Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul
Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran
RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi
menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.
Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23,
atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola
sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali
yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia,
Pelita Jaya FC.
Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di
Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan
dibuat pasukan Johor.
Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.
Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.
“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.
sumber: Harian Metro
Salam sis. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Tahniah diucapkan.
ReplyDeletekalau setakat jadi jaguh kampung lebih baik tak payah lah apek..kau tu lebih pada skandal kau jer...kalau kau betul-betul2 bagus, jadilah mcm Safee Sali tu..main kat luar negara sampai berjuta2 ringgit kontrak dia...barulah orang respek mcm tu..
ReplyDeletepergh.... sama standard dgn luar negara la ... klu mcm tu boleg pergi main kat liga inggeris la klu mcm nie...
ReplyDeletetu rezeki ngkau pegi le pek..buat apa tunggu lagi bila dh x leh main nak arap gaji skg leh ke kau tampung masa tua ngkau..
ReplyDeleteApek mmg terbaik lah dia mmg layak dpt lbh dr tu kerana dia main dah mcm pemain internasional
ReplyDelete