HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Friday 30 November 2012

Aksi Pasangan Bahagia Sepanjang Hayat

Sepasang suami isteri yang sudah hampir dimamah usia masih begitu bahagia menari bersama-sama. Inilah yang dikatakan hubungan cinta hingga ke hujung hayat hidup.

 
Baca Selanjutnya ...

Ku Sangka Isteriku Wanita Sejati




Belgian, seorang lelaki telah ditipu hidup-hidup oleh ‘isteri’ kesayangannya walaupun telah berkahwin hampir 19 tahun. Lelaki itu yang namanya hanya mahu dikenali sebagai Jan merasa malu dan tercabar dengan tindakan ‘isterinya’, Monica menyembunyikan rahsia besar sepanjang mereka berkahwin.

Pada tahun 1993, Jan bertemu dengan Monica di Indonesia memandangkan Monica adalah warganegara Indonesia dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan wanita itu.

Selepas itu, Jan telah berusaha membawa pulang Monica ke Belgian walaupun mengalami kesukaran dalam proses pertukaran warganegara Monica kerana pihak kerajaan negara itu meragui status kelahiran dan dokumen diri Monica.

Namun, selepas meneliti, kerajaan Belgian meluluskan pertukaran Monica ke negara asal Jan.

Jan dan Monica hidup normal seperti pasangan suami isteri lain dan tidak mengalami sebarang kesukaran untuk berkomunikasi termasuklah dalam melakukan hubungan intim.

Malah, mereka berdua juga sudah membuat keputusan untuk tidak mahu mempunyai zuriat lagi memandangkan Jan sudah mempunyai dua orang anak dalam perkahwinannya yang lalu.

Sehinggalah Monica telah membuat keputusan untuk bekerja sepenuh masa bagi mengisi masanya yang terluang baru-baru ini dan perangainya juga turut berubah.

“Monica sudah mula banyak berubah,” kata Jan yang dipetik dari laporan The Telegraph.

Semenjak bekerja, timbul cerita dari beberapa pihak yang mengatakan dan mendedahkan identiti sebenar Monica adalah seorang lelaki.

“Anak sulung saya nampak Monica di kelab malam. Dia mula memakai pakaian yang seksi hingga menampakkan tubuh badannya termasuklah bahagian belakangnya,” kata Jan.

Hingga suatu hari Jan menerima mesej dari seorang lelaki di komputer peribadi Monica yang mengatakan Jan adalah lelaki dan telah menjalani pembedahan penukaran jantina.

Selepas mengetahui perkara itu, Jan telah memaska Monica untuk menceritakan segala-galanya.

“Saya tolak dia ke dinding dan ingin tahu perkara yang sebenar. Adakah awak lelaki? Dia kemudian memberitahu dia dilahirkan sebagai lelaki dan telah melakukan pembedahan pertukaran jantina.

Sebab dia tidak mahu memberitahu adalah kerana itu kisah lampaunya. Hidup saya musnah serta-merta!” luah Jan.

Kini, Jan dan Monica dalam proses untuk bercerai.
Baca Selanjutnya ...

Thursday 29 November 2012

Kereta Mainan Kanak-Kanak Sudah Wujud 7500 Tahun Yang Lalu



"Kereta mainan" dipamerkan bersama boneka mainan (semuanya dibuat dari batu) di Muzium Mardin. Turki.

Arkeologi Mesut Alp melaporkan bahwa kereta mainan itu paling tidakpun  berusia 7.500 tahun atau pada akhir Zaman Batu. Ketika berbicara dengan wartawan  Cihan dan dengan wartawanTodays Zaman, Alp berkata bahwa benda itu adalah kereta mainan.


Baca Selanjutnya ...

Wednesday 28 November 2012

Ritual Agama Yang Brutal


Nepal memang terkenal dengan ritual pembunuhan binatang ternak yang sangat brutal. Adalah perayaan persembahan kepada Dewi Gadhiami, beribu-ribu binatang ternakan di korbankan dalam ritual ini. Begitu banyaknya korban yang di "pancung" dalam ritual ini hingga menyebabkan tempat tersebut tak ubah seperti tasik darah.

