HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Tuesday 25 September 2012

LAYAKKAH ROSMAH WAKIL MALAYSIA KE BRUNEI??


Heboh satu dua hari ini diperkatakan di blog, facebook dan twitter malah di kedai kopi tentang kewajaran isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor pergi ke Brunei untuk mewakili Malaysia.. Yang jadi isu ialah mengapa DS Rosmah mewakili Malaysia pada Majlis Persandingan yang diadakan pada sebelah pagi sedangkan negara-negara lain seperti Filipina, Cambodia dan Thailand menghantar Ketua Kerajaan sendiri?? 

Kita semua maklum bahawa DS Najib hanya hadir bersama DS Rosmah pada Majlis Santapan yang diadakan pada sebelah malam... So, mengapa DS Rosmah hadir pada sebelah pagi kalau DS Najib tidak dapat bersama??


ZZ berkesempatan bersembang orang yang rapat dengan DS Rosmah siang tadi tentang hal ini.. Menurut sumber tersebut, jemputan ke Majlis Perkahwinan Anakanda Sultan Brunei adalah JEMPUTAN PERIBADI Tuanku Sultan kepada DS Najib dan DS Rosmah.. Nama pun majlis kawin kan.. Tak adil mengatakan DS Rosmah telah mewakili Malaysia ke MAJLIS PERKAHWINAN DIRAJA BRUNEI.. Malah seperti kata sumber ZZ, semua tetamu yang diundang ke majlis tersebut adalah PRIVATE GUEST OF HIS MAJESTY.. bukan tetamu kerajaan Brunei.. Semua urusan melayani tetamu adalah URUSAN ISTANA.. 
 
Diceritakan lagi kepada ZZ betapa akrabnya hubungan DS Rosmah dengan keluarga di Raja Brunei.. DS Rosmah tiba lebih awal pada Sabtu petang sebab beliau telah dijemput menghadiri Majlis Berjaga-jaga yang diadakan pada malam Sabtu.. Tidak disiarkan dimana-mana berita? Benar, kerana ia adalah majlis yang sangat private dan hanya dihadiri oleh kerabat rapat Brunei sahaja.. DS ROSMAH ADALAH SATU-SATUNYA JEMPUTAN ASING YANG DIJEMPUT KE MAJLIS BERJAGA-JAGA.. Ini menunjukkan betapa akrabnya DS Rosmah dengan keluarga diRaja Brunei..

Kemudian pada pagi Ahad berlangsung Majlis Bersanding yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin asing seperti Aquino, Hun Sen dan Yingluck.. Majlis kawin bukan acara rasmi kerajaan.. Mengapa nak dipersoalkan kewajaran DS Rosmah hadir majlis kawin? Yang dijemput DS Najib dan DS Rosmah.. Bila DS Najib tak dapat hadir dan DS Rosmah hadir sendirian salah ke? Pernah tak kita terima jemputan kawin untuk suami dan isteri?? Suami tak dapat hadir, isteri hadir seorang diri.. Sekurang-kurangnya isteri tu mewakili suami kan.. 

SEMUA TETAMU ADALAH PRIVATE GUEST OF HIS MAJESTY.. Terpulanglah kepada Tuanku Sultan Brunei nak jemput sesiapa juga yang Baginda nak jemput..

Sumber menambah lagi.. pada tengahari Ahad tersebut, Raja Isteri (isteri Tuanku Sultan) telah menjemput DS Rosmah melawat Istana Darul Hana.. Istana ini merupakan istana lama yang telah dibaikpulih dan terletak dalam kawasan Istana Nurul Iman.. Raja Isteri sendiri telah membawa DS Rosmah melawat sekitar Istana Darul Hana.. (sekali lagi hanya DS Rosmah yang dijemput.. tetamu lain takde pulak)..

Jelaslah bahawa hubungan akrab antara keluarga diRaja Brunei dengan DS Najib dan DS Rosmah.. hubungan antara dua sahabat.. mengatasi hubungan rasmi dua hala.. kan elok dua negara berjiran bersahabat baik.. Khabarnya Sultan Brunei tak pernah miss untuk hadir jamuan makan di kediaman DS Najib setiap kali beliau berkunjung ke Kuala Lumpur.. Jangan pulak lepas ni ada yang kata DS Najib ambil alih peranan YDP Agong.. Harus diingat, Sultan Brunei adalah Ketua Negara dan beliau juga adalah Ketua Kerajaan.. di Malaysia YDP Agong adalah Ketua Negara manakala Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan..

