HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Showing posts with label FITNAH. Show all posts
Showing posts with label FITNAH. Show all posts

Thursday, 26 July 2012

DR FATMA SEDAR KEPAYAHAN DS ROSMAH TEPIS PELBAGAI FITNAH



Di sebalik kesibukan memenuhi undangan dan jadual padatnya sebagai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak ketinggalan mendalami ilmu agama bersama tokoh agama terkenal, Ustazah Datuk Dr Fatma El Zahra.

Bertempat di kediaman peribadi Perdana Menteri petang tadi, Datin Seri Rosmah bersama-sama 30 rakan rapatnya mempelajari ilmu berkaitan solat sunat Tasbih daripada Dr Fatma.

Sebelum melaksanakan solat sunat terbabit, Dr  Fatma turut mengutarakan beberapa fadilat atau kelebihan bagi umat Islam yang mengerjakan amalan tersebut.

Dinyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada mengajarkan kepada bapa saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah besar sebagaimana hadis Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma maksudnya:

“Jika engkau membuat yang sedemikian itu, Allah menghapuskan dosamu, baik yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama, yang baru, yang tidak disengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan.”

Di negara ini, perbuatan mengumpat dan menabur fitnah juga berleluasa sama ada di kalangan orang awam, ahli politik, ahli perniagaan atau juga alim ulama.

Seiring dengan peredaran masa, kalau dahulu fitnah dan mengumpat tersebar melalui ceramah dan surat layang, tetapi kini ia tersebar melalui SMS dan e-mel juga laman blog.

Berbicara perihal fitnah dan golongan teraniaya, takzirah yang disampaikan oleh Dr Fatma turut menyentuh kepayahan yang dilalui oleh Datin Seri Rosmah yang terpaksa menepis pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

Selepas bersama-sama mempelajari dan mengerjakan solat sunat terbabit, Dr Fatma kemudiannya meneruskan tazkirah Ramadhan yang kebanyakkan inputnya adalah berkaitan fitnah dan golongan teraniaya.

Seperti yang sedia maklum, pelbagai tuduhan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri itu timbul tanpa sebarang bukti yang rasional.

Ekoran itu, dengan memperbanyakkan aktiviti mendalami ilmu keagamaan sedikit sebanyak telah 
membantu Datin Seri Rosmah untuk terus berdiri kukuh dan memberi sokongan kepada suaminya.

sumber: Perak Today


ZZ ~ sentiasalah bersangka baik..

Baca Selanjutnya ...

Monday, 23 July 2012

PENGAKUAN EKSKLUSIF..!! MENJAWAB SEGALA TOHMAHAN..


SAYA TERTEKAN DAN MALU..!! 
ITULAH LUAHAN RASA PAK NGAH APABILA DIAJUKAN SOALAN BENARKAH  
FARID ISMETH EMIR ATAU LEBIH MESRA DENGAN PANGGILAN 'PAK NGAH' DIKALANGAN RAKAN-RAKAN WARGA RTM AKIBAT FITNAH ORANG YANG MENGATAKAN BELIAU PERNAH BERKAHWIN DENGAN ORANG KENAMAAN.. TELAH LEBIH SEDEKAD PAK NGAH MEMENDAM RASA DI LUBUK HATI..

IKUTI TEMUBUAL EKSKLUSIF ZZ BERSAMA FARID ISMETH YANG TELAH DIRAKAMKAN SECARA AMATUR. TUJUAN ZZ MENGADAKAN TEMUBUAL INI AGAR PIHAK-PIHAK YANG MEMFITNAH PAK NGAH & VVIP ITU MENDAPAT KEBENARANNYA HARI INI WALAUPUN PAK NGAH TAK PERNAH BERSUARA TETAPI INILAH YANG TERBUKU DI HATI PAK NGAH SELAMA INI..

JOM TONTON PENGAKUAN PAK NGAH..


NAH! PAK NGAH SENDIRI DAH BUAT PENGAKUAN.. SO TAKYAH KORANG NAK BUAT DOSA KERING DENGAN MEMFITNAH PAK NGAH DAN VVIP TERSEBUT.. APATAH LAGI DI BULAN RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH INI.. 


ZZ - RAMAI NAK MASUK SYURGA.. TAPI RAMAI PULA YANG SUKA JAJA FITNAH.. FIKIR-FIKIRKAN..



Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..