HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Wednesday 31 October 2012

MISTERI OBJEK TERBANG....


Kemunculan objek misteri yang dipercayai datang dari udara meresahkan sebuah keluarga di Kampung Kemumin, di sini.

Ilhami Amir Ismail, 32, berkata, objek mengeluarkan api kemerahan berbentuk payung terjun mini itu jatuh menimpa bumbung rumahnya dan hampir memusnahkan rumah yang didiami sejak beberapa tahun lalu.

“Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya di tempat kerja sebelum dimaklumkan isteri tentang kejadian aneh itu.

“Saya yang terkejut dan kebingungan bergegas pulang sebelum mendapati bahagian bumbung hangus,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Sinar Harian di sini, kelmarin.

Ilhami berkata, objek dipercayai terdiri daripada besi dan gentian kaca kabel tahan panas yang memungkinkan rumahnya hangus jika lambat bertindak.

“Nasib baik juga isteri dan anak-anak berada di rumah, jika tidak, mungkin kami kehilangan harta paling bernilai, sedangkan ia kesilapan dan kecuaian orang lain,” katanya.

Menurutnya, dia berharap akan ada pihak-pihak tertentu tampil bertanggungjawab kerana jika diperhatikan objek tersebut dibuat dengan ciri-ciri berteknologi.

“Apa yang diharapkan pihak terlibat tampil dan memberi penjelasan serta bertanggungjawab di atas kejadian di luar jangkaan itu, selain menanggung kerugian yang terpaksa dialami kesan daripadanya,” katanya.

sumber: Sinar Harian 
Baca Selanjutnya ...

NASPALEHA CONTOH ISTERI SETIA..!!


GUA MUSANG - Walau suaminya koma sejak empat bulan lalu, seorang isteri di sini tetap setia berada di sisi menjaganya, malah, sedia menanggung masalah kewangan termasuk bayaran sewa rumah.

Naspaleha Najib, 46, berkata, mereka sekeluarga menanggung hutang sewa rumah milik anak syarikat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Dagang, hampir setahun kerana tidak cukup wang.

Menurutnya, dia tidak sanggup meninggalkan suami keseorangan di rumah bagi mencari pekerjaan.

"Saya bimbang dengan keadaan suami yang masih koma juga perbelanjaan persekolahan lima daripada sembilan anak, hidup kami makin tertekan sekarang,” katanya.

Dia berkata, akibat kesempitan hidup, dia terpaksa catu makanan daripada tiga kali sehari kepada sekali sahaja untuk anak-anak.

“Itu bergantung kepada keadaan, jika terdesak terpaksa pula menyedia makanan sekadar alas perut. Anak-anak yang bersekolah pula tidak membawa wang belanja,” katanya.

Naspaleha mengakui ada menerima wang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang sebanyak RM400 sebulan, namun mengakui sekadar cukup untuk membeli susu dan lampin pakai buang suaminya.

Katanya, dia merayu supaya kerajaan memberi rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) kerana tidak mahu menanggung masalah bayaran sewa lagi.

Sebelum itu, dia menerima kunjungan Ketua Wanita Umno Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang bersimpati dengan nasib keluarga terbabit.

Wan Hazani berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib keluarga terbabit yang miskin berikutan tanggungan anak ramai dan ketua keluarga sakit.

“Saya akan usaha daftarkan keluarga ini dalam e-kasih sebelum kita rujuk kepada pihak tertentu untuk mendapatkan rumah PBR mengelakkan menanggung hutang sewa rumah," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi 9 Julai lalu, Mohd Hanapi cedera parah di kepala selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terbalik.

Kejadian berlaku di Jalan Kampung Tiong selepas Mohd Hanapi menghantar anaknya ke sekolah.

sumber: Sinar Harian
Baca Selanjutnya ...

TAK INGINKAH KITA??? BIAR MEREKA YANG BERCAKAP...

ZZ tidak mengenali tuan punya blog.. ZZ search pengalaman ibu bapa yang menghantar anak ke Taska Kemas Permata.. ini blognya http://irdinailham.blogspot.com/2011/01/catatan-ayah-ahad-16-januari-2011-hari.html

So.. biarlah mereka yang bercakap..

Catatan Ayah

Ahad / 16 Januari 2011


Photobucket

Hari ni aku berpeluang untuk melawat Taska Permata Kemas yang diuruskan oleh KEMAS... mungkin ini salah satu dari projek PERMATA.. Taska ni terletak di Taman Utara Jejawi..