Ritual mengerikan ini di rayakan di Desa Bariyapur yang terletak di bahagian selatan nepal. Ritual di adakan selama dua hari dengan mempersembahkan ribuan binatang ternak berupa lembu dan kambing. Ribuan orang tumpah ruah di tempat ini baik anak-anak maupun dewasa, laki-laki dan perempuan ikut merayakan persembahan di tempat tersebut.

Puluhan laki-laki membawa golok yang sangat tajam dan siap menebas leher-leher binatang ini tanpa ampun. Tujuannya adalah memotong leher binatang dalam satu kali ayunan, sungguh sebuah pemandangan yang sangat mengerikan. Sebahagian binatang-binatang tersebut masih berdiri ketika kepalanya putus dari badannya.

Menurut mereka ritual ini akan mendatangkan berkat bagi masyarakat setempat. Sebagai manusia yang masih memerhatikan nilai-nilai penghargaan terhadap sesama makhluk hidup saya yakin Tuhan tidak akan rela menyaksikan kebengisan ini.

Anda boleh melihat ritual mereka dalam foto-foto di bawah ini, susananya bukan mirip ritual keagamaan yang meletakkan kasih sayang kepada sesama makhluk hidup, yang kelihatan sebaliknya iaitu suasana kekejaman. Anehnya dalam ritual tersebut semua yang datang kelihatan bersuka ria dengan memenggal kepala-kepala binatang ternak yang mereka yakini sebagai persembahan.

Apapun penilaian kita akan ritual ini, pastinya upacara keagamaan ini sudah berjalan secara turun temurun dan masyarakat setempat meyakini ini adalah sebuah tindakan atas dasar keyakinan agama mereka. Jadi ya "monggo-monggo" saja. Mengenai kebenarannya kita mempunyai kaca mata yang berbeza untuk menilai apa yang mereka lakukan. Semuanya kembali kepada kita

ZZ : Dalam Islam ada tertib yang diajar Nabi saw bila kita hendak lakukan penyembelihan.


















Baca Selanjutnya ...

Tuesday 27 November 2012

Mandi SPA Minyak Mentah



Cleopatra, ratu Mesir kuno, bermandikan susu keldai ‘untuk menghaluskan kulitnya, tapi di kota Baku, ibukota dari Azerbaijan, cara spa terbaru ditawarkan dan dengan harga yang sangat, sangat mahal. 

Hanya kalangan kaya raya saja yang mampu membayar mandi spa di dalam bak mandi dengan minyak mentah. Ya, minyak mentah yang hitam kini menjadi terapi spa yang popular di kota Baku.. Namun ilmu kedokteran mengatakan bahwa berendam lebih dari 10 minit justru menyebabkan efek karsinogen (berbahaya).


Photobucket

Praktik ini telah diduga telah ada selama berabad-abad dan dipercaya untuk mengubati sejumlah penyakit, termasuk radang sendi, rematik dan psoriasis.

Azerbaijan adalah negara kaya minyak, tetapi minyak yang ditemukan di sekitar Naftalan , 160 km sebelah utara-barat dari ibukota Baku terlalu berat untuk dapat digunakan dalam aplikasi industri atau  diekspor, sehingga ditujukan untuk penggunaan ‘ubat’ sebagai gantinya. 15hari pengubatan menghabiskan  $ 450. 

Terapi terdiri dari pesakit duduk di bak minyak mentah selama sekitar 10 minit sebelum petugas mengelap  dengan tuala kertas, diikuti oleh serangkaian mandi.

Photobucket

Banyak dari mereka mengatakan minyak hangat membuat rileks sendi mereka dan mereka akan senang untuk menghabiskan lebih dari 10 menit direndam dalam minyak hitam, tapi karena mengandung hampir 50% naftalena, hidrokarbon yang dianggap berpotensi karsinogenik oleh peraturan Uni Eropa, lebh dari 10menit  bisa berbahaya bagi kesehatan. 

