HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Saturday 30 June 2012

ZZ MENCARI CALON YANG HEBAT...

 


Calon ini mestilah hebat kerana bakal memperoleh pendapatan minima RM3,000 sebulan. Kalau anda rasa andalah calon hebat yang ZZ cari dan memiliki kriteria berikut:

1. Kelulusan minima Diploma
2. Berpengalaman dalam bidang pemasaran (sebaiknya dalam industri Kosmetik)
3. Mempunyai kenderaan sendiri
4. Berketrampilan menarik, peramah dan bermotivasi tinggi untuk berjaya


Kembangkan kerjaya dan kewangan anda sebagai PENGURUS PEMASARAN KAWASAN bersama Harmony. Sekiranya anda mahu mencapai pendapatan sehingga RM10,000 sebulan, emailkan butir-butir peribadi anda ke: hr@harmony.com.my




  


Baca Selanjutnya ...

KERETA BARU ZZ !!






 


Hubby ZZ hari-hari berangan nak memiliki Toyota GT 86 di atas cuma belum ada kemampuan.. katanya dia tunggu ZZ yang belikan hasil Harmony... insyaAllah for u my hubby..


Baca Selanjutnya ...

TIPAH TERTIPU!!!



Kepada yang seangkatan dengan ZZ pasti masih ingat filem 'Back to the Future' lakonan Micheal J. Fox ini pada tahun 1985. Masa tu ZZ baru darjah 6. 

Tiga hari lepas iaitu tarikh 27 Jun 2012, telah dikatakan dan disebar menjadi 'viral' di alam maya seluruh dunia mengatakan itulah tarikh 'future' Marty McFly tiba dalam pengembaraannya.

Tetapi tarikh tersebut bukanlah tarikh sebenar. Mudahnya satu penipuan dibuat dengan menggunakan 'photoshop super impose'. Perkara ini telah diakui oleh si penipu! Tak percaya baca kat sini.

Tarikh sebenar 'back to the future' tu jauh lagilah Tipah..., lagi 3 tahun iaitu - 21 Oktober 2015. Tunggu masa tu betul-betul ke ada skate-board yang boleh terbang-terbang dan release filem Jaws 19!!

ZZ -...terkenang semasa dulu...



Baca Selanjutnya ...

Friday 29 June 2012

TIPS RUMAHTANGGA: SUAMI ASYIK TAK NAK?? JOM IKUTI TIPS TARIK SUAMI KE....

 14 Tips Tarik Suami Ke Ranjang

1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Contoh : Membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.


2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.

3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi atau bulu dada suami anda jika ada.

4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.

5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.

6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.

7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.

8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.

9) Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.
 
10) Sesekali pakailah pakaian dalam yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan.
 
11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.
12) Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh menyeronokkan suami.
 
13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan nikmatilah sepuas-puasnya.



14) Jika ingin lebih agresif. Tarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.


Baca Selanjutnya ...

TAK BOLEH MAKAN LAGI, 'TOK GURU' NAMPAK..

http://2.bp.blogspot.com/-wNMOnUSikMA/TlEnisvdApI/AAAAAAAAAvU/HKDdkjcrDKs/s1600/tahfiz-ubat-jual.jpg
 Seringkali kita didekati oleh anak-anak ini untuk menjual CD, Kalendar & buku-buku agama.

Sempena Jumaat ni, ZZ nak kongsikan kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Mungkin kebanyakan kita ambil tidak peduli tentang perkara ini (termasuk juga ZZ sebelum ini..), tetapi kisah yang diceritakan oleh Profesor Madya Datin Noor Aziah, Pensyarah Undang-undang & Syarie UKM baru-baru ini selepas selesai beliau menjadi panel tetamu AKW telah menyedarkan ZZ.

Kisah pengalaman benar itu menyebabkan ZZ berfikir panjang risau juga mengenangkan nasib dan masa depan anak-anak ini, mungkin juga mereka ini anak-anak anda! 
**********************************************************************************

Kisah adik Amin (bukan nama sebenar) dalam usia 11 tahun, dan Prof Madya pada satu pagi seawal jam 6:30am di sebuah stesen minyak di Kajang.

AMIN : Makcik...beli CD, buku agama..

PROF MADYA : Adik ni datang dari mana? Tak sekolah ke?? Datang sini dengan siapa? Pagi-pagi macam ini dah berniaga pulak..

AMIN : Saya sekolah tahfiz dari Alor Staq, Kedah. Tadi ustaz yang bawak saya dan kawan-kawan lain. Saya ditinggalkan di sini untuk jual CD. Nanti ustaz akan ambik saya balik kat sini. Dia pergi hantaq kawan-kawan lain jual di tempat lain. Makcik beli laaa CD, buku-buku pun ada..(dengan nada merayu..)

PROF MADYA : Adik dah sarapan? Makcik nak makan ni, jom makcik belanja.

AMIN : Tak boleh,..ustaz dah pesan lepas jual 4 keping CD baru saya boleh makan. Makcik belilah CD ni..macam-macam ada..(merayu lagi..)

