HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Showing posts with label kelamin. Show all posts
Showing posts with label kelamin. Show all posts

Sunday, 27 May 2012

RM750 hidangan organ seks lelaki - Warga Jepun masak alat kelamin sendiri

SUGIYAMA menunjukkan proses memasak alat kelaminnya

Pagi ini ZZ dimaklumkan yang AKW tidak dapat disiarkan secara langsung seperti kebiasaan kerana memberi laluan kepada Siaran Langsung Badminton Piala Thomas. Walaupun tidak disiarkan secara langsung, team AKW tetap bertugas seperti biasa untuk siaran rakaman yang akan ke udara pada hari Jumaat jam 1 tengahari di tv2.

Apabila mengetahui episod hari ini tidak disiarkan secara langsung tiadalah tekanan sangat dan tiada terkejar-kejarkan waktu. Sambil-sambil membelek akhbar online Berita Harian, ZZ terbaca satu artikel ini. Macam-macam lah dalam dunia hari ini. Nasib baik ZZ selesai sarapan pagi bersama keluarga sewaktu artikel ini dibaca, kalau sedang bersarapan mungkin terkeluar semula apa yang sudah ditelan. Tujuan ZZ berkongsi artikel ini adalah semata-mata kerana ia 'human interest' dan perangai pelik manusia.

Berikut adalah kisah Sugiyama daripada negara matahari terbit yang ZZ pinjam daripada Berita Harian online.
 
TOKYO: Seorang pelukis Jepun mempunyai cara tersendiri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai golongan minoriti seks dengan memasak alat kelaminnya sendiri untuk dijamah lima orang yang membayar harga hidangan itu di Tokyo, baru-baru ini.
Mao Sugiyama menjalani pembedahan membuang alat kelamin pada Mac lalu, menyimpannya pada takat beku selama dua bulan sebelum memasaknya untuk pelanggan di sebuah dewan pada 13 Mei, menurut keterangannya di laman Twitter miliknya dan laporan polis tempatan.

Pelanggan terbabit membayar 20,000 yen (RM750) bagi sepinggan hidangan alat kelamin itu. Gambar di laman web menunjukkan cendawan dan daun pasli dalam hidangan itu.

Sugiyama, 22, dilaporkan memberitahu melalui Twitter bahawa organ terbabit dibuang oleh doktor bertauliah dan disahkan bebas daripada sebarang jangkitan.

Hidangan berkenaan disediakan di bawah seliaan seorang tukang masak berkelayakan dan mereka yang membayar hidangan itu dikehendaki menandatangani dokumen tidak menuntut ganti rugi daripada Sugiyama serta penganjur acara itu.

Pada 18 Mei lalu, Sugiyama berkata, pelbagai langkah diambil untuk memenuhi syarat undang-undang tertentu termasuk larangan menjual organ, memproses sisa perubatan selain peraturan kebersihan makanan.
 
“Saya disoal beberapa lelaki dan wanita yang bertanya ‘adakah acara ini akan diadakan lagi? Mereka minta supaya diadakan sekali lagi. Cuma, hanya ada satu set organ lelaki.

“Malang sekali saya tidak mempunyai rancangan sama pada masa akan datang,” katanya dalam Twitter pada 16 Mei lalu.

Sugiyama yang menyifatkan dirinya ‘asexual’ iaitu tidak mempunyai alat kelamin mulanya memikirkan untuk memakan sendiri alat kelaminnya itu tetapi memutuskan untuk mendapatkan pelanggan bagi membayar bil hospital pembedahan itu.

Dalam satu emel kepada agensi berita, dia mengesahkan bahawa majlis memasak dan menghidangkannya itu sudah berlangsung dan berkata ia dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran ramai wujudnya golongan ‘minoriti seksual, jantina-x dan asexual.’ – AFP 
Hidangan bebola Sugiyama




ZZ - suka masak asam pedas kerana amat digemari suami  
Baca Selanjutnya ...

