HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Saturday, 7 July 2012

PUTIH YANG DITAKUTI !!

Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.

Masalah keputihan kerap membawa kepada rasa tidak selesa kepada kita. Apatah lagi apabila ia menyebabkan rasa gatal atau mengeluarkan bau yang kurang enak, tentunya ia akan menyebabkan kita tidak yakin untuk berdepan dengan orang.

Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.


TETAPI PERLU DIINGAT TIDAK SEMUA LENDIR KEPUTIHAN ITU ADALAH PETANDA PENYAKIT!!

Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.


SIFAT LENDIR YANG NORMAL

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.


KEPUTIHAN SEBAGAI TANDA PENYAKIT

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj.

Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.



PENCEGAHAN

Anda disaran menjaga bahagian sulit supaya bersih dan tidak lembap dengan menggunakan pakaian dalam serap peluh diperbuat daripada kain kapas.
Penggunaan cairan pembasuh faraj harus secara bijaksana dengan mengetahui suatu prinsip bahawa bahagian itu bersifat asid yang juga lingkungan biasa bagi flora normal (mikroorganisma yang dalam jumlah normal tidak menyebabkan penyakit).
Adanya perubahan lingkungan normal tersebut, misalnya dengan penggunaan pembersih cecair faraj yang bersifat alkali (mengandung sabun) dapat meningkatkan pertumbuhan flora secara abnormal.
Jadi hendaklah menggunakan pencuci atau pembersih faraj secara berpada-pada dan tidak keterlaluan.#


ZZ DAH TEMUI PENYELESAIANNYA!!


SEBAGAI PENGASAS HARMONY, ZZ NAK SARANKAN ANDA KAUM WANITA YANG MEMBACA ARTIKEL INI UNTUK MENCUBA PULA RANGKAIAN INTIMASI HARMONY. 

MEMANG ADA BANYAK PRODUK UNTUK KEPUTIHAN DI PASARAN UNTUK ANDA PILIH. ZZ DAH BANYAK JUGA CUBA MACAM-MACAM JENIS JENAMA YANG DIBELI DI KEDAI-KEDAI JAMU DAN JUGA DI FARMASI SEBELUM INI.  

TETAPI YANG INI, MEMANG TERBAIK SEKALI! SEHINGGAKAN ZZ MEMINTA DOKTOR YANG FORMULASI PRODUK INI MEMBENARKAN ZZ UNTUK KOMERSIALKAN SUPAYA BOLEH MEMBANTU KAUM WANITA YANG LAIN.





 ZZ ~...dah cuba baru tahu..
Baca Selanjutnya ...

Friday, 6 July 2012

MALAYSIAN DIGEST QUOTED ZZ TODAY!

Salam,..tak sangka pulak ada yang info ZZ bahawa portal news online Malaysian Digest quoted ZZ berkaitan story kontroversi DS ROSMAH MANSOR.

Nak tahu apa yang diorang story kat portal diorang tu, bacalah kat sini..


Kalau nak baca posting ZZ sebelum ni, kat sini..


ZZ ~....tengah baca Reader's Digest issue July'12..
Baca Selanjutnya ...

TALAK 3 GARA-GARA FACEBOOK!!!

 

Hari ini ZZ nak ingatkan kita semua jangan terlalu taksub dan leka kalau ber-FACEBOOK. Gunakan teknologi dengan niat dan cara yang betul untuk mendapat faedahnya.

Dalam episod APA KATA WANITA hari ini (JUMAAT, TV2, PUKUL 1PM), yang telah dirakam pada Ahad lalu, ZZ dikejutkan dengan beberapa fakta tentang masalah Facebook dalam meruntuhkan perhubungan suci rumahtangga.

Dua panel - Tn Haji Hushim Salleh, Pakar Kaunseling Rumahtangga & Azli Paat, Pakar Teknologi Maklumat dijemput ke studio bagi topik - FACEBOOK PUNCA KERUNTUHAN RUMAHTANGGA! Kisah cerai-berai yang berpunca Facebook ni tak payahlah ZZ ulas panjang,..balik-balik kisahnya sama je, berulang-ulang.

