Translate in your language

Friday, 13 July 2012

SYOK SYOK TENGOK TV RUMAH KENA REMPUH LORI...




Seorang nenek nyaris maut selepas sebuah lori merempuh kediamannya ketika dia sedang menonton televisyen. Warga emas berusia 76 tahun itu sedang duduk di ruang tamu kediamannya ketika ditimpa serpihan konkrit yang melayang apabila lori berkenaan merempuh dinding rumahnya.

Dia yang cedera ringan di kepala dan menggeletar akibat mengalami kejutan dikejarkan ke hospital. Saksi pertama yang tiba di tempat kejadian, Kevin Carr berkata, dia bimbang wanita itu mungkin terbunuh.

Carr berkata, dia memandu di belakang lori itu di sepanjang Eastern Avenue di Ilford, Essex ketika ia melanggar kereta BMW yang diparkir di tepi jalan sebelum berpusing menghadap kenderaan dari arah bertentangan.

Lori itu kemudian menaiki kaki lama sebelum merempuh ke rumah berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari, Selasa lalu. Jiran mangsa, Minal Gadhavi, 38, sedang menyusukan anak perempuannya ketika mendengar bunyi rempuhan kuat itu.

Minal berkata: “Ia nyaris mengenai seorang wanita yang melalui kawasan itu untuk menghantar anaknya. Saya ingat ia akan melanggar kami,” katanya.

Carr, 52, melompat keluar dari kenderaannya dan memeriksa tiada sesiapa di dalam kereta BMW itu. Dia berkata: “Ia seperti babak gerakan perlahan. Saya dan pemandu lain berlari ke kediaman mangsa dan lelaki dalam lori berkenaan kelihatannya tidak cedera kerana dia boleh bercakap. “Saya dengar seseorang menjerit meminta tolong, tetapi saya tidak faham apa yang dikatakannya dan saya fikir dia berada di bawah lori itu.

Carr masuk melalui ruang besar di dinding, di mana lori itu merempuh rumah berkenaan dan segera membawa keluar wanita tua itu yang mengalami trauma melalui pintu depan.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Queen di Romford dengan ambulans.
 
sumber : Metro Online

1 comment:

  1. Wonderful goods from you, man. I've understand your stuff previous to and you're just extremely magnificent.
    I actually like what you have acquired here, really like
    what you're saying and the way in which you say it. You make it entertaining and you still take care of to keep it smart. I can't wait to read far more from you.

    This is really a great website.

    My web-site - click here

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...