Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari
faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan
wanita-wanita.
Masalah
keputihan kerap membawa kepada rasa tidak selesa kepada kita. Apatah lagi
apabila ia menyebabkan rasa gatal atau mengeluarkan bau yang kurang enak,
tentunya ia akan menyebabkan kita tidak yakin untuk berdepan dengan orang.
Bagi
gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan
samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan
kelak.
TETAPI PERLU DIINGAT TIDAK SEMUA LENDIR KEPUTIHAN ITU ADALAH PETANDA PENYAKIT!!
Disebaliknya
ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan
pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan
kilang-kilang khas pengeluar lendir
Lendir ini
mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa
lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering
dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh
menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya
darah dari dinding faraj.
Lendir faraj
juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran
lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam
keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang
khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan
boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan
gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.
Pangkal
rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu.
Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki
(sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.
Lendir ini
mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki
untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di
pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam
sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid
oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.
SIFAT
LENDIR YANG NORMAL
Pada
kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair
tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.
KEPUTIHAN
SEBAGAI TANDA PENYAKIT
Pengeluaran
lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem
peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih
pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi
rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj.
Adakalanya
warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini
adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis
jangkitan kuman berlaku.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.