Jatuh cinta 'SMS menyamar' daripada isteri sendiri

ZZ terkesima sekejap bila baca story hari ini di Utusan Online. Tak boleh bayangkan kalau perkara ini berlaku kepada diri sendiri. Ini kes suami kantoi la ni. Tapi tak dapat dinafikan ramai suami yang bersikap seperti ini. Alhamdulillah walaupun suami ZZ sering bertugas ke luar kawasan termasuk luar negara, beliau tidak lupa untuk menghubungi ZZ setiap masa. Mungkin ramai yang dah baca story ini tapi ZZ nak ajak anda semua beri pandangan apakah faktor si suami hilang rasa rindu pada isteri dan anak-anak tetapi dahagakan kasih sayang dari luar. Jom sama-sama kita baca kisah ini sebagai tauladan...    


BANYAK cara seorang isteri boleh menguji kesetiaan suami. Ada suami yang susah menghubungi isteri apabila berada di luar daerah kerana bertugas. Bayangkan jika berlaku masalah di rumah, kematian dan sebagainya, bagaimana khabar hendak disampaikan kepada mereka.

Berlainan pula dengan isteri yang selalu menelefon dan bertanya khabar sehingga suami ada kala rimas dan bosan. Tapi isteri tidak pernah kecewa walaupun tahu suami tidak suka. Kepada saya, Suzana (bukan nama sebenar) bercerita tentang bagaimana dia menyamar menggunakan nombor telefon lain untuk menguji suaminya yang berada di luar daerah selama sebulan kerana bertugas.

Apa kesudahan penyamaran Suzana, ikuti kisah seterusnya. "Saya berusia awal 30-an, mempunyai dua orang anak berusia 7 dan 8 tahun. Suami, Shahrul (bukan nama sebenar) seorang penjawat awam yang terlibat dengan banyak program di luar daerah. Ertinya dia selalu tidak ada di rumah.

"Saya selalu tinggal bersama anak dan pembantu rumah, dalam sebulan hanya tiga hari kami dapat bersama. Hujung minggu memang jarang saya dan suami bersama anak-anak tetapi saya tetap melayan mereka seperti biasa walaupun bapa mereka tidak ada.

"Suami seorang yang susah untuk menelefon bertanya khabar dan menjawab panggilan. Saya juga pelik kenapa dia jadi begitu. Alasannya banyak kerja, tidak ada masa. Sudahlah tidak menelefon, menjawab telefon pun susah.

"Kalau pun tidak ada masa, apa salahnya telefon anak-anak tanya khabar dan berbual seketika dengan mereka, tentu anak-anak gembira. "Apabila nasihat saya tidak berjalan saya dapat satu idea. Saya menyamar untuk menduga hatinya. Lalu saya beli satu nombor pra bayar baru yang mana nombornya suami tidak tahu.

"Setiap hari saya mesej bertanya khabar, sudah makan ke, sihat ke dan macam-macam lagi soalan berbau cinta. Hari pertama dia agak ragu-ragu, tetapi dibalasnya juga. "Dia membalas mesej saya dengan soalan, mana dapat tahu nombornya kata saya kami pernah berkawan dulu tetapi putus di tengah jalan. Syoknya dia percaya pula!

"Lama juga saya menyamar hampir tiga minggu, sehingga dia jatuh cinta dengan kata-kata saya. Saya tidak berani telefon sebab bimbang dia cam suara saya. "Apa yang saya pelik, dia langsung tidak segan silu untuk melahirkan rasa rindu dan cinta kepada saya apabila saya mesej dan menelefon dia. Saya merasakan seperti kami mula bercinta dulu.

"Sakit juga hati saya bila fikirkan perangai dia. Pada masa yang sama saya cuba juga telefon guna nombor telefon biasa, macam biasa, dia tidak jawab dan respons. Saya mula syak yang suami ada hubungan dengan wanita lain.

