HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Sunday, 17 June 2012

Pernah Dengar Pasal 'Tisu Gagah'??

'Tisu gagah' berbahaya
 


 
'Tisu gagah' berbahaya

Wartawan Sinar Harian
16 Jun 2012
 
Tisu yang mengandungi bahan kimia yang dikatakan boleh menjejaskan keupayaan lelaki.

IPOH – Bukan sekadar tisu biasa, penggunaannya yang dipercayai boleh tampil hebat di ranjang boleh juga menjadi punca lelaki mengalami masalah mati pucuk dan bengkak saraf.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Mazlan Ismail berkata, tisu yang di seludup dari Indonesia dan China itu dikesan mengandungikimia Benzocaine, Lidnocaine dan Anastetic yang digunakan sebagai ubat bius dalam pembedahan.

Menurutnya, tisu yang boleh dibeli semurah RM3 setiap bungkus itu mengakibatkan alat kelamin rasa kebas selepas disapu tisu berkenaan.

“Ramai yang menyangka ia dihasilkan dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan berikutan kandungan kimia tidak dinyatakan pada bungkusan produk. Maklumat palsu juga disebarkan mendakwa
tisu ini juga mempunyai kebaikan untuk mencegah penularan penyakit kelamin seperti siplis, gonorrhea dan Aids,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya telah merampas sejumlah tisu itu ketika melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah kedai ubat di Sungai Siput.

“Kandungan tisu ini mempunyai banyak bahan kimia keras dan kimia perosak menjadi punca urat saraf lelaki rosak seterusnya akan mati pucuk jika disapu berterusan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya terhadap produk rangsangan seks sebaliknya mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu,” katanya.

ZZ - sering bawa wet tissue 
Baca Selanjutnya ...

KUBUR DI ANGKASA LEPAS?



SISI misteri angkasa lepas menyebabkan ramai yang ingin mengkajinya dengan lebih lanjut.

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Sumber: www.kosmo.com.my
KATA-KATA daripada tanah manusia datang dan kepada tanah mereka kembali mungkin tidak lagi sesuai untuk segelintir individu yang inginkan cebisan jasad mereka yang berupa abu mayat, disemadikan di angkasa lepas.

Pada 22 Mei lalu, roket Falcon 9 milik syarikat swasta SpaceX menerbangkan abu mayat 300 individu untuk dibawa ke angkasa lepas. Abu itu disimpan dalam sebuah tabung penyimpanan khusus di seksyen kedua Falcon 9. 

Menurut presiden syarikat itu, Gwynne Shotwell, seksyen tersebut dibuang sekitar 10 minit selepas kapal angkasa Dragon yang berisi muatan makanan seberat 454 kilogram (kg) dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Abu itu akan kekal di orbit selama kira-kira setahun sebelum jatuh semula ke Bumi.

Apa yang menarik, sebahagian abu tersebut merupakan milik ikon terkenal seperti bekas angkasawan AS, Gordon Cooper, jurutera Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Bob Shrake dan pelakon filem Star Trek, James Doohan.

Bisnes angkasa
Cooper merupakan salah seorang daripada tujuh angkasawan AS yang terlibat dalam misi meneroka planet Utarid tetapi projek yang dilancarkan pada 15 Mei 1963 itu gagal mencapai matlamatnya.
Shrake pula ialah seorang lelaki yang suka merendah diri dan sering menghabiskan waktu dengan mencipta roket pelancar untuk NASA.

Menurut anak perempuan Shrake, Robin Smith, ayahnya telah mati sejak tahun 2007 lalu tetapi dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk mengikut program itu memandangkan ayahnya terlalu obses dengan dunia astronomi.

Doohan pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Wataknya sebagai Scotty dalam Star Trek sangat berpengaruh di seluruh dunia. Dia meninggal dunia pada 20 Julai 2005.

Kos penghantaran abu mayat itu dianggarkan RM12,000 setiap satu. 

Pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad, berpendapat kegilaan manusia untuk meneroka bidang angkasa lepas menyebabkan banyak firma swasta memperkenalkan pelbagai pakej menarik.
"Selain perkhidmatan menghantar abu mayat, terdapat syarikat yang menawarkan pakej melancong dan bermalam di angkasa lepas.

"Lagipun NASA kekurangan dana untuk melaksanakan semua misi angkasa berikutan kegawatan ekonomi yang melanda AS," katanya.
Shahrin berkata, perkhidmatan abu mayat itu tidak sesuai bagi mereka yang beragama Islam.

