 |
| gambar hiasan |
 |
| gambar hiasan |
Kisah artis terutamanya artis baru yang sanggup menggadai body kepada pengarah bukanlah sesuatu yang baru.. Sepanjang pengalaman ZZ berkhidmat di RTM pun macam-macam ragam dan kerenah artis yang terpaksa kami hadapi.. Yang mengada-ngada, gedik-gedik malah ada yang datang ke jabatan kerajaan dengan berpakaian menjolok mata. Itu si artis.. tapi tak semua.. ada yang berhemah, beretika dan tahu menjaga adab.. Tapi jangan salahkan artis je.. kalau artis sanggup menggoda pengarah dan penerbit drama /filem utk dapatkan 'job'.. sebenarnya tidak kurang juga ada pengarah dan penerbit yang turut berani beraksi menggoda ahli-ahli mesyuarat yang nak luluskan proposal masing-masing untuk dijual di stesen TV..
ZZ ~ ...rezeki tu tak putus kalau ikhlas..
Metro Ahad membongkar kisah Artis Dedah Pengarah Minta Habuan Seks...
Pantang lihat ‘pucuk muda’, pasti mahu ‘dibahamnya’.
Itu tabiat jelik segelintir penerbit dan pengarah filem atau drama
tempatan yang tergamak meminta habuan seks daripada pelakon baru sebelum
diberi peluang memperaga bakat dalam produksi mereka.
Senario itu bukan sekadar gosip atau khabar angin dalam industri
hiburan tempatan, sebaliknya disahkan beberapa pelakon yang pernah
berdepan pengalaman membabitkan maruah dan harga diri.
Difahamkan, kelompok penerbit dan pengarah miang itu dikenali di
kalangan penggiat seni, cuma tiada pihak berani membuat aduan kepada
pihak berkuasa kerana khuatir ‘periuk nasi’ mereka bakal terjejas.
Ikuti
pendedahan pelakon terbabit yang berharap ‘barah’ dalam dunia hiburan
ini dapat diatasi pada masa depan seperti diluahkan kepada wartawan
Metro Ahad.
Bekas peserta program realiti Raja Lawak musim kelima, Elly
Sarimah atau nama sebenarnya Sarimah Mohd Daud pernah berdepan situasi
menakutkan apabila seorang pengarah drama mengajaknya ke ‘bilik tidur’
ketika dia baru memulakan kerjaya sebagai artis sejak setahun lalu.
Katanya, selepas program Raja Lawak berakhir, dia menerima
panggilan daripada seorang pengarah drama yang memintanya datang ke
pejabat dengan alasan mahu berbincang mengenai tawaran berlakon.
Tanpa
syak wasangka, dia segera ke pejabat pengarah itu namun sebaik sampai,
dia terkejut apabila diminta menyerahkan tubuh sebagai syarat mendapat
kerja.
“Saya setuju berjumpanya apabila dia mahu beri saya kerja.
Namun, saya terkejut apabila dia mengajak saya mengadakan hubungan
seks. Apabila saya menolak secara baik, dia seolah-olah mencabar saya
supaya berani menyerahkan tubuh.
“Saya bertanya padanya, apakah
cara sebegini perlu dibuat untuk dapat tawaran kerja? Dia tetap berdegil
mahukan saya akur dengan permintaan itu, tapi saya akhirnya mengambil
keputusan menolak tawaran itu,” katanya ketika dihubungi.
Elly
berkata, dia tidak mahu memperbodohkan diri dengan menjual maruah
semata-mata mahu mendapat tawaran kerja atau meraih populariti dalam
masa singkat.
“Kalau mahu buat kerja terkutuk seperti itu, sudah
lama saya lakukan, tapi saya mahu mencari rezeki halal. Walaupun
pengarah gatal seperti ini menyatakan saya susah dapat kerja lain jika
tidak mengikut kehendaknya, saya tidak kisah.
“Kerjaya saya bermula dari bawah sebagai bekas peserta program realiti dan kemudian mencuba nasib sebagai pelakon tambahan.
“Biarlah
saya tidak popular atau mendapat tawaran hebat asalkan jujur dan
bekerja bersungguh-sungguh,” katanya yang pernah membintangi drama Ini
Harta Aku Punya, Biasa Je, Jejaka J dan Luka Seorang Perempuan.
Pelakon
berasal dari Taiping, Perak, ini juga pernah melalui peristiwa sama
ketika menerima pelawaan seorang lagi pengarah untuk makan malam.
Tembelang sebenar pengarah itu terbongkar apabila dia bertindak berani
memegang tangan dan merabanya.
“Dia tanya bila mahu ‘bermesra’
dengannya, sedangkan dia sudah berikan saya kerja. Saya yang tak selesa
dengan situasi itu pantas bangun dan memarahinya lalu meninggalkan dia.
“Sebelum
bergelar artis, saya pernah dengar ada orang bercerita mengenai cabaran
dalam industri hiburan ini. Apabila melalui pengalaman hitam seperti
ini, baru saya percaya ia benar-benar berlaku,” katanya.
Menurut Elly, yang penting, dia perlu lebih berhati-hati ketika berurusan mengenai sesuatu kerja.
“Jangan percaya janji manis pengarah atau produser yang mahu beri kerja semata-mata menerusi jalan mudah iaitu tidur dengannya.
“Lelaki
itu berjanji akan menyimpan rahsia apabila artis perempuan sanggup
menjalin hubungan sulit, tetapi itu hanya janji palsu.
“Seboleh-bolehnya,
saya mahu berkongsi pengalaman hitam ini dengan artis perempuan lain,
terutama yang baru menceburi bidang ini, supaya tidak menjadi mangsa,”
katanya yang bakal muncul dengan single, Ke Tepi Ke Tengah tidak lama
lagi.