Untuk aman terapi dibatasi sesi sampai 10 menit, dan tidak boleh lebih dari 1 x mandi per hari, selama perawatan 10 hari.

ZZ ; Insyaallah siapa nak cuba ZZ sediakan :)


Baca Selanjutnya ...

Monday 26 November 2012

Seksanya Ibu Zaman Dahulu Lahirkan Bayi




Tahukah anda meja bersalin yang diguna pakai sekarang asalnya sebuah kerusi yang boleh disandarkan. 

Ianya digunakan sekitar 1800 oleh golongan berada. Sungguhpun begitu kerusi ini masih nampak tidak selesa untuk digunakan kaum ibu.

 Sesungguhnya kita bersyukur hidup dalam zaman moden.  



Sumber ; Izismile
Baca Selanjutnya ...

Sunday 25 November 2012

Jom pegi MAHA 2012!

Walaupun cuaca yg panas terik ZZ sempat jugak meredah ke MAHA
di maeps Serdang. Saja ronda2 dgn anak2 supaya diorang ni kenal dgn lembu, biri2, tanaman2 keluaran negara kita. Sambil tu tengok pulak produk2 komersial drpd hasil bumi Malaysia.

Pastu jgn lupa singgah makan semua jenis citarasa terbaik dari seluruh malaysia di Hall makan. ZZ try Nasi Ayam Gemas yg fofuler tu, harga RM5 dan memang sedap!

MAHA bermula semalam dan akan berakhir 2 Disember ni.
Baca Selanjutnya ...

Kasih Ibu Hingga Ke Hujung Nyawa (Video Ibu Dodoikan Anak)



Kasih ibu membawa ke syurga….
Lihatlah bagaimana ibu yang parah akibat terkena serpihan bom Israel sempat mendodoikan anaknya di katil hospital walaupun dirinya sendiri berada dalam kesakitan yang amat sangat.
Lebih sayu lagi, kedua-dua anaknya itu juga mengalami kecederaan akibat kezaliman rejim zionis itu.
Difahamkan kesedihan tiga beranak itu tidak berakhir di situ saja, bapa wanita itu, yang juga datuk kepada anak-anaknya, telah terlebih dahulu menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat daripada kejadian yang sama.
Kejamnya bila manusia tiada ugama !
gyVFI

Baca Selanjutnya ...

Friday 23 November 2012

Saluran TV Wanita FEMINA CHANNEL! Wowww!!

ZZ dijemput ke pelancaran TV Wanita yg pertama di msia iaitu FEMINA CHANNEL hari ni. Perasmiannya oleh YABhg Datin Paduka Sri Rosmah Mansor.

ZZ enjoy dengar speech spontan DS Rosmah berkongsi kisah bagaimana sebuah negara yg dilawati bersama PM begitu mendiskriminasi kaum wanita. Sehingga beliau sebagai isteri pemimpin negara pun tidak dibenar makan semeja dgn suami dan diletak pula di meja orang biasa. Syukur kita wanita di Malaysia diiktiraf dan dihormati.

ZZ nk share gambar-gambar sekitar pelancaran Femina Channel.

Baca Selanjutnya ...

Monday 19 November 2012

Saya Yang Mahu DS Rosmah Duduk Di Tengah: Lee Chong Wei


Satu persatu fitnah dilemparkan ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh golongan-golongan tertentu yang begitu tidak senang dengan keperibadian beliau.

Walaupun pelbagai kebaikan melalui amalan kebajikan yang telah dilakukan oleh Rosmah namun ia sering kali disalah ertikan oleh pihak-pihak terbabit.

Terbaru, kedatangan Rosmah ke Majlis Perkahwinan Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dikontroversikan hanya kerana kedudukan kerusi beliau berada di tengah antara kedua-dua pengantin.

Ada dikalangan pencetus fitnah menyatakan bahawa kedudukan tempat duduk Rosmah di majlis itu adalah atas permintaan isteri pemimpin nombor negara itu sendiri.