Tutur Shahrin lagi, kesedaran masyarakat negara ini terhadap bidang astronomi juga semakin berkembang. Ini dibuktikan dengan kewujudan hotel yang menawarkan perkhidmatan mencerap bintang seperti Klana Beach Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Agensi Angkasa Negara juga aktif mengadakan program dan seminar berkaitan astronomi yang menarik perhatian orang ramai khususnya kanak-kanak," jelasnya.

Beliau berharap Malaysia akan mengikut jejak langkah China yang secara senyap-senyap melancarkan roket pelancar angkasa serta stesen satelitnya sendiri.

"Daripada angan-angan, impian kita boleh tercapai. Hasrat kita menghantar angkasawan sudah terlaksana, kini kita perlu melangkah lebih jauh lagi," kata Shahrin.

Mikraj
Sebenarnya, umat Islam telah mula berbicara mengenai ilmu astronomi sejak lebih 1,400 tahun dahulu. Peristiwa Israk dan Mikraj yang disambut hari ini berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.

Tahun itu disebut sebagai tahun dukacita kerana pada tahun itu Rasulullah kehilangan bapa saudara, Abu Talib dan isteri, Khadijah. Peristiwa Mikraj pula menyaksikan Rasulullah diangkat ke langit dari Baitulmuqaddis.

"Peristiwa itu boleh dikatakan sebagai permulaan manusia cuba meneroka angkasa lepas.

"Jika tidak manusia mungkin hanya akan mengkaji tentang Bumi," ujar Shahrin.
Baca Selanjutnya ...

ZAMZARINA BERSIARAN DI STESEN TV ANTARABANGSA PULAK KE?


Baca Selanjutnya ...

Saturday, 16 June 2012

Suamiku Berubah Kasih? Why? Why? Why?


SETELAH hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya mahligai yang dibina atas dasar cinta sama cinta menemui kemusnahan. Bagi Musliha, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan perceraian yang berlaku sementelah anak-anak sudah semakin besar. Pada mulanya,  dia sukar untuk menerima hakikat namun akhirnya reda dengan ketentuan Illahi. Kata orang sudah tiada jodoh. Musliha cuba mencari kesilapan diri dan merenungi apa kekurangan dirinya hingga dibuang begitu sahaja oleh bekas suaminya.

Apakah dia sebenarnya masih tidak mengenali dan memahami sikap sebenar suami ataupun suaminya sudah berubah kasih. Ini kerana sepanjang berkongsi hidup,  Musliha memang menyediakan keperluan suaminya dari segi zahir dan batin. Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun  jika tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.

 

Tidak menyediakan keperluan

Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

Sukar beri layanan seks

Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.

Coklat yang mampu mengukuhkan ikatan kasih sayang.. Belum try belum tau..(KLIK SINI)

 



Melakukannya seperti orang suruhan


Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

Amalkan gaya hidup sosial

Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

 

Berpenampilan tidak menarik

PEMBERI TENAGA DAN KECANTIKAN DALAMAN.. (KLIK SINI)
Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.

Tanda-tanda suami curang:

Berubah sikap menjadi panas baran

Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk

Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.

Bercakap secara sembunyi

Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.

Mengubah gaya penampilan

Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.

* Dipetik dari majalah Seri Dewi & Keluarga edisi April


GEL PERAPAT - LAGI ABANG SAYANGGGGGG....(KLIK SINI)

Baca Selanjutnya ...

Friday, 15 June 2012

Dah Terlalu Kaya Pilih Nak Hidup Miskin



Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.


Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.


Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.


Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.


Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.


Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.


Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.

Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.


Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia. Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.


Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.


Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.


Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.


Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.


Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.


Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.


Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.


Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.



Temubual:


Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.




Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.




Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.




Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.




Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia.


Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam.


Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam.


Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan.


Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi.


Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.




Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.




Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.




Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat.


Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”


Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.


Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.




Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa.


Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi.


Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir.


Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.”

ZZ - hanya mahu jadi sederhana kaya :)
Baca Selanjutnya ...

MASJID VS MASCIT!!

Salam Jumaat,

Di Hari Jumaat yang penuh barakah ini maka berduyun-lah umat Islam (kaum lelaki) menuju ke masjid untuk menunaikan Solat Fardhu Jumaat.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah golongan yang menggunakan 'waktu rehat' antara jam 12 tgh hingga 2.30 ptg untuk menjalankan aktiviti mascit. Mascit? Terminologi baru yang ZZ belajar hari ini. Ada sesetengah kaum wanita yang menggunakan waktu terluang ini untuk pergi massage + picit = mascit. 

ZZ - dah lame tak pegi mascit krn terlalu sibuk menguruskan Harmony 



Baca Selanjutnya ...

Khusus Utk Kaum Lelaki!



