HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

Sunday, 3 June 2012

BUKTI KEGILAAN BARU ORANG MALAYSIA

Gila berbelanja di Internet

MEMBELI gajet seperti telefon bimbit kini lebih mudah menerusi Internet.

Artikel ini tersiar di Mingguan Malaysia hari ini. Apa yang ingin ZZ sampaikan adalah kecenderungan dan minat rakyat Malaysia membeli-beli secara online memang meningkat dengan ketara. Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang perniagaan yang terbuka luas di internet. 

Bagi sesiapa yang berminat tetapi TIADA MODAL PERMULAAN atau tidak tahu cara nak memulakan perniagaan online, apa kata anda mencuba menjadi rakan Affiliate Harmony (KLIK SINI) atau juga memasarkan produk anda di Harmonymall (KLIK SINI).

JAMINAN ZZ:
TIADA MODAL PERMULAAN! 

MILIKI KEDAI ONLINE ANDA SENDIRI!
 
TIADA YURAN PENDAFTARAN!

TIDAK PERLU MENYIMPAN STOK!

TIDAK PERLU URUS PENGHANTARAN!

BISNES BERJALAN 24 JAM WALAUPUN ANDA TIDUR, MANDI ATAU JUGA KELUAR KE PASAR KERANA KEDAI ONLINE INI BUKA 24 JAM (MACAM KEDAI SERBANEKA 7-11)

TIDAK PERLU SUSAH PAYAH CARI TAPAK PERNIAGAAN!

TIDAK PERLU DAFTAR PERNIAGAAN!

TIDAK PERLU LESEN!
 

PRODUK YANG BAIK, BERKESAN DAN DIYAKINI! DAN YANG PENTING RAMAI ORANG CARI!!

TEKNIK PEMASARAN YANG MUDAH!

APA TUNGGU LAGI.. JOM MASYUKKKK...

 
Berikut adalah artikel yang disiarkan di Utusan Online

KUALA LUMPUR 2 Jun - Berjenama, murah dan pelbagai pilihan. Itu antara alasan yang menyebabkan ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) semakin teruja untuk membeli sesuatu produk menerusi online atau dalam talian.

Apa yang mengejutkan, ada di kalangan mereka sanggup berbelanja sehingga belasan ribu ringgit hanya untuk memenuhi kehendak peribadi semata-mata.

Maka tidak hairanlah penyedia perkhidmatan pembayaran elektronik, PayPal menjangkakan perbelanjaan menerusi Internet di Malaysia mampu meningkat kepada RM5 bilion menjelang 2015 berbanding kira-kira RM2 bilion ketika ini.

Rata-rata pelajar IPT yang ditemui pasti berpengalaman membeli-belah secara online sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memiliki pakaian, kasut, beg tangan, barangan kosmetik, aksesori kenderaan atau peralatan gajet.

Peruntukan itu tidak meliputi perbelanjaan perkhidmatan untuk percutian, hiburan dan gaya hidup yang turut ditawarkan menerusi Internet.

Contohnya, salah seorang pelajar, Muhd. Akmal Mohd. Rodzi, 20, lebih suka membeli apa sahaja produk termasuk kereta, motosikal mahupun barangan elektronik serta alat gantian secara online.

Biarpun berpengalaman ditipu, pelajar Kolej Poly-Tech Mara itu tidak pernah serik untuk membuat pembelian menerusi dalam talian.

"Kia Spectra ini saya beli menerusi laman web pada harga RM17,000, jimat lebih RM3,000 berbanding jika beli di kedai kereta terpakai.

"Saya pernah juga ditipu ketika membeli sebuah telefon bimbit berharga RM350 tetapi barang tersebut tidak sampai walaupun pembayaran telah dibuat," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Nur Fatin Farhana Mohd. Suhaimi, 23, minatnya yang mendalam terhadap kasut dan beg tangan membuatkan dia sanggup menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer riba.
"Setiap hari saya pasti mencuri waktu untuk melawat satu persatu laman web yang menjual kasut atau beg tangan untuk melihat produk- produk terbaru.

"Asal nampak sahaja blog baru, saya akan mengunjunginya. Lebih- lebih lagi jika laman tersebut mengadakan jualan murah," katanya.
Menurut pelajar Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) itu lagi, dia gemar membeli-belah dalam talian kerana mahu mendapatkan produk berjenama dari luar negara pada harga murah.

"Setiap bulan saya akan berbelanja RM300 dan adakalanya boleh mencecah sehingga RM1,000," katanya.

Seperti Nur Fatin Farhana, kecenderungan Umar Afham Azman, 20, berbelanja secara dalam talian bermula apabila dia berkeinginan untuk memiliki pakaian berjenama dari luar negara.

"Saya juga pernah berbelanja sehingga RM12,000 dalam tempoh tiga bulan sahaja untuk membeli pakaian berjenama, gajet dan aksesori kereta.

"Walaupun tidak pernah ditipu, saya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan melihat maklum balas pengguna lain sebelum membuat sebarang pembelian bagi mengelakkan bayaran yang dibuat lesap begitu sahaja," katanya.