PROF MADYA : (terkejut..) Haa? macam tu ke?? Alah,..tak pe lah..tak jual 4 keping CD pun, ini makcik yang bayarkan adik makan.

AMIN : Tak boleh makcik,..(sambil memandang ke langit),..'TOK GURU' nampak...






 


Baca Selanjutnya ...

Thursday 28 June 2012

2012 NEW FASHION !! ASTAGAAAA!!!!



The meaning of liberal and creative minds in Japan today........

 2012 new fashion ! 見識一下

Kat KL pun dah banyak jugak ternampak 'scene' sebegini. Hati-hatilah nak berfesyen pun. Dasar pandang ke timur kah ini?? ish..ish..ZZ











        

Baca Selanjutnya ...

PROGRAM PERMATA TIDAK WAJAR DIPOLITIKKAN



PROGRAM Permata Negara hasil ilham dan cetusan idea isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ternyata melangkaui batasan politik, bangsa dan agama sebaliknya fokus utamanya adalah mendidik kanak-kanak bawah lima tahun menjadi insan cergas minda, membesar secara holistik, kreatif lagi berkeyakinan diri.

Rakyat terutamanya ibu bapa perlu diberi pendedahan mengenai objektif program itu yang mula dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan khidmat asuhan dan didikan awal kanak-kanak dan keutamaan diberi kepada ibu bapa yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan.

Antara syarat-syarat pemilihan Anak PERMATA Negara bagi kawasan luar bandar ialah jumlah pendapatan isi rumah (suami- isteri) tidak melebihi RM1,500 sebulan manakala untuk kawasan pinggir bandar dan dalam bandar pula, pendapatan isu rumah mestilah tidak melebihi RM2,500 sebulan.

Sebagai contoh, bagi Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Putrajaya dan Presint 16, keutamaan diberikan kepada pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan sokongan 3 seperti pemandu,    pembantu am rendah, pengawal keselamatan dan pasangan yang tidak bekerja.

Keutamaan turut diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) serta pemohon yang mempunyai masalah keluarga seperti penceraian dan digantung tidak bertali.

Program Permata Negara ini diibaratkan seperti mencorak dan mewarnai sehelai kain putih dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk jati diri generasi muda Malaysia.

Setiap anak umpama permata yang perlu digilap kilauannya hasil pendedahan konsep asuhan dan didikan istimewa dengan penerapan konsep belajar menyeronokkan menerusi bermain yang diadaptasi dari pusat kecemerlangan kanak-kanak Pen Green di Corby, England.

Idea tercetus selepas Rosmah melihat peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak.

Untuk merealisasikan idea berwawasan itu, sekumpulan individu profesional termasuk pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat berganding bahu melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan bagi merangka program Permata Negara.

Sehingga 31 Disember 2011, terdapat 627 PAPN/Taska Permata di seluruh Malaysia yang beroperasi di kawasan luar bandar dan pinggir bandar bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.

Program ini bukan sahaja dikendalikan oleh PAPN tetapi juga dengan kerjasama agensi pelaksana seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Terengganu mendahului senarai negeri yang memiliki bilangan PAPN/Taska Permata tertinggi dengan jumlah 89 buah, diikuti Sarawak (65); Johor (53); Perak (50); Selangor (48); Kedah (47); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (41); Pahang (37); Sabah (35); Melaka (34); Kelantan (32); Negeri Sembilan (31); Wilayah Persekutuan Putrajaya (22); Pulau Pinang (21); Perlis (19) dan Wilayah Persekutuan Labuan (3).

Ternyata, program Permata Negara ini tidak terkecuali diperluaskan ke negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Ini jelas membuktikan bahawa program yang diperkenalkan kerajaan ini sama sekali tidak mempunyai agenda politik tertentu sebaliknya ia demi masa depan kanak-kanak itu yang masih muda dan perlu dibentuk dengan nilai-nilai mulia.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Permata Negara, DPS Rosmah menaruh keyakinan penuh program itu dapat membuka ruang yang luas kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk berganding bahu dengan kerajaan dalam membantu mendidik kanak-kanak menjadi insan cemerlang di masa depan.

Penerangan objektif program secara berterusan perlu dilaksanakan kerana usaha membuka PAPN di semua negeri sering kali terjejas disebabkan keengganan negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang untuk menyediakan tapak.

Walaupun DSP Rosmah berhasrat mewujudkan lebih banyak seumpama itu, kekangan memperolehi tapak yang sesuai khususnya di negeri dikuasai pembangkang tidak dapat dielakkan.
Selain itu, semua taska kelolaan kerajaan akan dinaik taraf sebagai Pusat Permata secara berperingkat dalam usaha memberi program pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti termasuklah pengubahsuaian fizikal taska.

Menyedari pentingnya peranan ibu bapa, program Permata juga telah meletakkan peranan ibu bapa sebagai salah satu teras utama di dalam kokurikulumnya apabila setiap pasangan diwajibkan melibatkan diri sekurang-kurangnya empat jam sebulan dalam Program Permata.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai Program Permata Negara juga menarik minat isteri pemimpin negara asing termasuklah Permaisuri Qatar, Sheikha Mozah Nasser Al-Missned untuk menjalin kerjasama dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pendekatan serta pengendalian program itu.

Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) turut mendapati 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara mencapai perkembangan emosi yang baik selain membentuk personaliti yang tenang, ceria dan berkeyakinan diri.

Rumusan kajian juga menunjukkan mereka ini lebih istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 peratus daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan penuh dan betul, pandai mengurus diri sendiri dan bersifat mesra dan mudah mengikuti arahan.

Menyedari peri pentingnya pembangunan modal insan berkualiti, kerajaan juga mengiktiraf program itu apabila menyalurkan peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2010.

Bajet itu digunakan bagi menjayakan program berikut:

*Permata Negara yang melibatkan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebelum mencapai umur 5 tahun. Satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak,

*Permata Seni melibatkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,

*Permata Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang, yang akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika Syarikat,

*Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan al-Quran, dan dikendalikan Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun,

*Perkasa Remaja, yang dikendalikan UKM, bertujuan melatih dan membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelak mereka terlibat dalam gejala sosial serta dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berguna kepada masyarakat dan negara.

Justeru, peruntukan RM100 juta akan membolehkan program Permata Negara menubuhkan lebih banyak pusat asuhan kanak-kanak dan penjagaan harian Permata Negara di jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara.

Ia juga satu pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di peringkat awal di Malaysia yang dipelopori oleh DSP Rosmah.

sumber: Perak Today
Baca Selanjutnya ...

Wednesday 27 June 2012

PENGASUH KENALAH MAHIR BANTUAN KECEMASAN!!



* TERKINI!!! ZZ juga telah menghubungi AU malam tadi utk sampaikan ucapan takziah kpdnya. Menurut AU, hasil 'post-mortem' mengesahkan cucunya meninggal dunia akibat tersedak susu.

Betul seperti yang ZZ sangka sebelum ini..kes sama berulang di pusat-pusat jagaan. Tak kira pusat jagaan taraf tinggi, rendah atau sederhana, pemiliknya perlu bertanggungjawab!!


ZZ -...sedih..


*****************************************************
Selepas membaca berita mengenai kematian cucu AU seperti yang dilaporkan Bernama, ZZ teringat ada menemubual Datin Seri Rosmah Mansor tahun lepas.
Pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak perlu memahirkan diri dengan aspek bantuan kecemasan agar mampu menjaga keselamatan golongan yang dijaga dan mengelak berlakunya kecelakaan. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah bantuan pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) kerana ia mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

"Baru-baru ini saya terbaca di akhbar mengenai kejadian kanak-kanak meninggal dunia akibat tercekik susu. Kita tidak mahu ia berlaku lagi," katanya ketika ditemubual dalam program Apa Kata Wanita terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri hari ini.

Katanya, selain pengasuh di pusat jagaan, ibu bapa dan guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran berkenaan untuk keselamatan orang di sekeliling mereka.

Sementara itu beliau berkata, kanak-kanak yang berusia empat tahun ke bawah perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana peringkat umur tersebut penting dalam membentuk minda anak-anak.

"Perkara ini harus dipandang serius kerana kita bukan sahaja mahu menumpukan kepada pembangunan negara malah kepada pembangunan modal insan.

Menurut Rosmah, ibu bapa perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak supaya nasib mereka tidak terabai.

"Terdapat kes di luar negara di mana kanak-kanak mengalami tekanan perasaan dan membunuh diri kerana ibu bapa terlalu mengejar kebendaan sehingga lupa kepada anak-anak. Kita perlu pandang serius isu ini kerana tidak mahu ia berlaku di negara ini," katanya.

Sementara itu, Rosmah yang merupakan Penaung Program Permata Negara memberitahu, sebanyak 600 pusat Permata ditubuhkan di negara ini yang diharap dapat membantu ibu bapa berpendapatan rendah mendapatkan pendidikan yang sempurna buat anak-anak mereka.

"Objektif utama ditubuhkan pusat ini adalah untuk memberi pendidikan secara menyeluruh kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dan ia mendapat reaksi positif daripada ibu bapa.

"Di pusat tersebut, kanak-kanak dapat belajar mengenai Sains dan Matematik dalam persekitaran yang kondusif serta sesuai untuk pembelajaran mereka," jelasnya. 



ZZ - teringin menimang cahayamata lagi....... 
Baca Selanjutnya ...

TAKZIAH KPD KELUARGA AU

Cucu bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang meninggal dunia hari ini setelah dimaklumkan bayi dua bulan itu tidak bangun dari tidur oleh pihak pusat penjagaan kanak-kanak, di Flora Damansara, dekat sini.

Azman berkata Mohd Affan Syahim Mohd Rizal disahkan meninggal dunia oleh doktor di Hospital Sungai Buloh, pada 11.30 pagi dan pihak hospital sedang menjalankan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.


"Laporan polis telah dibuat. Saya masih terkejut dengan berita kematian cucu kelima saya. Lebih tragik hari ini adalah harijadi ke 32 ibunya," kata Azman ketika dihubungi.