“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. (Al-Jumaat: 9)

Rasulullah bersabda maksudnya : “Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”. (HR Abu Daud dan Al-Hakim)

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah bersabda maksudnya : “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (HR Muslim)

Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: “Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah s.a.w. sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Nabi s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai Sulaik, berdiri dan solatlah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, jika seorang muslim memasuki masjid ketika imam sedang menyampaikan khutbah Jumaat, hendaklah dia tidak duduk sebelum mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan meringankannya.

“Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur”. (HR Muslim)

Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (HR Muslim)

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi, maka adalah lebih baik." (HR Abu Daud)

Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (HR Abu Daud)

Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (HR Ahmad)

Nabi bersabda,"Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat, Allah akan menguncikan hati mereka" (HR Abu Daud)
Baca Selanjutnya ...

CARTA 20 BLOGGERS PALING CUN! PART 3



DIKENALI SEBAGAI MIMIE, MENJADIKAN BLOG YANG DIBERI NAMA ‘CORAT CORET PINK UMMI’ SEBAGAI TEMPAT MENULIS PELBAGAI CERITA TENTANG KELUARGA KECILNYA.

BUKAN SAHAJA GEMAR MENULIS PELBAGAI ENTRY, UMMI TIDAK AKAN MEMBIARKAN BLOGNYA SEPI, ADA SAHAJA CERITA MENARIK YANG DIKONGSIKAN, LEBIH-LEBIH LAGI BERCERITA TENTANG KERENAH DAN RAGAM ANAK-ANAK YANG SEDANG MEMBESAR.

TIDAK LENGKAP SESEBUAH BLOG PERIBADI JIKA TIADA ENTRY TENTANG PERCUTIAN KELUARGA. BAGI MIMIE DIA SUKA MENGABADIKAN KENANGAN PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA DISAMPING BERKONGSI INFO TEMPAT PERANGINAN MENARIK UNTUK RAKAN BLOGER YANG LAIN.

MIMIE TIDAK LOKEK BERKONGSI ILMU DAN INFO YANG DIPELAJARI HASIL DARI PEMBACAAN TENTANG SOAL JAWAB AGAMA DAN KESIHATAN.

BAGI MIMIE BLOGNYA MENJADI LEBIH MENARIK APABILA DIA DAPAT BERKONGSI RESEPI DENGAN KAWAN-KAWAN MENGENAI MASAKAN DAN MENCUBA SENDIRI DIRUMAH SEPERTI MEMBUAT AISKRIM GORENG, KEK, APAM POLKADOT DAN LAIN-LAIN LAGI.


JANGAN LUPA SAKSIKAN PAPARAN BLOG INI DALAM SEGMEN BLOG PILIHAN DI APA KATA WANITA TV1 AHAD INI JAM 3 PETANG.

BANYAK LAGI YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA MIMIE DENGAN MELAYARI  

http://coratcoretpinkummi. blogspot.com

Baca Selanjutnya ...

Thursday, 14 June 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG DI STUDIO ONE CREATIVE

Studio One Creative merupakan sebuah syarikat milik penuh Zamzarina Zambri dan pengeluar produk intimasi jenama Harmony. Selaras dengan perkembangan pesat syarikat, kami mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Studio One Creative dalam jawatan seperti berikut:

JABATAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
1. Pengurus Pembangunan Perniagaan (2 kekosongan)
2. Pegawai Pemasaran (5 kekosongan)
3. Kerani Pemasaran/Pengedaran (3 kekosongan)

JABATAN PENTADBIRAN
1. Pengurus Pentadbiran dan Kewangan (1 kekosongan)
2. Kerani Akaun (2 kekosongan)
3. Despatch (1 kekosongan)

Semua permohonan hendaklah di email kan kepada: 
hr@harmony.com.my

 
 




Baca Selanjutnya ...

Masa Kecik-Kecik Dulu... Rugi Tak Baca...

Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.



2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita. 


 
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.  
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.
 
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.
 
6. Lukis burung guna huruf M atau V
 
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
 
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥
 
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam. 



10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.

11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk. 



12. Main game Pacman atau Mario

13. Main lubang tikus

14. Mintak biodata kawan2

15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.

16. Buat jet kertas 



17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.