Ada juga cerita lain yang menyatakan bahawa Rosmah telah memaksa Chong Wei untuk menempatkan beliau di kedudukan tersebut.

Lontaran fitnah sebegini ternyata dilihat sebagai sesuatu yang remeh dimana ia seolah-olah sengaja dicetuskan bagi memberi gambaran imej negatif terhadap Rosmah.

Bagaimanapun, PerakToday.com merasakan persoalan mengenai sejauhmana dakwaan yang menyatakan Rosmah memaksa Chong Wei untuk meletakkan tempat beliau di tengah-tengah hanya boleh dijawab oleh atlit negara itu sendiri.



“Saya yang mahu Datin Seri Rosmah Mansor duduk di tengah-tengah antara saya dan isteri”. Demikian jawapan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ketika ditanya mengenai kebenaran yang menyatakan beliau dipaksa untuk menempatkan Rosmah di tengah-tengah antara kedua-dua pengantin.

Namun, mampukah jawapan Chong Wei ini menutup mulut golongan-golongan yang mencetuskan fitnah ke atas Rosmah. Menurut Chong Wei, keputusan untuk meletakkan tempat duduk Rosmah pada majlis perkahwinannya adalah dibuat setelah berbincang termasuk keluarga kedua-dua belah pihak.

Katanya, Rosmah langsung tidak membuat apa-apa permintaan apatah lagi memaksa beliau meletakkkan kedudukannya di tengah-tengah sebelum datang ke majlis itu. “Dia (Ds Rosmah) pun tak ada cakap dia mahu duduk mana masa itu, so kita punya orang pun bincang bersama dengan saya lah dan kita ambil keputusan untuk buat dia duduk di tengah.

“Kita ada jemput dan dia kata akan datang tapi hari Jumaat dia cakap tak berapa sihat dan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak saja datang hari Jumaat. “Lepas Datin Seri kata tak dapat datang hari Jumaat… saya ada telefon dan ‘SMS’ dia dan jemput sendiri lagi sekali untuk majlis hari Sabtu.
 
Selepas membuat panggilan telefon berkenaan kata Chong Wei, akhirnya Rosmah setuju untuk datang sekejap ke majlis perkahwinannya pada hari Sabtu. Susulan persetujuan Rosmah untuk mengunjungi majlis perkahwinannya pada hari Sabtu, maka Chong Wei serta pihak keluarga membuat keputusan untuk meletakkan kedudukan kerusinya sama dengan kedudukan Perdana Menteri pada majlis di hari Jumaat.

“PM (Perdana Menteri) datang pada hari Jumaat kita bagi duduk tengah juga so bila Datin Seri cakap nak datang maka saya buat keputusan untuk bagi duduk tempat yang sama. “Ini bukan masalah kita bagi dia duduk tengah bermaksud ada apa-apa yang terjadi.

Menurut Chong Wei lagi, beliau tidak menyangka dengan keputusannya meletakkan kedudukan Rosmah di tengaj telah membuatkan ada segelintir pihak yang marah atau cuba membuat kontroversi.
Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana keputusan itu dibuat oleh Chong Wei sendiri serta turut mengambil kira pandangan isteri dan keluarganya.

“Tindakan kita ini atau keputusan saya ini sebenarnya atas dasar hormat kepada Datin Seri kerana beliau ada isteri kepada pemimpin nombor satu negara. “Untuk saya… saya kena hormat dia sebab bukan senang dia mahu datang majlis perkahwinan saya. “Saya tau dia sangat sibuk tapi last minit dia setuju juga untuk datang ke majlis perkahwinan saya dan saya sangat gembira.

“Datin Seri adalah antara individu yang saya hormat… memang dia pun selalu bagi sokongan dan semangat setiap kali saya ada perlawanan, jadi tak salah kalau saya nak letak dia di tengah-tengah,” katanya kepada PerakToday.com.