Ibu bayi berkenaan, Sharafiza Abdul Rahim, berkata beliau menerima panggilan daripada pengasuh pusat penjagaan pada 11 pagi ketika beliau dan suaminya, Mohd Rizal, 32, sedang bekerja.


"Mereka kata anak saya tidak bangun setelah digerakkan. Saya terus pulang dan bawa anak saya ke klinik berdekatan sebelum ke hospital.


"Saya tanya kepada pihak pengasuh bagaimana anak saya ditidurkan, mereka kata anak saya tidur meniarap dan saya tidak pernah tidurkan anak saya secara demikian," katanya yang masih terkejut dengan pemergian anak keduanya itu.- Bernama 

ZZ - semoga AU tabah menerima ujian ini...   
Baca Selanjutnya ...

HORROR IN MNG, KLCC !!!

Ladies,

I just received this alarming email from a friend. Something to be aware of when you're out and about.
It's a jungle out there and more so by the days.

Take care & be safe!
ZZ






I thought slitting of handbags only happens in the morning and night markets. Looks like " upgraded" to shopping centres too
Today,I've learned that bad things can happen anywhere anytime.
At 3.30pm today my mom was shopping at MNG,KLCC. Due to the on going 50% sales the shop was packed with customers, my mom being one of the excited customers didn't notice that her brand new handbag that she just bought yesterday was slit off,and the purse stolen only until when she wanted to pay for her things. worse is, my mom wasn't the only victim at the scene,a Korean lady lost RM4000 cash that was in her bag, and another lady lost her iPhone. one of the lady suspected the pickpockets were a bunch of ladies acting as customers. Ladies, carrying bags while shopping please be alert of your surroundings. I hope justice could be brought upon those pickpockets - Amelia 

Baca Selanjutnya ...

Tuesday 26 June 2012

SAIZ PAYUDARA TENTUKAN UMUR WANITA??


Seorang wanita, Cik Siti Wan Kecut (bukan gambar di atas) telah melakukan pembedahan plastik menegangkan muka dan payudaranya dengan pakar pembedahan, Dr. Parpugomo (bukan nama sebenar) yang terkenal.

Suatu hari Wan Kecut membeli goreng pisang di gerai Pak Nil (bukan Aznil Nawawi). Sewaktu membayar Wan Kecut bertanya: 

"Agak-agak Pak Nil berapa umur saya?"

Pak Nil melihat atas dan bawah lalu menjawab:

"Dalam 30 rasanya". 

Wan Kecut membalas dengan hati bangga dan gembira:

"Saya sebenarnya dah 38 Pak Nil."

Kemudian, Wan Kecut pergi membeli tiket wayang citer Apa Kata Wanita The Movie. Ramai sangat orang jadi dia terpaksa beratur panjang untuk membelinya. Sedang beratur itu di depannya ada seorang mak cik (tiada talian persaudaraan dengan Neelofa ataupun Anzalna). Wan Kecut bertanya hal yang sama kepada makcik itu:

"Agak-agak makcik lah, umur saya bape?" 

Makcik peminat Apa Kata Wanita pun menjawab:

"Makcik rasa umur kamu 25 tahun, kan?” 

Wan Kecut semakin gembira. Sambil tersenyum kembang, Wan Kecut menjawab:

"Takde la.. Makcik, umur saya dah 38".

Selepas membeli tiket Apa Kata Wanita The Movie, Wan Kecut pergi ke tempat parking keretanya sebab nak masuk pawagam lambat lagi. 

Kelihatan seorang budak kecik, adik Salim Iskandar sedang bermain-main di tempat parking itu. Lalu Wan Kecut  mendapatkan adik Salim Iskandar dan bertanya: 

"Adik tengok akak agak-agak bape umur? Kalau adik betul akak bagi USD100".

Adik Salim Iskandar: "Saya boleh meneka umur kakak kalau kakak bagi saya tengok payudara kakak dan memegangnya." 

Disebabkan perasaan teruja Wan Kecut memberi adik Salim Iskandar tengok dan memegangnya. Adik Salim Iskandar memerhati dan menganalisis sambil membelek-belek payudara Wan Kecut.

Selepas puas mentelaah adik Salim Iskandar menjawab: 

"Umur kakak 38 tahun."

Wan Kecut: "Tepatnya macamana adik tahu?"

Wan Kecut sangat terkejut lalu memberi duit USD100 seperti dijanjinya.

Adik Salim Iskandar: "Saya beratur di belakang kakak masa beli tiket wayang."

DICEDOK DAN DIUBAHSUAI DRPD CERITARAKYAT2U BLOG
Baca Selanjutnya ...

Monday 25 June 2012

KISAH BENAR 18SX: PENGALAMAN PERTAMA AKU DIGODA


"Seperti ini lah waktu tu.."pencerita beria-ria menunjukkan gambar ini menggambarkan bagaimana dasyatnya godaan yang pernah menguji kesusilaannya.


Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik. Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia. Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya. Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya. Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan. Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita."

Aku merasa sangat gembira dan dengan ini aku berpesan kepada korang semua: "Jangan sesekali menyimpan kondom anda di dalam dompet, simpanlah ia di dalam kereta"

Baca Selanjutnya ...

