HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Wednesday 30 January 2013

Patutkah Perempuan Di Benarkan Memandu...


Seorang lelaki sedang memandu sebuah kereta di jalan raya
Kelajuan kereta yang dipandunya adalah 80km/jam

Jika pemanduannya tiba-tiba tergangu dek sebuah kereta yang berada dihadapannya yang bergerak dalam kelajuan 40km/jam

Secara spontan dalam hatinya akan berkata, "ah, ini mesti perempuan yang bawa kereta ni"

Ataupun, jika dia memandu dan di dalam keretanya terdapat beberapa orang kawan.

"ini mesti perempuan yang bawa, kalau tak percaya korang tengok la"
Apabila memotong, mereka akan lihat pada pemandu kereta tersebut samada perempuan atau lelaki.

Dan jika betul, jawapannya adalah "Tengok, kan aku dah kata perempuan yang bawa"

Jika salah, " apa la bawa perlahan, macam perempuan "


Begitulah pandangan lelaki(walaupun bukan semua) terhadap golongan perempuan. Tidak kira dimana, di Malaysia atau di tempat-tempat lain, prasangka rterhadap pemandu perempuan adalah tinggi.

Nampak sahaja perkara yang kurang menyenangkan kaum lelaki di jalan raya, maka perempuan akan terlebih dahulu di salah anggap. Betul atau tidak nombor dua. Anggapan bahawa pemandu yang membawa ketidakselesaan kepada pemandu lain adalah pemandu perempuan berada di tempat pertama.

Sebelum aku nyatakan dahulu pendapat dan pandangan aku berkaitan patutkah perempuan memandu, apa kata kalau baca dahulu senarai kelemahan-kelemahan perempuan dan juga kehebatan-kehebatan lelaki dalam pemanduan. 

Senarai-senarai yang aku buat ini berdasarkan apa yang aku tahu dari sekeliling aku. Jika ada yang rasa kurang betul dengan senarai kelemahan perempuan dan kehebatan lelaki ini, boleh bagitahu zz ye...


-uwaisaminin
Baca Selanjutnya ...

Sunday 27 January 2013

RIBUAN RAKYAT MENYAMBUT KEPULANGAN PM. HIDUP PALESTIN!!!

Lebih 5 ribu rakyat membanjiri Kompleks Bunga Raya menyambut kepulangan PM dan Isteri di KLIA pagi tadi. Kehadiran Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah bersama barisan pemimpin BN membuktikan sokongan penuh rakyat Malaysia menentang keganasan Israel terhadap rakyat Palestine.

ZZ pun turut serta di sana memberi sokongan. Jangan lupa nantikan episod khas AKW dari Gaza yang akan memberikan satu perspektif baru kefahaman anda betapa peritnya kehidupan rakyat Palestine. Juga kenali sifat dan sikap rakyat Palestine yg rendah diri dan sgt menghormati sesama insan. — at Kompleks Bunga Raya, KLIA

Sila LIKE www.facebook.com/AKWTV1 untuk updates terkini dan terpantas!





























Baca Selanjutnya ...

Mimpi Berahi Si Dara


Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. 

Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,”Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku”.Baginda menjawab, “Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya”. Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian:

* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

* Jika bermimpi membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda


* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

* Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

* Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

* Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

* Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

* Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

* Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

* Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

* Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.

* Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

* Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

* Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

* Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

* Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

* Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

* Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

* Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

* Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

* Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

* Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

* Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

* Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

* Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

* Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

* Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

* Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

* Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

* Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

* Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

* Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

* Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

* Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

* Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

* Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

* Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

* Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

* Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.
Baca Selanjutnya ...

Saturday 26 January 2013

Masih Dara Kiranya...