Terdahulu, kehadiran Rosmah ke majlis resepsi perkahwinan Chong Wei dilihat sebagai sesuatu yang mengejutkan oleh pihak pembangkang. Tanpa mengetahui perkara sebenar, terdapat dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang menabur fitnah keatas Rosmah dengan mengambil kesempatan ke atas majlis perkahwinan jaguh badminton negara itu.

Fitnah yang menyatakan, Rosmah seolah-olah mengganggu kedudukan kerusi Lee Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo hinggakan beberapa ketika sebelum ketibaan Rosmah, pasangan mempelai ini terpaksa berbual secara menunduk selang satu kerusi jaraknya!

Lebih teruk, ada diantara pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan kedudukan kerusi Rosmah dimana mereka mengatakan sepatutnya Rosmah duduk di sebelah pengantin, sama ada di sebelah Chong Wei atau Mew Choo bagi menghormati hari bahagia mereka.

Bagaimanapun perkara itu kini telah dijawab oleh pihak Chong Wei sendiri dimana beliau turut mengharap kenyataannya itu mampu menutup mulut pihak-pihak yang membuat fitnah ke atas Rosmah.

Chong Wei menambah, sepatutnya kedudukan Rosmah bukanlah satu isu yang besar kerana pihaknya sendiri yang membuat keputusan sedemikian.

sumber: Perak Today


Baca Selanjutnya ...

Saturday 17 November 2012

GEMUK?? TAK SALAH & TAK BERDOSA PUN.


SOOOOO WHAT???...KALAU GEMUK PUN?


 FAKTA: 


Perangkaan Kementerian Kesihatan pada tahun 2011, 48.1%  atau 3.32 juta daripada jumlah wanita Malaysia berusia antara 15 hingga 64 tahun mengalami berat badan berlebihan atau obese.

Malah Malaysia menduduki tempat pertama (nombor 1) dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai wanitanya dikategorikan sebagai “PLUS SIZE”. Ini laporan Dewan Rakyat pada tahun lepas. 

Dalam sudut pandang lain, saya kira di negara ini, tidak ada diskriminasi kepada wanita bersaiz XL atau Double XL. Itu sebabnya wanita Malaysia bebas untuk tampil dalam apa saiz sekali pun tanpa prejudis!

IKUTI APA KATA WANITA, SABTU (17 NOV), PUKUL 11 PAGI DI TV1, DENGAN TOPIK: BERBADAN BESAR, BERKEYAKINAN BESAR!!

      

Baca Selanjutnya ...

Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah

Hari ini 1 Muharam 1434 Hijrah.

Semoga hari ini menjadi titik tolak kepada usaha mencapai kesejahteraan kehidupan kita yang harusnya bermula dalam hati, rumah dan kalangan ahli keluarga kita. InsyaAllah..
Baca Selanjutnya ...

Monday 12 November 2012

Deepavali Nal Valtikal from ZZ

Dear all my hindus friends,
Wishing you and family a happy Deepavali..
Baca Selanjutnya ...

Monday 5 November 2012

JUTAWAN JELITAWAN

Daftar sekarang. ZZ

Baca Selanjutnya ...

Sunday 4 November 2012

JOM SERTAI RANGKAIAN MOBILE SPA MILIK ZAMZARINA - HARMONY MYSPA. PENDAPATAN RM5 RIBU SEBULAN!!




ASSALAMMUALAIKUM..,
ZZ SEDANG MENCARI RAKAN-NIAGA SEBAGAI OPERATOR HARMONY MYSPA SATU JENAMA SPA BERGERAK (MOBILE SPA) ALA 'FRANCAIS' MILIK PENUH SYARIKAT ZZ. 

SASARAN HANYA KEPADA WANITA YANG BETUL-BETUL MEMPUNYAI 'PASSION' DALAM BIDANG KECANTIAKN & SPA. TIADA PENGALAMAN & KEMAHIRAN TAK MENGAPA KERANA KAMI AKAN BERI ANDA KEMAHIRAN TERSEBUT.

