HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Tuesday 30 April 2013

Ketahui Bahaya Membunuh Lipas

Bila anda melihat lipas di rumah, jangan memukulnya sampai mati dengan tangan kosong kerana isi perut lipas sangat bahaya. 



Dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup walaupun diluar tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut), ia akan bergerak untuk mencari tempat baru. 

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut dan hanya akan kelihatan pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm. 

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Kita akan melihat cacing lipas akan bergerak-gerak. 

Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana cacing ini mampu masuk melalui liang roma kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar. 
Baca Selanjutnya ...

Sunday 28 April 2013

Bahaya Tonton Video Porno Melalui BlackBerry

Pemilik BlackBerry yang gemar menonton klip video lucah melalui telefon pintar mereka perlu berhati-hati kerana ada perisian yang mampu menghebahkan aktiviti itu kepada semua kawan mereka.




Kemudahan baru dikenali sebagai ‘Show What I’m Listening To’ itu direka untuk pengguna yang gemar berkongsi video muzik atau lucu di YouTube.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna BlackBerry yang menonton klip video lucah melalui telefon pintar itu akan diaibkan kerana aktiviti itu akan dimaklumkan kepada rakan mereka secara automatik. 

Seorang pengguna yang menggunakan nama Sosof di laman forum Crackberry memuat naik paparan menunjukkan bagaimana seorang rakannya menonton video lucah.

Sementara itu, pengeluar BlackBerry berkata, kemudahan berkenaan perlu dihidupkan terlebih dulu sebelum dapat digunakan.

Namun, beberapa pengguna mendakwa, ia memang sudah berfungsi ketika mereka membeli BlackBerry dan terpaksa mematikannya sendiri. 

Baca Selanjutnya ...

Wednesday 24 April 2013

10 Penyakit Paling Pelik

Kalau kita terjumpa manusia yang menghidap penyakit macam ini, jangan la pula kita sindir, hina dan pulaukan. Mereka pun manusia biasa macam kita, cuma bahagian yang diorang terima tu saja yang berbeza daripada kita. 

Kadang-kadang penyakit macam ini berpunca daripada masalah keturunan, genetik atau pun bawaan. Itu yang nampak sesetengah penyakit kelihatan pelik, jijik dan menggelikan. Kalau nak tahu apa jenis penyakit yang pelik-pelik tu, jom layan kat bawah ni..

Progeria


Penyakit dimana seseorang akan nampak lebih tua dari umur dia yang sebenar. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang ekstrem.

Tree Bark Skin Disorder

Juga dikenali sebagai 'Epidermodysplasia Verruciformis'. Berpunca daripada virus human papilloma (HPV) yang tersebar di luar kawalan. Kes paling popular adalah kes Dede Koswara, warga Indonesia yang digelar 'Tree Men'. Dalam Discovery Channel pernah diceritakan tentang dia.

Lion Face Syndrome

Dikenali sebagai 'Leontiasis ossea'. Berpunca daripada pertumbuhan luar biasa pada wajah dan tengkorak.

Porphyria The Vampire Disease

Berpunca daripada komplikasi neurologi atau masalah kulit (atau kedua-duanya sekali).

Werewolf Syndrome

Dikenali sebagai 'Hypertrichosis' atau Ambras Syndrome. Berpunca daripada mutasi genetik dan boleh terjadi sejak lahir atau selepas dari itu.

Proteus Syndrome

Dikenali sebagai Wiedemann's Syndrome dan berpunca daripada mosaicism genetik. Menyebabkan pertumbuhan kulit yang cepat dan perkembangan tulang atipikal, serta diiringi tumor lebih setengah badan..

Neurofibromatosis

Berpunca daripada warisan genetik di mana tisu saraf tumbuh menjadi tumor yang boleh menyebabkan kerosakan yang serius disebabkan pemampatan saraf dan tisu-tisu lain.

Polydactylism

Dikenali sebagai 'Hyperdactyly'. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang menyebabkan pertumbuhan jari-jemari yang berganda bilangan.

Lamrey Disease

Berpunca daripada jangkitan parasit yang tinggal di dalam air dan sering ditemui pada ikan. Di Malaysia kita belum pernah mendengar lagi pasal penyakit ini.