Sunday 24 June 2012

KISAH BENAR! Menantu vs Mertua



Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh… 

Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Natgeo di tv1… lepas tu sambung tengok Berita Perdana juga di tv1… lepas tu makan… lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik. 

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu… 

Satu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji…” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mengesyaki sesuatu.. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal… Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi…” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… .agak-agaklaa…” katanya tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main damhaji tentu tak faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena…

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim…tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah…Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa... 



sumber: tak pasti
Baca Selanjutnya ...

MERTUAKU MADUKU JUA!!











SERINGKALI CAMPURTANGAN KELUARGA MERTUA TERUTAMA IBU MERTUA SENDIRI MENJADI KONFLIK DALAMAN SEBUAH HUBUNGAN RUMAHTANGGA YANG DIBINA BERSAMA INSAN TERSAYANG.

Konflik Menantu vs Mertua seakan masalah klasik. Apalagi kalau kebetulan tinggal serumah.

"Aduhh!! Peningnya orang tua ni. Serba serbi mahu diatur ikut cara dia! Sampai bila dia nak ganggu rumahtangga kami. Apa sahaja yang aku buat semuanya tak kena, salah! Dia ingat anak lelakinya tu masih kanak-kanak lagi. Biarlah kami bina hidup ini mengikut cara kami..", ini antara keluhan kawan ZZ setiap kali bertemu dengannya di kedai mamak kesukaan kami di Bangsar.

"Habis tu, kenapa tak minta pindah keluar dan hidup berdikari? Sewalah rumah lain, kadang-kadang kalau tak bertembung muka selalu ni adalah lebih baik..", nasihat ZZ.

"Hmmm...suami aku ni pun pulak jenis 'anak mak'. Tak berani nak buka mulut. Takut emaknya tersingung, merajuk, bla..bla.bla..aku dah sakit jiwa. Itulah kadang-kadang rasa malas sangat nak terus balik ke rumah selepas waktu kerja,..lebih-lebih lagi kalau suami pula tak sampai rumah lagi," cebik kawan ZZ ni lagi.

ZZ FAHAM SANGAT PERASAAN KAUM ISTERI DAN MENANTU YANG BERHADAPAN KONFLIK SEBEGINI. PENDAM PERASAAN LAMA-LAMA BETUL, KITA BOLEH SAKIT JIWA..

SEBAIKNYA, SUAMI/ANAK LELAKI TADI PERLU JADI LELAKI YANG DEWASA DAN FIKIR MANA KEUTAMAANNYA SETELAH MEMPUNYAI KELUARGA SENDIRI. 

DAN MAK MERTUA PULA, DULU-DULU PUN DIA PERNAH JUGA RASA SEBAGAI MENANTU (KALAU IBU MERTUA YANG DAH TIADA LAGI LAH..). BIARLAH ANAK-ANAK ATUR DAN CORAK KEHIDUPAN MEREKA SENDIRI.

DAN KITA,..ESOK-ESOK KITA PULA YANG AKAN JADI IBU MERTUA. TUNGGU DAN LIHAT PULA BAGAIMANA YA??

MASING-MASING ADA PERNAN DAN TANGGUNGJAWAB.

* JANGAN LUPA TOPIK AKW HARI INI JUGA BERSAMA PAKAR MOTIVASI KELUARGA, PUAN SUZANA GHAZALI DI APA KATA WANITA PUKUL 3 PTG DI TV1. JUMPA ZZ DI KACA TV ANDA YA...

PSSST!...KALAU NAK KONGSI PENGALAMAN U ALL PUN BOLEH LA, NNT ZZ BOLEH SHARE MASA LIVE DI STUDIO!! HUHU..TENGOK SAPE YANG KENA...




Baca Selanjutnya ...

Saturday 23 June 2012

BOTAKKKK...???? KENA KE???


 
Bila ZZ baca story ni,..terkejut pun ada. Sebab pada pandangan peribadi ZZ, ia tak sesuai dengan budaya dan agama kita Kak Ras oiii...
 
Banyak lagi cara lain untuk membuat kebajikan tanpa perlu meraih publisiti seumpama ini.. Tapi apa-apa pun u alls bacalah selanjutnya..ZZ

******************************************************
 
KUALA LUMPUR: Bukan mudah bagi seorang wanita yang sudah sebati berambut panjang membotakkan kepalanya secara tiba-tiba, tetapi itulah yang dilakukan personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd Radzi.
 
Menurutnya, beliau mengambil keputusan drastik itu bukan untuk menarik perhatian mana-mana pihak, sebaliknya demi menyatakan sokongan dan keprihatinannya terhadap penghidap kanser.

Malah, keberaniannya yang mencukur habis rambut panjang mengurai dan meninggalkan hanya sedikit sisa, memperlihatkan jiwa kentalnya sebagai personaliti wanita pertama berbuat demikian.
“Saya mendapat jemputan daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) untuk terbabit dalam kempen Jom Botak ini sebagai menyatakan sokongan kami kepada pesakit kanser khususnya kanak-kanak.