MODAL & YURAN UNTUK MENYERTAI HARMONY MYSPA HANYA RM4,888. SATU MODAL PERNIAGAAN YANG SANGAT MURAH KERANA ANDA BOLEH MEMBUAT PINJAMAN DENGAN TEKUN, AMANAH IKHTIAR MALAYSIA ATAU PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT DENGAN JUMLAH YANG RENDAH INI.


APA YANG BAKAL OPERATOR HARMONY MYSPA DAPAT DENGAN PELABURAN RM4,888 ITU??? INI DIA..


1. Satu Operator, Satu Lokasi. Buat masa ini pembahagian lokasi adalah mengikut Bahagian Parlimen di seluruh negara.

2. Setiap Operator diberi peralatan/kelengkapan/bahan dan produk bagi memulakan perniagaan 'mobile spa'.

3. Latihan kemahiran skil kecantikan diberikan selama 3 hari seperti berikut:
    Hari 1: Basic Facial & Treatment Facial (guna machine treatment)
    Hari 2: Waxing (underam & legs) & Threading
    Hari 3: Manicure & Padicure
Bagaimanapun peserta akan terus dipastikan betul2 mahir dan perlu diuji oleh kami sebelum boleh memberi khidmat kecantikan kepada pelanggan.

4. Setiap Operator dilantik secara automatik sebagai Pengedar Produk di bawah jenama HARMONY (Harmony myBeauty &
Harmony myIntimacy) dengan margin keuntungan 35%. Untuk maklumat produk HARMONY boleh lihat di www.harmony.com.my dan www.harmonymall.com.my.

5. Setiap nombor telefon Operator akan diiklankan dalam semua bentuk iklan yang dibeli oleh Ibupejabat seperti di Majalah Mingguan Wanita,
Majalah Wanita, Akhbar Metro, website, dll.

6. Semua data pelanggan setiap Operator akan disimpan dan dikemaskini oleh Ibupejabat bagi tujuan appointments, bookings, promosi dan customers services. Kami menggunakan sistem SMS blast kepada semua pelanggan & juga Operators.

7. Setiap Operator yang menunjukkan prestasi yang baik berpeluang untuk mengembangkan kerjaya sebagai trainers kami.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di HOTLINE: 1-300-22-7622 atau SMS 012-622 9970.

Sekian TERIMA KASIH.

Zamzarina Zambri
Founder
HARMONY mySPA

Baca Selanjutnya ...

Friday 2 November 2012

TAK PATUTLAH MODEL ISLAMIC FASHION FESTIVAL MENGENAKAN PAKAIAN TAK BERLENGAN..!!!


Pengasas dan Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF), Datuk Raja Rezza Shah menafikan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan isu gambar yang disebarkan oleh beberapa blog pembangkang  berhubung seorang model yang mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.

Menurut Raja Rezza, Datin Seri Rosmah merupakan penaung kepada IFF, namun beliau tidak tahu mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sebagai pengasas dan pengerusi IFF.

"Beliau hanya penaung..tetapi bukan dia yang tetapkan A to Z...dia tidak tahu apa yang saya buat dan bukan semua 'function' yang diadakan dia hadir," ujarnya.

Tambahnya, Rosmah sering mengingatkan beliau agar pelaksanaan IFF ini memberikan kebaikan kepada masyarakat.

"Beliau sering tekankan...make sure it can help people, make sure it can give benefit to people..and please be carefull," katanya kepada KLPOS ketika di temui di kediamannya di Ulu Klang, semalam.


Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai spekulasi blog pembangkang yang menyebarkan gambar dari sebuah akhbar tabloid yang memaparkan salah seorang daripada sebahagian model IFF tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema festival tersebut pada sidang media diadakan.

"Mengenai gambar itu, hanya seorang saja yang memakai busana tidak berlengan dan mereka (pembangkang) seharusnya bertanya kepada saya terlebih dahulu.

Andaikan, wanita itu adalah model saya, dan saya jadikan sebagai konsep untuk menunjukkan perubahan daripada individu yang memakai pakaian terdedah kepada yang menutup aurat. Tetapi malangnya, dia bukan model saya," katanya.