18. Lawan pemadam

19. Penggal/Tuju selipar 

20. Main bubble wrap 



21. Minum air panas dlm piring 

 
Mesti semua tgh terkenang2 mase tgh bace post ni kan?hehe…

ZZ dapat bahan dalam mailbox.. so kepada tuan punya bahan ZZ mintak izin kongsi di blog ZZ.. Salam
Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 13 June 2012

Mesti Cuba! Resepi Baru Chef Jutawan


RESEPI DOLLAR MASAK RANUM

Salam Harmony.. Hari ini ZZ akan menunjukkan kepada anda resepi memasak Dollar Masak Ranum ke dalam akaun bank anda setiap hari.. Jom ke dapur ZZ untuk kita bersama-sama memasak resepi baru ZZ.. Tetapi sebelum itu ZZ ada sedikit pengumuman seperti dibawah..

Berita Baik! Perhatian kepada semua rakan affiliate dan bakal rakan affiliate Harmony.. Kini peluang anda mengembang potensi bisnes Harmony tidak terhad kepada pelanggan daripada dalam Malaysia sahaja tetapi tiada had sempadan.. Ini beerti pasaran anda adalah terbuka kepada pasaran GLOBAL.. Ini kerana produk Harmony kini boleh dipesan oleh sesiapa sahaja di atas muka bumi ini kerana Harmony sedia diedarkan ke mana sahaja.. 

Sekiranya sebelum ini rakan affiliate Harmony hanya dapat memasarkan Harmony secara online kepada pelanggan-pelanggan di Malaysia, namun kini Harmony telah siap sedia untuk menerima tempahan dari mana jua.. Anda tidak perlu risau bagaimana pembayaran dan penghantaran dibuat.. Serahkan tugas itu kepada ZZ.. Anda hanya perlu mempromosikan seperti biasa samada di facebook, twitter, blog atau apa jua cara menggunakan affiliate ID anda.. Sekiranya tempahan itu datang dari Washington DC misalnya, kami akan tetap menerima dan memproses penghantaran kepada pelanggan anda tersebut.. Sudah tentu peluang untuk meraih pulangan lumayan terbuka luas seantero dunia.. Tugas anda hujung bulan kutip keuntungan jualan daripada Harmony.. Senang je kan..

Kepada rakan-rakan di luar sana yang masih belum menjadi rakan affiliate harap tidak cemburukan mereka yang akan meraih pendapatan sampingan yang lumayan hanya dengan bermodalkan laman sosial.. 


Sekian sahaja perkongsian resepi ZZ pada hari ini.. 

Salam Harmony    
Baca Selanjutnya ...

Kenapa Nak Amuk? Bawak Bertenang...


Tak perlu sampai nak amuk hanya kerana tak dapat komputer riba atau ipad.. ZZ boleh beri hadiah.. Mudah saja.. Nak tau klik saja gambar diatas..


Ini berita yang ZZ terjumpa di www.hmetro.com.my
 
Hanya kerana anak lelakinya enggan membelikan komputer riba yang diminta, seorang lelaki tiba-tiba bertindak agresif dengan merantai pagar kediaman anaknya itu sebelum mengugut mahu membakar rumah teres dua tingkat itu di Taman Gemilang, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki berusia 40-an terbabit yang datang bersama isteri barunya dengan bersenjatakan kapak sambil mengarahkan anak lelakinya membuka pintu dan membenarkannya masuk.

Menurut sumber, anak lelaki suspek yang berusia 20 tahun tidur ketika bapanya datang membuat bising dan menyuruhnya membuka pagar rumah.

“Bagaimanapun, anak suspek enggan berbuat demikian kerana bapanya agak kasar sambil memaki-hamun di depan pagar berkenaan.

“Berang dengan keengganan anaknya, suspek pergi ke kereta Proton Exora miliknya sebelum datang semula dengan membawa kapak dan rantai besi lalu merantai pagar rumah berkenaan.

“Berikutan itu, mangsa membuat panggilan kecemasan sebelum polis tiba di tempat kejadian dan membawa suspek ke balai polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata suspek kini direman hingga hari ini.

Baca Selanjutnya ...

Tuesday, 12 June 2012

Tips Untuk Lelaki: Ciri-Ciri Lelaki Buruan Wanita


8 Ciri Lelaki Buruan Wanita

Jika ingin memikat wanita, lelaki akan memandang pada kecantikan, peribadi serta status sosialnya. Bagi wanita pula, mereka mempunyai beberapa kriteria tersendiri dalam memilih seseorang lelaki untuk dijadikan sebagai pasangan. Wahai lelaki, adakah anda memiliki beberapa kriteria ini untuk meraih perhatian wanita? Disenaraikan lapan ciri-ciri lelaki yang menjadi dambaan wanita.