Elephantiasis

Berpunca daripada penyakit atau podoconiosis yang menyebabkan penebalan kulit dan tisu asas, terutamanya di bahagian kaki dan alat kelamin lelaki.
Baca Selanjutnya ...

Monday 22 April 2013

Kit Permainan Cara-cara Untuk Merompak Bank Di Kecam Hebat

Kit permainan ini datang dengan semua bahagian yang diperlukan untuk merancang sebuah 'rompakan' bank yang sempurna iaitu dengan figura seorang wanita memakai cermin mata gelap memegang sepucuk pistol dan pemutar skru, figura seorang pengurus bank yang diancam, ketulan-ketulan berupa jongkong emas, wang tunai dan sebuah mesin ATM.


Permainan ini telah menimbulkan kontroversi di kalangan ibu bapa dan menganggapnya akan menggalakkan anak-anak untum 'membayangkan dan mencipta' situasi rompakan yang sebenar.

Permainan ini dijual pada kanak-kanak yang berumur 4 ke 10 tahun dengan harga sebanyak $72.00 (£39.99) dan dijual di Toy R' Us. 
Baca Selanjutnya ...

Saturday 20 April 2013

Pelajar Wanita Persenda Solat Di Buang Sekolah

Sekumpulan pelajar perempuan di sebuah sekolah di Indonesia telah dibuang sekolah serta merta selepas video mempersendakan solat yang direkod oleh mereka telah diketahui oleh pihak sekolah.


Melalui video yang berdurasi selama 5 minit 34 saat itu, mereka dilihat mempermainkan langkah-langkah dalam bersolat dengan diselang-seli dengan lagu dendangan Maroon 5, One More Night.

Video terbabit dipercayai dirakamkan pada 9 Mac namun hanya diketahui oleh pihak sekolah mereka pada 30 Mac yang lalu sekali gus memaksa pengetua mereka mengambil tindakan drastik membuang pelajar-pelajar tersebut dari sekolah terbabit.


Diharapkan kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia kerana penulis percaya kita masih lagi tahu menjaga batas-batas dalam perkara yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama.
Baca Selanjutnya ...

Thursday 18 April 2013

Mayat Margaret Thatcher Akan Dibakar

Sejumlah 2,300 orang yang terdiri daripada anggota keluarga diraja, tetamu kehormat dan peminat memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher semalam.


Thatcher yang digelar 'Wanita Besi' oleh pemerintah bekas negara Kesatuan Soviet diberikan penghormatan terakhir dengan melibatkan anggota-anggota tentera, nyanyian patriotik dan linangan air mata.

Thatcher meninggal dunia pada 8 April lalu pada usia 87 tahun kerana diserang strok semasa beliau membaca buku di Hotel Ritz di London.

Kerandanya diarak menaiki kereta kuda sebelum dibawa memasuki Gereja St. Paul oleh beberapa anggota tentera darat dan laut Britain untuk upacara keagamaan.

Majlis tersebut dihadiri oleh pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan 11 Perdana Menteri dari seluruh dunia.

Mayatnya akan dibakar di Mortlake di barat daya London.

Bagaimanapun, seramai 200 orang bertindak mengejek majlis tersebut dengan berkata: "Maggie, Maggie, Maggie! Sampah, sampah, sampah."

Maggie ialah nama jolokan buat Thatcher.

Kumpulan tersebut berang kerana majlis pengebumian besar-besaran itu menelan belanja yang mahal iaitu sekitar £10 juta (RM46.1 juta). 
Baca Selanjutnya ...

Saturday 13 April 2013

Makanan Yang Buat Kita "Lupa"

Sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.




Kenapa? Nanti jadi pelupa. Selain daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu dielakkan.

Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam)

Pada pandangan saya benda-benda ini seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun kurangkan kekerapan mengambilnya.

MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA

1. Banyak makan epal yang sudah masam.

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

3. Banyak makan bawang besar.

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5. Memakan kepala ikan.

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7. Makan sehingga terlalu kenyang.

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Setiap perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t.

Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.” Renung-renungkan, selamat beramal.
Baca Selanjutnya ...

PM @NajibRazak Ucap Tahniah Atas Kelahiran Insan Baru Lee Chong Wei dan Mew Choo




KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan isteri, Datin Wong Mew Choo atas kelahiran bayi lelaki mereka se malam.

