HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

Thursday, 7 June 2012

MESTI BACA! LAGI PENDEDAHAN EKSKLUSIF



Salam all,

ZZ rasa ketagih pulak nak hantar posting baru kat blog ni. Tapi jadual padat sejak menguruskan perniagaan sendiri. Siang tadi ZZ bertemu dengan bakal pengedar dari Dubai yang berminat nak memasarkan produk Harmony. Memandangkan ZZ tak sempat nak cari topik posting baru, ZZ rasa nak kongsi email yang diterima siang tadi.
 
 
Salam Zam,

Saya ada baca pengalaman Puan Zaimah kat blog Zam. Saya pun nak kongsi pengalaman saya dengan Zam. Kalau Zam nak letak kat blog pun saya tak kisah. Biar saya perkenal diri. Nama saya Johari dari Bangi. 

Saya sebenarnya kurang percaya dengan produk-produk yang dipasarkan di internet apatah lagi produk yang berkaitan seksual. Bimbang kebanyakan produk entah dari mana asal usul atau di kilangkan terutama sekali dari China yang banyak memberi kesan sampingan kepada pengguna. Bila saya nampak iklan Harmony kat blog Zam, saya terus membuat kesimpulan produk Harmony juga serupa. Lepas tu nak kena beli online, lagi saya kurang nak percaya. Dalam kepala saya fikir dah bayar pastu mesti tak sampai barang yang dibeli tu.

Tapi, saya sebenarnya memang memerlukan suatu ubat untuk menaikkan rangsangan isteri saya yang agak dingin untuk bersama. Kami dah kawin lebih 10 tahun. Awal kawin dulu memang semua ok isteri tak pernah tolak permintaan. Tapi sekarang puas nak pujuk isteri melayan kehendak saya. Dah berjaya pujuk, layanan pulak tak seberapa. Tension! Sekadar melepas batuk ditangga. 

Bulan lepas saya terbaca iklan Harmony di majalah Wanita. Saya tertarik dengan coklat Kasih Malam Jumaat. Lama saya belek iklan tu barulah saya tergerak hati nak call nombor telefon. Saya ingat lagi yang jawap telefon tu nama dia Rina. Saya tanya macam-macam hingga akhirnya dia pass telefon pada Zam sendiri. Ingat lagi tak saya yang call? Saya mengaku nama Osman dari Kulim. Kah kah kah sorry lah sebab tipu sunat. Malu sebenarnya nak mengaku sebab tanya pasal benda macam ni. Tapi saya tabik Zam sebab sabar melayan kerenah bakal pembeli macam saya. Bila dah yakin dengan penjelasan Zam, especially produk ni dikilangkan di Malaysia dan Zam kata halal saya pun masuk website Harmony.


Saya buat pesanan online dan tak sabar nak tunggu coklat ajaib tu. Sekali lagi saya tabik Zam sebab barang yang saya order tu sampai dengan selamat keesokan hari. Saya ingatkan seminggu ke baru sampai. Sekali lagi tak sabar nak try kunyah coklat. Malam lepas isyak saya makan coklat. Isteri tanya coklat apa yang abang makan tu. Saya cuma jawab coklat biasa dan hulur sebiji pada isteri. Tanpa ada syak apa-apa isteri makan macam coklat biasa. Jeng jeng jeng lepas hampir 30 minit isteri dah mula gesel-gesel saya. Apa berlaku lepas tu tak dapat saya nak kongsi dengan Zam. Sendiri mau ingat la. Ternyata coklat tu memang berkesan. Berjaya mengatasi masalah kedinginan isteri saya. Saya dah ceritakan pada isteri tentang coklat Zam tu. Dia suruh saya order lagi. Kah kah kah ingatkan dia nak marah.

Zam, saya memang puji coklat Kasih Malam Jumaat. Sekarang tergerak pula nak jadi agen coklat boleh ke? Saya rasa harga dia sangat murah berbanding kebaikannya. Apa cara dan berapa modal yang diperlukan? Harap Zam dapat membalas email saya ini.

Johari, BANGI      
 

 


Baca Selanjutnya ...