Tapi beberapa hasil penyelidikan oleh Azli Paat:
  • MALAYSIA ADALAH NEGARA KE-16 TERTINGGI DI DUNIA DALAM PENGGUNAAN FACEBOOK WALAUPUN DENGAN JUMLAH PENDUDUKNYA SEKITAR 27 JUTA SAHAJA.
  • MALAYSIA JUGA NEGARA PALING JUARA DI DUNIA DALAM JUMLAH 'FRIENDS' YANG DIKUMPULKAN. NATURE SIKAP RAMAH-TAMAH DAN SUKA BERSEMBANG ORANG MALAYSIA MENYEBABKAN SESIAPAPUN YANG 'ADD' AKAN KITA 'APPROVE' SEWENANG-WENANGNYA.
  • MANUSIA KINI MENJADIKAN LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK, TWITTER, BLOG SEBAGAI KPI KEHIDUPAN. BERAPA RAMAI FRIENDS? BERAPA JUMLAH FOLLOWERS?? BERAPA JUMLAH PAGEVIEWS??? SIAPA BLOGGER LEBIH HEBAT? LEBIH POPULAR??
  • MELIHAT TELEFON BIMBIT BERGETAR ATAU BERKELIP-KELIP MEMBERI 'ADRENALINE RUSH' KEPADA PEMILIKNYA. PERASAAN YANG SAMA KALAU DULU-DULU KITA TANGKAP GAMBAR DAN HANTAR KE KEDAI UNTUK CUCI, BILA TIBA SAAT NAK AMBIL GAMBAR DAN TENGOK TU,..PERASAAN 'EXCITING' SEMACAM INILAH YANG DIRASAI.
  • BANYAK LAGI,...NAK TAU KORANG KENALAH TONTON AKW TGH HARI INI DI TV2 PUKUL 1 PM. (KHAS UTK ORG POMPUAN JE LAH SBB LAKI-LAKI PEGI SOLAT JUMAAT KAN??)


Dalam pada itu, ZZ juga nak kongsi satu antara kisah cerai-berai ni berpunca daripada FACEBOOK yang diceritakan oleh Fara, Asst Producer (AP) di AKW.

"Kesian Kak Zam..., kawan saya sama belajar dulu baru diceraikan talak 3 sekaligus. Anak baru dua, sorang umur setahun setengah, yang kecik baru 6 bulan..Puncanya suami dia kantoi dengan dia sbb bercinta dalam Facebook dengan student UiTM. Kawan saya ni bila dah tahu, ambil langkah berjumpa dengan budak student tu, bagitaulah jangan ganggu rumahtangga dia. Alih-alih, bila suami dia dapat tahu yang dia pergi jumpa 'girlfriend UiTM' dia tu,..nak marah punya pasal, ringan je mulut dia lafazkan CERAI TALAK 3!!"

ZZ dengar kisah benar ni pun rasa sakit hati sangat. Apalah lelaki dan para suami zaman siber ni..Senag-senang menganiaya kaum wanita!!

ZZ ~ Bak kata Azli Paat, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata masih boleh diputar-belit, tapi kalau dah terlajak tekan 'ENTER',...hmmm...lu tanggunglah sendiri akibatnya!!
Baca Selanjutnya ...

Thursday, 5 July 2012

PM TAK HADIR KE EKSPRESI REMAJA BERSAMA PM KERANA TAK DAPAT SAMBUTAN??


Dua tiga hari heboh di dunia cyber memperkatakan isu DS Rosmah dan program EKSPRESI REMAJA BERSAMA PM di Stadium Negara..

Terima kasih kepada bloggers dan facebookers yang sokong dan yang tak sokong kerana telah menghebahkan dan menghebohkan program EKSPRESI REMAJA BERSAMA PM..

Yang sedihnya program ini tidak mendapat sambutan.. Sehinggakan YAB PM sendiri tidak kelihatan..  
 