Ciri-ciri fizikal gadis yang masih perawan mungkin bermanfaat buat anda yang akan berkahwin. Kenali dahulu pasangan hidup anda. Pasangan hidup adalah salah satu perkara yang amat penting terbinanya kehidupan harmoni di dalam keluarga. Tentunya selain ketaqwaan, keturunan dan mempunyai sedikit harta (bukan dalam erti materialistik), kecantikan, serta keperawanan seorang gadis sangat digalakkan dan terpenting dalam memilih pasangan.
Jadi ini ada sedikit tips corat-coret untuk melihat seorang gadis yang masih suci. Semoga dapat bermanfaat, dan ini adalah tips buat anda semua yang benar-benar mahu membina rumah tangga, jadi jangan disalah gunakan ya …


KRITERIA WANITA PILIHAN ADA EMPAT
1. Agak hitam rambutnya, hitam alisnya, hitam bulu matanya, hitam bola matanya.
2. Agak putih badannya, putih giginya, putih kedua telapak tangannya.
3. Agak kemerah2an bibirnya, kemerah2an pipinya, kemerah2an gusinya.
4. Agak sedang kepalannya, dagunya, sedang payudaranya, semerbak keringatnya, harum bau mulutnya, hidungnya dan badannya.
Wallahu a’lam bisshawab. Untuk lebih spesifik ada 7 Tanda di Bahagian Tubuh gadis Yang Masih Perawan yang perlu diperhatikan antaranya:
1. DAHI
Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu bersetubuh licinnya hilang, justeru yang timbul kedutan (garis-garis) yang kadang nampak kadang tidak ketika berbual. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang dimakan usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, sementara kedutan kerana dimakan usia senantiasa nampak dan kekal. Jangan dihilangkan dengan sebarang minyak, walaupun di zaman sekarang ada bermacam-macam minyak.
Tetapi kedutan kerana hilangnya kesucian tidak mudah dihilangkan. Untuk memudahkan melihat gadis yang masih suci atau tidak. Cuba perhatikan dahi gadis yang sudah bersuami dengan yang belum. Perhatikan betu-betul nescaya nampak kelainannya. Gadis yang sudah tidak suci terdapat beberapa kedutan garis-garis timbul dan melekuk didahi gadis itu. Perhatikan betul-beul sebab garis-garis itu tidak begitu nampak (terang). Wallahu a’lam.
2. HIDUNG
Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, kadang-kadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat, tak percaya cuba lihat hujung hidung anak perempuan, merahkan..? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh kerana itu disebut lelaki hidung belang. Wallahu a’lam
3. MATA
dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati …..
Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantikkah, bugarkah, luweskah, dan sebagainya. 
Kadang-kadang kita memandang wanita cantik dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah habis, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak cuba tengoklah matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam (tanda memar) bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak semacam garis-garis hitam di bawah kelopak mata disamping warna hitam dibawah kelopak mata sedikit kelihatan berkeriput (berkedut). 
Gadis yang masih suci matanya berseri-seri, tidak ada warna hitam, lebam mahupun garis-garis. Apabila gadis itu tertawa di bawah kelopak matanya tidak terdapat apapun, seperti kedut (berkeriput), bergaris dan sebagainya. Wallohu a’lam. (Yg dimaksudkan lebamnya mata bukan kerana kurang tidur yer)
4. PUNGGUNG
Punggung gadis berubah melalui 2 proses:
1. Punggung gadis menjadi besar kerana proses hormon.
2. Punggung gadis menjadi besar kerana lelaki.
Punggung yang sudah kena sentuhan lelaki akan menjadi besar, lebih2 yang sudah melakukan hubungan seks. Punggung gadis yang masih suci walaupun gemuk ia masih kelihatan cantik, sebab masih kental dan tegang serta tidak lesu dan jatuh. Cubalah perhatikan pinggang gadis, kalau pinggangnya masih ramping dan punggung tidak besar, tidak montok dan kenyal pada punggungnya. Kalau berjalan punggungnya tidak goyah sebab dagingnya masih solid dan tidak lembut kalau dipegang, ertinya dia masih suci. Bagi yang pernah melakukan hubungan badan, punggungnya memang berisi dan besar tetapi tidak kental, punggungnya nampak jatuh, lebih-lebih disaat ia berjalan, goyangannya tidak melantun.
Kenapa punggung gadis yang pernah melakukan hubungan badan boleh jatuh? Ketika melakukan hubungan badan lebih kurang 90% hormon yang ada di bahagian punggung akan tertumpu ke bahagian kemaluan, sebab di masa kepuncak (organsme), punggung gadis menjadi tegang.
Apabila sudah selesai berhubungan badan punggung yang tegang akan mengendur semula dan ini menyebabkan punggung menjadi kendur dan jatuh. Lebih kerap gadis itu melakukan hubungan badan, punggung akan semakin jatuh dan lesu, leper. Wallahu a’lam.
5. TELINGA

