Tak perlu sampai nak amuk hanya kerana tak dapat komputer riba atau ipad.. ZZ boleh beri hadiah.. Mudah saja.. Nak tau klik saja gambar diatas..
Ini berita yang ZZ terjumpa di www.hmetro.com.my
Hanya kerana anak lelakinya enggan membelikan komputer riba
yang diminta, seorang lelaki tiba-tiba bertindak agresif dengan merantai
pagar kediaman anaknya itu sebelum mengugut mahu membakar rumah teres
dua tingkat itu di Taman Gemilang, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki berusia 40-an terbabit yang
datang bersama isteri barunya dengan bersenjatakan kapak sambil
mengarahkan anak lelakinya membuka pintu dan membenarkannya masuk.
Menurut sumber, anak lelaki suspek yang berusia 20 tahun tidur ketika bapanya datang membuat bising dan menyuruhnya membuka pagar rumah.
“Bagaimanapun, anak suspek enggan berbuat demikian kerana bapanya agak kasar sambil memaki-hamun di depan pagar berkenaan.
“Berang dengan keengganan anaknya, suspek pergi ke kereta Proton Exora miliknya sebelum datang semula dengan membawa kapak dan rantai besi lalu merantai pagar rumah berkenaan.
“Berikutan itu, mangsa membuat panggilan kecemasan sebelum polis tiba di tempat kejadian dan membawa suspek ke balai polis,” katanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara
Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan
berkata suspek kini direman hingga hari ini.
sumber: www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.