Translate in your language

Thursday 12 July 2012

CERAI ISTERI KERANA BEZA POLITIK!!


Terkejut ZZ membaca akhbar mengenai isteri diceraikan kerana perbezaan politik..!!
 
 Ini berita yang ZZ petik daripada Sinar Harian..

KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.
 
 
 
ZZ ~ tidak wajar perbezaan fahaman politik membawa kepada keruntuhan rumahtangga..!! 

6 comments:

  1. betul tu..jangan terlalu taksub dengan politik sehingga rumah tangga terabai...

    ReplyDelete
  2. eloklah berpisah daripada dudok sebumong tido bata lainlain tupulok mipinya tak supe, lepas edah kekgi mek carilah temen hok samo-samo biru cap dacing, tido sebata mipi pong samo, buleh hidok behagia di donio. kalu bejamu gulai ajak kawe getek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha...
      Likelah...
      Ajok kawe skli...

      Delete
  3. ese tak setuju bebeno dengan mek zz ni, bagi ese kalau orang laki bini seeloknya sepahaman kerana orang laki bini 24 jam wajib bersama dalam apaapa kadaan sekalipon. kalau saorang ijo satu lagi biru elok sangatlah berpisah sabelom berlaku celaka yang lebeh serious, kita biasa dengo sangat ada orang berkata kalau tak suka kepada BN, cara OMNO perentah pindahlah ke negeri lain yang pati awak perentah, maknanya di sini perceraian itu adalah wajar sekali kerana isu ini telah diterima umum, tetapi semek zz ni ketinggalan..., kesian dia

    ReplyDelete
  4. Lagi kesian sebenarnya kat Anon 16:13. Mendahului parti politik drpd kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Mesti Anon tak kahwin lai kan..?? Sedey laaa...

    ReplyDelete
  5. Nak kata PAS tu islam dan UMNo tu sebaliknya,sebenarnya takder apa -apa agenda islam pun yg PAS nak bawak ..semuanya UMNo dah buat, dah bagus dah! nak kata dia nak buat hudud, dah terbukti dia dah gugurkan bila bersama-sama berjanji sehidup semati bersama DAP dan PKR... Dalam buku jingga, dalam menifesto PRU12 malah yg pasti menifesto PRU13pun tak disebut langsung..maka selama ini terbukti hudud hanyalah mainan atau senjata mulut untuk tarik sokongan org melayu. Rakyat doktunggu juga ,apa agenda islam yg akan dibawa dikelantan dan kedah selepas menang PRU12... tak ada apapun yg islamnya hanya bertukar orang saja duduk atas kerusi empuk...hanya serban dan jubah saja yg nampak Islamnya...dan jika dibuat perbandingan, UMNO/BN jauh lebih baik menjalankan amanah rakyat ketika berkuasa.. PAS ni hanya membawa kerosakan dan haru biru saja..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...