Raja Rezza turut berkata bahawa wanita itu bukanlah tetamu undangannya pada sidang media tersebut tetapi dia datang bersama Persatuan Bencana Negeri Kedah untuk memperagakan selendang pada hari persembahan nanti.

"Pada sidang media tersebut, terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir bagi memperjelaskan mengenai kutipan amal yang akan mereka lakukan melalui IFF, dan wanita tersebut hadir bersama salah satu NGO itu. Saya memang tidak tahu menahu mengenai kehadirannya," ujarnya.

Selain itu, Raja Rezza turut difahamkan bahawa wanita tersebut berpakaian begitu (tidak menutup aurat) kerana dia akan melalui proses 'transform' ada hari persembahan fesyen nanti.

"Inilah, mudah sangat orang kita membuat kesimpulan. Umpama filem yang belum siap, tetapi kita dah cerita mengenai pengakhirannya," katanya.

Namun begitu, spekulasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang itu, bukan perkara yang serius bagi Raja Rezza yang juga merupakan seorang pereka fesyen itu.

"Saya bersyukur kerana agama kita, Islam ada akhirat menanti. Apa saja fitnah, tuduhan dan sebagainya yang dilemparkan, kita tahu dimana penyudahnya," ujarnya lagi.

Memiliki kelebihan untuk menarik perhatian negara luar merupakan salah satu faktor  Datin Seri Rosmah Mansor dipilih sebagai penaung kepada IFF.

sumber: KLPos
Baca Selanjutnya ...

BRA UNTUK LELAKI??

 
Di Jepun, kita akan jumpa macam-macam perangai pelik di kalangan rakyatnya. Salah satu yang penulis temui hari ini ialah coli atau bra untuk lelaki. Dalam pelbagai bentuk dan warna OK!

Mulanya penulis ingat ia hanyalah lawak bodoh, namun rupanya ada banyak laman web yang menjual bra lelaki secara tersusun dan profesional.


Ia mula dijual oleh syarikat Wishroom mulai tahun 2008 dan dikatakan mendapat permintaan luar biasa banyak. Ia dijual di laman Rakuten.
Satu persoalan….apa perlunya benda ini dipakai lelaki? Apa yang hendak disokong itu?
Ada yang berkata, ia kononnya membawa sifat wanita dari dalam diri lelaki…apa sajalah labu!

sumber: myNewshub
Baca Selanjutnya ...

Thursday 1 November 2012

TENGOK SAMPAI HABIS DULU....






Jangan cepat buat kesimpulan sebelum tonton sehingga habis...




ZZ ~ Moral: periksa dan kaji sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum buat kesimpulan... jangan sebar dakyah atau fitnah tanpa tau cerita sebenar... kelak mengundang dosa free... adiosss...
Baca Selanjutnya ...

BABY HALLOWEEN


Berdasarkan mimik mukanya, dia seolah-olah bimbang dia akan menjadi satu daripada bahan masakan untuk sup labu. Cole Thornton yang berusia 9 bulan hari ini meraikan perayaan Halloween.

Bapanya, Chris merakam gambar Cole dalam puluhan aksi untuk kalendar keluarga mereka dan untuk bulan lalu, dia memutuskan labu menepati konsep itu.
Kaki Cole terjulur keluar dari dua lubang dalam sayuran itu dan tangkainya diletakkan di atas kepala bayi itu sebagai topi. “Cole sangat gembira dapat duduk dalam labu kira-kira 10 saat - cukup lama untuk saya merakam beberapa gambarnya,” kata Chris dari Castleford, barat Yorkshire.

“Pasti hebat dapat menunjukkan kepadanya foto itu setelah dia dewasa kelak,” katanya.

Chris dan isterinya, Lindsay, 27, pegawai sokongan polis masyarakat akan menghantar kalendar itu kepada saudara-mara supaya mereka dapat melihat bagaimana Cole sudah semakin besar dalam tempoh setahun ini.
Baca Selanjutnya ...

KAPAL LAYAR DILANGGAR PAUS



Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..