Photobucket



Rekabentuknya cukup memberansangkan... jika dibandingkan dengan taska-taska Kemas yang lain... dan pada pandangan aku mampu menandingi taska-taska swasta yang lain... berbagai-bagai kemudahan yang disediakan termasuk nursery... yang mana ibu bapa boleh mengambil anak-anak mereka jam 5 petang...


Photobucket

Hiasan lanskapnya cukup cantik... dan rasanya mampu menaikkan minat anak-anak dalam pembelajaran jika digunakan dengan sebaiknya...

Photobucket



Selain lanskapnya yang cantik... terdapat juga kolam renang untuk anak-anak bermain... satu-satunya fasiliti yang jarang-jarang kedapatan di taska-taska di Perlis... dan dengarnya.. semua Taska Permata Kemas seluruh Perlis mempunyai fasiliti yang sama...

Photobucket

Photobucket


Dan seperti kolam-kolam renang yang lain... terdapat juga pancutan air untuk mandi selepas berenang... cukup mewah... seperti yang kedapatan di premis-premis yang mempunyai kolam-kolam renang... yang pada pandangan aku... cukup mengujakan..

Photobucket



Photobucket


Photobucket


Photobucket




Juga terdapat taman permainan... yang mana pasti menarik perhatian kanak-kanak...

Photobucket


Suasana di dalam kelas juga amat menarik dan tenang... serta berbagai-bagai alatan pembelajaran yang disediakan... dari segi mainan, muzik, audio video serta peralatan komputer...

Photobucket

Photobucket


Semoga... semua fasiliti yang disediakan dapat dimanafaatkan dengan sebaiknya... dan jangan hanya elok pada pandangan mata... tetapi kosong dalam pengisian pembelajarannya...

p/s: moga-moga KEMAS dapat meningkatkan sistem pembelajarannya sehingga mampu menandingi tadika-tadika yang diuruskan oleh pihak swasta seperti sistem yang digunakan oleh rangkaian Smart Reader Worldwide...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

16 Safar 1432 / 21 Januari 2011
Baca Selanjutnya ...

Tuesday 30 October 2012

GEMPAR! PENYANYI ROSSA MOHON DAFTAR ANAK DI PERMATA??


Pasti ramai yang mengenali penyanyi kecil molek dari seberang ini.. namanya Sri Rossa Roslaina Handiyani.. khabarnya beliau kini sedang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji..

video dibawah bukti Rossa mengagumi Permata Seni.. saksikan..


Baca Selanjutnya ...

INDONESIAN MAIDS ON SALE???


Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja akan menyiasat segera pengedaran iklan bertajuk "Indonesian maids now on sale", kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya sebelum siasatan dibuat.

"Buat masa ini, kita tak boleh komen apa-apa lagi kerana tak tahu setakat mana sebarannya, siapa yang menyebar, di mana, jadi kita kena siasat dulu," katanya selepas merasmikan Persidangan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Iklan yang dikatakan diedarkan di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur itu menjadi topik hangat di internet, selain turut disiarkan oleh media massa di Indonesia.

Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) turut mengecam keras penyebaran iklan itu kerana ia menimbulkan kemarahan banyak pihak di Indonesia yang menganggapnya suatu bentuk pelecehan (penghinaan) terhadap tenaga kerja negara itu dan mereka mendesak kerajaan menyiasat segera.

Sementara itu Maznah, yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkata jumlah kemalangan di tempat kerja meningkat sebanyak 1.98 peratus kepada 40,834 kes bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berkata kemalangan semasa pergi dan balik dari tempat kerja mencatat peningkatan sebanyak 5.6 peratus untuk tempoh sama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, sekaligus menjadikannya penyumbang terbesar kepada peningkatan jumlah kes kemalangan di tempat kerja itu.

"Kempen kesedaran diadakan secara berterusan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan lain-lain pihak berkepentingan.

Dianjurkan oleh JKKP, persidangan dua hari dengan kira-kira 500 peserta itu adalah bagi memberi maklumat terkini mengenai keselamatan pekerjaan serta laluan pekerjaan kepada rakyat Malaysia. - Bernama
Baca Selanjutnya ...