1 Percaya Diri
Keyakinan diri adalah kualiti penting sering yang dicari oleh wanita. Lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki yang sejati. Sebaliknya anda harus berikan alasan kukuh, kenapa anda tidak boleh lakukan. Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2 Kelakar
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat buat. Sifat semula jadi kaum wanita adalah mereka sering berada dalam situasi emosi yang tidak stabil, jadi di sini peranan lelaki dalam menceriakan kembali diri mereka. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya anda membuat lawak bodoh.

3 Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Tapi romantik bukannya gatal atau miang. Lelaki yang romantic adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata, suka mengambil berat dan penyayang. Ia menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar pun mereka kelihatan agresif, namun, dalam hal teman lelaki kebanyakannya memilih yang romantik.
Lelaki Romantis sentiasa memberikan teman wanitanya hadiah coklat atau bunga-bungaan


4 Wang
Tidak disangkal lagi bahawa wanita adalah materialistik atau mata duitan. Mereka mahukan lelaki yang Berjaya dan mempunyai wang yang banyak. Selain bekerja, anda juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu anda menjadi kaya suatu hari nanti.

5 Bijak
Wanita sering mengimpikan seorang lelaki yang berpendidikan dan bijak. Jika anda berasakan anda kurang bijak, mungkin anda boleh melanjutkan pelajaran. Luangkan masa anda mendengar berita dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca.

6 Sensitif
Setiap kali pasangan anda bercakap, berilah perhatian sambil memandang bola mata hitamnya. Malah mungkin anda boleh berkata “ saya memahami perasaan awak”. Namun anda jangan pula terlalu sensitive kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

7 Suka Kanak-Kanak
Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang ditemuinya, anda memberikan perhatian kepadanya, Setelah itu, anda pula mendukung sambil mengagah kanak kanak itu. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.

8 Menjaga Penampilan Diri
Lelaki juga perlu mengambil tahu dalam merawat atau memanjakan tubuh. Bagi yang mempunyai berkulit berminyak, lakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain. Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. Pendek kata, kebersihan tubuh mesti dijaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan anda.
 
Baca Selanjutnya ...

Monday, 11 June 2012

HANDBAG Warning!!! KISAH BENAR, BACA & SEBARKAN!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEga7zcWMpwsTl_Y2KV5ZDNTHjocXcEI0BW_hMvyJ9pZ_htcJ_7Y0sXtkMYE0OBn3Rq_UYjx4d8pazNbrDVkb7eE1km5LTUq4djZbp3FzIPL1yarkUp5Qt9Ftq6b3pTEpcB7Mi-7srF7GDgg/s1600/camel-suede-hobo-bag-by-gucci_14.jpg








Salam semua, ini kisah benar yang kawan ZZ baru emel mengenai kawannya yang jadi mangsa baru-baru ini di The Curve Shopping Centre! Baca dan kongsikan dengan kawan-kawan wanita semua..ok! Sebab ZZ sendiripun pernah ada pengalaman cermin kereta dipecahkan oleh penunggang motosikal sementara kereta ZZ berhenti di traffic light lampu merah di Jln Maarof, Bangsar dalam beberapa bulan lalu. Siang-siang buta pulak tu..ZZ

KISAHNYA...

A woman visited the toilet in Curve Shopping Centre and hung her
handbag on the back of the toilet door. As she carried on about her
business, a hand suddenly appeared over the top of the stall and
grabbed her bag clean off the hook!!!

She immediately reported the incident to the shopping centre security & the police.

A couple of days later she had a call from the head of security to say
her bag had been found without her purse. So she arranged a convenient time to go and meet him to collect her things.

On arriving at the agreed time, the head of security was
not expecting her. No one from the centre had actually called her as the bag had still not been found.

When the lady got home, her apartment at Subang Jaya had been burgled with no sign of forced entry. The Police believe the robbers had used her IC for the address and her keys to let themselves in!

This is real - it isn't just a scaremongering story. Many will be so
shocked at how complex bag snatching crime has become.

Please be extra vigilant ladies AND gents (with your man bags) there
are a lot of desperate criminals out there!


ZZ ~ ..masih trauma kalau memandu di Jln Maarof, Bangsar. Ladies plsssss jangan letak beg tangan u alls di seat sebelah, walaupun cermin kereta tu tinted..penyamun ni deria2 mereka memang hebat!!
Baca Selanjutnya ...

Wah! Seronoknya..!! Saya pun nak ikut...


Bestnyer kalau ada duit lebih.. boleh shopping.. travelling dan macam-macam lagi.. Tapi gaji saya cukup-cukup je.. Macam mana nak buat duit lebih tapi tak payah nak susah-susah keje..


Senang je.. Jom ikut ZZ!