"Tapi saya tidak mahu serkap jarang kerana mahu cari bukti dulu. Saya layan mesej sehingga dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan saya. Akhirnya apa yang saya takut berlaku, dia mahu dengar suara saya dan minta saya telefon dia. Saya gelabah tetapi memberi cadangan agar kami berjumpa.

"Selesai kursus suami balik ke rumah. Dia kelihatan selamba sahaja dan gembira. Dalam mesej terakhir saya berjanji akan berjumpa dia di sebuah restoran ternama di pinggir bandar. "Dia setuju sebab di situ kami selalu dating masa mula-mula bercinta dulu. Saya takut juga hendak pergi, tetapi saya kuatkan semangat. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

"Akhirnya hari yang dinanti pun tiba. Saya melaram sakan untuk menduga hati suami. Apa yang akan jadi saya serahkan kepada Allah. Ini semua untuk kebaikan fikir saya. "Tiba di tempat pertemuan, saya mencari suami. Dia memilih sudut yang agak terpencil jauh dari tetamu lain. Saya terus berjalan ke meja yang ditempah berpandukan mesej yang diterima.

"Sebaik melihat saya suami terkejut. Terpinga-pinga dibuatnya dia. Wajahnya pucat melihat kehadiran saya tetapi saya buat selamba ala-ala primadona filem Melayu zaman dulu. "Saya terus mencium tangannya dan duduk. Saya lemparkan senyuman kepadanya dan bertanya apa khabar. Dia nampak marah. Matanya ligat mencari wanita yang ingin ditemui, dia sangat gelisah.

"Melihat situasi itu, saya ingin segera tamatkan lakonan. Saya beritahu dia yang perempuan yang ditunggu itu tidak akan datang. Saya minta maaf sebab menipu dia. Saya bagi tahu dia, kalau dia marah dan ingin bertindak terhadap saya, silakan, saya tidak kisah.

"Lalu saya ceritakan dari A - Z kepadanya. Saya menangis sepanjang bercerita. Mungkin sedih dan bersalah kerana menipu dia tetapi saya berniat baik. Suami terdiam tanpa kata. Ada penyesalan di wajahnya walaupun di peringkat awal dia amat marah dengan perbuatan saya.

"Katanya saya telah menjatuhkan maruahnya sebagai suami tetapi saya betulkan keadaan dengan berkata tindakan saya semata-mata untuk kebaikan kami sekeluarga terutama anak-anak."Lama juga kami bertengkar dan berbincang. Saya luahkan apa yang terbuku di hati. Lalu saya tunjukkan nombor telefon yang saya gunakan untuk menggoda dia.

"Saya katakan kepada dia, kenapa tidak boleh layan saya sebagai isteri seperti mana dia melayan saya semasa menyamar menjadi teman wanitanya. "Saya tunjukkan kata-kata manisnya dalam mesej tersebut bagaimana dia rindu dan teringatkan saya selalu. Saya hanya perlukan itu sahaja, kata-kata dan ingatan, bukan kemewahan.

"Selain itu, anak-anak juga perlukan kasih sayang ibu bapa. Saya bagi tahu dia selama ini anak-anak tertanya-tanya, ke mana bapa mereka pergi setiap minggu sehinggakan tidak ada masa untuk membawa mereka berjalan-jalan.

"Mungkin Allah merestui perbuatan saya, akhirnya suami sedar dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Dia sama sekali tidak menduga saya berani hingga ke tahap tersebut dan mohon maaf kerana mengabaikan saya dan anak-anak. Tentang hubungan dengan wanita lain, dia mengaku tidak pernah berbuat demikian kecuali melayan mesej, itu pun bukan selalu.

"Saya juga minta maaf kerana menipu dia dan berjanji akan mengubah sikap saya. Tidak saya sangka pertemuan itu mengembalikan nostalgia saya dengan dia macam kami bercinta dulu. "Itulah manisnya apabila kita selalu mengingatkan pertemuan pertama setiap kali menghadapi masalah rumah tangga. Bagi saya apa yang saya buat adalah satu percubaan yang baik.

