Translate in your language

Saturday, 14 July 2012

SYAHDU SUARANYA SERAPUH HATINYA...


Jika pada tahun-tahun lepas sempena bulan Ramadan yang mulia, AKW meneruskan segmen ZIARAH RAMADAN pada tahun ini. Cuma jika dahulu kami ziarah ke sel-sel wanita seluruh negara, kali ini kami ke rumah warga emas.

Apa yang sangat menyentuh perasaan dan emosi kami kali ini, majoriti warga emas di sini memiliki anak-anak yang berkerjaya, berpendapatan besar, berjawatan penting,...tetapi lihatlah bagaimana disisihkan ibu bapa di tempat sebegini...

ZZ sendiri pun tak tahan sayu mendengar suara syahdu Pak Hashim di atas,..apa lagi mendengar kisah hidupnya,....anda nak tahu,..nantikan episod pertama ZIARAH RAMADAN pada AHAD, 22 Julai pukul 3 ptg di TV1, yaaa....

Semoga kisah ZIARAH RAMADAN kali ini memberi iktibar kepada kita semua yang satu hari nanti tiba pula masa kita mencapai usia seperti mereka..

ZZ ~...akan pastikan anak-anak menonton..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...