Sementara itu, kegilaan terhadap kumpulan K-Pop seperti Super Junior dan Beast membuatkan Ida Nadzura Dzulkefly Kuang, 22, tidak teragak- agak untuk membeli cakera padat secara online.

"Jika tidak membeli cakera padat, pasti ada sahaja cenderamata membabitkan kumpulan tersebut yang akan saya tempah setiap bulan.

"Kebanyakan barangan bukan tidak boleh dibeli di kedai, cuma saya sangat gembira jika mendapat poster kumpulan tersebut dan pelbagai barangan percuma lain jika beli secara online," katanya.
Ida Nadzura mengakui, statusnya sebagai pelajar membuatkan dia terpaksa menyekat perbelanjaan lain demi memastikan 'hajat' memiliki barangan koleksi kumpulan K-Pop kesayangannya tercapai.

Malah bagi mengelakkan dia dimarahi ibu bapa kerana hobinya itu, pelajar Universiti Antarabangsa INTI itu sanggup menggunakan alamat rumah rakannya sebagai destinasi penghantaran bungkusan dari Korea Selatan.

"Sebab tak nak ibu bapa saya tahu, saya tidak menggunakan alamat rumah sendiri.

"Saya akan simpan dahulu barang-barang tersebut di rumah kawan saya dan akan membawa pulang sedikit demi sedikit," katanya yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 sebulan untuk tujuan tersebut.

Menurut Ida Nadzura, jumlah yang dinyatakan tersebut tidak termasuk tempahan tiket konsert dan kos penerbangan bagi menyaksikan persembahan kumpulan artis kesayangannya itu. 




Baca Selanjutnya ...

Saturday, 2 June 2012

UNTUNG JADI AFFILIATES HARMONY !!!



June 2012 : "Sistem Affiliates HARMONY mengambil masa 8 bulan untuk dibangunkan bagi membantu anda terutama ibu tunggal, suri rumah, pelajar IPT dan sesiapa sahaja yang berminat untuk berniaga tanpa sebarang modal asalkan ada akses INTERNET dan memiliki laman sosial seperti FB, Blog, Twitter, etc.," ZAMZARINA, Personaliti TV & Pengasas HARMONY.
 
WELCOME / SELAMAT DATANG...
 
Thank You!  

Join as our HARMONY AFFILIATES now and start earning 20% commission for all Harmony product sales that you refer to your friends via online (Facebook, Blog, Web).

It is so easy to make extra money with Harmony Affiliates System!

Register at
 www.harmony.com.my NOW !!! (Page OPPRTUNITY)
 

Terima Kasih!



Daftar sebagai rakan niaga AFFILIATES HARMONY sekarang dan nikmati 20% komisyen daripada jualan produk Harmony yang anda promosikan kepada rakan-rakan anda di 'online' (Facebook, Blog, Web).

Mudahnya menjana pendapatan sampingan dengan Sistem AFFILIATES HARMONY.

Daftar di www.harmony.com.my SEKARANG !!! (Halaman PELUANG)
  

HARMONY by Zamzarina Zambri (Pengasas Siri HARMONY)
ZZ PIC
 
Studio One Creative 
A4, Jalan Tun Muhd Fuad 1,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
+603-6211-3765
+6012-622 9970

ZZ ~ ..sistem Affiliates HARMONY,..fenomena Pemasaran Internet yang mesti direbut oleh semua.
Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 30 May 2012

PENANGAN CINTA FACEBOOK!


JIKA anda tidak bijak mengendalikan aplikasi maya seperti Facebook, ia boleh mengundang kemusnahan pada kehidupan.- Gambar hiasan


ZZ tertarik dengan artikel yang ZZ baca di Kosmo Online.  Sebenarnya ZZ juga bercadang nak menulis story yang sama tentang kesan baik buruk media sosial ni tapi sebelum itu ZZ nak berkongsi dahulu artikel ini dengan rakan-rakan. InsyaAllah ZZ akan kupas isu ini dalam masa terdekat sementara mengumpul bahan.

Jom kita baca artikel penuh:

DAHULU, orang menulis surat sambil menyapukan minyak wangi, lalu diposkan kepada kekasihnya yang jauh yang mungkin tidak dikenalinya.

Berbulan-bulan ditunggu, adakalanya dijawab, adakalanya tidak. Bernasib baik kalau surat itu dijawab. Kini, posmen tidak lagi perlu menjadi orang tengah menghantarkan surat cinta.

Dunia hari ini, semua jenis aplikasi online seperti Facebook, Twitter, MySpace dan e-mel menjadi medium baharu manusia menjalinkan hubungan cinta.

Medium baharu ini juga tidak mengenal usia, sama ada tua atau muda. Sebab itulah, kita selalu mendengar banyak rumah tangga yang musnah kerana cinta online. Ada yang mula menjalin semula cinta dengan kekasih lama, walaupun pada masa yang sama sudahpun berumah tangga. Hal sebegini selalu kita dengar.

Cinta online itu juga adakalanya menyebabkan ramai anak gadis kita yang terpedaya. Tidak kurang juga wanita yang berkerjaya. Bahkan, ada yang terperangkap dengan cinta palsu hingga sanggup melabur puluhan ribu ringgit ke akaun kekasih online yang tidak mereka kenali.