TERPAKSA TIPU AYAH... ADA IJAZAH TAPI JADI PEMANDU BAS


“Ayah marah dan hampir dua minggu dia tak bercakap dengan saya. Ayah saya kata rugi saja hantar ke universiti belajar tinggi-tinggi, tapi akhirnya jadi pemandu bas,” kata Nur Hafiza Abd Rani, 32, seorang pemandu bas Nadi Putra yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Perniagaan Tani, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurutnya, hampir setengah tahun dia merahsiakan pekerjaannya sebagai pemandu bas daripada pengetahuan bapanya kerana bimbang dimarahi. “Pada mulanya hanya ibu yang tahu pekerjaan saya. Dia tidak memberitahu ayah yang saya bekerja sebagai pemandu bas. Pada waktu itu, saya bekerja dengan syarikat RapidKL sebelum bertukar dengan bas Nadi Putra. “Saya terpaksa menipu ayah dengan memberitahunya bekerja sebagai kerani biasa di syarikat bas itu. Sepanjang tempoh itu ayah hairan melihat saya keluar dari rumah awal pagi sebelum waktu Subuh dan balik pada waktu malam. “Ayah cakap orang kerja kilang pun tak keluar awal sebelum waktu Subuh. Dipendekkan cerita, rahsia saya terbongkar apabila ayah menghantar saya ke tempat kerja ketika motosikal rosak. Saya memberitahunya pekerjaan sebenar dan dia sangat marah pada waktu itu,” katanya.

Ibu kepada dua anak berusia dua dan enam tahun itu memiliki segulung ijazah selepas menamatkan pengajian selama tiga tahun di UPM. Sebelum itu, dia belajar di universiti sama dalam jurusan pembangunan manusia di peringkat diploma.

Sewaktu di universiti, dia bukan saja memberikan tumpuan dalam kuliah akademik, malah turut aktif dengan program kampus dan pernah menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UPM. Nur Hafiza berkata, dia memiliki lesen memandu bas sebaik tamat belajar peringkat diploma pada 1999 selepas disarankan ibunya supaya berbuat demikian, memandangkan ketika itu banyak pekerjaan sebagai pemandu bas dan lori diiklankan di dalam akhbar. “Waktu itu saya menerima wang biasiswa dan tak tahu nak buat apa dengan wang itu. Jadi, ibu menyarankan saya mengambil lesen motosikal dan kereta termasuk lori serta bas sebagai persediaan sekiranya tidak dapat pekerjaan selepas tamat belajar.

“Apa yang saya lakukan itu memang ada kebenarannya. Saya pernah cuba meminta kerja di pelbagai tempat termasuk menjadi tentera, tapi rezeki tidak berpihak kepada saya,” katanya yang akhirnya memilih kerjaya sebagai pemandu bas. Nur Hafiza yang berpengalaman memandu bas lebih 10 tahun berkata, dia sangat meminati tugas sebagai pemandu bas kerana senang dengan suasana, cara dan masa kerjanya, berbanding kerja dan suasana di pejabat.

Katanya, dia tidak berasa rugi mahupun rendah diri walaupun mempunyai ijazah sarjana muda dan bekerja sebagai pemandu bas.

sumber: Metro Online
Baca Selanjutnya ...

LEMBIK DIBELASAH BEKAS SUAMI..!!!!


Tidak berhati perut! Seorang lelaki tergamak membelasah bekas isterinya tanpa belas kasihan selepas gagal mendapatkan wang daripada wanita itu, di rumahnya di Pusat Bandar Puchong, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, lelaki berusia awal 40-an itu dikatakan ke rumah bekas isterinya di sebuah pangsapuri kos rendah di sini.

Difahamkan, pintu tidak berkunci menyebabkan lelaki itu mudah meluru masuk ke rumah dan terus mencari kelibat bekas isteri yang tinggal bersama lima anak mereka di rumah terbabit.

Saksi yang tidak mahu dikenali berkata, lelaki itu mendesak bekas isterinya memberikan wang namun tidak dituruti mangsa.

Berang tindakan bekas isterinya, lelaki itu menumbuk mangsa lebih 15 kali di muka, kepala dan belakang badan dan tumbukan turut terkena seorang anak perempuannya berusia 12 tahun.

Tidak cukup dengan tindakan itu, lelaki terbabit turut menyepak perut mangsa bertubi-tubi.

Menurut saksi, anak perempuan mangsa yang berusia 15 tahun cuba menolak bapanya yang ketika itu berada dalam bilik tidur untuk menghentikan pergaduhan kerana simpati melihat keadaan ibunya.

Katanya, apabila mangsa dapat melepaskan diri, dia terus ke dapur dan mengambil sebilah pisau untuk mempertahankan diri sebelum lelaki itu merampas kembali senjata itu dan terus membelasahnya sekali lagi.

“Lelaki itu seolah-olah gagal mengawal diri dan memukul mangsa tanpa belas kasihan. Kejadian disaksikan lima anak mangsa termasuk salah seorang yang berumur dua tahun setengah.