Isu DS Rosmah hadir ke Brunei ni mungkin sengaja dibesarkan oleh pihak tertentu yang mungkin cemburu tidak dijemput ke majlis perkahwinan diraja.. atau juga cemburu melihat keakraban hubungan DS Rosmah dengan keluarga diRaja Brunei.. Wallahualam..






Baca Selanjutnya ...

Sunday 23 September 2012

Saturday 22 September 2012

Friday 14 September 2012

Thursday 13 September 2012

[MACAM-MACAM] BERPAUT PADA BONET KERETA HINGGA KE BALAI POLIS...DI CHERAS!!



Mengikut penerangan yang diberikan, ia asalnya melibatkan satu kes kemalangan yang kemudiannya berubah menjadi satu insiden lawak.

Kejadian belaku di Cheras pada 27 Julai lalu.
Mengikut penerangan itu, wanita warga China seperti yang dapat dilihat dalam video itu, telah melanggar kereta perakam video berkenaan. Permasalahan timbul apabila wanita itu bukan sahaja tidak mahu membayar ganti-rugi tetapi sebaliknya menafikan sepenuhnya bahawa dia yang melanggar kereta perakam.

“Memandangkan wanita itu enggan membayar ganti rugi, saya dan ibu saya memutuskan untuk membuat laporan polis, jadi kami kembali ke kereta dan bersedia mahu ke balai polis.
“Namun, pada masa yang sama, wanita itu juga enggan melepaskan kami, jadi dia bersandar dengan meletakan perutnya ke atas bonet kereta kami dan berulang kali memberitahu para penunggang motosikal di sekeliling bahawa kami membulinya.

“Akhirnya kami hantar dia ke balai polis dengan dia bergayut pada bonet kereta kami. Wanita ini sangat menjengkelkan, harap pemandu sekitar Cheras tidak bertemu dengannya lagi,” kata perakam video berkenaan.



Disebabkan dia bergayut di hadapan kereta itu, maka wanita berkenaan telah diberi nama julukan The Wiper Women.

Lihat betul-betul, kereta itu sebenarnya sedang bergerak ketika rakaman diambil. Penulis tidak pandai berbahasa Cina, tetapi penulis yakin suara wanita tempatan dalam kereta itu mesti cakap The Wiper Women tu gila. Ada sesiapa boleh sahkan….

Oleh: AK-47
Baca Selanjutnya ...

KERANA CEMBURU ISTERI DIBUNUH !!

 
Perasaan cemburu yang meluap-luap oleh seorang lelaki sampai ke kemuncaknya apabila dia menetak kepala seorang wanita dipercayai isterinya dengan kapak hingga mati selepas hilang pertimbangan ketika bertengkar di rumah sewa mereka di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini kelmarin.
 
Kejadian pukul 9.15 malam itu mengakibatkan seorang suri rumah, Novi Aryani, 34, dari Jawa, Indonesia mati selepas ditetak sebanyak dua kali di belakang kepala selain dicekik.
 
Mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di atas lantai biliknya oleh seorang rakan penyewa rumah sama. Rumah setingkat yang memiliki lima bilik itu turut didiami oleh tujuh individu lain.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman berkata, pemeriksaan menemui sebilah kapak di sisi mayat yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.
 
Katanya, siasatan mendapati, sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan telah bertengkar. Lelaki itu telah melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.
 
“Kita percaya motif kejadian akibat cemburu buta namun masih menyiasat punca sebenar. Lelaki itu dipercayai suami mangsa,” katanya ketika dihubungi.
 
Tambahnya, pasangan itu tidak mempunyai permit namun mereka sudah menyertai Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.
 
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mengetahui di mana Ahmad Syafi, 35, berada supaya menghubungi pihaknya di talian 03-5510 2220 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 
Sementara itu, rakan serumah mangsa, Ahmad Noer Lukman, 33, mendakwa, dia melihat suami mangsa bergelar Mat itu membawa beg dan menyangkut sehelai baju di bahu sebelum memecut laju dengan motosikal.
 
sumber: Kosmo
Baca Selanjutnya ...

