HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Showing posts with label peruntukan. Show all posts
Showing posts with label peruntukan. Show all posts

Thursday, 26 July 2012

KERAKUSAN DS ROSMAH BELANJA PERUNTUKAN PERMATA??






“Saya yang menjaga dan menguruskan peruntukan RM150 juta yang disalurkan kerajaan Pusat untuk Program PERMATA dan ia tidak ada kaitan sama sekali dengan Penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor”.

Demikian penjelasan Setiausaha Bahagian PERMATA, Saidatu Akhma Hassan sebagai mengulas mengenai isu peruntukan RM 150 juta yang telah disalahertikan oleh sesetengah pihak.

Mengimbas kembali ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan mengenai peruntukan tersebut menerusi Pakej Rangsangan Negara, Saidatu Akhma merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjaga dan menguruskan wang tersebut.

“Saya adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan duit RM150 juta itu dan saya adalah orang yang betul untuk bercakap tentang hal berkenaan.

“Tetapi apabila ada pihak-pihak yang bercakap dan menulis tentang dana itu, saya terdiam dan jadi pening….bagaimana orang-orang sebegini boleh menulis tentang sesuatu tanpa usul periksa malah langsung tidak logik dan ia telah dipercayai oleh segelintir rakyat.

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa kita dapat peruntukan RM150 juta.

“Saya sendiri menghadiri mesyuarat dengan di Kementerian Kewangan yang pada masa itu yang diketuai oleh Perdana Menteri. Ketika itu beliau (Najib) bertanya sama ada boleh atau tidak Permata menggunakan dana tersebut dengan melaksanakan program-program yang telah kita rancang,” katanya.

Tambah Saidatu Akhma, dalam siri perbincangan itu Permata dikehendaki  melaksanakan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan memastikan implikasi dari pelaksanaan itu mampu merangsang ekonomi negara di masa akan datang.

“Sebab ia adalah bajet dibawah Pakej Rangsangan, jadi kita kena belanja kalau tidak ekonomi kita tidak mampu dirangsang.

“Jadi apa kaitan bajet untuk Permata ini dengan Datin Seri Rosmah Mansor kerana kebanyakan cerita yang dipapar di blog-blog dan sebagainya mengatakan dana itu dibelanjakan oleh beliau dengan membeli barangan yang mahal.

“Di mana logiknya, beliau (Rosmah) langsung tidak sentuh bajet yang diluluskan itu sebaliknya saya yang mengurus wang itu sepenuhnya di bawah Program Permata Negara,” katanya lagi.

Menurut beliau lagi, peruntukan yang diluluskan itu adalah wang kerajaan yang diagihkan ke bahagian Program Permata. Maka semua aliran wang keluar masuk perlu melalui proses-proses tertentu, jelasnya lagi.

Bercakap mengenai pengagihan dana RM150 juta itu, Saidatu Akhma menambah sebaik sahaja membuat pengiraan pengurusan kewangan, pihak PERMATA telah memulangkan semula RM20 juta daripada jumlah keseluruhan kepada kerajaan.

“Kita buat kira-kira dan kita dapati Permata tidak boleh dan tidak mampu untuk membelanjakan RM150 juta bagi tujuan pelaksanaan program ini..maka kita pulangkan balik RM20 juta tetapi perkara ini tidak pula ditulis di mana-mana blog.

“Jadi dana yang kita ada selepas itu adalah RM130 juta dan jumlah itu kita pecahkan kepada beberapa agensi yang berminat untuk melaksanakan Program Permata,” katanya lagi.

SELANJUTNYA KLIK SINI..



ZZ ~ cakap siang pandang-pandang.. cakap malam dengar-dengar.. fikir-fikirkan..
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..