Translate in your language

Saturday 13 April 2013

Makanan Yang Buat Kita "Lupa"

Sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.




Kenapa? Nanti jadi pelupa. Selain daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu dielakkan.

Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam)

Pada pandangan saya benda-benda ini seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun kurangkan kekerapan mengambilnya.

MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA

1. Banyak makan epal yang sudah masam.

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

3. Banyak makan bawang besar.

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5. Memakan kepala ikan.

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7. Makan sehingga terlalu kenyang.

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Setiap perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t.

Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.” Renung-renungkan, selamat beramal.

7 comments:

  1. assalamualaikum zamzarina....menarik info ini boleh buat peringatan...:)

    ReplyDelete
  2. Tiada hadis yang mengatakan akan kepala ikan boleh menyebabkan lupa.. harap ZZ tanya kepada ustaz ataupun orang yang lebih arif sebelum mengatakan ianya datang daripada hadis takut nti kita secara tidak sengaja berdusta atas Rasululah..

    Apa yang dinyatakan oleh ZZ Ianya kontradik dengan

    Firman Allah: “Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya saja kamu beriman.”

    “Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.” (Al-Baqarah : 168)

    ReplyDelete
  3. Kpd Anon 15 Apr 14:40,

    Hadis tu banyak. Memang ada yg palsu (maudhu'), lemah, & sahih. Bahkan dalam banyak2 hadis yg dikatakan sahih ada juga yg saling bercanggah dgn hadis2 tu sendiri apatah lagi ada yg bercanggah dgn Quran.

    Tapi jangan lupa juga bahwa manusia disuruh guna akal juga khasnya dgn mengkaji kesan2 (saintifik) makan sesuatu. Sains tu juga ada dalam Quran & dikembangkan oleh pengkaji2 seterusnya.

    Dalam hal lain, kita sebagai umat Islam juga harus pakar dalam sains (fizik, kimia, biologi), kejuruteraan, ekonomi, pendidikan, pentadbiran, kewangan, dsb. Jangan hanya terhad kpd agama.

    Ini untuk tujuan kekuatan negara Islam tu sendiri. Takkan kalau Israel ada senjata nuklear tapi kita masih guna pedang & tak tahu cipta senjata yg lebih canggih daripada tu sebab hanya tahu pasal agama.

    ReplyDelete
  4. Sy berpegang pendapat haram beramal dgn hadis yg tidak soheh.. Hadis yg soheh tidak bercanggah dgn firman Allah cuma konteksnya sahaja berbeza.. Islam n sains sentiasa seiring malah al quran telah menceritanya dgn lebih awal. Buat masa ini tiada satu pun kajian sainstifik yg mengatakan makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa atau sebagainya.

    ReplyDelete
  5. betol 2......
    kangkadang sikap kite sendiri yang membuatkan kite jadi pelupa.....
    JOM KITE MENGUNDI...

    ReplyDelete
  6. bertukar dr makanan sedap kepada makanan sihat

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...