HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Showing posts with label mitos. Show all posts
Showing posts with label mitos. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

UNTUNG ALAM MAYA




ZZ bersama Tan Sri Rafidah Aziz di set 'Apa Kata Wanita'

 INTERNET memberi banyak kelebihan kepada masyarakat jika tahu menggunakannya, malah mampu menjadi alat menjana pendapatan. Kini, teknik pemasaran terkenal di Internet dikenali program Affiliate menjadi satu cara memasar dan mengiklankan produk dengan melantik ejen melakukan aktiviti promosi dan pada masa sama menawarkan komisen kepada ejen yang menjual produk berkenaan.

Antara syarikat yang menggunakan teknik pemasaran Affiliate adalah Studio One Creative Sdn Bhd, pengeluar produk penjagaan kesihatan dan peribadi Harmony. Syarikat ini menyasarkan jualan RM1 juta tahun ini disokong ejen jualan konvensional selain 2,000 rakan niaga Affiliate Harmony (AH).

Ikuti temu bual lanjut wartawan Bisnes Metro, Shanty Nur Shaffizan Shafee dengan pengasasnya, Zamzarina Zambri mengenai usahanya mewujudkan program rakan niaga AH yang menyasarkan wanita terutama suri rumah serta ibu tunggal.

 
S: Jelaskan dengan lebih lanjut apakah maksud program pemasaran Affiliate? 

ZZ: Pemasaran Affiliate ialah model bisnes pemasaran yang memberi peluang mempromosi dan menjual produk milik sesebuah syarikat. Apabila pelanggan membeli, mereka mendapat komisen daripada jualan produk itu. Produk dipasarkan menggunakan satu jaringan sistem bererti pengedar Affiliate tidak perlu menyimpan stok, menguruskan nota jualan, memungut bayaran atau menyediakan bahan pemasaran.

Pelbagai jenis produk boleh dipasarkan melalui Internet jika tahu kaedah dan bijak menggunakan peluang. Usah malu mempromosi perniagaan dalam talian kerana arus pembangunan mewujudkan aliran baru. Apatah lagi jika ramai rantaian kenalan dalam talian. iaitu membeli-belah secara dalam talian.
Siri Intimasi Harmony yang dipasarkan melalui program Affiliate Harmony


S: Bagaimana timbul idea untuk memasarkan produk syarikat iaitu Harmony melalui rakan niaga Affiliate? 

ZZ: Saya menemui ramai suri rumah, ibu tunggal dan pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin memulakan perniagaan, tetapi tidak tahu caranya, selain tiada modal berniaga. Kebanyakan mereka bersemangat tinggi untuk bekerja bagi menampung keperluan hidup serta anak dan keluarga, tetapi dihalang beberapa faktor. Ada yang tiada pengalaman bekerja, kelayakan akademik, usia meningkat dan perlu memberi tumpuan kepada anak kecil. Namun, mereka bersemangat bekerja. Ini mencetuskan idea untuk mewujudkan rakan niaga Affiliate Harmony (AH) bagi memberi peluang kepada mereka mencari pendapatan sampingan. Teknik ini mudah kerana mereka tidak perlu menyediakan modal permulaan atau menyimpan stok di rumah.

 
S: Apakah produk Harmony dan bagaimana ia boleh dijual melalui program Affiliatenya? 

ZZ: Produk Harmony terdiri daripada lapan jenis produk penjagaan kebersihan peribadi seperti tablet intimasi untuk membantu menghangatkan hubungan suami isteri. Kami membangunkan produk ini dua tahun lalu dengan pelaburan RM200,000. Program Affiliate pula dibangunkan untuk memberi peluang pendapatan kepada rakyat Malaysia yang ingin memulakan perniagaan mudah tanpa modal, hanya memerlukan kemudahan internet untuk bermula. Kami komited menjayakan program ini, malah mendapatkan khidmat perunding jualan dan pemasaran antarabangsa Amerika Syarikat, Chris Randolph bagi membangun serta menghasilkan alat pemasaran maya untuk rakan niaga AH.
V-Sweet turut menjadi pilihan pemasaran internet

S: Bagaimana untuk mendaftar sebagai rakan niaga AH? 

ZZ: Pendaftaran adalah percuma. Rakan niaga menerima satu set bahan pemasaran iaitu link ‘web banner produk’ yang direka setiap satu khusus dengan kod ID bagi setiap rakan niaga Affiliate produk Harmony. Apabila pelanggan membeli produk Harmony dipromosikan rakan niaga Affiliate, ia direkodkan di bawah kod ID mereka dan menerima komisen.

Produk Harmony boleh ditempah dan dibayar secara online menggunakan gerbang pembayaran iPay88 melalui laman web www.harmony.com.my atau e-mel ke harmony.myinfo@gmail.com. Kami juga menjemput pengedar seluruh negara mengedarkan produk Harmony secara konvensional memandangkan tidak semua pelanggan mempunyai Internet untuk membeli produk Harmony sepenuhnya secara atas talian.