Thursday, 24 May 2012

18SX - Malam Jumaat Waktu Terbaik Untuk Hubungan Intim?




Saya pasti kita sering mendengar perihal malam Jumat adalah waktu yang baik untuk melakukan hubungan seksual bagi pasangan suami isteri. Hubungan seksual yang sihat dan menyenangkan seringkali mempengaruhi keharmonian rumah tangga. Banyak penelitian yang dilakukan untuk meningkatkan hubungan seksual yang sihat dan menyenangkan bagi pasangan.

Dari makanan terbaik hingga waktu terbaik yang dapat meningkatkan hubungan seksual telah dikaji oleh para penyelidik. Penelitian tersebut bertujuan untuk mengetahui cara meningkatkan hubungan seksual yang sihat dan harmoni bagi pasangan.

Sebuah penyelidikan dari London School of Economic, menyebut "Hari Khamis adalah waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual". Menurut penelitian ini, hari Khamis merupakan saat tingginya kadar hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita. Kedua hormon ini memacu munculnya rangsangan seksual. Semakin tinggi kadarnya, keinginan intim semakin kuat.

Selain itu, Khamis juga menjadi titik puncak terbentuknya energi kortisol. Zat ini merangsang kuat terhadap hormon seks. Jadi, anda boleh melakukan hubungan intim sepanjang hari Khamis dengan penuh ghairah. Dan, kalau mahu melakukannya pada Khamis malam (malam jumaat), akan terasa lebih hebat.

Tahap kortisol yang merangsang hormon seks, berada pada tahap tertinggi pada hari Khamis, terutama pada Khamis pagi. Kadar testosteron pada lelaki dan kadar estrogen pada wanita tertinggi berada pada hari Khamis, tepatnya pagi hari, iaitu 5 kali lebih tinggi. Selain itu, pada hari Khamis biasanya orang tidak suka berasa stress sehingga mendorong untuk melakukan hubungan seksual.

Oleh itu, seks yang dilakukan malam hari, mampu meningkatkan jumlah oksigen di dalam sel tubuh. Fungsi organ tubuh yang menyebabkan metabolisme tubuh lancar. Aktiviti seks akan lebih bermakna.

Sedangkan hari terbaik untuk melakukan hubungan seksual ketika cubaan untuk hamil adalah hari dimana seorang wanita melihat adanya lendir atau cairan serviks yang paling subur. Lendir serviks yang subur adalah debit serviks yang menyerupai putih telur mentah dan biasanya muncul pada hari sebelum ovulasi.

Berdasarkan hasil penelitian lain menyatakan bahawa, hubungan seksual selama 6 hari sebelum ovulasi memang memiliki kemungkinan yang lebih tinggi untuk menyebabkan kehamilan.

Kualiti dan kuantiti sperma menurun setelah 10 hari tidak melakukan hubungan seksual. Kualiti dan kuantiti sperma terbaik adalah setelah 1 atau 2 hari tidak melakukan hubungan seksual. Justeru, malam Jumaat terbaik melakukan hubungan intim?

Coklat Kasih Malam Jumaat mampu merangsang keinginan seksual



ZZ – kadang-kadang macam malassss je nak tunaikan keperluan suami, tetapi sekarang tidak lagi..dengan Coklat Kasih Malam Jumaat.. cubalah..

Baca Selanjutnya ...

Tuesday, 22 May 2012

UNTUNG ALAM MAYA




ZZ bersama Tan Sri Rafidah Aziz di set 'Apa Kata Wanita'

 INTERNET memberi banyak kelebihan kepada masyarakat jika tahu menggunakannya, malah mampu menjadi alat menjana pendapatan. Kini, teknik pemasaran terkenal di Internet dikenali program Affiliate menjadi satu cara memasar dan mengiklankan produk dengan melantik ejen melakukan aktiviti promosi dan pada masa sama menawarkan komisen kepada ejen yang menjual produk berkenaan.

Antara syarikat yang menggunakan teknik pemasaran Affiliate adalah Studio One Creative Sdn Bhd, pengeluar produk penjagaan kesihatan dan peribadi Harmony. Syarikat ini menyasarkan jualan RM1 juta tahun ini disokong ejen jualan konvensional selain 2,000 rakan niaga Affiliate Harmony (AH).

