Tidak berhati perut! Seorang lelaki tergamak membelasah bekas
isterinya tanpa belas kasihan selepas gagal mendapatkan wang daripada
wanita itu, di rumahnya di Pusat Bandar Puchong, lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, lelaki berusia awal 40-an itu dikatakan ke rumah bekas isterinya di sebuah pangsapuri kos rendah di sini.
Difahamkan, pintu tidak berkunci menyebabkan lelaki itu mudah meluru masuk ke rumah dan terus mencari kelibat bekas isteri yang tinggal bersama lima anak mereka di rumah terbabit.
Saksi yang tidak mahu dikenali berkata, lelaki itu mendesak bekas isterinya memberikan wang namun tidak dituruti mangsa.
Berang tindakan bekas isterinya, lelaki itu menumbuk mangsa lebih 15 kali di muka, kepala dan belakang badan dan tumbukan turut terkena seorang anak perempuannya berusia 12 tahun.
Tidak cukup dengan tindakan itu, lelaki terbabit turut menyepak perut mangsa bertubi-tubi.
Menurut saksi, anak perempuan mangsa yang berusia 15 tahun cuba menolak bapanya yang ketika itu berada dalam bilik tidur untuk menghentikan pergaduhan kerana simpati melihat keadaan ibunya.
Katanya, apabila mangsa dapat melepaskan diri, dia terus ke dapur dan mengambil sebilah pisau untuk mempertahankan diri sebelum lelaki itu merampas kembali senjata itu dan terus membelasahnya sekali lagi.
“Lelaki itu seolah-olah gagal mengawal diri dan memukul mangsa tanpa belas kasihan. Kejadian disaksikan lima anak mangsa termasuk salah seorang yang berumur dua tahun setengah.
“Selepas puas membelasah bekas isterinya, lelaki itu dikatakan meminta maaf dan terus menghilangkan diri membiarkan wanita terbabit mengerang kesakitan,” katanya.
Sumber itu berkata, buntu melihat keadaan ibu yang sakit, anak mangsa kemudian berlari ke rumah jiran meminta pertolongan.
Difahamkan, mangsa enggan memberikan wang kepada bekas suaminya dan sanggup dipukul kerana wang simpanan yang tinggal untuk menyara keluarga hanya tinggal RM10 di dalam dompetnya.

sumber: Sinar Harian
teruknya! langsung x berhati perut. padahal bekas suami je pun. sedih la dgn dunia skang ni. manusia perlakukan wanita dgn sewenang2nya. huhuhu
ReplyDelete
ReplyDeleteLelaki tu merampas pisau dari bekas isteri nye..
tidak menggunakan nye..
Anak nye yang berumur 15 tahun tu dia tak sentuh..
Last sekali dia minta jugak maaf
Perut dia ada sikit lagi, hati sudah banyak kurang..
10 hengget yang dia tak kasi tu bukan untuk menyara tapi lebih pada protes...
tak berperikemanusiaan ..ni mesti kes dendam .. http://norazis2908.blogspot.com
ReplyDeletesemoga mereka dilindungi dan dirahmati....aminnnnn
ReplyDelete