“Kalau bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, saya memiliki ahli keluarga yang juga penghidap kanser. Ayah tiri saya meninggal dunia kerana barah kolon manakala pak cik dan beberapa rakan menjalani rawatan atas sakit dihadapi.

“Mereka orang terdekat dengan saya dan saya melihat mereka sangat tabah dan kuat. Bayangkan bagaimana mereka melalui hari-hari mereka dan saya berasa cukup hormatkan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ras Adiba membotakkan kepalanya di salun A Cut Above, di sini dan rambutnya dipotong pemilik salun itu sendiri, Winnie Loo.

Beliau berkata, dia tidak kisah jika kerjayanya terjejas kerana beliau percaya kepada niat yang baik membantu mereka yang menderita dan dalam kesusahan.
“Ini adalah sebahagian daripada usaha saya tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan kesengsaraan yang pesakit hadapi khususnya kanak-kanak.

“Jadi saya berharap lebih ramai masyarakat menunjukkan rasa prihatin mereka dan bersama-sama kami nyatakan sokongan terhadap pesakit kanser. Saya berharap dapat mengumpul sumbangan peribadi RM50,000 untuk tabung Makna.

Sementara itu, Ketua Projek Kempen Jom Botak, Datuk Dr Arunan Selvaraj berkata, kempen itu bermula sejak sebulan lalu dan baru-baru ini, pihaknya menjayakan rakaman klip video bagi meraih sokongan masyarakat.

Orang ramai boleh melayari www.jombotak.makna.my untuk maklumat lanjut.

sumber : www.hmetro.com.my
Baca Selanjutnya ...

KISAH BENAR! SUAMI DIPUKUL ISTERI



DI BALAI POLIS SEBUAH DAERAH YANG DIRAHSIAKAN

Pegawai penyiasat menyoal si isteri yang didakwa memukul suaminya dengan tumit kasutnya setebal 6 inci. Berikut adalah transkrip rakaman perbualan tersebut yang diperolehi daripada sumber yang dirahsiakan.

Penyiasat : Suami puan telah membuat laporan polis mengatakan puan telah memukulnya hingga mendatangkan kecederaan. Laporan daripada hospital juga telah diperolehi. Pihak polis mahu mengambil keterangan puan pula. Harap puan boleh memberikan kerjasama penuh bagi memudahkan siasatan. Boleh puan ceritakan apa yang berlaku?

Isteri : Malam tadi selepas makan malam bersama di restoran, suami mengajak pulang ke rumah. Lepas itu saya terus memukul suami saya dengan kasut saya.

Penyiasat : Mengapa pula puan memukul suami hanya kerana dia mengajak pulang? Boleh ceritakan semula bagaimana perbualan yang menyebabkan puan memukul suami?

Isteri : Suami kata macam ni. “Dah kenyang ni. Jom balik rumah, Sue”. Terus saya tanggal kasut dan mengetuk kepala dia dengan tumit kasut saya.

Penyiasat : Pelik! Hanya kerana mengeluarkan kata-kata itu menyebabkan suami puan dipukul?

Isteri : Sebab nama saya Mariam!!



Baca Selanjutnya ...

Friday 22 June 2012

APPLE TREE STORY

Salam, on this bless day Friday,..let's spend a few minutes to reflect.. ZZ

 https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=927734e296&view=att&th=13812093ba72818e&attid=0.1&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P8sw0V44NVCbca2c0dTQdf-&sadet=1340332447336&sads=Recyyxy88rp0O8vTajepgu3M1LY






A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the treetop, ate the apples, took a nap under the shadow...he loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by...the little boy had grown up and he no longer played around the tree every day.

One day, the boy came back to the tree and he looked sad. 'Come and play with me" the tree asked the boy. 'I am no longer a kid, I do not play around trees any more" the boy replied.

"I want toys. I need money to buy them." "Sorry, but I do not have money... but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money." The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.


One day, the boy who now turned into a man returned and the tree was excited "Come and play with me" the tree said.. "I do not have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?" " Sorry, but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house." So the man cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the man never came back since then. The tree was again lonely and sad.


One hot summer day, the man returned and the tree was delighted.. 'Come and play with me!" the tree said. "I am getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?" said the man. 'Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy." So the man cut the tree trunk to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.

Finally, the man returned after many years. 'Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore. No more apples for you ..." the tree said. 'No problem, I do not have any teeth to bite' the man replied. 'No more trunk for you to climb on" "I am too old for that now" the man said. 'I really cannot give you anything... the only thing left is my dying roots" the tree said with tears. 'I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years" the man replied. 'Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest, Come, come sit down with me and rest." The man sat down and the tree was glad and smiled with tears...

This is a story of everyone.
The tree is like our
parents
When we were young, we loved to play with our Mum and Dad...
When we grow up, we leave them...only come to them when we need something or when we are in trouble.
No matter what,
parents will always be there and
give everything they could
just to make you happy.

You may think the boy is cruel to the tree, but that is how all of us treat our parents.
We take them for granted we don't appreciate all they do for us, UNTIL it's too late.
May Allah forgive us of our shortcommings and may He Guide us,
Insha'allah Ameen.
Please enlighten all your friends and your families by telling them this story,
Love your Parents  

And your Lord has decreed that you worship none but Him. And that you be dutiful to your parents. If one of them or both of them attain old age in your life, say not to them a word of disrespect, nor shout at them but address them in terms of honour.