"Sekurang-kurangnya saya menggunakan akal untuk mengembalikan kesejahteraan dan kasih sayang keluarga saya. Saya bersyukur kerana Allah merestui tindakan saya dan mengembalikan kebahagiaan kami yang hampir hilang. "Saya juga bersyukur kerana selepas kejadian itu, suami berubah 100 peratus. Dia kini menjadi seorang suami dan bapa yang baik, penyayang dan bertanggungjawab serta meletakkan keluarga di tempat utama selepas kerjayanya.

"Semoga kebahagiaan ini berkekalan. Kepada para isteri, pesanan saya, kita harus berani untuk menyelesaikan masalah rumah tangga dengan cara sendiri menggunakan akal. Jangan ikut nafsu dan emosi, tetapi bertindak bijak menanganinya agar hubungan kasih sayang tidak putus. Semoga apa yang saya lalui akan menjadi pedoman buat orang lain,'' demikian pinta Suzana mengakhiri kisahnya.

Saya angkat tabik kepada Suzana atas tindakannya yang bijaksana. Suzana telah melakukan tugas yang baik untuk menyelamatkan rumah tangganya sekali gus menguji kesetiaan suami terhadapnya.
Inilah yang harus dilakukan oleh para isteri jika mahu rumah tangga mereka berkekalan hingga ke pintu syurga. Syabas Suzana.

Menamatkan catatan, pesanan ikhlas saya sentiasa menilai diri mencari kelemahan dan kekurangan agar ia boleh dibaiki dalam mencari keharmonian dan kedamaian hidup berkeluarga.

sumber: Utusan Online

Griptite - mampu mengikat suami

ZZ - sentiasa berBBM dan video call dengan suami..   

Baca Selanjutnya ...

Thursday, 24 May 2012

ZZ TINGGALKAN RTM?


ZZ menerima banyak pertanyaan daripada rakan-rakan dalam seminggu dua ini bertanyakan sama ada benar ZZ telah meninggalkan RTM..

Jawapan ZZ.. Ya Betul.. Saya telah meninggalkan RTM untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada 'bayi yang baru dilahirkan'.. KLIK SINI untuk melihat gambar 'bayi ZZ'..

Walaubagaimanapun.. ZZ hanya melepaskan jawatan tetap sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pemasaran dan Promosi.. ZZ masih akan terus bersiaran sebagai pengacara rancangan Apa Kata Wanita yang bersiaran secara langsung setiap Ahad, 3 petang di tv1 dan ulangsiar setiap Jumaat 1 tengahari di tv2.. 

Untuk mengetahui lanjut dapatkan Mingguan Wanita 25-31 Mei 2012...





  

Siri Intimasi Harmony
Inilah 'bayi yang baru dilahirkan' yang memerlukan sepenuh tumpuan dan masa ZZ





ZZ - nekad untuk ceburi bidang perniagaan

Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 23 May 2012

TERLAMPAU SIBUK DI PEJABAT, HILANG ‘MOOD’ TUNAI TANGGUNGJAWAB?

Hidup pada zaman yang serba mencabar dan cepat ini, menuntut manusia supaya lebih komited dengan kerja-kerja yang dilakukan sama ada di pejabat mahupun di rumah. Oleh itu tekanan perasaan sering berlaku dan sekiranya dibiarkan berlanjutan nescaya boleh mengakibatkan kesan negatif pada kehidupan seharian termasuklah aktiviti seksual. Lihat sajalah pasangan berkahwin yang terlalu sibuk dengan kerja.

Apabila masing-masing dilanda tekanan kerja, sudah pasti sedikit sebanyak mempengaruhi mood untuk berasmara. Seharusnya perkara begini tidak berlaku. Mungkin sekali dua tidak mengapa, tetapi jika berpanjangan pasti ada luahan kecewa daripada pasangan. Terbaiknya uruslah masa dengan betul dan bijaksana agar rumah tangga sentiasa bahagia dan bermakna.

