ZZ kongsikan disini artikel yang dibaca di Metro hari ini..
Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang
suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari
di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan
komputer.
Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar
ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak
lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.
Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga
kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan
berhampiran termasuk makanan kucing.
Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer.
klu bini aq buat anak aq mcm ni mmg aku cerai je..mana lbh penting??
ReplyDelete