“Selepas puas membelasah bekas isterinya, lelaki itu dikatakan meminta maaf dan terus menghilangkan diri membiarkan wanita terbabit mengerang kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, buntu melihat keadaan ibu yang sakit, anak mangsa kemudian berlari ke rumah jiran meminta pertolongan.

Difahamkan, mangsa enggan memberikan wang kepada bekas suaminya dan sanggup dipukul kerana wang simpanan yang tinggal untuk menyara keluarga hanya tinggal RM10 di dalam dompetnya.

sumber: Sinar Harian
Baca Selanjutnya ...

Saturday 27 October 2012

ROSMAH MILIKI PERMATA 1BILLION - PART 2

SALAM AIDILADHA,

Ada pihak mengatakan tiada beza antara PAPN (Pusat Anak Permata Negara) dengan Taska Kemas...

Jawapan ZZ.. BENAR DAN TEPAT SEKALI..

Mengapa?? Kerana Taska Kemas telah menggunapakai kurikulum Permata sejak tahun 2009.. sekian, terima kasih..

  
Sambungan Part 1..


Keperluan mengadakan satu program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak atau di lebih kenali di peringkat global sebagai program Early Childhood Education and Care (ECEC) adalah berikutan sehingga tahun 2008, negara kita masih belum ada satu dasar yang komprehensif yang menggabungkan aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun di negara ini. Pada masa yang sama, tiada satu kurikulum kebangsaan digubal untuk mengintegrasikan aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur 4 tahun di Malaysia.

Sehingga 2012, Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) diwajibkan kepada semua pengusaha/pengasuh berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, namun demikian aspek utama KAAK memberi tumpuan kepada asuhan dan keselamatan kanak-kanak. 

Oleh itu, menyediakan program ECEC yang berkualiti adalah sangat penting bagi menentukan hala tuju ECEC di negara kita. Ini kerana pelaburan yang dibuat untuk setiap kanak-kanak yang baru lahir pada hari ini akan memberikan pulangan yang amat besar di masa hadapan. Di samping itu, program ECEC yang berkualiti adalah asas kepada pembangunan modal insan yang produktif di abad ke-21. Pada 24 Oktober 2008, kerajaan telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan khusus untuk kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun meliputi 4 komponen utama iaitu:

(i)  Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan;
(ii)   kemudahan Fizikal;
(iii)  tenaga pendidik; dan
(iv)  penglibatan Ibu Bapa.

Jika dilihat, Kementerian Pelajaran telah pun mewujudkan Dasar Pendidikan Awal untuk kanak-kanak berumur dari 4 hingga 6 tahun dan telah menyediakan Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun di bawah Akta Pelajaran 1996. Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan ini digunapakai oleh semua Pra Sekolah dan TADIKA yang sedang beroperasi.

            Memang benar TASKA KEMAS telahpun beroperasi sejak tahun 1960 dulu, walaubagaimanapun pengoperasian TASKA KEMAS ini adalah bersifat pusat jagaan sahaja. Kanak-kanak di TASKA KEMAS kebanyakkan di peringkat usia 1 hingga 4 tahun, dan mereka sebenarnya sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada pembesarannya. Pada usia ini mereka seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat di persekitarannya. Oleh itu mulai tahun 2009, melalui peruntukan yang diberikan kepada Program PERMATA, sebanyak 313 buah TASKA KEMAS telahpun dinaiktaraf di seluruh negara dan tenaga pendidiknya telah dilatih bagi membolehkan semua TASKA KEMAS menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara.

Oleh itu, jika pada masa ini dilihat pelaksanaan aktiviti di TASKA KEMAS adalah sama dengan Program PERMATA Negara adalah kerana TASKA KEMAS telahpun menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara sejak tahun 2009. Ini juga menunjukkan bahawa keberkesanan Kurikulum PERMATA Negara di TASKA KEMAS.

Adalah diharapkan dengan pemakaian Kurikulum PERMATA Negara ini, TASKA tidak lagi dilihat sekadar sebagai kemudahan untuk jagaan anak sahaja dengan penumpuan hanya diberikan kepada aspek asuhan dan jagaan tetapi turut diseimbangkan  dengan memberi perhatian yang rapi terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri dari segi pertumbuhan atau kesuburan , emosi, pemikiran dan tingkah laku.