"Tahniah kepada Lee Chong Wei dan isteri yang mendapat anak lelaki yang sihat,” kata Najib dalam Tweeternya malam tadi.

Mew Choo melahirkan bayi lelaki yang dinamakan Kings ton Lee seberat 3.5 kg di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, di sini pada pukul 1.30 petang.
Nama Kingston Dipilih Sendiri Oleh Mew Choo

Wong Mew Choo telah selamat melahirkan anak sulungnya dan Lee Chong Wei di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini dan diberi nama Kingston Lee. 

Ketika menjelaskan mengapa nama Kingston menjadi pilihannya, Chong Wei mengakui, dia sebenarnya tidak tahu apakah makna di sebalik nama tersebut. 

“Saya serahkan kepada isteri untuk memilih nama anak sulung kami. Dia ada senaraikan dua, tiga nama, tetapi daripada semua nama yang disebut, Kingston terus melekat di hati kami. Nama itu sedap didengar. 

“Saya tidak tahu apakah makna Kingston tetapi saya dan isteri suka sangat dengan nama itu,” ujar Chong Wei lagi, yang turut melupakan aksi Piala Axiata demi mahu menemani isteri di hospital. 

Bagaimanapun Chong Wei berkata, dia dan isteri masih belum memilih nama Cina untuk anak sulung mereka kerana menurut kepercayaan kaum Tionghua tidak elok memberi nama kepada anak yang belum lahir. 




Baca Selanjutnya ...

Friday 12 April 2013

Bahaya Pakai Ketat Naik Kapalterbang

Dulu, setiap kali menaiki kapal terbang, ia ibarat sesuatu yang cukup menggembirakan dan amat teruja. Justeru, pakaian dan apa saja yang dibawa haruslah yang terbaik.

Gambar hiasan

Namun, dengan tawaran harga murah dari syarikat penerbangan, sesiapa saja kini boleh menaiki kapal terbang. Justeru, peraturan pemakaian juga tidak dikenakan sekali gus menyebabkan ada penumpang memakai sesuatu yang tidak sesuai terutama pakaian.

Demi keselesaan dan kesenangan ketika menaiki pesawat, tip kali ini menyenaraikan beberapa perkara yang tidak harus dipakai ketika menaiki kapal terbang.

Pakaian kulit yang ketat. Tidak hanya bahan kulit, usah menggunakan pakaian nilon kerana ia membuatkan kulit anda tidak bernafas seperti jaket kalis air.

Di dalam pesawat, udara kering dengan tingkat kelembapan rendah sehingga boleh mencapai 10 peratus. Jenis pakaian daripada kulit membuatkan anda tidak boleh bernafas dan kulit kering.

Jaga kelembapan tubuh anda dengan mengenakan pakaian sesuai yang diperbuat daripada bahan kapas. Selain membuatkan kulit anda lebih mudah bernafas, bahan kapas mudah menyerap peluh.

Pakaian yang ketat juga boleh menyebabkan ‘deep vein thrombosis (DVT) atau pembekuan pembuluh darah. Kesan DVT amat berbahaya kerana boleh memberi kesan kepada paru-paru.

Biasanya DVT terjadi akibat duduk dalam dalam waktu yang lama.

Pakaian tipis dan terlalu terbuka. Di dalam pesawat, suhu menjadi sejuk dan ada kalanya tubuh tidak dapat menahan keadaan itu terutama ketika penerbangan yang panjang.

Jangan terlalu mengharapkan selimut di pesawat kerana tidak semua syarikat penerbangan menyediakannya.

Justeru, jika ada jaket, ia sudah boleh menghangatkan anda. Jika anda tidak sejuk, cukup sekadar membuka jaket anda.

Kenakan seluar panjang agar kaki tidak kedinginan. Pakaian terbuka membuatkan anda kesejukan. Selain itu, tidak semua penumpang selesa melihat orang lain mengenakan pakaian yang terlalu terbuka.

Kasut yang tidak selesa. Mungkin ini saranan yang sudah biasa terutama membabitkan kasut tumit tinggi.

Kasut sedemikian pastinya menyusahkan anda jika terpaksa berlari kerana terlewat daftar masuk atau bertukar ke pesawat berikutnya.