Monday 10 September 2012

KASIHNYA SUAMI PADA ISTERI.. BERHENTI KERJA UNTUK JAGA ISTERI KOMA..


"DIA amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung," kata Abil Fikri Ahmad, 43 yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.

Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang dibuat oleh Abil.

Ketika dihubungi di Seremban hari ini, katanya, "saya pegang amanah."

"Apa yang saya lafaz sewaktu ijab kabul dulu, saya cuba tunaikan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Dia juga menolak untuk menerima pujian yang diberi kepadanya atas alasan apa yang dilakukannya kerana berpegang kepada undang-undang perkahwinan.

Pasangan itu bernikah pada 13 Mac 2009 dan menerima ujian yang mengubah kehidupan mereka kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri.

Cerita Abil, pada 22 Jun tahun lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, Fauziah mengalami asma sehingga mengalami kesukaran bernafas dan dalam perjalanan ke hospital, isterinya itu berhenti bernafas.

"Apabila jantung berhenti mengepam oksigen ke otak lebih 30 minit, 93 peratus otak tidak berfungsi.

"Setelah dirawat, doktor memberitahu bahawa selepas tiga hari isteri saya akan sedar, namun sehingga hari kelima, dia masih belum sedar," katanya.

Bekas perunding kewangan dan speaker motivasi itu membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik dimaklumkan tentang keadaan isterinya itu.

"Selepas masuk hari kelima, dia (Fauziah) tidak sedarkan diri, doktor yang merawat menjalankan CT Scan dan diberitahu bahawa saraf otaknya mengalami kerosakan.

"Pada detik itu juga, saya terus mengambil keputusan untuk berhenti kerja tanpa teragak-agak," katanya lagi.

Tambahnya, setelah dua bulan terlantar di hospital, Fauziah dibawa pulang ke Seremban sementara keluarga Abil menetap di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengapa tidak memilih tempat yang lebih dekat dengan keluarganya, Abil menjawab,  “saya tidak mahu melibatkan ramai orang dalam menjaga dia."

"Biarlah mereka buat kerja mereka. Saya sudah selesa menjaga dia,” katanya lagi.

Tiga bulan pertama menguruskan kehidupan baru cukup memberi tekanan terhadap emosi lelaki ini, namun setelah bergantung kepada al-Quran, Abil akui mampu menanganinya dengan lebih tenang.

Bertahan hanya dengan wang simpanan, sumbangan orang ramai, wang pencen isterinya dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuatkan dia berhati-hati dalam pengeluaran.

“Setiap bulan keperluan asas dia mencecah RM2,500 dan jika dia kurang sihat sama ada demam dan sebagainya, belanja bulanan mencecah RM3,500 hingga RM4,000.

“Dia tidak boleh menelan atau mengunyah, jadi saya perlu memberi makanan dalam bentuk cecair seperti bubur, bijirin dan susu melalui tiub saluran padanya,” kata Abil.

Berat badan Fauziah menyusut sejak terlantar daripada 70 kilogram (kg) kini hanya tinggal 30kg.

Menurut Abil, dia menerima 'hadiah' daripada ALLAH ini kerana tidak semua orang mendapat apa yang diterimanya.

Bercerita tentang kaedah rawatan yang dicadangkan oleh pihak pakar perubatan, Abil menjelaskan bahawa memang ada cadangan supaya Fauziah menjalani pembedahan, namun setakat ini tiada sebarang jaminan.

“Nak buat boleh, tetapi tiada sebarang jaminan. Saya boleh terima kaedah itu jika ada jaminan," ujarnya.

Mengakui jauh di sudut hatinya berharap agar Fauziah kembali sihat seperti sebelumnya namun redha jika ALLAH mengambilnya.

"Saya memang berharap dia akan sembuh tetapi jika Tuhan mengambil dia, saya redha," katanya.

Menurut Abil, jika berpeluang untuk bekerja semula, dia memilih kerjaya sebagai penceramah motivasi berbanding kerjaya lamanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Abil di talian 016-2634258.