Kurikulum PERMATA Negara tidak hanya menekankan aspek pembangunan intelek, tetapi memberi penekanan yang besar kepada pembinaan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian kanak-kanak. Di samping itu kurikulum ini juga telah mengambil kira aspek pengasuhan penting daripada Kurikulum Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah mendapat input berhubung kesihatan dan pemakanan bagi bayi dan kanak-kanak dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kurikulum PERMATA Negara juga telah dipastikan berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berteraskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Semasa  proses pembinaannya, pihak penggubal telah mengkaji dan melihat beberapa model kurikulum awal kanak-kanak Negara maju serta program asuhan dan didikan awal yang dilaksanakan di Negara mereka. Antara yang menjadi rujukan ialah:

· Kurikulum Montessori:
· Kurikulum Reggio Emilia:
· Kurikulum High Scope, Amerika Syarikat:
· Kurikulum The Under Threes and Early Learning Goals, United Kingdom:
· Kurikulum Te Whariki, New Zealand: 

Berdasarkan statistik 2007, dianggarkan juga daripada 8,841 buah TASKA ini, hanya 30% atau 2,653 buah TASKA (berdaftar dan tidak berdaftar) terletak di kawasan luar bandar yang memberikan perkhidmatan pengasuhan kepada 80,000 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun. Daripada jumlah 2,653 buah TASKA ini, sebanyak 304 buah TASKA adalah di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan bilangan kanak-kanak seramai 3,654 orang.

Oleh itu dianggarkan hampir 90% atau seramai 2,816,200 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun TIDAK mendapat pendedahan kepada apa-apa program ECEC yang mana amat kritikal bagi merangsang perkembangan awal pembangunan minda mereka. Sekiranya trend ini berlanjutan di mana hanya 10% sahaja kanak-kanak bawah 4 tahun mendapat akses kepada mana-mana program ECEC, adalah diunjurkan bahawa pada tahun 2020 bila mana Malaysia disasarkan mencapai taraf negara maju, hampir 3,399,480 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun tidak berpeluang mengikuti program ECEC. Keadaan ini menunjukkan bahawa keperluan untuk menyediakan program ECEC bagi kanak-kanak bawah 4 tahun adalah amat kritikal. Kanak-kanak ini sepatutnya diberikan pendedahan kepada program ECEC yang lebih sistematik dan terancang sebelum memasuki persekolahan secara formal.

Melihat kepada senario di atas, bertepatanlah keputusan kerajaan meluluskan Kurikulum PERMATA Negara sebagai Kurikulum Kebangsaan dan akan digunapakai di semua TASKA bagi membolehkan semua kanak-kanak di TASKA mulai tahun 2013. Dengan semua kanak-kanak di TASKA akan mendapat peluang mengikuti program ECEC yang baik dan berkualiti. 


BERSAMBUNG....


Baca Selanjutnya ...

Friday 26 October 2012

ROSMAH MANSOR MILIKI PERMATA 1BILLION?? PART 1


Rosmah Mansor Miliki Permata 1Billion! Begitulah tajuk yang ZZ baca di beberapa blog.. Terperanjat juga dibuatnya.. Apabila dibaca keseluruhan cerita barulah ZZ mengerti isunya adalah mengenai Bajet 2013 yang dibentangkan baru-baru ini.. Bajet untuk Pra-Sekolah diperuntukkan sebanyak RM1Billion.. Wow!! Banyak kan?? BENAR! 1Billion untuk Pra-Sekolah! So, dimana yang kata 1B untuk Rosmah Mansor?? Pra-Sekolah itu Permata?? Tak tepat tu.. Ada yang kata DS Rosmah difitnah lagi!! ZZ kata mereka tak fitnah tapi mereka tak faham.. Mudah-mudahan Datin Sri Rosmah Mansor memaafkan mereka yang kerap memburuk-burukkan nama beliau, InsyaAllah...

Di Malaysia, Pra-Sekolah itu untuk kanak-kanak berusia 5-8tahun.. dan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia.. Manakala ECEC (Early Childhood Education and Care) adalah untuk kanak-kanak seawal usia kelahiran hingga 4 tahun.. Program Anak Permata Negara (PAPN) termasuk dalam kategori ECEC.. INI KITA KENA JELAS!

Biar ZZ jelaskan disini ke mana pecahan RM1billion yang diumumkan oleh YAB Dato' Sri Najib selaku Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2013...

1. Pra-Sekolah (MOE) diperuntukkan RM587.5 juta
2. Tadika Kemas (KKLW) diperuntukkan RM532 juta
3. Tabika Perpaduan (JPNIN) diperuntukkan RM68.7 juta
4. Bhg. Permata JPM..??????

bersambung......


ZZ ~ Selamat Menyambut Hari Raya Aldiladha





Baca Selanjutnya ...