Ikuti temu bual lanjut wartawan Bisnes Metro, Shanty Nur Shaffizan Shafee dengan pengasasnya, Zamzarina Zambri mengenai usahanya mewujudkan program rakan niaga AH yang menyasarkan wanita terutama suri rumah serta ibu tunggal.

 
S: Jelaskan dengan lebih lanjut apakah maksud program pemasaran Affiliate? 

ZZ: Pemasaran Affiliate ialah model bisnes pemasaran yang memberi peluang mempromosi dan menjual produk milik sesebuah syarikat. Apabila pelanggan membeli, mereka mendapat komisen daripada jualan produk itu. Produk dipasarkan menggunakan satu jaringan sistem bererti pengedar Affiliate tidak perlu menyimpan stok, menguruskan nota jualan, memungut bayaran atau menyediakan bahan pemasaran.

Pelbagai jenis produk boleh dipasarkan melalui Internet jika tahu kaedah dan bijak menggunakan peluang. Usah malu mempromosi perniagaan dalam talian kerana arus pembangunan mewujudkan aliran baru. Apatah lagi jika ramai rantaian kenalan dalam talian. iaitu membeli-belah secara dalam talian.
Siri Intimasi Harmony yang dipasarkan melalui program Affiliate Harmony


S: Bagaimana timbul idea untuk memasarkan produk syarikat iaitu Harmony melalui rakan niaga Affiliate? 

ZZ: Saya menemui ramai suri rumah, ibu tunggal dan pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin memulakan perniagaan, tetapi tidak tahu caranya, selain tiada modal berniaga. Kebanyakan mereka bersemangat tinggi untuk bekerja bagi menampung keperluan hidup serta anak dan keluarga, tetapi dihalang beberapa faktor. Ada yang tiada pengalaman bekerja, kelayakan akademik, usia meningkat dan perlu memberi tumpuan kepada anak kecil. Namun, mereka bersemangat bekerja. Ini mencetuskan idea untuk mewujudkan rakan niaga Affiliate Harmony (AH) bagi memberi peluang kepada mereka mencari pendapatan sampingan. Teknik ini mudah kerana mereka tidak perlu menyediakan modal permulaan atau menyimpan stok di rumah.

 
S: Apakah produk Harmony dan bagaimana ia boleh dijual melalui program Affiliatenya? 

ZZ: Produk Harmony terdiri daripada lapan jenis produk penjagaan kebersihan peribadi seperti tablet intimasi untuk membantu menghangatkan hubungan suami isteri. Kami membangunkan produk ini dua tahun lalu dengan pelaburan RM200,000. Program Affiliate pula dibangunkan untuk memberi peluang pendapatan kepada rakyat Malaysia yang ingin memulakan perniagaan mudah tanpa modal, hanya memerlukan kemudahan internet untuk bermula. Kami komited menjayakan program ini, malah mendapatkan khidmat perunding jualan dan pemasaran antarabangsa Amerika Syarikat, Chris Randolph bagi membangun serta menghasilkan alat pemasaran maya untuk rakan niaga AH.
V-Sweet turut menjadi pilihan pemasaran internet

S: Bagaimana untuk mendaftar sebagai rakan niaga AH? 

ZZ: Pendaftaran adalah percuma. Rakan niaga menerima satu set bahan pemasaran iaitu link ‘web banner produk’ yang direka setiap satu khusus dengan kod ID bagi setiap rakan niaga Affiliate produk Harmony. Apabila pelanggan membeli produk Harmony dipromosikan rakan niaga Affiliate, ia direkodkan di bawah kod ID mereka dan menerima komisen.

Produk Harmony boleh ditempah dan dibayar secara online menggunakan gerbang pembayaran iPay88 melalui laman web www.harmony.com.my atau e-mel ke harmony.myinfo@gmail.com. Kami juga menjemput pengedar seluruh negara mengedarkan produk Harmony secara konvensional memandangkan tidak semua pelanggan mempunyai Internet untuk membeli produk Harmony sepenuhnya secara atas talian.

 
S: Bolehkah sesiapapun menjana pendapatan dengan Harmony walaupun tanpa akses Internet? 