Lebihkan waktu untuk pasangan
Luangkan lebih banyak masa dengan pasangan berbanding kerja (sekiranya ingin menimang cahaya mata). Jika anda di kategori sebagai pekerja yang kerap menjadi penghuni terakhir pejabat, maka berubahlah. Fikirkan betapa pasangan sentiasa menantikan kepulangan anda. Paling tidak anda masih punya masa untuk berehat dan membersihkan diri sebelum melangsungkan aktiviti malam hari.

Pentingnya kualiti bukan kuantiti
Petua lama bukanlah paksaan untuk diamalkan. Jika rasa tidak berkemampuan maka berhentilah. Jangan sampai membebankan kesihatan tatkala menjamah telur ayam bercampur madu semata-mata untuk mendapatkan lebih kenikmatan dan kekuatan apabila bersama. Masih ada alternatif yang revelan dan mudah dipraktikan seperti senaman secara konsisten, kawalan makanan dan macam-macam lagi. Cara itu, anda juga berjaya memperoleh stamina dan keyakinan untuk memulakan aksi ranjang bersama pasangan. Ingat yang penting kualiti bukan kuantiti.

Ubati kemurangan dengan seks
Sering tertekan dan murung menyelesaikan tugas-tugas di pejabat? Usah risau kerana penawarnya cukup mudah. Segera dapatkan pasangan dan lakukan hubungan kelamin ketika malam menjelang tiba. Mengapa? Kerana seks sesuatu yang menenangkan. Tambahan pula ketika orgasma, hormon oxytocin dirembes keluar. Hormon inilah yang mencetuskan ketenangan sekaligus memberi kesan relaks pada tubuh dan pemikiran.

Perut kenyang tenaga kurang
Lapar pada waktu malam? Boleh makan tetapi jangan terlalu lewat kerana perut yang kenyang mengakibatkan badan menjadi letih dan mengantuk. Bahkan tenaga pun sudah berkurangan sekaligus melenyapkan keinginan untuk berasmara pada malam berkenaan.

Buat temu janji sebelum beraksi
Bukan dengan orang luar sahaja perlu buat temu janji, tetapi pasangan suami isteri juga perlu praktikkannya. Sebaik-baiknya beritahu pasangan pukul berapa akan masuk ke  dalam bilik dan meneruskan aktiviti mengikuti perancangan. Cara ini dikatakan berkesan kerana masing-masing sudah bersedia dan melupakan segala kerja-kerja harian. Tiada lagi pangilan telefon atau komputer riba, sebaliknya rangkulan serta ciuman hangat jadi peneman pada kala cinta sedang membara.

Griptite - Griptite dirumus secara tradisional untuk merawat masalah sakit puan dan mengatasi masalah penurunan nafsu seksual wanita


ZZ – amalkan mengambil supplemen Griptite Harmony untuk mengekalkan stamina sepanjang hari

Baca Selanjutnya ...

18SX – BONGKAR RAHSIA PENJAGAAN KESIHATAN ALAT KELAMIN (bahagian 2)

sambungan...

Masculean Wash
Masculean Wash - Kaum Lelaki juga harus dididik tentang kepentingan penjagaan kebersihan alat kelamin

Memeriksa Testis

Pemeriksaan testis atau buah zakar boleh dilakukan sendiri untuk memastikan tidak terdapat benjolan atau gumpalan yang mungkin merupakan tanda-tanda awal kanser testis.  

Menurut beberapa sumber, kanser testis merupakan kanser yang sering terjadi pada lelaki berusia 25-30 tahun kerana pada masa itu, kaum lelaki masuk dalam tahap puncak kematangan seksual. Kanser tersebut boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain. Kerana itu, amat penting untuk mengesannya sejak awal sehingga dapat diubati sebelum semakin parah.

Pemeriksaan testis dilakukan dengan cara:
  • Kenalilah bentuk, saiz, dan berat testis.
  • Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, raba testis.
  • Waspada sekiranya terdapat benjolan kecil di bawah kulit, di bahagian depan atau sepanjang testis. Benjolan ini mungkin sebesar butiran beras atau kacang. Bila ada pembengkakkan atau benjolan, segeralah berjumpa doktor.

