Translate in your language

Friday 29 June 2012

TAK BOLEH MAKAN LAGI, 'TOK GURU' NAMPAK..

http://2.bp.blogspot.com/-wNMOnUSikMA/TlEnisvdApI/AAAAAAAAAvU/HKDdkjcrDKs/s1600/tahfiz-ubat-jual.jpg
 Seringkali kita didekati oleh anak-anak ini untuk menjual CD, Kalendar & buku-buku agama.

Sempena Jumaat ni, ZZ nak kongsikan kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Mungkin kebanyakan kita ambil tidak peduli tentang perkara ini (termasuk juga ZZ sebelum ini..), tetapi kisah yang diceritakan oleh Profesor Madya Datin Noor Aziah, Pensyarah Undang-undang & Syarie UKM baru-baru ini selepas selesai beliau menjadi panel tetamu AKW telah menyedarkan ZZ.

Kisah pengalaman benar itu menyebabkan ZZ berfikir panjang risau juga mengenangkan nasib dan masa depan anak-anak ini, mungkin juga mereka ini anak-anak anda! 
**********************************************************************************

Kisah adik Amin (bukan nama sebenar) dalam usia 11 tahun, dan Prof Madya pada satu pagi seawal jam 6:30am di sebuah stesen minyak di Kajang.

AMIN : Makcik...beli CD, buku agama..

PROF MADYA : Adik ni datang dari mana? Tak sekolah ke?? Datang sini dengan siapa? Pagi-pagi macam ini dah berniaga pulak..

AMIN : Saya sekolah tahfiz dari Alor Staq, Kedah. Tadi ustaz yang bawak saya dan kawan-kawan lain. Saya ditinggalkan di sini untuk jual CD. Nanti ustaz akan ambik saya balik kat sini. Dia pergi hantaq kawan-kawan lain jual di tempat lain. Makcik beli laaa CD, buku-buku pun ada..(dengan nada merayu..)

PROF MADYA : Adik dah sarapan? Makcik nak makan ni, jom makcik belanja.

AMIN : Tak boleh,..ustaz dah pesan lepas jual 4 keping CD baru saya boleh makan. Makcik belilah CD ni..macam-macam ada..(merayu lagi..)

PROF MADYA : (terkejut..) Haa? macam tu ke?? Alah,..tak pe lah..tak jual 4 keping CD pun, ini makcik yang bayarkan adik makan.

AMIN : Tak boleh makcik,..(sambil memandang ke langit),..'TOK GURU' nampak...






 


1 comment:

  1. skang ni dh berleluasa kes mcm ni. pergunakan anak2 yatim utk mendptkan wang demi kepentingan diri sendiri. kesian anak2 ni. kalau kat pasar malam tu, ade yg mintak sedekah, pergunakan org tua dan kanak2 pun ade. kesian sgt2 :(

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...