Translate in your language

Tuesday, 10 July 2012

ZZ TERKENANGKAN MAK UNGKU..IBU AZAH AZIZ





AL-FATIHAH...
Tokoh budaya, Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, meninggal dunia semalam.

Menurut seorang anggota keluarga terdekat, Azah, 83, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira jam 10 pagi. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Asar. 



SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG BERIMAN..

ZZ SENDIRI MEMANG ADA BANYAK PENGALAMAN DENGAN MAK UNGKU SEMASA MENJAGA MEJA WANITA DI BILIK BERITA TV RTM DAHULU. BELIAU MEMANG SALAH SEORANG IDOLA ZZ SEHINGGAKAN BAGI EPISOD PERTAMA MUSIM PERTAMA PROGRAM 'APA KATA WANITA' , MAK UNGKU ADALAH TETAMU PERTAMA & EKSKLUSIF ZZ. MASIH INGAT LAGI TARIKHNYA 2 JANUARI 2009 DAN SIARAN AKW KETIKA ITU LIVE JAM 9 MALAM DI TV1. WALAUPUN MAK UNGKU TAK ADA PENGANGKUTAN UNTUK DATANG KE ANGKASAPURI, ZZ SENDIRI YANG JEMPUT BELIAU DARI RUMAHNYA DI PETALING JAYA DAN HANTAR SEMULA SELESAI SIARAN.

EPISOD 1 AKW PADA TAHUN 2009
SEBELUM ITU, SEMASA ZZ BERADA DI MEJA EKONOMI PULA, MEMANG SELALU JUGA ZZ MENEMURAMAH PAK UNGKU. KETIKA ITULAH HUBUNGAN BAIK ZZ DENGAN BELIAU BERDUA BERMULA. SEBENARNYA BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH UNTUK INTERVIEW PAK UNGKU, ZZ SEBELUM ITU DAPAT MAKLUMBALAS DARIPADA RAKAN-RAKAN WARTAWAN YANG MENGATAKAN TAK RAMAI YANG BERANI UNTUK MENDAPATKAN PANDANGAN PAK UNGKU. KATA-KATA SEPERTI. "KALAU ILMU TAK PENUH DI DADA, OTAK KOSONG JANGAN HARAP PAK UNGKU AKAN LAYAN PERTANYAAN ANDA." PERNAH BEBERAPA PENGALAMAN RAKAN WARTAWAN DIMINTA PULANG SEMULA SEBELUM MULA MENEMURAMAH PAK UNGKU KERANA BELIAU SENDIRI TAK BERMINAT MENJAWAB SOALAN-SOALAN YANG DITANYAKAN.

MASIH INGAT LAGI KALI PERTAMA ZZ MENGHUBUNGI PAK UNGKU UNTUK MENDAPATKAN 'APPOINTMENT'  BERTANYAKAN SATU ISU EKONOMI, ZZ MENELEFON PAK UNGKU DAHULU DAN MEMPERKENALKAN DIRI. BELUMPUN SEMPAT ZZ MOHON UNTUK BERTEMU BELIAU PADA MASA DAN TEMPAT YANG BELIAU AKAN TETAPKAN,...JENG..JENG..JENG...PAK UNGKU LEBIH DAHULU 'INTERVIEW' ZZ ISU-ISU EKONOMI GLOBAL!! MAK DATUK!!! TAPI NASIB BAIK ALHAMDULILLAH, ZZ BERJAYA MENJAWAB DAN BERKONGSI PANDANGAN ZZ TENTANG ISU-ISU EKONOMI DUNIA DALAM PERBUALAN TELEFON TERSEBUT. 

SEJAK ITU, PAK UNGKU SENTIASA BERLAPANG HATI DAN MEMBERI PRIORITI BAGI ZZ DAN KRU KAMERA UNTUK MENEMURAMAHNYA DAN ZZ JUGA DIPERSILAKAN MENGADAKAN SEMUA INTERVIEW DI DALAM RUMAHNYA. MAK UNGKU PULA YANG TAK PERNAH LEKANG SENYUMAN DI WAJAH YANG MASIH AYU DAN CANTIK SENTIASA MENYEDIAKAN MINUMAN DAN KUEH-MUEH KEPADA ZZ DAN KRU SETIAP KALI ZZ BERTANDANG KE RUMAH MEREKA UNTUK MENEMURAMAH PAK UNGKU. HANYA SEKALI-KALA MAK UNGKU AKAN MENGADU KPD ZZ DIA SAKIT LUTUT,..BIASALAH TU..

ZZ ~ ..Mak Ungku yang sebenarnya lebih selesa kita memanggilnya Ibu Azah..

2 comments:

  1. al-fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat. salam takziah buat keluarga arwah.

    ReplyDelete
  2. Salam Takziah Dan Al Fatihah..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...