And lower unto them the wing of submission and humility through mercy, and say: 'My Lord! Bestow on them Your Mercy as they did bring me up when I was small.'
'Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam )said that Jareel said that'Woe unto him in whose presence his parents or either one of them attains old age, and (through failure to serve them) he is not allowed to enter 'Jannah'. To this Rasulullah(Sallallahu Alayhe wassallam) said Ameen!
Baca Selanjutnya ...

Thursday 21 June 2012

KERETA ZZ TERBABAS DI KM249 LEBUHRAYA PLUS ARAH SELATAN (update)



Salam,

ZZ sedang berehat di atas katil ketika artikel ini ditulis. Terharu kerana ramai rakan-rakan yang sungguh mengambil berat keadaan ZZ selepas disiarkan cerita ZZ terbabas. Jutaan terima kasih ZZ ucapkan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, ZZ tidak mengalami sebarang kecederaan cuma masih trauma kerana inilah pertama kali kejadian sebegini berlaku dalam hidup ZZ. 

ZZ sebenarnya dalam perjalanan daripada rumah di Kuala Lumpur untuk ke Johor Bahru kerana ada temujanji dengan YABhg. Datin Paduka Prof. Dr. Jamilah Ariffin, Isteri YAB Menteri Johor. Temujanji adalah berkenaan rakaman siaran AKW Raya yang dijadualkan berlokasi di Negeri Johor Darul Takzim, negeri kelahiran ZZ.

Mengimbas semula sewaktu makan malam , ZZ ada meminta kebenaran suami untuk ke JB keesokan hari (hari ini). Suami memberi keizinan dengan syarat ZZ membawa bersama ibu ZZ sebagai teman memandangkan perjalanan yang jauh apatah akan pulang semula selepas temujanji tersebut. ZZ akur dengan nasihat suami. 

Entah kenapa sebelum masuk tidur malam tadi, tak semena-mena ZZ melontarkan pertanyaan berikut kepada suami:

"Hubby, kalau i mati dulu u janji tau jangan kawin lain tau..." Suami pun menjawab.. "Janjiiiiii.... Dah tak mau cakap macam tu la..."

Jam 10.30am pagi tadi, ZZ bertolak dari rumah bersama ibu dan anak bongsu (kebetulan kurang sihat so tak pegi sekolah). ZZ mencium tangan hubby dan 'kiss-kiss' la hubby (hubby pun nak out-station hingga esok).

Dalam perjalanan, cuaca mendung dan hujan mula turun setiba di Seremban. Hujan semakin lebat hingga ke Senawang. ZZ memandu pada kelajuan 100kmph. Hinggalah di KM249 bersebelahan Hentian Sebelah Senawang, kereta ZZ hilang kawalan. Keadaan jalan berair dan arus air di atas jalan agak deras walaupun kelihatan sekadar air hujan membasahi jalan.

Kereta ZZ berada di laluan paling kanan tiba-tiba meleret ke sebelah kiri memasuki laluan sebelah dan ketika itu ZZ cuba memperlahankan kereta tetapi ia terus melaju ke sebelah kiri, jadi sebelum kereta ZZ terbabas ke penghadang jalan, ZZ terus tekan brake (masa tu ibu kat sebelah dah jerit "tekanlah brek!! tekanlah brek!!). Tiba-tiba kereta ZZ berpusing 360 darjah sebanyak 3 kali. Dalam tempoh 10 saat itu, memang ZZ dah tak mampu nak kawal keadaan kereta yang terus berpusing dan menggila macam 'Merry Go Round'. ZZ sempat tengok anak dah terhoyong-hayang di tempat duduk belakang dan ibu dah semakin panik. Dalam tempoh itu, sambil terus kawal steering kereta, ZZ cuba fikir kat belah mana agaknya kereta ni nak dilanggarkan supaya berhenti. Masa tu jugak ZZ nampak di cermin pandang belakang kereta2 dan lori2 terus cuba mengelak daripada terlanggar kereta ZZ yang sdg berpusing-pusing. 

Sehingga satu saat apabila rasanya kereta ni dah tak boleh nak diberhentikan, ZZ nekad dan pasrah sahaja,..beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah, sambil dalam kepala teringatkan kata-kata ZZ kpd hubby malam tadi (ye, itu yg pertama sekali terlintas di fikiran), kemudian ZZ fikir lagi,..masyaAllah, nampaknya aku akan mati bersama-sama ibu dan anak aku...dan seterusnya ZZ juga sempat bayang betapa sakitnya nanti bila kereta ini dilanggar oleh kenderaan lain atau menghentam kenderaan lain atau penghadang jalan atau terbalik, pasti kepala kami semua akan menghentam cermin atau terhumban di jalan,..aduhhh...dan tiba-tiba sahaja, tanpa diduga, kereta ZZ terus terhenti di bahu jalan yang menuruni longkang bahu jalan. Papp,..STOP! Fuhhhh,...tersentap jantung ini, keadaan senyap seketika,...dan tengok ibu dan anak ZZ pun ok dan tersenyap...The first thing, ZZ ambil telefon di sebelah dan terus hubungi suami...