Lihatlah gambar di bawah.. Stadium Negara kosong!!





ZZ tak bohong bila kata tempat duduk stadium kosong.. Malah YAB PM dan DS Rosmah sendiri pun tak hadir.. Tengoklah gambar-gambar di atas.. Yang ada hanyalah peserta yang membuat persembahan..

ZZ sempat singgah di Stadium Negara petang tadi untuk meninjau RAPTAI Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri yang akan diadakan pada Sabtu, 7 Julai 2012...
 
Memang teruja melihat persembahan adik-adik daripada Pandu Puteri dan Permata Seni.. Penonton pasti akan terpukau melihat persembahan mereka nanti..!!
 
Selain itu, barisan artis terkenal tanahair seperti Faizal Tahir, Alif Satar, Ikhwal dan Asmidar juga akan menghiburkan ahli Pandu Puteri yang akan berhimpun secara besar-besar buat pertama kalinya dalam sejarah..!!
 
Disamping itu, Nota Ekspresi Remaja yang akan dibacakan pada perhimpunan itu nanti akan diserahkan kepada YAB PM.. apa yang tertulis ZZ belum pasti.. Yang pasti para remaja ingin mengEKSPRESIkan pandangan mereka tentang masa negara yang tercinta yang bakal mereka warisi pada masa depan..
 
Lagi gambar raptai hari ini..
 

 




 
Amanat PM kepada para remaja juga dijadualkan akan disiarkan secara langsung di tv1 mulai jam 4.45 petang.. Memang best susunan acara program Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri..
 
 
 
ZZ ~ ahli Pandu Puteri 
 
 
 

 
 
Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 4 July 2012

LAGI SABOTAJ TV3 ATAS ROSMAH MANSOR??

 

Ish! Apa yang TV3 buat ni?

Ade ke patut diSUPERkan nama DS Rosmah sebagai Perdana Menteri Malaysia..

Ini pic yang sampai ke inbox ZZ selepas buat posting sebelum ini..

Kalau dilihat sekali pandang pada gambar diatas kita akan buat kesimpulan TV3 sengaja sabotaj DS Rosmah..!!

Kalau kita teliti pada SUPER diatas ternyata ianya telah 'disuperimposed' kerana huruf 'm' pada perkataan menteri itu diletakkan huruf kecil.. Sebagai orang yang lama kerja di stesen televisyen adalah menjadi SOP di konti studio untuk memastikan setiap SUPERING yang hendak dipaparkan apatah lagi melibatkan VIP disemak beberapa kali oleh team produksi sebelum di 'on-air'kan..

Jelas disini bahawa TV3 TIDAK AKAN BUAT KERJA-KERJA BODOH MACAM NI..!!

Membaca komen diposting ZZ sebelum ini, ada yang kata itu cuma perli, lawak dan sebagainya.. ZZ nak bagitau yang ZZ faham itu perli.. Masalahnya ramai yang PERCAYA..!! Bertalu-talu sms dan panggilan yang masuk bertanyakan kesahihan berita ini.. Sebab itu ZZ rasa perlu dijelaskan.. Tambahan pula kita TIDAK SEPATUTNYA menjadikan Isteri Pemimpin No.1 kita sebagai bahan lawak!! Hormatilah Pemimpin Kita! 

Jom kita siasat gambar yang sebenar..!!








Korang tengoklah sendiri gambar yang sebenar..!! 

ZZ ~ macamane Negara dan Bangsa nak maju kalau asyik bercakap dan berdebat benda-benda yang tak mendatangkan faedah.. Baik sign up sebagai Affiliate Harmony lagi masyuukkkkk..

  


Baca Selanjutnya ...

RTM DAN TV3 SABOTAJ ROSMAH MANSOR??


Apa sudah jadi dengan stesen tv di Malaysia??

Benarkah RTM dan TV3 cuba mensabotaj DS Rosmah Mansor??

