Julai 2012...
 
Memang teruja melihat persembahan adik-adik daripada Pandu Puteri dan Permata Seni.. Penonton pasti akan terpukau melihat persembahan mereka nanti..!!
 
Selain itu, barisan artis terkenal tanahair seperti Faizal Tahir, Alif Satar, Ikhwal dan Asmidar juga akan menghiburkan ahli Pandu Puteri yang akan berhimpun secara besar-besar buat pertama kalinya dalam sejarah..!!
 
Disamping itu, Nota Ekspresi Remaja yang akan dibacakan pada perhimpunan itu nanti akan diserahkan kepada YAB PM.. apa yang tertulis ZZ belum pasti.. Yang pasti para remaja ingin mengEKSPRESIkan pandangan mereka tentang masa negara yang tercinta yang bakal mereka warisi pada masa depan..
 
Lagi gambar raptai hari ini..
 

 




 
Amanat PM kepada para remaja juga dijadualkan akan disiarkan secara langsung di tv1 mulai jam 4.45 petang.. Memang best susunan acara program Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri..
 
 
 
ZZ ~ ahli Pandu Puteri 
 
 
 

 
 
Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 4 July 2012

LAGI SABOTAJ TV3 ATAS ROSMAH MANSOR??

 

Ish! Apa yang TV3 buat ni?

Ade ke patut diSUPERkan nama DS Rosmah sebagai Perdana Menteri Malaysia..

Ini pic yang sampai ke inbox ZZ selepas buat posting sebelum ini..

Kalau dilihat sekali pandang pada gambar diatas kita akan buat kesimpulan TV3 sengaja sabotaj DS Rosmah..!!

Kalau kita teliti pada SUPER diatas ternyata ianya telah 'disuperimposed' kerana huruf 'm' pada perkataan menteri itu diletakkan huruf kecil.. Sebagai orang yang lama kerja di stesen televisyen adalah menjadi SOP di konti studio untuk memastikan setiap SUPERING yang hendak dipaparkan apatah lagi melibatkan VIP disemak beberapa kali oleh team produksi sebelum di 'on-air'kan..

Jelas disini bahawa TV3 TIDAK AKAN BUAT KERJA-KERJA BODOH MACAM NI..!!

Membaca komen diposting ZZ sebelum ini, ada yang kata itu cuma perli, lawak dan sebagainya.. ZZ nak bagitau yang ZZ faham itu perli.. Masalahnya ramai yang PERCAYA..!! Bertalu-talu sms dan panggilan yang masuk bertanyakan kesahihan berita ini.. Sebab itu ZZ rasa perlu dijelaskan.. Tambahan pula kita TIDAK SEPATUTNYA menjadikan Isteri Pemimpin No.1 kita sebagai bahan lawak!! Hormatilah Pemimpin Kita! 

Jom kita siasat gambar yang sebenar..!!








Korang tengoklah sendiri gambar yang sebenar..!! 

ZZ ~ macamane Negara dan Bangsa nak maju kalau asyik bercakap dan berdebat benda-benda yang tak mendatangkan faedah.. Baik sign up sebagai Affiliate Harmony lagi masyuukkkkk..

  


Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..