Hubby terus call Plushelpline dan memaklumkan lokasi kejadian.. Dalam pada itu, ramai ulat-ulat kereta tarik berhenti.. ZZ ingat pesan hubby 'only let Plus to tow the car'! Seketika kemudian beberapa anggota polis trafik peronda lebuhraya tiba.. Mereka segera memastikan keadaan penumpang selamat dan kemudian cuba membantu mengalihkan kenderaan.. namun tidak berjaya.. kemudian peronda Plus tiba membantu dan menarik keluar kereta..

ZZ nak ucap berbanyak terima kasih kepada anggota polis trafik (ZZ tak ingat nama) dan peronda Plus yang telah membantu.. ZZ tabik anggota keselamatan yang pantas datang membantu.. Kereta ZZ ditunda ke Hentian Sebelah Senawang..


Selang beberapa minit kemudian hubby tiba bersama rakannya.. Lega dan tenang melihat hubby sampai dan menenangkan ZZ dan ibu.. Alhamdulillah..







 


Baca Selanjutnya ...

Wednesday 20 June 2012

JOM BONGKAR..!! ZAMZARINA TAUKE MLM??


Lihatlah ad banner di atas bagaimana Zamzarina cuba mengajak rakyat Malaysia menyertai bisnes MLM.. 

MLM merupakan satu corak pemasaran multi tingkat yang digemari oleh ramai orang Malaysia.. Namun tak kurang juga yang memandang MLM ni sebagai penipu dan pembohong.. Ada juga yang menyebut MLM sebagai false hope, orang bodoh, tiada etika kemanusiaan dan sebagainya.. ZZ tak mau komen samada baik atau buruk cabang pemasaran MLM ni..  Terpulang kepada selera dan citarasa masing-masing..

Berbalik kepada topik posting ni.. ada yang kata Harmony yang diasaskan oleh ZZ dan dipasarkan oleh Studio One Creative (dimiliki sepenuhnya oleh ZZ) ada berbau MLM.. ZZ nak tanya rakan-rakan affiliate seramai 2000 orang tu betul ke Harmony ni MLM? Ade tak Harmony menyuruh affiliate members carik downline seramai mungkin pastu kerah downline buat sales? Harmony Affiliate bukan sahaja tiada arahan supaya merekrut downline malah TIDAK ADA OPTION LANGSUNG UNTUK MEREKRUT DOWNLINE.. maksudnya anda memang tak bole letak sesiapa di bawah anda.. Nak untung lebih, kenalah usaha lebih untuk menghasilkan jualan..

Kepada yang tak berapa faham atau tak tau langsung apa yang ZZ katakan, sila layari site-site di bawah:

1) www.harmony.com.my - iaitu laman web rasmi produk Harmony
Screen Shot Laman Web Harmony

2) www.harmonymall.com.my - shopping cart.. transaksi jual beli mengambil tempat di sini..
Screen Shot Harmonymall


3) harmony.myosiaffiliate.com - affiliate Harmony 
Screen Shot Harmony Affiliate

Buat pengetahuan semua, Harmony tidak mengenakan sebarang bayaran atau mengambil deposit atau wang daripada sesiapa yang berminat.. tak percaya? jom daftar..

Harap kepada sesiapa kurang jelas konsep perniagaan dan produk Harmony yang bersifat telus, suci dan murni ini sila lah layari laman www.harmony.com.my untuk mengetahui lanjut..

Harmony Affiliate berpegang kepada prinsip anda berusaha, anda berjaya.. justeru semua komisyen jualan seharusnya menjadi milik anda sepenuhnya.. mengapa perlu dikongsi dengan upline?
 
Mengapa kami tidak berminat dengan konsep MLM untuk Harmony? Jawapan mudah.. kerana kami di Harmony sentiasa mahu mengekalkan harga yang termurah kepada pelanggan..

Apa itu Harmony Affiliate yang menggunakan kaedah affiliate marketing? Konsep ini diperkenalkan bertujuan membantu golongan suri rumah, ibu tunggal, pelajar dsb untuk menjana pendapatan sampingan dengan cara yang paling mudah.. 
- tidak perlu merekrut
- tidak perlu mengeluarkan modal
- tidak perlu menyimpan stok
- hanya memperkenalkan Harmony di laman-laman sosial atau juga blog

pendek kata Harmony Affiliate adalah 'introducer' kepada pelanggan Harmony.. sekiranya pelanggan tersebut membuat pesanan dan seterusnya pembelian, Harmony Affiliate akan menerima komisen sebanyak 20% daripada jumlah pembelian tersebut.. Mudah saja! Tiada siapa yang akan merasa terpinggir atau teraniaya..
Harmony di iklankan di majalah-majalah tempatan.. akan datang di akhbar dan tv..

Mengapa kami mengiklankan di majalah dan akhbar? Kerana cabang pemasaran UTAMA kami adalah konsep jualan terus kepada pengguna disamping melalui pengedar-pengedar yang dilantik..
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..