Jadilah Rakan Affiliate Kami!
PELUANG SEBAGAI AGEN HARMONY & MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN KINI DIBUKA!!!

Berjuta-juta orang melayari internet setiap hari untuk mencari penyelesaian bagi masalah kesihatan mereka terutamanya isu berkaitan seks. Masyarakat pada umumnya malu untuk membeli atau bertanyakan maklumat berkaitan di kedai atau farmasi.

Mendapatkan maklumat yang betul dan jujur dan membeli secara dalam talian membolehkan pelanggan anda menjamin kerahsiaan.

Mahukah anda menjadi pengedar produk HARMONY™ dan menjana pendapatan tambahan?

Kini anda berpeluang menjadi ejen affiliate untuk produk kami.

Untuk pengetahuan anda, HARMONY™ adalah antara perniagaan online yang membuka peluang pemasaran affiliate dengan kadar komisyen yang tinggi tanpa modal permulaan.

Produk HARMONY™ dijamin halal dan bebas sebarang bahan kimia yang diformulasi oleh para Doktor muslim.

"Jutaan umat Islam seluruh dunia kurang pasti tahap kesucian produk yang mereka gunakan."

"Mari sertai program affiliate kami sambil membantu pengguna Islam seluruh dunia."

 

Mengapa Harmony?

Produk HARMONY™ adalah HALAL dan paling penting ia telah mendapat pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Rangkaian produk HARMONY™ diformulasi dan dibangunkan oleh sekumpulan Doktor berpengalaman lebih 20 tahun.

Produk HARMONY™ selamat, dipercayai, berkesan dan tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan. 

Produk HARMONY™ adalah satu penyelesaian yang holistik untuk merawat masalah berkaitan SEKSUAL kepada lelaki dan wanita. Ia juga sebagai persediaan penjagaan kesihatan dalaman.

Produk HARMONY™ sesuai untuk lelaki dan wanita. Sebarang masalah berkaitan penurunan nafsu syahwat di antara suami dan isteri harus diselesaikan secara bersama supaya produk HARMONY™ dapat dimanfaat oleh kedua-dua pihak. Di pasaran tidak banyak ramuan perawatan bagi masalah seksual. Oleh keran itu, rangkaian produk HARMONY™ begitu mendapat sambutan pengguna dan laris dijual secara online. 

Program Affiliate yang kami tawarkan membolehkan anda menjalankan perniagaan ini dengan mudah dan selesa.

 

APA MAKSUD MENJADI RAKAN NIAGA PROGRAM AFFILIATE?  

Program Affiliate adalah sebuah program pemasaran produk oleh agen berdaftar di mana agen akan dibayar komisen ke atas setiap jualan hasil daripada pengiklanan mereka.

Dengan berdaftar sebagai agen affiliate HARMONY™, anda akan diberikan sebuah link seperti:
http://harmony.com.my/ kod anda.
Anda boleh memberikan link anda itu kepada pelanggan berpotensi. Dan anda akan dibayar komisen setiap kali pelanggan klik pada link anda dan membeli mana-mana produk HARMONY™. 

Berserta link tersebut, anda juga diberikan ‘banners produk HARMONY untuk anda post di laman sosial milik anda seperti Facebook, Blog, Web atau mana-mana medium online lain. Sistem Affiliate HARMONY akan menyimpan semua data pembelian daripada para pelanggan anda dan pada masa yang sama anda juga akan menerima laporan pembelian yang berjaya oleh pelanggan anda pada setiap kali melalui emel anda.

Ini membolehkan anda menyemak jumlah jualan yang dibuat oleh link affiliate anda dan mengira jumlah komisen yang akan anda perolehi. 

Komisen anda akan dibayar secara bulanan terus ke akaun bank anda atau melalui cek terus kepada anda.

 

Bagaimana untuk Menjadi Rakan Affiliate?

  • LANGKAH 1 : Anda berdaftar sebagai agen HARMONY™.
  • LANGKAH 2 : Kami akan berikan link anda dan banner produk HARMONY™ sebagai bahan promosi.
  • LANGKAH 3 : Anda boleh post banner produk HARMONY™ berserta link anda pada laman sosial milik anda seperti Facebook, blog, web dan sebagainya.
  • LANGKAH 4 : Pengunjung membeli produk kami.
  • LANGKAH 5 : Kami akan menghantar produk kepada pembeli.
  • LANGKAH 6 : Anda mendapat komisen jualan!
  
Itu saja ! Mudah, bukan ?!

 

Apakah Itu Program Affiliate Harmony? 

