Translate in your language

Wednesday, 10 April 2013

"Pil Sedap" Popular Di Kalangan Pelajar

Segelintir pelajar dikesan semakin kemaruk memakan pil khayal terkenal dengan jolokan ‘Pil Raja’ atau Pil Sedap’ berikutan ia mampu memberi igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh diri.

Gambar hiasan

Namun, agak menakutkan pil terbabit dikenali sebagai pil dexstrometorfon dan hanya digunakan untuk merawat pesakit batuk kering mampu membunuh golongan remaja jika diambil berterusan dengan jumlah banyak.

Bagaimanapun, tindakan segelintir pemilik kedai ubat berlesen menjual pil itu pada harga semurah 50 sen sebiji menyebabkan gejala tidak sihat itu mudah merebak di kalangan pelajar yang menjadikannya sebagai bahan rangsangan.

Dalam kes terbaru, sebuah kedai ubat berlesen di Damansara, di sini diserbu sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikesan menjalankan kegiatan menjual pil terbabit kepada pelajar.

Sumber bahagian Penguat kuasa Farmasi berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang minggu lalu itu, pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut ke kedai berkenaan dimiliki seorang wanita tempatan berusia 30-an.

Menurutnya, walaupun mulanya dia tidak mengaku menjual pil psikotropik berkenaan, namun semakan buku rekod kedai itu mendapati ia tidak dikemas kini dengan sempurna.

“Malah, peniaga berkenaan sebelum ini pernah dikesan membeli puluhan ribu biji pil khayal berkenaan tetapi tiada rekod ke mana pil itu diedar atau dijual.

“Apabila disoal, wanita terbabit gagal memberi penjelasan,” katanya.

Menurutnya, pil psikotropik mempunyai kesan sama seperti pil Nospan menjadi buruan remaja sekolah yang mula berjinak-jinak dunia penagihan dadah.

“Bagaimanapun siasatan lanjut menemui pek pil berkenaan siap dibungkus 300 biji setiap satu dipercayai untuk diedarkan kepada ‘orang tengah’ bertindak sebagai pengedar pil khayal itu.

Hasil pemeriksaan lebih sejam itu, pegawai penguat kuasa Farmasi merampas 5,000 biji pil khayal berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit akan disiasat mengikut Akta Racun dan jika sabit kesalahan pemilik premis berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Berdasarkan siasatan, golongan pelajar membeli antara lima hingga 10 pil terbabit dengan 50 sen sebiji.

“Mereka biasanya menelan pil antara lima hingga 10 biji sekali gus bagi mendapatkan kesan khayal dan rangsangan diingini,” katanya.

Difahamkan, pil Nospan pilihan alternatif penagih dadah berikutan ia menyebabkan individu memakannya khayal sehingga tempoh lapan jam tanpa henti.

Kebanyakan penagih dadah mengambil sehingga 10 pil Nospan berkenaan dalam tempoh sehari bagi mendapatkan kesan khayal sebelum jumlah meningkat sehingga puluhan biji dalam tempoh beberapa beberapa bulan.

Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman.

7 comments:

  1. lewat tahun '90an ia dikenali dengan nama caught dead.memang sekali telan minimum 10 biji.ia bukan setakat berkhayal tetapi mampu mempengaruhi minda sehingga sanggup membunuh.

    ReplyDelete
  2. webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan.......... Freemalaysiakini2.com

    ReplyDelete
  3. Puan, kalau nak buat pendedahan pun pastikan lah fakta tu betul. Eja nama ubat pun salah dan ubat yang di rampas tu bukan pil psikotropik ia cuma ubat untuk merawat batuk yang disalahguna. Belajarlah dulu sebelum nak mengajar orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantu betul kan yang salah ... bukan bantu kutuk ...
      Tolong menolong sesama insan ..

      Delete
  4. wow bahaya juga pil ni.....anak2 muda jauhi ia

    ReplyDelete
  5. bahaya betul ni !

    ReplyDelete
  6. itu kembali pada diri kita masing", dan yang paling penting bagaimana caranya kita beruasa menjadi yang terbaik untuk kita dan orang lain,,,

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...