Wednesday 24 October 2012

AWAS! DIGANGGU POCONG


KERIAN - Penduduk kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau, di sini gempar dengan gangguan kelibat lembaga berkain putih atau dikenali sebagai hantu ‘pocong’ sehingga menyebabkan sebahagian besar mereka takut keluar rumah terutama waktu malam.
 
Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52, berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung sejak tiga bulan lalu apabila sebanyak tiga kes penemuan lembaga berkenaan dilaporkan sehingga kini.
 
Menurutnya, pengalaman terserempak dengan lembaga menyerupai hantu pocong benar-benar memberi igauan buruk setelah sebelum ini menganggap dakwaan beberapa penduduk sebagai tidak berasas.

“Kejadian itu berlaku semasa saya sedang mengambil angin di luar rumah baru-baru ini dan tercium bau aneh seakan-akan bau tanah kubur sewaktu sedang menghisap rokok.

“Pada masa sama, saya mendapati terdapat sebuah motosikal sedang melintasi hadapan rumah dan alangkah terkejutnya apabila terdapat satu objek berbungkus kain putih sedang ‘membonceng’ motosikal itu tanpa disedari penunggangnya,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini semalam.

Mohd Desa berkata, dia tergamam melihat objek berbungkus itu buat seketika, bagaimanapun keadaan menjadi lebih mengerikan apabila muncul di hadapannya secara tiba-tiba.
 
“Sedang saya tergamam melihat kejadian itu, tiba-tiba objek itu hilang dan paling memeranjatkan, lembaga itu muncul di hadapan saya dalam jarak 10 meter.
 
“Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya segera meluru masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap serta pintu tanpa berfikir panjang,” katanya.
 
Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.
 
“Pada masa itu saya hendak menutup pintu belakang rumah kerana sudah lewat malam. Saya perasan ada kelibat seseorang di luar rumah berpakaian serba putih namun tidak berapa jelas kerana keadaan pada masa itu terlalu gelap.
 
“Saya pun turun dari rumah dan memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Bagaimanapun, kelibat lembaga itu merupakan sebuah objek berbungkus yang menyerupai tubuh mayat yang dikafankan,” katanya.
 
Salleh yang terperanjat dengan kejadian itu terus memasuki rumah dan mengunci semua pintu dan tingkap sehingga menimbulkan kehairanan isteri dan anak-anaknya.

“Saya yakin lembaga yang saya lihat merupakan hantu pocong berdasarkan bentuk sama seperti manusia yang dikafankan di mana kain yang membaluti tubuh amat pudar selain mempunyai satu ikatan di atas kepala,” katanya.

Sementara itu, sumber dari penduduk asal kampung menceritakan kejadian ini dikatakan sering berlaku semasa pembukaan kampung ini sekitar tahun 1980-an sebelum isu itu lenyap beberapa tahun kemudian.

Bagaimanapun, kejadian penduduk ‘diganggu’ hantu pocong berulang kembali dipercayai berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang dikatakan ‘mengganggu’ kediaman asal makhluk halus di sini.

“Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini, kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau. Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.

“Ia disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama yang tidak bertanda selain sebuah kubur ‘keramat’ yang dikatakan turut terletak di kawasan kampung kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang banyak terdapat di kawasan itu.

“Semasa pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.

“Kami tidak menolak kemungkinan ‘kemunculan’ kembali makhluk berkenaan disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu ‘marah’ dan mengganggu kami,” katanya.
 
SUMBER: SINAR HARIAN
Baca Selanjutnya ...

Monday 22 October 2012

MAMA KETAGIH KE CAFE SIBER..


ZZ kongsikan disini artikel yang dibaca di Metro hari ini..

Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer.

Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.

Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.

Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer.
Baca Selanjutnya ...

Saturday 20 October 2012

PERDANA MENTERI JUGA MANUSIA BIASA....


SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin. Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar media.

Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa. Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan berumput sehingga menyebabkannya terjatuh. Klip video yang menunjukkan perdana menteri itu terjatuh disiarkan berulang kali di televisyen Australia semalam.

Beberapa program berita dan media sosial juga menyiarkan klip video itu. Akhbar Daily Telegraph di negara ini turut menyiarkan berita tentang kejadian tersebut di muka depan. - AFP



Baca Selanjutnya ...

Thursday 18 October 2012

ANUGERAH IKON MENGANGKAT MARTABAT WANITA

Harmony Rakan Strategik Anugerah IKON
BAGI mengangkat martabat wanita sebagai tulang belakang pembangunan negara, majalah Wanita, terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd., buat kali ketiga akan menganjurkan Anugerah Wanita Ikon (AWI) 2011/2012.