Telinga termasuk salah satu deria yang boleh digunakan untuk mengetahui apakah gadis itu masih suci atau tidak. Di negeri China telinga sebagai peramal untuk mengetahui penyakit di dalam tubuh seseorang. 
Gadis yang tidak pernah disentuh oleh laki-laki, telinganya cantik dan nampak bersih, kalau gadis itu pernah disetubuhi atau telinganya pernah digigit atau dicium dan disentuh, secara otomatik bentuk telinga gadis itu akan berubah menjadi lebih leper sedikit dan tidak lagi kemerah merahan dan menjadi pucat. Bagi gadis yang masih suci tapi pernah kena sentuh lelaki, pucatnya tidaklah ketara sangat. Wallahu a’lam.
6. BUAH DADA (payudara)

Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah kena sentuh, senantiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit dari pada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. 
Perhatikan gadis di saat berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambai jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambai-lambai bererti ketegangan masih ada.
Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena remas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena remas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana semulajadi memang berbeza.
Buah dada yang kena remas menjadi besar tetapi tidak tegang. Sementara buah dada yang besar kerana semulajadi sentiasa tegang dan disaat berjalan tidak bergoyang, kalau yang kena remas bergoyang terbuaibuai seperti telinga gajah, berbuai ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah kadang-kadang melambung-lambung ketika gadis itu berjalan atau berlari.
Mengapa buah dada bila kena sentuhan boleh jatuh dan apa hubungan telapak tangan dengan otot buah dada di kala buah dada itu dipegang atau diramas-ramas gadis merasa ghairah, ketika ghairah hormon-hormon akan mengisi ruang buah dada sehingga menjadi tegang. 
Setelah ghairah buah dada yang tegang lalu mengendur yang membuat ototnya mengendur pula. Buah dada yang kena hisap putingnya menjadi lebam, yang belum kena hisap putingnya berwarna merah jambu. Sekiranya gadis itu tidak suci, buah dadanya jatuh terjuntai seperti buah pepaya yang terjuntai di pohon. 
Pada buah dada memang mengandungi seribu tanda tanya, termasuk mengetahui wanita yang sudah punya anak atau belum. Perhatikan putingnya kalau tegangnya menghala ke atas iaitu mendangak ke atas bererti wanita itu sudah pernah melahirkan, kalau putingnya sentiasa terjojol keluar dan mendangak ke atas bererti wanita itu sudah pernah melakukan hubungan badan, tetapi belum pernah beranak. Namun payudara sering kali dianggap sebagai simbol seks, sebahagian besar wanita dan lelaki sangat suka buah dada disaat melakukan hubungan seksual, kerana mereka boleh mencapai organsme (kenikmatan) hanya kerana rangsangan buah dada.
Seorang gadis jika telah dewasa, kecil kemungkinan saiz buah dadanya berubah, kecuali bila berat badannya bertambah. Pembengkakan payudara kerana kehamilan, menyusui atau pengaruh pil kontrasepsi adalah bersifat kondisional. Bentuk tubuh yang baik akan membentuk payudara nampak lebih besar. Cuba tanyakan, apakah ia senang teteknya disentuh atau tidak. 
Sebahagian wanita mempunyai puting payudara yang sangat sensitif sebahagian yang lain tidak, mereka mungkin ingin payudaranya disentuh atau mungkin tidak. Tetapi umumnya wanita menyukai sentuhan lembut dan ciuman pada payudara dan juga pada puting payudara. Payudara dan putingnya akan mengeras apabila dirangsang. Begitulah tanda-tanda yang paling jelas bila ia terangsang, walaupun tidak semuanya demikian. Tanda-tanda lain adalah lubrikasi (pelendiran) pada liang vagina, kemerah-merahan di dada dan meningkatkan kecepatan denyut jantung dan pernafasan. Wallahu a’lam.
7. GARIS TELAPAK TANGAN
Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua telapak tangannya, jikalau retak (peca urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana mungkin di sebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandungi kimia, bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. 
Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua telapak tangannya ketika di tekan warnannya pucat tidak merah, jika di pecet langsung menanjal balik. 
Satu cara lagi, cuba perhatikan telapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus bahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sebentar saja kira-kira satu minit, bila disaat mengemgam terasa hangat dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. 
Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sekali walaupun ada rasa hangat bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah terbang.
Cuba pegang erat jari kelingkingnya, kira-kira satu minit, lalu lepaskan, tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan Jika dia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf banyak-banyak, kemungkinan ia tidak suci lagi. 
Tapi kalau dia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. 
Baca Selanjutnya ...