Abil juga mengabadikan pengalamannya dalam bentuk tulisan di blog peribadinya http://abil4fauziah.blogspot.com/


ZZ ~ indahnya dunia andai semua suami begini...
Baca Selanjutnya ...

Thursday 6 September 2012

APABILA MASYARAKAT ANTARABANGSA MENGAGUMI ISTERI PM !!


“Saya mengagumi sikap isteri Perdana Menteri Malaysia yang mampu menggalas tugas sebagai seorang isteri, ibu dan juga ketua dalam pertubuhan”. Demikian antara reaksi yang diberikan oleh beberapa delegasi antarabangsa yang menyertai “Forum Wanita Dalam Kepimpinan” bertempat di Shanghai, China hari ini.

Salah seorang yang ditemui, delegasi dari UAE, Nashwa Abdullah Al Qubsa memberitahu tugas wanita adalah amat berat dalam memastikan urusan keluarga berjalan lancar dan dalam masa yang sama berperanan sebagai pemimpin dalam organisasi tertentu. Justeru katanya, tugas Rosmah sebagai isteri pemimpin tertinggi Malaysia semestinya lebih banyak namun beliau masih mampu menguruskan kedua-duanya dengan baik.

“Daripada ucapan yang diberikan Rosmah sudah menunjukkan siapa sebenarnya diri beliau… saya berasa kagum kerana beliau mampu menggalas tugas sebagai isteri pemimpin nombor satu negara malah masih mempunyai masa untuk mengawal selia pertubuhan yang disertainya.

“Selain itu, saya merasakan Rosmah adalah seorang yang merendah diri apatah ketika beliau suka bergurau ketika berucap dengan mengatakan suaminya meminta beliau membuat panggilan. “Maksudnya, dalam kesibukan kita berdiskusi di Shanghai hari ini, Rosmah masih mampu membawa tugas sebagai seorang isteri… ia bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya.

Nashwa yang juga merupakan Ahli Lembaga Eksekutif, Majlis Usahawan Wanita Abu Dhabi turut menyifatkan nasihat serta saranan Rosmah dalam memperkasakan golongan wanita dalam aspek kepimpinan amat membantu beliau dalam proses pembangunan diri. Malah katanya, pemimpin di kalangan wanita boleh berdiri dan bersaing di peringkat global sekiranya mempunyai sikap yang positif selain bersedia untuk meningkatkan pelbagai kemahiran dan ilmu komunikasi.

Dalam pada itu, seorang lagi delegasi dari Washington DC, Patty Friedman Marcus merasakan golongan wanita seluruh dunia perlu menjadikan Rosmah sebagai contoh atau ikon dalam aspek kepimpinan wanita. Patty yang juga merupakan Pengarah, Asia Pacific Institute turut menganggap sikap Rosmah yang sentiasa inginkan martabat wanita sama ada sebagai isteri, ibu mahupun pemimpin dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan dipandang tinggi wajar dikagumi.

“Walaupun kewujudan wanita sebagai orang penting dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan semakin meningkat namun proses pembangunan itu masih perlu. “Jadi berdasarkan ucaptama yang diberikan Rosmah sebentar tadi, ia mampu menyemarakkan semangat peserta selain menambahkan ilmu saya untuk menjadi seorang pemimpin wanita yang berjaya tanpa sedikitpun menjejaskan keluarga.

“Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk wanita sebagai pemimpin untuk melakukan semua perkara dalam satu masa… namun saya lihat Rosmah telah berjaya dan kini menjadi inspirasi para wanita seluruh dunia,” katanya kepada Peraktoday.com.

Sementara itu, bagi Ketua Pegawai Eksekutif Pomellato, Andrea Morante turut melahirkan rasa kagum beliau sebagai seorang pemimpin lelaki terhadap Rosmah yang sentiasa mencerminkan keperibadian positif sebagai orang penting dalam organisasi. Beliau turut mengakui sikap Rosmah yang sentiasa ingin membantu membangunkan taraf wanita untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah pertubuhan mampu menjadi inspirasi kepada golongan tersebut.