Kabin pesawat juga bukanlah pentas peragaan untuk model. Justeru, anda tidak perlulah mengenakan kasut bertumit tinggi yang runcing. Gunakan kasut yang selesa dan memudahkan anda berjalan.

Jangan gunakan kasut yang banyak tali atau kasut but yang memakan masa untuk dibuka kerana di beberapa lapangan terbang, anda perlu membuka kasut ketika melintas di mesin pengimbas logam.

Kasut kadang membuatkan penggera berbunyi sehingga perlu dimasukkan ke mesin X-ray.

Kanta lekap. Dalam penerbangan yang mengambil masa yang panjang iaitu melebihi 8 jam, ada baiknya anda menggunakan kaca mata daripada kanta lekap.

Turunnya kelembapan di dalam pesawat membuatkan mata anda tidak selesa dengan kanta lekap. Jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan mata kering dan gatal.

Di penerbangan yang pendek, titiskan cairan khas untuk pengguna kanta lekap secara berkala pada mata anda.

Minyak wangi dengan aroma berlebihan. Tidak semua orang tahan dengan aroma minyak wangi yang menyengat. Bahkan, ada sesetengah orang alahan terhadap minyak wangi. Anda mungkin tidak mahu orang di sebelah anda bersin tidak berhenti-henti.

Justeru, kenakan minyak wangi selepas turun dari pesawat. Sedikit cologne bayi ataupun ‘body mist’ dengan aroma yang lembut sudah memadai.

Perhatikan juga sebaliknya di mana anda boleh mengenakan deadorant sebelum naik pesawat. Bau badan hanya membuat penumpang lain menderita.
Baca Selanjutnya ...

Wednesday 10 April 2013

"Pil Sedap" Popular Di Kalangan Pelajar

Segelintir pelajar dikesan semakin kemaruk memakan pil khayal terkenal dengan jolokan ‘Pil Raja’ atau Pil Sedap’ berikutan ia mampu memberi igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh diri.

Gambar hiasan

Namun, agak menakutkan pil terbabit dikenali sebagai pil dexstrometorfon dan hanya digunakan untuk merawat pesakit batuk kering mampu membunuh golongan remaja jika diambil berterusan dengan jumlah banyak.

Bagaimanapun, tindakan segelintir pemilik kedai ubat berlesen menjual pil itu pada harga semurah 50 sen sebiji menyebabkan gejala tidak sihat itu mudah merebak di kalangan pelajar yang menjadikannya sebagai bahan rangsangan.

Dalam kes terbaru, sebuah kedai ubat berlesen di Damansara, di sini diserbu sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikesan menjalankan kegiatan menjual pil terbabit kepada pelajar.

Sumber bahagian Penguat kuasa Farmasi berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang minggu lalu itu, pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut ke kedai berkenaan dimiliki seorang wanita tempatan berusia 30-an.

Menurutnya, walaupun mulanya dia tidak mengaku menjual pil psikotropik berkenaan, namun semakan buku rekod kedai itu mendapati ia tidak dikemas kini dengan sempurna.

“Malah, peniaga berkenaan sebelum ini pernah dikesan membeli puluhan ribu biji pil khayal berkenaan tetapi tiada rekod ke mana pil itu diedar atau dijual.

“Apabila disoal, wanita terbabit gagal memberi penjelasan,” katanya.

Menurutnya, pil psikotropik mempunyai kesan sama seperti pil Nospan menjadi buruan remaja sekolah yang mula berjinak-jinak dunia penagihan dadah.

“Bagaimanapun siasatan lanjut menemui pek pil berkenaan siap dibungkus 300 biji setiap satu dipercayai untuk diedarkan kepada ‘orang tengah’ bertindak sebagai pengedar pil khayal itu.

Hasil pemeriksaan lebih sejam itu, pegawai penguat kuasa Farmasi merampas 5,000 biji pil khayal berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit akan disiasat mengikut Akta Racun dan jika sabit kesalahan pemilik premis berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Berdasarkan siasatan, golongan pelajar membeli antara lima hingga 10 pil terbabit dengan 50 sen sebiji.

“Mereka biasanya menelan pil antara lima hingga 10 biji sekali gus bagi mendapatkan kesan khayal dan rangsangan diingini,” katanya.