Berjuta pengguna duduk di hadapan komputer mereka membuat carian penyelesaian kepada pelbagai masalah kesihatan berkaitan seksual. Secara dasarnya kebanyakan kita merasa malu dan segan untuk membeli mahupun bertanya soalan berkaitan masalah seksual mereka di farmasi atau di kedai kesihatan.

Mendapatkan maklumat yang benar dan jujur secara maya atau ‘online’ adalah lebih selesa dan memastikan kerahsiaan pengguna.

Program Affiliate HARMONY™ membantu anda menjadi punca penyelesaian kepada pelanggan anda.

Jadilah individu yang dapat membantu mereka menjadikan produk HARMONY sebagai penyelesaian kepada masalah seksual dengan kadar kejayaan yang tinggi, boleh dipercayai, berkesan dan selamat selain anda boleh menjana pendapatan mudah iaitu komisyen sehingga 20% bagi setiap jualan.

FAEDAH MENJADI RAKAN NIAGA AFFILIATE HARMONY?

TIDAK PERLU MEMBELI, MEMILIKI & MENYIMPAN STOK
TIDAK PERLU MENGELUARKAN MODAL
TIDAK PERLU MENYEWA ATAU MEMILIKI KEDAI SENDIRI
TIDAK PERLU MEMBUNGKUS SEBARANG PRODUK
TIDAK PERLU MEMBUAT SERVIS SELEPAS JUALAN
TIDAK PERLU MELAYAN KERENAH PELANGGAN
BOLEH MENJANA KEUNTUNGAN LUMAYAN
BOLEH MENJUAL SENDIRI DARI MANA SAHAJA
CARA PALING MUDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN
MENJANA PENDAPATAN DARI RUMAH
SESIAPAPUN BOLEH MENJADI RAKAN NIAGA
BOLEH BERI POTONGAN HARGA KEPADA PELANGGAN
BOLEH MENYEMAK REKOD JUALAN DENGAN SISTEM KAMI
BOLEH BELAJAR PERNIAGAAN INTERNET DENGAN KAMI
BOLEH DAPAT KHIDMAT NASIHAT DARIPADA PAKAR JUALAN INTERNET KAMI

 

BUKAN JUALAN MULTI LEVEL (MLM)

Program Affiliate HARMONY™ bukan sebuah pemasaran MLM. Perniagaan HARMONY™ menggunakan konsep single level marketing atau pemasaran 1 aras sahaja. 

Ini bermaksud anda menjana keuntungan atas jualan anda sendiri. Bukan menjana keuntungan atas penyertaan ahli dan seumpamanya.
  • TIDAK PERLU MENAJA
  • TIDAK PERLU BELI PRODUK SEBAGAI STOK
  • TIDAK ADA SASARAN JUALAN YANG MEMBEBANKAN
  • TIDAK PERLU MEREKRUT AHLI
  • TIDAK PERLU MENCARI DOWNLINE
  • TIDAK PERLU HADIR SEMINAR
  • TIDAK PERLU KOS PERJALANAN 

 

Bolehkah Saya Berjaya Sebagai Rakan Affiliate Harmony? 

Pasti Boleh! Malah Sesiapapun Boleh! Hal ini bergantung kepada anda sendiri. Kami di sini untuk memberi peluang kepada anda.

Kami menyediakan rangkaian produk yang tepat dan sokongan yang anda perlukan. Selebihnya bergantung kepada anda!

Terdapat banyak peluang dan kelebihan jika anda menjadi agen affiliate HARMONY.

Selain anda mendapat komisyen yang tinggi dengan mempromosikan produk HARMONY, anda juga berpeluang mendapat pelbagai insentif lain seperti peningkatan kadar komisyen, peluang lawatan ke luar negara dan lain-lain lagi jika anda berjaya mencapai sasaran jualan tahunan yang ditetapkan!!

Selain itu anda juga berpeluang mempelajari pelbagai ilmu perniagaan internet, membina perniagaan sendiri, dan mencapai kejayaan dengan perniagaan anda sendiri.

HARMONY menyediakan peluang ini untuk anda!

Anda tidak rugi menyertai kami sebagai agen Affiliate HARMONY™. Sebaliknya anda berpeluang untuk :
  • Berjaya menghasilkan jualan yang banyak dan mendapat komisyen tinggi setiap bulan.
  • Meningkatkan hubungan seksual anda dengan pasangan.
  • Memperbaiki tahap kesihatan anda dan pasangan secara keseluruhannya
  • Belajar ilmu perniagaan internet yang dicari-cari selam ini dan membina perniagaan sendiri.
Dengan senarai yang tertulis di atas jelaslah bahawa anda tidak mengalami kerugian apa-apa pun meskipun mungkin anda tidak berjaya menghasilkan jualan.