Majlis berprestij tersebut diadakan bertujuan mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan wanita Malaysia yang telah mengukir kejayaan dalam bidang masing-masing. 

Majalah Wanita membuktikan komitmennya untuk memperkasa golongan wanita Malaysia ke tahap yang cemerlang bagi memacu kemajuan negara tercinta.

Bertuah ditemukan jodoh dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Wanita menyambut salam Mara untuk mengadakan kolaborasi strategik bagi merealisasikan Malam Gala Anugerah Wanita Ikon 2011/2012 kali ini.

Selama ini, Mara cukup akrab dengan peranan murninya membantu, mendidik dan membimbing usahawan untuk berjaya terutamanya golongan wanita.

"Kolaborasi strategik ini diharap akan membuka peluang kepada usahawan dan wanita Malaysia yang berpotensi serta berwawasan untuk mencapai impian mereka.

"Sebagai perintis majalah wanita yang pertama di Malaysia, maka majalah Wanita terpanggil meneruskan anugerah ini yang dirasakan amat bermakna buat kaum wanita Malaysia," kata Pengarang Wanita, Normala Hamzah.

Tambahnya, Wanita turut memaparkan kecemerlangan golongan ini dalam pelbagai bidang sebagai pengisiannya untuk dikongsi dengan pembaca dan masyarakat menerusi segmen Wanita Cemerlang, Personaliti, dan Usahawan Wanita.

"Sedikit sebanyak, mereka yang pernah tersiar ceritanya di dalam majalah Wanita telah memberi inspirasi kepada wanita lain untuk berjaya. Mereka secara automatik disenarai pendek untuk diketengahkan sebagai calon AWI 2011/2012.

"Pada masa yang sama, persatuan, pertubuhan wanita, individu, syarikat swasta, korporat serta syarikat yang merasakan mereka mempunyai calon yang berpotensi untuk diketengahkan boleh berbuat demikian dengan mengirim biodata dan profil calon berkenaan kepada kami untuk dipertimbangkan," ujarnya.

Suntik inspirasi
Selain berkongsi kisah kejayaan wanita-wanita dinamis untuk dijadikan teladan, ia juga diharap mampu menyuntik inspirasi kepada wanita lain yang ingin mencipta kejayaan baik di rumah mahupun dalam dunia kerjaya.

Anugerah Wanita Ikon pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007 menyaksikan ahli perniagaan Syarikat Megah Padu merangkap usahawan produk kecantikan Kayla Beverly Hills, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad dinobatkan sebagai penerima Anugerah Wanita Ikon 2007. 

Bagi tahun berikutnya, Anugerah Wanita Ikon 2008 dirangkul oleh pemilik D'Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd., Datuk Azlina Che Abdullah. Kedua-dua pemenang Anugerah Wanita Ikon berkenaan turut aktif dalam kerja-kerja amal.

Selepas dua tahun diadakan, AWI turut menobatkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar sebagai Tokoh AWI 2007 seterusnya Tan Sri Rafidah Aziz sebagai penerima Anugerah Tokoh Wanita 2008. Pengiktirafan dibuat berdasarkan jasa dan sumbangan mereka terhadap kemajuan ekonomi negara dan pembangunan wanita.

"Tahun ini, penganjur memperkenalkan satu lagi kategori baharu iaitu Anugerah Gadis Ikon 2011/2012 yang akan memilih seorang wanita muda yang unggul dalam bidang yang diceburi.
"Anugerah tersebut dipecahkan kepada empat kategori iaitu Sukan, Pendidikan, Sosial dan Bisnes sebagai menghargai golongan wanita muda yang turut memainkan peranan penting dalam pembangunan negara," jelas Normala.

Malam gala AWI 2011/2011 akan berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 30 November ini.

Seramai lima calon dipilih untuk diadili oleh panel juri, tetapi seorang sahaja yang akan dinobat sebagai Wanita Ikon 2011/2012. 

Mereka juga diwajibkan menyertai kerja amal yang ditentukan penganjur sebagai syarat penyertaan. Tarikh akhir penyertaan pencalonan ialah pada 15 Oktober 2012.

Selain Mara, Rakan Strategik/ Kerjasama yang telah mengesahkan penyertaan ialah Loreal, Alfio Raldo, D'Navechee, Harmony dan RTM (Apa Kata Wanita).
Baca Selanjutnya ...

Monday 15 October 2012

APEK DITAWAR RM3JUTA??


Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.
Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.
Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor.

Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.

“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.

sumber: Harian Metro
Baca Selanjutnya ...

Thursday 11 October 2012

BENARKAH KEDUTAAN DI DOHA TUTUP KERANA LAWATAN DS ROSMAH?