Thursday 24 January 2013

UPDATES KUNJUNGAN ZZ KE GAZA MEMBUAT LIPUTAN EKSKLUSIF UNTUK 'APA KATA WANITA TV1'

Salam,
Misi memasuki Gaza dan membuat liputan kunjungan PM dan Isteri ke sini telah berjaya.
Seterusnya, ZZ menginap di Gaza untuk satu malam bagi membuat satu liputan khas kebenaran tentang kehidupan rakyat Palestine di Gaza.

Baca updates terkini dan gambar2 amatur sekitar bandar Gaza yang ZZ ambil di FB AKW. Klik www.facebook.com/AKWTV1

ZZ



Baca Selanjutnya ...

Wednesday 23 January 2013

Sebab Suami Ghairah Waktu Pagi



Mengatur jadual berhubungan itu penting atau tidak? Sebenarnya mengatur jadual hubungan seks tidak wajib, pada bila-bila saja pasangan suami isteri boleh melakukannya sesuai dengan mood.
Sebaiknya untuk para isteri perlu memahami bila masa para suami memberikan isyarat kuat untuk melakukan hubungan dengan pasangan. Kerana dengan begitu isteri akan selalu bersedia untuk bertempur.
1. Pagi hari hormon testosteron lelaki mencapai kemuncaknya.
2. Kadar testosteron lelaki akan meningkat masa tengah malam hingga akan mengalami kemuncaknya pada pukul 5-8 pagi.
3. Berlaku peningkatan denyut jantung pada lelaki.
Hormon testosteron pada lelaki ketika mencapai tahap puncak maka ghairahnya akan timbul dan lebih bertenaga untuk melakukan hubungan seksual bersama si isteri.
Pastinya amat sangat singkat ketika melakukan hubungan seksual pada pgi hari kerana waktunya sangat terhad dengan aktiviti. Belum lagi pada isteri yang harus menyiapkan segala keperluan suami dan anak.
Untuk mengatasi perkara tersebut pasangan suami isteri boleh melakukan dengan kedudukan seks yang biasa disebut dengan spooning. Spooning adalah kedudukan yang ideal untuk pagi hari. 
Ramai orang tidur dengan kedudukan seperti itu, sehingga si dia boleh dengan mudah menyentuh payudara anda atau memberikan rangsangan klitoris.
Baca Selanjutnya ...

Tuesday 22 January 2013

Batuk Bahaya Kiranya...

Batuk pada puratanya akan sembuh dalam masa 18 hari. Kebanyakan orang menjangka demam yang mereka hadapi akan sembuh selepas 7 atau 9 hari walaupun masih batuk.


Batuk yang berlarutan dan melebihi masa sembuh yang dijangkakan akan menyebabkan ramai orang mengambil antibiotik yang mendatangkan masalah kerana ia tidak dapat menghapuskan virus yang menyebabkan batuk, malah akan menyebabkan rintangan antibiotik (antibiotic resistance).