Walau bagaimanapun kami tidak mahu anda gagal menjual produk HARMONY dan mendapat komisyen. Disebabkan itu kami telah merancang pelbagai strategi bagi membantu anda menghasilkan jualan.

Mempromosi produk HARMONY™ melalui agen Affiliate kami bermakna anda boleh mendapat pulangan pendapatan sebanyak 20% bagi semua pembelian yang dibuat oleh pelanggan yang klik pada kod link Affiliate anda.

"Kebanyakan rakan niaga Affiliate kami sedang menjana pendapatan yang stabil antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan hanya dengan mempromosi produk HARMONY™ secara maya."
"Ada juga antara rakan niaga Affiliate HARMONY™ berjaya mencapai pendapatan RM10,000 sebulan!."

Produk HARMONY™ adalah paling ideal untuk sesiapa sahaja yang sedang tercari-cari alternatif sumber pendapatan, atau yang sedang berfikir untuk meninggalkan pekerjaan tetap di pejabat, ibu dan bapa yang mahu meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak, golongan pelajar yang mahu mencari pendapatan sampingan pada masa lapang dan sesiapa sahaja yang mahu membantu orang lain.

 
daftar sekarang

Setiap kali orang klik link yang ada nama dan kod Affiliate anda dan membuat pembelian, anda akan dapat komisyen sebanyak 20%.

Mengikut pengalaman kami, pelanggan biasanya membeli beberapa produk sekaligus. Ada juga yang membeli kesemua 8 produk untuk Lelaki dan Wanita HARMONY dan pembelian berlaku hampir setiap bulan dari orang yang sama! Ini bermakna anda akan mendapat keuntungan berkali-kali setiap kali pembeli yang sama membeli produk. Bayangkan jika anda ada berpuluh-puluh pelanggan tetap yang membeli setiap bulan. Anda akan memperolehi komisyen tanpa henti hanya dengan mengiklankan link di laman sosial anda!

Rebutlah peluang ini sementara pendaftaran agen Affiliate HARMONY™ masih dibuka.
Kami mungkin akan menutup tawaran menjadi agen seandainya jumlah agen sudah terlalu ramai!

DAFTAR SEKARANG!!


YURAN PENDAFTARAN HANYA RM50! MAHAL? NANTI DULU. TERUSKAN MEMBACA DI BAWAH..

PENDAFTARAN SEBAGAI AGEN AFFILIATE HARMONY MURAH SAHAJA, IAITU SERENDAH RM50. ITUPUN ANDA TIDAK PERLU MENGELUARKAN WANG SENDIRI, SEBALIKNYA AKAN DITOLAK DARIPADA JUMLAH PENDAPATAN JUALAN TERKUMPUL ANDA DALAM TEMPOH TIGA (3) BULAN BERTURUT-TURUT SEBAIK ANDA MENDAFTAR DAN DISAHKAN SEBAGAI AGEN AFFILIATE HARMONY™ BERSTATUS SEMENTARA.

JIKA ANDA GAGAL MENGUMPULKAN SEKURANG-KURANGNYA PENDAPATAN KOMISYEN BERJUMLAH RM50 (SELAMA TIGA BULAN BERTURUT-TURUT) UNTUK DITOLAK SEBAGAI YURAN PENDAFTARAN, JANGAN RISAU KERANA KAMI AKAN TETAP MEMBAYAR ANDA KOMISYEN TERSEBUT. NAMUN KAMI TIDAK DAPAT MENGESAHKAN ANDA SEBAGAI AGEN AFFILIATE HARMONY BERSTATUS TETAP.

Tujuan kami adalah untuk memastikan individu yang benar-benar serius dan mempunyai komitmen yang yang tinggi untuk menjadi sebahagian rakan niaga Affiliate HARMONY™. Ini kerana kami mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi memberi latihan dan tunjuk ajar kepada semua rakan Affiliate kami. 

 
Amat berbaloi untuk anda menyertai Program Affiliate HARMONY™, kerana tanpa modal awal yang perlu anda keluarkan untuk mendaftar sebagai rakan Affiliate kami. Yuran Affiliate serendah RM50 pun hanya akan ditolak daripada jumlah komisyen yang anda jana daripada jualan produk HARMONY™ dalam tempoh 3 bulan pertama.

APA TUNGGU LAGI??

JADILAH RAKAN AFFILIATE HARMONY SEKARANG!

daftar sekarang
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..