ZZ rasa terpanggil untuk mengetahui isu sebenar 'Penutupan Kedutaan Malaysia di Doha' selama tiga hari ekoran Lawatan Kerja Isteri Perdana Menteri Datin Sri Rosmah Mansor. Isu ini hanya hangat diperkatakan di dunia cyber dan media sosial. Kebetulan ZZ mengenali Duta Besar Malaysia ke Qatar, Ahmad Jazri Mohd. Johar lalu ZZ bertanyakan hal ini melalui sms dan kemudiannya beliau menghubungi telefon ZZ untuk menceritakan keadaan sebenar.  

Apa yang ZZ tulis dibawah adalah berdasarkan penjelasan beliau kepada ZZ melalui telefon siang tadi. Harapnya dengan penjelasan ini dapat menjawab isu berkenaan.

Adalah tidak benar dakwaan mengatakan Kedutaan Malaysia ditutup apatah lagi mengaitkannya dengan lawatan Isteri Perdana Menteri. Operasi tidak ditutup tetapi sebaliknya DIPINDAHKAN SEMENTARA ke Bilik Sekretariat di Hotel St. Regis. Ini memandangkan pihak Kedutaan perlu menguruskan sejumlah DELEGASI YANG BESAR dari Malaysia termasuklah Isteri Perdana Menteri, delegasi Ketua Menteri Sarawak dan delegasi Kementerian Penerangan yang diketuai Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz serta delegasi ahli-ahli perniagaan Malaysia.

Memandangkan jumlah delegasi Malaysia yang besar sempena Inside Investor Forum yang berlangsung di St. Regis Hotel di Doha maka pihak Kedutaan telah memindahkan sementara operasi ke Bilik Sekretariat di Hotel St. Regis Hotel. Bilik sekretariat ini dibuka 24jam sehari sepanjang tempoh berkenaan. Dengan kekuatan hanya seramai TIGA ORANG PEGAWAI TERMASUK DUTA, maka pemindahan sementara operasi ke Bilik Sekretariat adalah wajar. 

Walaupun operasi berpindah sementara ke Bilik Sekretariat di Hotel St. Regis, namun semua  urusan konsular adalah beroperasi seperti biasa malahan juga terdapat beberapa kes konsular yang diselesaikan daripada Bilik Sekretariat. Delegasi Malaysia yang hadir ke forum yang dinaungi oleh Sheikh Hamad bin Jassim bin Jabr Al Thani, Perdana Qatar dikhabarkan berjumlah hampir 72 orang. Malah, jumlah DELEGASI YANG TERBESAR ADALAH DARIPADA SARAWAK.
Adalah tidak tepat dan sangat tidak wajar apabila terdapat dakwaan mengatakan pejabat kedutaan ditutup sempena lawatan kerja Isteri YAB Perdana Menteri. Malahan tugas melayani dan menemani Isteri YAB Perdana Menteri sepanjang tempoh lawatan 3 hari 2 malam tersebut dilakukan oleh Isteri Duta Besar, Puan Sabariah Jazri. Duta Besar hanya mengiringi Isteri YAB Perdana Menteri semasa acara rasmi berlangsung sahaja.   

Menjawab tohmahan mengatakan kejadian pemindahan operasi ini pertama kali berlaku, Ambassador Jazri menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan prosedur yang sama berlaku semasa lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri sebelum ini.
Menjelas lanjut, Ambassador Jazri berkata jarak bilik operasi sementara hanyalah 3 kilometer sahaja daripada pejabat Kedutaan dan perjalanan sekitar 5-7 minit sahaja. Memang pihak Kedutaan ada menampal notis di luar pagar dan makluman melalui MAQ (Persatuan Malaysia Qatar). Ini adalah pemberitahuan supaya semua urusan konsular boleh dilakukan di Bilik Sekretariat dan tidak timbul soal Kedutaan tidak beroperasi sebaliknya dengan adanya operasi sementara di Bilik Sekretariat, urusan Konsular di BUKA 24 JAM SELAMA TIGA HARI TERSEBUT

Alahai.. kesian DS Rosmah, sekali lagi namanya juga yang dipersalahkan dan terus difitnah..



    


Baca Selanjutnya ...

Monday 8 October 2012

VTG untuk WANITA SAHAJA!!

Mai cuba...adik2, kakak2...
Baca Selanjutnya ...

Saturday 6 October 2012

Watch this lady who Slaps America through her words

Watch this lady who Slaps America through her words


http://www.youtube.com/watch?v=wFDlf4mxEzY
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..