3 Bahaya Dari Batuk Yang Berterusan ialah:
  1. Sesak nafas. Bordetella pertussis adalah sejenis bakteria yang boleh menjangkiti tekak dan berada di situ menyebabkan batuk pada orang dewasa dan selalunya akan pulih dalam beberapa hari. Jika ia menjangkiti kanak-kanak ia akan menyebabkan batuk kokol, bila batuk kanak-kanak akan mengeluarkan bunyi ketika berusaha untuk bernafas. Jika terkena kepada bayi di bawah 6 bulan, ia perlu diberi bantuan pernafasan (respirator) yang akan mendatangkan masalah lain pula kerana bila bayi batuk, alat pernafasan akan tercabut dari mulutnya. Kanak-kanak perlu diberi vaksin untuk mengelakan batuk kokol.
  2. Gangguan Gaya Hidup. Jika anda batuk di waktu malam sudah tentu anda tak dapat tidur dan akan menyebabkan anda mengantuk dan letih di waktu siang. Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala, sesak nafas, berpeluh dan terkencing. Batuk boleh memalukan dan tidak dapat bercakap dengan lancar. Kawan-kawan juga akan menjauhkan diri kerana tidak tahan dengan bunyi batuk anda dan mungkin juga takut berjangkit.
  3. Kesan Fizikal. Batuk yang terlalu kuat boleh menyebabkan retak tulang rusuk, terutama di kalangan wanita yang bertulang lemah.Kekuatan dan kuasa batuk yang berpanjangan menyebabkan ketegangan otot sisi dada dan diafragma. Urat hidung boleh pecah. Otot dikawasan dubur dan kawasan-kawasan lain juga boleh pecah. Bekas luka pembedahan boleh terbuka semula akibat batuk yang keras. Batuk kronik sering kali merupakan isyarat penyakit yang lebih serius seperti bronkitis, batuk kering, atau kanser. Batuk yang diakibatkan oleh jangkitan virus boleh berjangkit kepada orang lain, memberikan bahaya jangkitan penyakit.
Anda mungkin perlu berjumpa doktor jika anda menghidapi demam, sakit-sakit badan, sesak nafas, berdehit atau serak bersama batuk.
Baca Selanjutnya ...

Monday 21 January 2013

Gaya Dia Berjalan Kita Tahu Dia Dah....


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.
Baca Selanjutnya ...

Sunday 20 January 2013

Alkohol Bahan Bangkit Berahi ?



Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysiaterdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

1-Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2-Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3-Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

4-Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5-Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

6-Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

7-Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Keputusan Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan:
Baca Selanjutnya ...

Saturday 19 January 2013

Mandi Air Leleh ?



Adakah anda selalu malas mandi ketika pulang pada waktu malam? Sebenarnya ada kebaikan juga untuk mandi pada waktu malam, sila ikuti kenyataan di bawah seperti yang dinyatakan oleh Spark Life (18/08/10)  berikut.

1. Menyegarkan dan akan merasa sangat rilek

Mandi di malam hari membuat anda lebih segar dan menenangkan fikiran. Jika ingin tidur dengan keadaan yang sangat segar pasti anda selesa untuk terus tidur.

2. Waktu yang panjang

Semua orang akan mandi di waktu pagi, sehingga anda terpaksa mandi dengan cepat sekiranya sudah lewat untuk pergi ke kerja. Ini berbeza jika anda mandi di malam hari. Anda mempunyai waktu yang lebih lama sehingga boleh membersihkan tubuh dengan lebih bersih. Jadi, waktu tubuh badan anda akan lebih bersih.

3. Dapat mandi dengan fikiran yang tenang

Mandi di pagi hari boleh membuat anda sedikit tekanan kerana berkemungkinan anda mempunyai banyak urusan pada hari tersebut. Di malam hari, anda tidak akan memikirkan hal-hal tersebut, sehingga anda boleh mandi dengan lebih tenang.

4. Menurunkan tekanan darah

Menurut Buzzle.com, mandi di malam hari boleh menurunkan tekanan darah dan menghindarkan anda dari tekanan. Tenaga akan kembali, dan tubuh anda akan kembali tenang.

5. Memulihkan ketegangan otot

Setelah seharian beraktiviti, otot-otot tubuh anda boleh terlampau tegang dan kaku. Mandi di malam hari, terutamanya dengan air yang panas, boleh mengendurkan otot yang keras. Tubuh badan akan terasa lebih ringan, dan sengal-sengal di tubuh badan anda akan hilang.

Jika tidak suka mandi dengan air dingin di malam hari, anda boleh menggunakan air panas. kesannya juga akan lebih baik untuk tubuh badan. Adakah anda lebih suka mandi pada waktu siang atau malam?

Baca Selanjutnya ...