“Beliau menggalas pelbagai tugas… sebagai ibu, isteri kepada Perdana Menteri, ketua dalam pertubuhan malah sekarang menjadi pendorong kepada golongan wanita lain supaya terus memajukan diri. “Peranan wanita dalam pembangunan sesebuah organisasi mahupun negara sudah tidak dapat dinafikan dan dengan wujudnya pemimpin seperti Rosmah, ia seolah-olah menyemarakkan lagi semangat juang wanita,” katanya. Menurut Andrea lagi, sikap serta keprihatinan Rosmah dalam membangunkan wanita perlu dikagumi terutama di kalangan rakyat di Malaysia.

sumber: Perak Today
Baca Selanjutnya ...

KENAPA YANA DILARANG BERGAUL..INI KISAHNYA...


Di sebalik larangan bergaul

PETANG itu ruang tamu dipenuhi dengan limpahan sahabat handai yang berkunjung ke rumah dalam acara yang dinamakan rumah terbuka.

Sebagaimana keraian setiap tahun, ketibaan Syawal di kota raya diserikan rumah terbuka untuk mendekatkan ikatan ukhwah di kalangan jiran, rakan tetangga, saudara mara dan ahli keluarga.

Selesai kunjungan sahabat handai yang hadir dan pergi, tiba-tiba mata saya tertumpu kepada sesusuk tubuh yang tidak pernah akan hadir, biar bagaimanapun kami menjemputnya untuk ke majlis yang diadakan oleh jiran tetangga.

Kalau tidak pun dia hanya akan menghantar wakil seperti anak-anak ke rumah untuk menghadiri jemputan.

Antara alasan yang sering dinyatakan atas ketidakhadiran Yana (bukan nama sebenar) ialah suaminya bekerja.

Biar apa pun alasan yang diberi, semua jiran-jiran memahaminya kerana selama ini dia tidak akan keluar dari rumah atas alasan apa pun kecuali diiringi suaminya untuk ke kedai dan pasar raya terdekat.

Apabila membeli sayur dari tauke Cina yang berkunjung ke rumahnya setiap pagi pula, dia akan cepat-cepat menutup pintu setelah urusan pembelian selesai.

''Yana," jeritku yang ternyata gembira dengan kehadirannya kerana sudah lama tidak bersua muka biarpun dalam kehidupan kelompok berjiran.

Sambutan salam digenggam erat dan kami bertukar senyuman sebentar sebelum saya mempelawanya menjamah hidangan di atas meja.

Yana sempat mengambil beberapa ketul kuih sebelum menarik tangan saya ke satu sudut yang tidak berapa ramai tetamu. Di situ dia bercerita mengenai kehidupannya yang agak mengejutkan saya.

Kata Yana selama ini dia merasakan ketaatan kepada suami hanya satu perbuatan yang sia-sia apabila 'kebodohannya' itu dibalas dengan kecurangan suaminya yang berfoya-foya dengan perempuan lain tanpa pengetahuannya.

''Selama ini aku ikut sahaja apa yang dia nak. Dia suruh aku berhenti kerja, untuk jaga anak-anak, aku turut, dia suruh aku tidak terlalu bergaul dengan rakan-rakan dan jiran, aku ikut tetapi apa yang aku dapat," katanya Yana sambil cuba menyembunyikan nada suaranya yang mula bergetar.

Yana yang aku kenal adalah rakan tetangga yang telah berkahwin dengan Samsudin (bukan nama sebenar) lebih daripada 12 tahun. Selama itu kehidupannya tidak banyak berbeza dari hari ke hari.

Setiap hari terperuk di rumah menguruskan anak-anak yang semakin bertambah dan apabila bulan Syawal pula dia akan pulang ke kampung suaminya di sebelah pantai Timur sehingga cuti suaminya habis.

''Semua apa yang dikehendakinya saya ikutkan kerana sayangkan dia. Dia kata jangan terlalu rapat dengan jiran-jiran nanti dapat gelaran suka mengumpat dan suka jaga tepi kain orang.

"Kalau keluar rumah lama sedikit pun tidak boleh kerana katanya, lebih baik waktu yang ada dimanfaatkan untuk menguruskan anak-anak.