Difahamkan, pil Nospan pilihan alternatif penagih dadah berikutan ia menyebabkan individu memakannya khayal sehingga tempoh lapan jam tanpa henti.

Kebanyakan penagih dadah mengambil sehingga 10 pil Nospan berkenaan dalam tempoh sehari bagi mendapatkan kesan khayal sebelum jumlah meningkat sehingga puluhan biji dalam tempoh beberapa beberapa bulan.

Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman.

Baca Selanjutnya ...

Batu Menangis Seperti Bayi

Mengejutkan dijumpai batu yang menyerupai bayi menangis. Kisahnya di mana sebiji bongkah batu di dalam sebuah kolam yang telah kering di Kampung Pananjung di Jawa Barat didapati menyerupai wajah seorang bayi. Malah, batu itu dilihat boleh berubah-ubah dalam lingkungan jarak dua meter.


Batu menyerupai wajah bayi itu mampu menunjukkan sama ada ekspresi sedih atau ceria dan penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga dikatakan keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Pengunjung melihat bongkah batu yang menyerupai wajah bayi di Garut, Jawa Barat, tahun lalu.

''Beberapa kali saya mengambil gambarnya, batu itu berubah-ubah sama ada menunjukkan wajah bayi yang sedang kesedihan atau ceria,'' katanya kepada detikNews.

Menurut penduduk setempat, Ny. Atin, 36, terdapat beberapa lagi bongkah batu di dalam kolam yang telah kering itu.

''Rumah saya hanya 50 meter dari kolam itu. Jadi, saya dapat melihat dengan jelas batu itu menyerupai wajah seorang bayi,'' katanya.

Penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Menurut saksi Jumhur yang juga penduduk di situ,Suara tangisan biasanya kedengaran pada malam jumaat sahaja.
Baca Selanjutnya ...

Monday 8 April 2013

Wanita Perlu Hati Hati : Bilik Mandi Hotel Ada Kamera "Berahi"

Berhati-hati apabila anda menginap di hotel, kerana pada zaman serba canggih ini pelbagai bentuk kamera tersembunyi tersedia untuk merakam aktiviti anda. 

Pastikan bilik hotel yang disewa bebas dari peralatan sebegini,terutamanya kepada kaum wanita.


Kecuaian anda dalam memastikan suasana yang bebas dari anasir skodeng ini akan menyebabkan aktiviti anda dalam bilik hotel mungkin tersebar ke seluruh dunia dengan teknologi yang ada sekarang. Jadi berhati-hatilah selalu.




Jangan biarkan diri anda menjadi terkenal di dalam laman web lucah.
Baca Selanjutnya ...

Friday 5 April 2013

Baju Khas Untuk Elak Di Rogol

Sekumpulan pelajar kejuruteraan di India berjaya mencipta pakaian dalam yang mampu memberikan kejutan elektrik kepada perogol.


Selain kejutan elektrik berkapasiti 3,800 kilovolt, ia juga akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan keluarga mangsa mengenai kedudukan lokasi jenayah tersebut.

Menurut salah seorang perekanya, Manisha Mohan, alat pengimbas pada pakaian dalam berkenaan akan bertindak balas secara automatik jika mangsa dicabul.

“Suspek yang cuba mencabul seseorang wanita itu akan terkena renjatan elektrik sebaik saja mangsa mengaktifkan sensor di pakaian dalamnya, dan sistem GPS serta GSM akan menghantar SMS kepada pusat bantuan kecemasan termasuk pada keluarganya,” kata Manisha.

Alat pengimbas itu katanya dipasang di bahagian tertentu terutama di bahagian badan yang dianggap sebagai tempat tumpuan penyerang, berdasarkan kajian yang dijalankan sebelum ini.

“Ketika belajar di sekolah, kita sentiasa diajar supaya berbuat baik dengan semua orang dan sentiasa senyum.

“Namun selepas melangkah ke dunia sebenar, ternyata senyuman kita tidak mampu menghalang ancaman sebegini rupa.

“Memandangkan penggubal undang-undang mengambil masa yang lama untuk melaksanakan hukuman keras, maka kami telah mencipta pakaian dalam yang dapat melindungi kaum wanita daripada serangan seksual,’’ katanya.
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..