Friday 18 January 2013

'Saya Bersumpah...Saya Tiada Cincin Itu' - Rosmah



“Saya berani sumpah…saya berani sumpah waallah cincin itu tidak ada di tangan saya langsung,”.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat kejutan besar di hadapan balu-balu tentera malam tadi apabila beliau dengan beraninya telah bersumpah kerana Allah SWT yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang didakwa pihak pembangkang.
Mungkin sudah tidak sanggup menanggung tomahan serta fitnah setiap hari berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24 juta ke Malaysia yang dikatakan milik beliau.
Isu cincin berlian RM24 juta yang didakwa milik Rosmah dan kemudiannya diputarbelitkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat timbul apabila rekod menunjukkan nama isteri pemimpin nombor satu negara itu dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan.
Bagaimanapun, perkara itu ternyata salah satu agenda politik Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.
Cincin berlian RM24 juta yang menjadi kontroversi itu sebenarnya dibawa masuk Malaysia disebabkan ada pameran sulit.
Namun, ia telah menjadi kontroversi apabila wujud pemimpin Pakatan Rakyat yang memanipulasikan kemasukan cincin berkenaan dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.
Setelah sekian lama berdiam diri, lantas Rosmah hari ini mengambil tindakan nekad dengan melafazkan sumpah demi Allah swt bagi membersihkan namanya yang telah difitnah.
“Tak kisahlah apa mereka nak cakap…biarlah mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa…kita ni sabar sahajalah.
“Selagi saya boleh sabar saya akan sabar…saya tahu agenda mereka yang utama adalah untukk menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut dan isu cincin ada antaranya.
“Jangan nanti bila kita balik, ada pula dengar yang saya ada cincin berjuta-juta harganya maka anda percaya.
“Kalau saya ada cincin itu, mari saya jemput anda datang ke rumah saya dan lihat sendiri cincin itu…tetapi masalahnya saya tak ada cincin itu.
“Sebab itu saya berani bersumpah…kita tak buat salah kenapa kita nak takut tegakkan kebenaran…kenapa kita nak takut bersihkan nama kita,” katanya selepas melafazkan sumpah berkenaan.
Menurut Rosmah, sudah menjadi kelaziman untuk puak-puak pembangkang yang begitu membenci dirinya untuk mencipta 1001 fitnah keatasnya.
Justeru, beliau berharap masyarakat tidak mempercayai sepenuhnya segala cerita-cerita buruk berkaitan dirinya sebaliknya siasat sama ada perkara itu benar atau tidak.
“Jadi mereka ini memang suka buat fitnah…kalau ada apa-apa soalan tentang diri saya boleh datang dan tanya pada saya terus.
“Jangan dengar cerita dari mulut orang seperti mereka ini,” katanya.
 SUMBER: PERAK TODAY

Baca Selanjutnya ...

Thursday 17 January 2013

Tanda Si Dia "Mahukan" Anda


Wanita ada kalanya mudah membiarkan perasaan malu menyelubungi diri saat berhajat untuk melakukan hubungan seksual. 

Ada kalanya hati mahu namun mulut pula berat sekali untuk berkata. Oleh itu, lelaki jangan ambil ringan akan situasi ini. Amati tanda-tanda ini agar anda berdua tidak terlepas.


1. Melihat Anda Penuh Ghairah
Sudah pasti anda akan dapat mengenal pasti jika si dia melihat anda penuh ghairah. Baca bola matanya. Jika matanya memandang halus diselang-selikan dengan pandangan sinis, ini menandakan dia sudah bersedia merelakan dirinya kepada anda. Ambil kesempatan ini dan teruskan tindakan.
2. Aura Si Dia
Mungkin ia agak sukar dilihat dari mata kasar tetapi jika anda berdua sudah biasa hidup bersama, pasti anda akan merasakan satu aura hangat yang lahir dari segenap tubuhnya. Dia juga mungkin akan mula merapatkan tubuhnya kepada anda.
3. Si Dia Yang Mulakan
Jika si dia sudah mula mengusap, membelai dan mencium perincian tubuh badan anda, apa lagi yang anda tunggu? Jangan pula anda buat-buat bodoh dengan niat untuk mempermainkan, nanti anda juga yang rugi.
4. Bangkitkan Topik Berahi
Ketika anda sedang berbual-bual, mahupun sedang menonton filem romantik. Tanpa semena-mena si dia mula bangkitkan isu atau topik yang memberahikan. Contohnya, memuji natural lakonan aksi ciuman di kaca televisyen. Itu petanda yang dia sememangnya inginkan momen seks bersama anda.
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..