''Apa lagi kalau ada rakan-rakan jiran yang bertandang ke rumah, pastinya dia akan marah atau menjerkah rakan-rakan yang bertandang atas alasan datang ke rumah untuk mengumpat atau asyik bertandang ke rumah orang nanti kerja semua tidak beres.

''Sedangkan pada hakikatnya aku pun perlukan rakan-rakan untuk berbual. Pernah rasa keseorangan kerana sepanjang berpindah ke taman ini dahulu, aku tidak pernah keluar dari rumah hanya terperuk di rumah bersama anak-anak dan rakan-rakan tetangga mula menjauhkan diri atas sikap suamiku itu," katanya.

Suami Yana yang bekerja di sebuah kilang di pinggir ibu kota, akan keluar dari rumah awal pagi dan balik hanya lewat malam kerana katanya dia sibuk mencari duit tambahan untuk membesarkan anak-anak.

''Itu aku faham kerana dia seorang yang bekerja sudah tentu dia terpaksa bekerja lewat masa. Tapi bila ahli keluarganya yang datang ke rumah dia tidak kisah pula apabila kunjungan itu berhari-hari lamanya.

''Malah, setiap tahun apabila Syawal, aku pasti akan beraya di rumah mertua sepanjang cuti raya atas alasan keluargaku dekat.

"Selain itu dia tetap suami yang baik. Dia menguruskan hal ehwal persekolahan anak-anak dan kelengkapan rumah," katanya.

Namun satu hari apabila dia mendapat berita yang suaminya sering dilihat keluar membeli-belah bersama wanita silih berganti, sudah pasti Yana tidak mempercayai perkhabaran itu yang dibawa oleh jiran tetangga pada mulanya.

''Tuhan itu maha kaya, suatu hari telefon bimbitnya tertinggal di rumah ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan apabila berbunyi ku mengangkatnya dan mendengar suara seorang wanita di hujung talian.

''Cuba bayangkan perasaanku ketika itu, umpama jiwa dilontar dengan batu, pecah berderai. Seterusnya aku menyemak semua pesanan ringkas yang diterimanya dan sudah tentu aku yang selama ini amat mempercayai apa yang dilakukannya berasa begitu tertipu dengan pelbagai status yang dilabelkannya di dalam telefon canggih itu," katanya.

Patutlah kata Yana, sebelum ini dia tidak pernah membelikannya telefon bimbit kerana suaminya mengatakan biarlah dia seorang sahaja yang mempunyai telefon bimbit kerana dia bekerja manakala Yana berada di rumah.

Mujurlah di rumah ada telefon biasa yang boleh digunakan sekiranya ingin menghubungi sesiapa dan sudah tentu senarai panggilan akan disemak oleh suaminya setiap bulan atas alasan tidak mahu bil telefon melambung tinggi.

''Sebaik dia pulang dari kerja, aku terus menerjahnya dengan pelbagai soalan mengenai hubungannya dengan wanita lain.

''Selama ini dia yang melihatku 'kerdil', kini menikus apabila melihatku naik angin. Kami berperang besar hampir setiap hari dan anak-anak pun memihak kepada aku," katanya.

Yana berkata, dia mampu menjadi isteri yang taat tetapi kesabarannya itu pasti ada tahapnya apabila ketaatan dibalas dengan kecurangan oleh suaminya.

Malah apa yang amat mengguris hati Yana ialah suaminya mengawal pergerakannya dan menjadikannya seperti robot bodoh semata-mata untuk tidak mahu dia mengetahui mengenai tindak tanduknya di belakang Yana.

''Sekarang aku memang tidak percaya dengan dia dan sering memujukku dengan alasan dia tidak akan mengulangi apa yang dilakukannya.

"Malangnya dia telah melakukan kecurangan itu sejak lima tahun lalu dan aku tidak tahu malah adik-beradiknya juga bersubahat dengan perbuatan suami ku itu.

''Di depan kita, pijak semut pun tak mati, di belakang kita dialah tahi gigi," kata Yana yang sekarang sudah mula berniaga jualan langsung.

Selepas meratah beberapa ketul ayam goreng, Yana pun meminta diri untuk ke rumah jiran lain yang turut menjemputnya ke rumah terbuka.
Baca Selanjutnya ...