Hari ini heboh diperkatakan tentang RTM Sahkan Rosmah PM Malaysia.. berdasarkan gambar di bawah.. ZZ tampil menulis disini untuk menerangkan keadaan sebenar..

 

Apa yang anda faham tentang gambar ini?

ZZ sendiri menonton Selamat Pagi 1Malaysia (SP1M) semalam.. TIADA ADA YANG SILAPNYA DENGAN STESEN TV MAJIKAN ZZ NI!!

Apa yang dipaparkan oleh RTM adalah SUPER nama program yang sedang diperkatakan oleh DS Rosmah iaitu:

EKSPRESI REMAJA BERSAMA PERDANA MENTERI
PADA 7 JULAI 2012
DI STADIUM NEGARA, KUALA LUMPUR

DS Rosmah bercakap selaku YDP Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang merupakan PENGANJUR program tersebut..

RTM tidak melakukan kesilapan sebaliknya.. Kesilapan berlaku di pihak orang yang cuba memutarbelitkan fakta atau sebenarnya dia melihat tetapi tidak mendengar..


lihat pada bunting dlm gambar di atas..


Hari ini dikhabarkan TV3 juga telah menjemput DS Rosmah untuk bercakap topik yang sama.. lihat gambar di bawah..

 



 Adakah gambar di atas juga bermaksud TV3 juga melakukan kesilapan sama iaitu TV3 Sahkan Rosmah PM??

Tentu sekali tidak..!!

Bagaimana pula dengan gambar-gambar berikutnya..









Adakah TV3 telah mengatakan bahawa remaja-remaja Pandu Puteri yang gambar mereka dipaparkan beserta SUPER 'Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri' sebagai menabalkan mereka Perdana Menteri?? 


 

Macam mana pula dengan gambar yang di atas ini??


ZZ ~ setia dengan RTM.. dulu, kini dan selamanya...

 








 
 
Baca Selanjutnya ...

KATA DUA,...BESARKAN PAYUDARA ATAU DICERAIKAN!!!!



Bukan tujuan ZZ nak bercerita semata-mata tentang payudara atau bahasa kasarnya T*T*K.. Tetapi ZZ rasa terpanggil nak buat posting di sini setelah terbaca testimoni satu produk dalam akhbar tempatan semalam.. lihat gambar di bawah.. gambar di atas hanya sekadar hiasan..


Membaca testimoni Puan Rohaya tersebut membuatkan ZZ geram dengan sikap suaminya.. ada juga lelaki yang macam ni.. alasan suami untuk menceraikan kerana saiz payudara yang kecil tidak memenuhi citarasanya..Bacalah keratan di atas tu. Samada ia betul2 kisah testimoni atau sengaja direka untuk melakukan produk? Ironinya ia satu eksploitasi terhadap wanita dan menjatuhkan maruah wanita!

Kalaupun betul kisah Pn Rohaya tu,..sebelum kawin dulu macam mana? takkanlah alasan itu hingga sanggup menceraikan isteri..!! lelaki jenis apakah ini??

ZZ teringat cerita P. Ramlee.. yang sanggup memancung leher isteri sebab masak tak campur belacan...

Berbalik cerita Puan Rohaya.. apakah saiz payudara begitu penting kepada seorang suami?? lelaki begini tak layak beristeri..

ZZ sebelum ini pernah buat posting tentang saiz payudara.. 
BACA SINI..  


ZZ ~ terimalah seadanya dari awal hingga akhir..


Baca Selanjutnya ...

Tuesday, 3 July 2012

ANDA STRESS? BOSS MARAH-MARAH? TIPS ELAK BOSS MARAH...

Skuter Mesra Alam.. yang pasti Bukan Safee Yang Menunggang..
DOGGOK - Dog + ulat gonggok

Orang tamak selalu rugi.. Pikullah berpada-pada..

MOTLAS - motor berkerusi malas..

Rombongan Cik Tik ke Sukan Olimpik..

Latihan menembak paling praktikal.. jimatkan kos peluru..

Ilusi..

