Translate in your language

Wednesday, 11 July 2012

VAGINA SEPERTI ANAK DARA

Senaman Kegel - duduk, kemut dan tahan nafas selama tujuh saat
Benarkah senaman kegel boleh mengatasi lemah otot pundi kencing?

Ini jawapan dan bukti yang diberi oleh ahli Fisiologi Kanan dari Prince Court Medical Centre, Neng Shahidah Sabullah, ia 100 peratus berkesan.

Walaubagaimanapun ia perlu dilakukan dengan teknik yang betul serta tempoh yang sesuai untuk tahap penyakit seseorang wanita itu.

“Jika wanita yang mengalaminya berusia dari 30 hingga 40 tahun, biasanya latihan dan amalan kegel ini perlu dilakukan secara berterusan selama tiga hingga enam bulan. “Manakala bagi yang lebih berusia iaitu dari 50 hingga ke 70 tahun tempoh masa dari empat hingga enam bulan perlu diamalkan.
“Mengapa lebih berusia lebih lama, ini kerana otot di bahagian tersebut lebih kendur dan memerlukan masa yang lebih lama untuk menguatkannya," ujar Neng Shahidah yang ditemui di Allo Paris, Damansara Perdana, sempena pengenalan duta baru Poise, baru-baru ini.


Menurut Neng Shahidah, dalam sesetengah kes, bahagian pundi kencing menjadi terlalu lemah kerana pesakit tidak mengamalkan teknik kegel yang betul. “Kadangkala pesakit tidak yakin adakah teknik yang dilakukannya betul. Jadi, sebaiknya pesakit mengikut nasihat fisioterapi dan dipantau secara berterusan. “Tempoh tiga kali dalam seminggu berserta nasihat dan contoh pelbagai teknik senaman kegel pasti memberi kesan yang positif terhadap masalah yang dialami," ujar Neng Shahidah.

Tambahnya, ahli fisioterapi juga telah diajar teknik untuk mengukur sejauh mana kekuatan otot wanita itu berubah setelah melakukan senaman kegel selepas beberapa minggu. “Kekuatan otot dikira dari satu hingga ke lima. Untuk kekuatan otot di bahagian vagina kiraan normalnya adalah tiga ke atas. Untuk pesakit lemah pundi kencing, sukatan yang kami sasarkan ialah tiga barulah mereka bebas dari kebocoran akibat terkucil dan sebagainya.

“Cara mengukur kekuatan tersebut adalah menerusi ujian mengukur kekuatan vagina. Ahli fisioterapi yang terlatih memang mengetahui sejauh mana kekuatan tersebut. “Biasanya yang lebih muda lebih kuat kerana kekuatan kolagen di bahagian tersebut. Tetapi pernah juga pesakit saya yang berusia 50 tahun berjaya mendapatkan skala lima kerana disiplin senaman dan melakukannya dengan cara yang betul," jelasnya.

Neng Shahidah berkata, ada satu kajian menunjukkan seramai 40 peratus wanita Malaysia yang berumur 48 tahun ke atas mempunyai masalah di bahagian lantai pelvik, bahagian peranakan dan juga prolaps.

“Ada juga sesetengah wanita yang berpendapat dan memilih untuk bersalin secara pembedahan kerana mahu mengelakkan masalah lemah pundi kencing. Namun, tanggapan tersebut salah sama sekali kerana masalah berkenaan sebenarnya tercetus sejak mereka mengandung lagi. “Memang setiap individu mempunyai masalah yang berbeza. Pernah seorang wanita muda baru mempunyai seorang anak telah melakukan senaman kegel dengan cara yang sepatutnya tapi masih mengalami masalah lemah pundi kencing. Setelah diperiksa, wanita tersebut sebenarnya telah mengalami kecederaan ketika melahirkan anaknya dengan cara vakum dan forcep. 

“Itu juga antara faktor penyumbang mengapa cara tersebut tidak berkesan untuk individu yang berbeza. “Bagi masalah seperti ini disarankan pesakit berjumpa dengan uroginekologi untuk memastikan masalah sebenar dan mulakan rawatan sama ada di bahagian otot atau pundi kencing yang bermasalah," jelasnya.

Selain itu Neng Shahidah juga menasihati wanita yang telah mempunyai masalah itu agar menjaga makan dan minum. Mereka tidak boleh minum minuman bikarbonat dan mengandungi kafein.
Bagi yang mengalami obesiti perlu juga mengawasi berat badan supaya tekanan daripada berat tersebut tidak memberi kesan kepada bahagian pundi kencing.

Sumber : Utusan Online

ZZ ~ guna Vagina Tightening Gel yang diformulasi saintis PhD Cambridge University..so far amat puas hati.

 

4 comments:

  1. Salam,

    Artikel menarik..

    Blog hebat ZZ sudah dipautkan di blog kami.
    Mohon jasa baik dari pihak tuan agar dpt memautkan blog kami di sini juga.

    Sekain, terima kasih

    admin@JD
    jeringdaily.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. bLOG ZZ ni dah jadi blog lucah yang sesuai untuk 18sx keatas. Sengaja dijadikan tajuk LUCAH untuk tarik perhatian.

    ReplyDelete
  3. owh selalu jugak buat senaman ini. bagus utk yg tlh beranak pinak. thanks for sharing ZZ :D

    ReplyDelete
  4. Org umno mmg suka lucah ke?

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...