ZZ: Jika tidak fasih mengenai Internet dan pemasaran atas talian, kami menyediakan sesi pembelajaran video untuk mengajar rakan niaga Affiliate langkah demi langkah. Mereka juga boleh menempah produk pelanggan melalui SMS, e-mel atau telefon. Kami sentiasa menyokong rakan niaga AH melalui pembelajaran secara video, web dan e-mel selain menyediakan alat pemasaran untuk mereka memulakan perniagaan atas talian dengan berkesan.

Mereka cuma perlu mendaftar sebagai rakan niaga Affiliate, cuba produk Harmony, gunakan alat pemasaran yang kami sediakan dan berkongsi dengan rakan mengenai kebaikan produk Harmony.

Vagina Tightening Gel merupakan produk yang paling mendapat sambutan

sumber: Harian Metro

Baca Selanjutnya ...

18SX - BONGKAR WAKTU TERBAIK HUBUNGAN INTIM



Tidak dapat dinafikan hubungan intim suami isteri akan mempengaruhi keharmonian dalam rumahtangga. Kualiti hubungan intim juga akan memberikan kebahagiaan sesebuah bahtera yang dilayari.

Dalam Islam, hubungan intim suami isteri tidak hanya sekadar untuk melampiaskan nafsu semata, malah ia merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT. Tambahan pula, Islam menganjurkan suami isteri melakukan hubungan intim pada waktu-waktu yang baik.
Justeru, amatlah penting agar pasangan dapat memilih waktu atau masa yang sesuai agar hubungan intim akan lebih berkualiti dan bermakna. Antara waktu-waktu yang disarankan adalah :    

Waktu Sunyi - Waktu ini sangat mempengaruhi dalam melayari saat intim. Elakkan dari melakukannya disaat suasana di rumah riuh rendah apatah dengan kehadiran ramai tetamu. Ini akan menyebabkan mood anda terganggu. Paling mustahak, jangan lupa matikan telefon bimbit anda atau letakkan dalam mode ‘silent’.

Waktu Lapang - Hubungan intim yang baik adalah hubungan yang penuh kasih sayang. Elakkan daripada melakukannya dalam keadaan tergesa-gesa. Isteri amat tidak menyukai hubungan yang dilakukan secara ekspres dan tanpa ‘pemanasan’. Rancanglah masa yang sesuai untuk bersama dengan pasangan anda.

Waktu Sihat – Sudah tentu sukar untuk mencapai tingkat kualiti yang baik apabila hubungan dilakukan dalam keadaan yang tidak sihat. Oleh yang demikian, pastikan kesihatan juga berada pada tahap yang baik untuk bersama.


Di dalam Islam juga ada menggalakkan waktu-waktu tertentu yang sesuai untuk hubungan intim.

Malam Isnin (Ahad malam)
 - apabila anak terlahir darinya maka ia menjadi penghafal al-Qur’an dan rela terhadap yang telah ditentukan Allah swt atasnya.
Malam Selasa (Isnin malam)
 - anak yang terlahir darinya akan dikurniakan kesyahidan, ia tidak akan menyimpang dari kebenaran. Manusia suci dan bersih, wangi, pengasih, penyayang, serta lidahnya akan tersuci dari ghibah, bohong dan menuduh.
Malam Khamis (Rabu malam)
 - anak yang terlahir darinya akan menjadi penguasa yang adil dari para penguasa dan atau akan menjadi salah seorang ulama dari para ulama.
Malam Jumaat (Khamis malam) - 
anak yang terlahir darinya akan menjadi seorang pemidato yang hebat.
Petang Jumaat (setelah Asar, sebelum Maghrib)
 - anak yang akan terlahir darinya akan menjadi seorang ilmuwan (ulama) yang terkenal.
Malam Jumaat (setelah waktu Isyak berlalu - akhir malam/dekat subuh)
 - anak yang akan terlahir darinya akan menjadi seorang wali (ibdal).
Bagi menjadikan hubungan intim anda lebih bermakna, cubalah 
coklat ‘Kasih Malam Jumaat’

untuk maklumat lanjut:



Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..