Lakukan pemeriksaan yang sama secara teratur. Bila testis ada benjolan atau bengkak, ia tidak bererti telah dijangkiti kanser. Untuk memastikannya, tentunya kita harus segera berjumpa doktor. Apabila dikesan dan dirawat pada peringkat awal, kanser testis biasanya dapat disembuhkan secara total.

Jangan ragu-ragu untuk berjumpa doktor, terutama doktor kulit dan kelamin, untuk melakukan pemeriksaan rutin.
Selain pemeriksaan secara rutin, kita juga harus segera berjumpa doktor apabila mengesan atau menghadapi simptom-simptom seperti berikut: terdapat luka, lecet, atau ruam, atau kutil di daerah testis; terasa gatal terus-menerus; dan saluran kencing mengeluarkan cecair yang tidak biasa. Gejala tersebut merupakan indikasi bahawa organ kelamin sedang dijangkiti penyakit.
phos-X atasi masalah penurunan seksual
phos-X dirumus khusus untuk meningkatkan tahap reproduksi dan menguatkan tenaga batin

Kesihatan organ reproduksi sangat mempengaruhi kesuburan. Selain itu, kemudahan dalam melakukan hubungan seksual juga bergantung kepada bagaimana kita menjaga kesihatan dan kebersihannya. Mulakan kesihatan organ reproduksi anda dengan menjaga kebersihannya.

Dapatkan Siri Intimasi Harmony dipasaran
 
Baca Selanjutnya ...

18SX – BONGKAR RAHSIA PENJAGAAN KESIHATAN ALAT KELAMIN (bahagian 1)


Secara umumnya, rawatan kesihatan organ pembiakan lelaki sama dengan rawatan organ pembiakan wanita, iaitu bermula dengan menjaga kebersihan secara umum.

Dibanding dengan vagina, zakar cenderung lebih "kuat" terhadap jangkitan dan iritasi kerana sebahagian besar zakar dilindungi kulit yang cukup tebal. Pada umumnya, rawatan kesihatan organ pembiakan lelaki sama dengan rawatan organ pembiakan wanita, iaitu bermula dengan menjaga kebersihan secara umum.

Untuk menjaga kebersihan alat kelamin kita, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Pertama, selalu mencuci tangan sebelum dan sesudah membuang air kecil. Ini adalah untuk mengelakkan zakar dari kotoran yang berasal dari tangan, sekaligus agar tangan kembali steril setelah memegang zakar. Kedua, jangan malas untuk selalu membersihkan kawasan sekitar zakar setiap kali mandi.  

Mengenai organ kemaluan lelaki memang terdedah dengan cendawan, terutama daerah lipatan paha dan bawah beg kencing. Oleh itu, selalulah menjaga kebersihan daerah-daerah tersebut. Ketiga, secara berkala, cukurlah bulu kemaluan agar rapi dan tidak menyebabkan kelembapan. Daerah yang lembab sering kali menjadi tempat subur bagi kulat.

Masculean Wash - cecair kebersihan bahagian sulit lelaki yang menyegarkan dengan keharuman semulajadi untuk meningkatkan keyakinan lelaki

Pentingnya Seluar Dalam

Seluar dalam berfungsi menjaga zakar dan beg kencing (scrotum) dari goncangan, selain agar kita selesa. Sebaiknya, kenakan pakaian dalam yang diperbuat dari kapas kerana bahan ini menyerap peluh sehingga tidak membuat kepanasan dan lembab.

Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat, kerana selain membuat peredaran darah tidak lancar juga akan membuat zakar dan testis kepanasan. Panas berlebihan, yang disebabkan oleh suhu udara, keringat, dan pakaian yang terlalu ketat, boleh menurunkan kualiti sperma dalam menggangu sel telur.

bersambung... 
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..