Kaedah paling berkesan elak penipuan sewaktu peperiksaan.. LPM wajar perkenalkan kaedah ini utk budak2 SPM..

Urut refleksologi.. Ada berani??
Yang ni ZZ no komen..

Anda stress di tempat kerja? Jom layan gambar-gambar ni..

Kalau boss marah-marah.. ajak boss tengok sama..
Baca Selanjutnya ...

Monday, 2 July 2012

GEMPAR! ISTERI PM DIKEPUNG MAT REMPIT!!






Kejadian berlaku petang tadi di Bangi.. 

Bertempat di Panggung Seni, UKM petang tadi, sekumpulan Mat Rempit bertindak mengepung Isteri YAB PM.. Lihat gambar di bawah..


Tindakan kumpulan Mat Rempit ini 'mengepung' Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah sebagai 'membalas dendam' kerana telah mengubah kehidupan mereka yang tidak tentu hala sebelum menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat..

Ramai yang tidak mempedulikan mereka dan menganggap golongan Mat Rempit sebagai tidak mempunyai masa depan dan sampah masyarakat.. tetapi bagi DS Rosmah mereka juga insan biasa dan mampu menjadi insan berguna andai diberi peluang kedua dan dibentuk sebaiknya.. ini bukan omong kosong.. mereka yang hadir di majlis penutup Kem Perkasa Remaja petang tadi pasti memahami apa yang ZZ katakan..

bayangkan karektor Mat Rempit yang brutal dan ganas kini boleh menyanyi Boria dan Menari Zapin...
saya bukan jahat cuma nakal sikit.. itulah luahan bekas Mat Rempit kepada DS Rosmah
Bangga dapat bergambar dengan Bonda...



Mat Rempit yang pernah menyertai Kem Perkasa Remaja kini telah mempunyai pekerjaan yang baik, menghormati orang tua, malah juga berbakat dalam bidang-bidang tertentu seperti seni, pengacaraan, muzik dll..

Baca selanjutnya di KL Pos... 



ZZ ~ ramai yang pandai komen dan komplen tapi tindakan kosong.. Tabik DS Rosmah kerana tidak peduli apa orang kata asalkan anak bangsa dibantu dan dibela..


   
Baca Selanjutnya ...

ZZ DIBELASAH!!


ZZ terpaksa akui kekalahan memeritkan pasukan pilihan ZZ Azzurri kepada pasukan pilihan Hubby La Roja.. ini beerti ZZ kena belanja Hubby di Melting Pot malam ini.. 

ZZ akui Sepanyol sebuah pasukan yang hebat dan mantap..

Sepanyol berjaya mempertahankan kejuaraan Euro apabila membenam Itali 4-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev..

Pasukan bimbingan Vicente Del Bosque itu juga mencipta sejarah menjadi negara pertama meraih kejuaraan secara berturut-turut. Empat tahun lalu di Austria-Switzerland mereka muncul juara apabila mengalahkan Jerman 1-0.

Itali yang tidak diletakkan harapan dalam kejohanan kali ini serta bukan pasukan pilihan ke akhir, tersentak dengan jaringan pembukaan Sepanyol pada minit ke-14 melalui David Silva, sebelum pemain pertahanan, Jordi Alba menambah gol kedua empat minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat.

Pemain gantian Fernando Torres dan Juan Mata melengkapkan malam gemilang La Roja selepas meledak jaringan pada minit ke-84 dan 88 sekali gus mengesahkan kejuaraan buat kali ketiga tatkala kejuaraan pertama diraih mereka pada 1964 (edisi kedua)
Baca Selanjutnya ...

EURO 2012: KHABARNYA....



Kementerian Pelajaran England akan mencadangkan semua sekolah di England agar memasukkan kurikulum 'Sepakan Penalti' sebagai subjek wajib.. Langkah jangka panjang bagi mengelakkan pasukan England terus berputih mata menjulang piala pada masa akan datang setelah mereka asyik kecundang dalam penentuan sepakan penalti.. hehehehe..

ZZ ~ pilih Azzurri... 

 
  
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..