Monday 3 September 2012

PENJELASAN SPEKULASI PELAJAR ENGGAN BERSALAM DENGAN ISTERI PM - KLPOS


Isu gambar membabitkan Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sekumpulan pelajar Tahfiz ketika mengunjungi Rumah Terbuka Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telah mencetuskan kontroversi.
 
Ianya berikutan tindakan sebilangan blogger politik yang cenderung menyokong Pakatan Rakyat menggunakan gambar milik KLPOS sebagai serangan peribadi seterusnya memberi gambaran serta persepsi negatif terhadap beliau.
 
Sewajarnya fakta maklumat terperinci dan sahih dilakukan pihak blogger-blogger berkenaan kerana laporan tersebut dilihat tidak menceritakan keadaan sebenar.
 
alt
 
Gambar di atas merupakan situasi sebenar yang berlaku pada Majlis tersebut. Pelajar-pelajar tahfiz yang turut serta hadir di Rumah Terbuka Menteri berkenaan bersalaman dengan Isteri Perdana Menteri sebagai tanda menghormati status beliau selaku isteri Pemimpin Negara.
 
Oleh itu, adalah kurang tepat jika persepsi awal dikeluarkan dari mana-mana pihak tanpa sebarang rujukan dan fakta sebenar apatah lagi menggunakan sumber gambar dari pihak yang tidak berkaitan.
 
alt
 
Spekulasi yang turut dikemaskini menerusi Harakahdaily ini diharap telah terjawab dan menjadi pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dalam memberi fokus kepada isu yang lebih relevan dalam menyebarkan maklumat yang bersandarkan kepada fakta dan adil.

sumber: klpos.com
Baca Selanjutnya ...

Sunday 2 September 2012

[MACAM-MACAM] CERAI SEBAB MALAS BASUH BAJU??






30% PERPISAHAN DI BRITAIN BUKAN KERANA SEBAB SERIUS

Sikap tidak membantu pasangan termasuk dalam kerja mengemas rumah menjadi punca perpisahan 30% suami isteri di Britain, menurut hasil kajian terbaru.

Curang kepada pasangan dan tidak sefahaman masih punca utama perkahwinan berakhir dengan perceraian tetapi isu domestik turut memainkan peranan terhadap keruntuhan rumahtangga dalam tiga daripada 10 perpisahan.


HUBUNGAN SULIT

Perbuatan isteri atau suami menjalin hubungan sulit menjadi 40% punca perceraian diikuti dengan tidak sefahaman 35%.

Faktor ketiga ialah masalah di rumah dan si isteri atau suami tidak membantu untuk mengemas rumah menjadi punca 30% perceraian, lapor Daily Express.

Tidak kira apa pun punca utamanya, tinjauan membabitkan 1000 orang dewasa bagi firma produk pencuci Vileda mendapati 56% pasangan memberi sebab isu domestik sebagai sebab utama berpisah.

Sebanyak 59% peratus responden berkata, sukar bagi mereka meneruskan hubungan apabila pasangan tidak bekerjasama mengemas rumah.

Membiarkan saja barangan atau pakaian di lantai kediaman adalah sebab paling kerap yang menyebabkan pasangan bergaduh. Perkara lain termasuk membiarkan pakaian tidak dicuci atau sekurang-kurangnya meletakkannya dalam tempat untuk dicuci.


PERKARA REMEH JADI PUNCA

Perkara remeh seperti itu yang membawa pergaduhan juga dilihat sebagai boleh menyebabkan pasangan berpisah akhirnya.

Kebiasaannya purata pasangan bergaduh mengenai perkara seperti itu adalah sebanyak tiga kali sebulan sehingga sembilan bulan sebelum bercerai tetapi ada juga pertelingkahan yang berlarutan selama dua tahun.

Selain itu, lama daripada enam orang yang kemudian bertemu teman baru mengakui mereka berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan sama.

Masalah domestik harian mungkin dianggap kecil pada mulanya tetapi jika ia berlaku setiap hari, rasa benci boleh meningkat hingga membawa kepada permasalahan lebih serius. Mungkin juga ada sebab besar lain termasuk soal duit tetapi perkara lebih kecil seperti siapa yang membasuh pakaian yang biasanya menyebabkan perpisahan.


