Translate in your language

Sunday, 2 September 2012

[MACAM-MACAM] CERAI SEBAB MALAS BASUH BAJU??






30% PERPISAHAN DI BRITAIN BUKAN KERANA SEBAB SERIUS

Sikap tidak membantu pasangan termasuk dalam kerja mengemas rumah menjadi punca perpisahan 30% suami isteri di Britain, menurut hasil kajian terbaru.

Curang kepada pasangan dan tidak sefahaman masih punca utama perkahwinan berakhir dengan perceraian tetapi isu domestik turut memainkan peranan terhadap keruntuhan rumahtangga dalam tiga daripada 10 perpisahan.


HUBUNGAN SULIT

Perbuatan isteri atau suami menjalin hubungan sulit menjadi 40% punca perceraian diikuti dengan tidak sefahaman 35%.

Faktor ketiga ialah masalah di rumah dan si isteri atau suami tidak membantu untuk mengemas rumah menjadi punca 30% perceraian, lapor Daily Express.

Tidak kira apa pun punca utamanya, tinjauan membabitkan 1000 orang dewasa bagi firma produk pencuci Vileda mendapati 56% pasangan memberi sebab isu domestik sebagai sebab utama berpisah.

Sebanyak 59% peratus responden berkata, sukar bagi mereka meneruskan hubungan apabila pasangan tidak bekerjasama mengemas rumah.

Membiarkan saja barangan atau pakaian di lantai kediaman adalah sebab paling kerap yang menyebabkan pasangan bergaduh. Perkara lain termasuk membiarkan pakaian tidak dicuci atau sekurang-kurangnya meletakkannya dalam tempat untuk dicuci.


PERKARA REMEH JADI PUNCA

Perkara remeh seperti itu yang membawa pergaduhan juga dilihat sebagai boleh menyebabkan pasangan berpisah akhirnya.

Kebiasaannya purata pasangan bergaduh mengenai perkara seperti itu adalah sebanyak tiga kali sebulan sehingga sembilan bulan sebelum bercerai tetapi ada juga pertelingkahan yang berlarutan selama dua tahun.

Selain itu, lama daripada enam orang yang kemudian bertemu teman baru mengakui mereka berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan sama.

Masalah domestik harian mungkin dianggap kecil pada mulanya tetapi jika ia berlaku setiap hari, rasa benci boleh meningkat hingga membawa kepada permasalahan lebih serius. Mungkin juga ada sebab besar lain termasuk soal duit tetapi perkara lebih kecil seperti siapa yang membasuh pakaian yang biasanya menyebabkan perpisahan.


ZZ ~ sediakan pembantu rumahtangga...




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...