Inilah hebatnya cinta dalam talian, malah ada yang patah hati dan tidak kurang juga yang membawa kebinasaan.

Tahun 2006, Megan Meier, gadis berusia 13 tahun telah membunuh diri hanya kerana teman lelakinya, Jose, menyakiti hatinya dengan tiba-tiba memutuskan hubungan mereka secara dalam talian.

Dua minggu setelah Jose tidak lagi membalas mesejnya, Megan akhirnya membunuh diri. Malang sekali, 'Jose' sebenarnya tidak pernah wujud. Ia hanya nama samaran yang Megan sendiri tidak ketahui siapakah jejaka palsu itu.

Lantaran medium online merupakan penghubung ikatan manusia zaman moden, banyak laman web muncul sebagai medium penjalin hubungan. Online Dating Magazine salah satu daripadanya. Tahun 2007, dalam tempoh sebulan sahaja, lebih 20 juta pengunjung melakukan janji temu secara online sekurang-kurangnya sekali.

Sifat terbuka
Secara psikologinya, apakah bentuk emosi yang terjalin setiap kali manusia melakukan komunikasi secara dalam talian? Anda sebagai pengguna Facebook atau Yahoo Messenger tentu pernah merasainya walaupun anda tidak tahu menghuraikannya.


MEDIUM online merupakan penghubung ikatan manusia zaman moden yang berkesan walaupun tidak memerlukan seseorang itu bersua muka. - Gambar hiasan


Dikatakan bahawa melalui komunikasi online, manusia akan mengalami disinhibition effects. Dalam erti kata lain, dalam keadaan yang bersifat anonymous, didapati bahawa manusia lebih cenderung untuk bersikap terbuka dan meluahkan emosi tanpa segan silu. Dikatakan juga bahawa manusia lebih cenderung menyatakan rasa hati dengan lebih baik jika dibandingkan secara bersemuka.

Kajian juga mendapati bahawa perhubungan melalui internet menjadikan manusia lebih cepat mesra. Komunikasi secara bertulis, menjadikan manusia berfikir dahulu apa yang patut ditulis dan bagaimana untuk mempersembahkan diri. Ia sukar dalam keadaan perhubungan secara fizikal kerana ada hal-hal yang tidak boleh dilakonkan.

Dikatakan juga, komunikasi melalui internet ini adakalanya lebih memungkinkan manusia menunjukkan diri mereka yang sebenar (true self). Mereka mungkin menyembunyikan nama sebenar tetapi watak, sifat dan diri mereka sebenar banyak ditonjolkan melalui tulisan.

Sebab itulah, dalam banyak situasi, ada ramai manusia baik yang boleh kita temui secara dalam talian. Bagaimanapun, jangan pula terpedaya. Ada manusia yang pandai memanipulasi keadaan ini.
Kita sering didedahkan dengan kisah mangsa yang telah dijual ke luar negara kerana terpedaya dengan cinta palsu, sama ada sebagai keldai dadah atau pelacur. Ini adalah antara musibah di sebalik tabir keindahan dunia online.

Kecurangan
Jalinan online juga sebenarnya memberikan kesan terhadap perasaan cemburu manusia. Dulu, rasa cemburu akan timbul kalau ada pasangan yang bermain mata dengan orang lain. Sekarang ini orang tidak bermain mata lagi. Facebook telah menjadi medium baharu yang tidak ada pada zaman sebelumnya.
MANUSIA lebih cenderung untuk bersikap terbuka meluahkan emosi tanpa segan silu melalui komunikasi online. - Gambar hiasan


Bagaimana agaknya sifat cemburu manusia kalau tahu pasangannya ada hubungan online dengan orang ketiga?

Kajian mendapati bahawa cybersex atau komunikasi yang terarah kepada rangsangan seks dianggap sebagai sama dengan perlakuan melakukan hubungan seks dengan orang lain. Ia dianggap sebagai satu bentuk kecurangan. 

Wanita juga didapati sangat marah kalau mendapat tahu bahawa pasangan lelakinya mempunyai hubungan online dengan wanita lain, seolah-olah pasangan lelakinya itu ada ikatan emosi dengan wanita lain. Ini dibuktikan dalam banyak kajian. 

Bahkan, wanita juga lebih besar kemungkinannya jika dibandingkan lelaki untuk sanggup memutuskan hubungan kalau mendapat tahu pasangannya menjalinkan hubungan online dengan wanita lain.

Bagaimana dengan anda?
Hakikatnya, medium online bukan sekadar menjadikan kita lebih mudah menjalin hubungan dengan teman-teman lama atau rangkaian perniagaan tetapi ia juga satu cabaran terhadap rumah tangga dan hubungan cinta. 

Ia cabaran baharu yang sedang kita lalui. Bergantung sejauh manakah kita bijak memanfaatkannya, ia juga bakal menjadi medium menjadikan hidup manusia semakin huru-hara.

Sumber : Kosmo


ZZ - media sosial juga banyak kebaikannya.. tak semuanya negatif  
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..