 
S: Bolehkah sesiapapun menjana pendapatan dengan Harmony walaupun tanpa akses Internet? 

ZZ: Jika tidak fasih mengenai Internet dan pemasaran atas talian, kami menyediakan sesi pembelajaran video untuk mengajar rakan niaga Affiliate langkah demi langkah. Mereka juga boleh menempah produk pelanggan melalui SMS, e-mel atau telefon. Kami sentiasa menyokong rakan niaga AH melalui pembelajaran secara video, web dan e-mel selain menyediakan alat pemasaran untuk mereka memulakan perniagaan atas talian dengan berkesan.

Mereka cuma perlu mendaftar sebagai rakan niaga Affiliate, cuba produk Harmony, gunakan alat pemasaran yang kami sediakan dan berkongsi dengan rakan mengenai kebaikan produk Harmony.

Vagina Tightening Gel merupakan produk yang paling mendapat sambutan

sumber: Harian Metro

Baca Selanjutnya ...

Friday, 28 October 2011

MITOS PERCERAIAN

Terlalu banyak kes perceraian yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada rumah tangga yang sememangnya sedang dalam masalah.

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=927734e296&view=att&th=1334435b84265e94&attid=0.1&disp=inline&zw

Bila pasangan suami isteri bergaduh, pasti akan ada salah seorang daripada mereka akan mengaitkannya dengan kisah perceraian yang dilaporkan di dada akhbar.

Ini memang tidak patut terjadi kerana perkahwinan bukanlah sepatutnya berakhir dengan perceraian.

Stigma yang kurang tepat ini akhirnya mencetuskan mitos yang sering dikaitkan dengan perceraian.


JALAN KELUAR

Antara mitos yang sudah sebati dengan kehidupan kita ialah apabila perceraian dikatakan sebagai jalan keluar.

Padahal jika difikir secara mendalam bercerai itu sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini ditegaskan sendiri oleh seorang penulis buku yang juga pakar tentang hal ehwal selepas bercerai, Lee Block, yang menyatakan: “Aku tidak menyokong perceraian, tapi jika anda tidak bahagia dalam perkahwinan tersebut dan mengambil keputusan untuk bercerai, percayalah bahawa perceraian itu akan menjadi satu pilihan yang paling menyusahkan anda.”


CERAI PERKARA BIASA

Mitos kedua tentang perceraian ialah apabila anda menganggapnya sebagai perkara biasa.

“Kalau sudah tak sayang bercerai sajalah!” Senang saja bibir mengungkap kalimah ‘cerai’.

Memang lumrah rumah tangga ada pasang surutnya. Bak pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Bercerai sepatutnya menjadi agenda paling akhir bagi pasangan suami isteri yang tidak lagi mampu mempertahankan keutuhan rumah tangga mereka daripada terus menanggung sakit fizikal (akibat didera) atau mental (tekanan perasaan).


BERPUNCA DARIPADA SATU PIHAK

Mitos ketiga tentang perceraian ialah ia berpunca dari salah satu pihak iaitu suami atau isteri. Jangan kata begini: “Awaklah yang bersalah! Semua ini disebabkan awak.” Padahal penyebab perceraian sebenarnya banyak punca.

Jadi tindakan tuduh menuduh dan mempersalahkan antara satu sama lain adalah satu tindakan yang tidak begitu bijak. Sebaiknya berlapang dada dan menerima dengan baik ketentuan yang telah berlaku.


JADI SEMAKIN BAIK LEPAS BERCERAI

Satu lagi mitos tentang perceraian ialah anggapan bahawa setelah bercerai keadaan akan menjadi semakin baik.

Tidak ada maknanya ia akan menjadi semakin baik. Benarkah anda akan lebih bahagia selepas bercerai.

Lee Block menjelaskan jika satu pasangan itu bercerai, suami isteri masing-masing akan menghadapi dimensi kehidupan yang berbeza. Yang mana mereka harus mula membiasakan diri dengan kehidupan baru pasca perceraian.


ANAK-ANAK JADI LEBIH BAIK LEPAS BERCERAI

Mitos terakhir tentang perceraian ialah dengan mengatakan bahawa anak-anak akan menjadi lebih baik selepas ibu bapa bercerai.

Anak-anak terutamanya yang di bawah umur sebenarnya yang paling tidak bertuah apabila ibu bapa mengambil keputusan untuk bercerai. Kemungkinan besar anak-anak akan mengalami kesan psikologi akibat perceraian tersebut.

Bukan itu sahaja, tumbesaran mereka juga akan terganggu.

Kesimpulannya jangan menganggap perceraian itu satu tindakan yang baik, kerana Allah menjadikan perkahwinan itu satu ikatan suci untuk ketenangan lelaki dan wanita, bukan untuk bercerai.

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=927734e296&view=att&th=13344354ea92adf4&attid=0.1&disp=inline&zw









Sumber : Utusan Malaysia
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..