ZZ ~ sediakan pembantu rumahtangga...




Baca Selanjutnya ...

HAMPIR MATI GARA-GARA NAK 'SURPRISE' TEMAN WANITA !!


Seorang lelaki hampir maut apabila kejutan yang cuba dibuat untuk kekasihnya dengan membungkus diri dalam kotak dan menghantarnya kepada teman wanitanya tidak berjalan lancar. 

Menurut The Sun, Hu Seng dari selatan China hampir lemas apabila kotak yang dihantar ke pejabat kekasihnya untuk kejutan hari jadi hilang ketika dalam perjalanan.


Apabila kotak itu sampai selepas 3 harim Li Wang terkejut mendapati Hu tidak sedarkan diri sebaik membuka bungkusan berkenaan.

Salah seorang rakan Seng yang berada berhampiran merakamkan kejutan itu. Selepas disedarkan oleh pasukan paramedik, Seng berkata , beliau tidak sedar kirimannya mengambil masa lama untuk tiba ke destinasi.


"Saya cuba membuat lubang pada kotak itu tetapi ia terlalu tebail dan saya tidak mahu merosakkan kejutan dengan menjerit," katanya.

Paramedik berkata, kotak itu terlalu tebal untuk membuat lubang udara.


ZZ ~ man oh man...

Baca Selanjutnya ...

Saturday 1 September 2012

ATTENTION ALL! DEE DEE THE POPULAR FITNESS EXPERT FROM SINGAPORE WILL BE IN THE HOUSE OF AKW SUNDAY 2 SEPT, 3PM ON TV 1 !


 Did You Know that...
  • Dee Dee was once obesed at 80kg? She has since transformed herself into a healthy 45 kg!
  • Dee Dee was headhunted as the Celebrity Trainer for The Biggest Loser Asia?
  • Dee Dee has been nominated by People's Association for Best Trainer Award for Creativity & Innovations 2010?
  • Many has been TRANSFORMED by Dee Dee, fun programmes! From fat to fit, from medical conditions to better quality of life, from low energy to happy productive energy! Its all fun in fitness with results!
Read more about Dee Dee and her achievements on her site.

DEE DEE MAHMOOD, Pakar Fisiologi Senaman dan Pakar Pemakanan yang bertauliah dan bertugas sebagai seorang Pensyarah di International Sports Academy.  Dee Dee telah di beri pengiktirafan oleh American Council of Exercise dan United States Sports Academy (America Sports University).


Dee Dee juga telah di beri pengiktirafan di bawah ini, di atas perjuangan dan kegigihannya mempromosikan kesihatan di Singapura:

-       2012/2013 Fitness Ambassador for REEBOK
-       2011 International Woman Empowering Maverick Award, USA
-       2011 Challenge Medal Winner di World Idea Fitness Convention, USA
-       2010 “Caring It Forward” Ambassador (National Healthcare Group)
-       2008/2009 “Go Red for Women” Ambassador (Singapore Heart Foundation)
-       2005 Healthy Lifestyle Ambassador (Health Promotion Board)
-       2004/2006 Gold Award, Singapore Sporting Inspiration Award


Sebagai Pelatih Selebriti, pada tahun 2012 ini, Dee Dee telah melancarkan DVD kecergasan kedua saya bertajuk “Move Like Dee Dee”, setelah menghasilkan MTV Single bertajuk “Satu” dan melancarkan Dvd kecergasan Pertama bertajuk “Dee Unravelled” pada 2008

Dee Dee mengajar berbagai jenis senaman kepada wanita-wanita di Singapura :
Yoga, Pilates, Zumba Chic Chic, Kecilkan Ponggong Pinggang dan Perut, BodySculpt, Step Reebok, Flex-Stretch, senaman Cirque ala Ballet dan Burlesque, Tai chi, senaman Exotic Dance untuk mempertingkatkan kepercayaan diri.

ZZ ~ JOM SAMA-SAMA IKUTI 'SPECIAL INTERVIEW' ZZ DENGAN DEE DEE DI APA KATA WANITA, AHAD 2 SEPT 2012, PUKUL 3 PTG DI TV 1 !!
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..