Translate in your language

Thursday, 12 July 2012

ISU PERMATA.. DS ROSMAH TERLAJAK KATA??


Dua hari lepas beberapa pihak mempersoalkan tindakan DS Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri mengumumkan PROSES MERANGKA PELAN PERALIHAN sehingga menyifatkan beliau sebagai mengambilalih tugas Menteri. Ini mungkin kerana pihak tertentu tersalah atau sengaja salah tafsir petikan akhbar yang berbunyi:

"Untuk tujuan itu pihak Permata dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang dalam proses merangka pelan peralihan bagi membolehkan Kursus Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai oleh semua taska swasta di seluruh negara... semasa dalam tempoh peralihan pihak Permata akan menganjurkan kursus-kursus melatih para pelatih bagi membolehkan tenaga pengajar swasta melaksanakan Kursus Permata untuk pendidik mereka".

ZZ mengikuti dari dekat perjalanan Program Permata kerana sering dijemput membuat liputan acara melibatkan Permata. Untuk makluman, Program Permata terbahagi kepada lima pecahan utama:
1.    Pusat Anak Permata Negara - Pusat Asuhan dan Didikan Awal)
2.    Permata Pintar – khusus untuk pelajar pintar
3.    Permata Seni – Seni Koir, Seni Tari dan Seni Muzik
4.    Permata Insan – melahirkan cendikiawan Islam
5.    Perkasa Remaja – Kem Perkasa (mat rempit) dan Komuniti Perkasa

 ZZ sendiri juga telah beberapa kali mengundang DS Rosmah Mansor ke ‘Apa Kata Wanita’ untuk membicarakan isu Permata. Oleh yang demikian, penjelasan ZZ berkaitan perkara ini adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pertanyaan yang ZZ ajukan sendiri kepada Bahagian Permata, JPM.

Mengapa DS Rosmah Mansor berbuat demikian?? Mengapa beliau sendiri yang membuat saranan ataupun pengumuman yang demikian?? Adakah beliau mahu mengambilalih tugas mana-mana Menteri yang berkaitan??

Jawapannya sangat jelas.. Beliau membuat pengumuman tersebut atas kapasiti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program dan Penaung Program Permata. Isu yang disebut adalah berkaitan PERMATA.. Dah betullah beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program Permata yang membuat pengumuman tersebut.. Apatah lagi PERMATA tidak diletakkan dibawah mana-mana Menteri atau Kementerian.. PERMATA dikendalikan oleh Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri..

Apa yang diumumkan adalah Permata dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam PROSES MERANGKA PELAN PERALIHAN bagi membolehkan Kursus Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai taska swasta mulai awal tahun depan.

Kenyataan ini adalah selaras dengan Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 24 Oktober 2008 yang mewajibkan semua taska menggunapakai Kurikulum Permata secara berperingkat-peringkat.

Mengikut Dasar ini, ia akan dilaksanakan dalam dua fasa:

Fasa Pertama
Pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan di Taska Yang Dikelolakan oleh Kerajaan. Pemakaian Kurikulum Kebangsaan ini hanya terpakai bagi TASKA yang dikelolakan oleh Kerajaan atau badan-badan berkanun:

a)   Pusat Anak PERMATA Negara
b)   TASKA KEMAS yang dikelolakan oleh KEMAS, Kementerian Kemajuan Luar Bandar;
c)    TASKA Perpaduan yang dikelolakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional;

Fasa Kedua
Pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan akan digunapakai oleh kesemua taska-taska swasta. Bagi tujuan ini Permata dan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah di dalam proses untuk merangka pelan peralihan tersebut yang akan memerlukan pindaan kepada Peraturan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984. Dengan pindaan Peraturan ini, ia akan mewajibkan semua taska-taksa swasta menggunapakai Kurikulum Permata mulai tahun 2012.



ZZ ~ cakap biar dengan fakta.. jangan politikkan isu Permata.. DS Rosmah sgt ambil berat masa depan anak-anak Malaysia.. Carik lah isu politik untuk dipolitikkan..



15 comments:

  1. Untuk tujuan itu pihak Permata dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang dalam proses merangka pelan peralihan bagi membolehkan Kursus Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai oleh semua taska swasta di seluruh negara... semasa dalam tempoh peralihan pihak Permata akan menganjurkan kursus-kursus melatih para pelatih bagi membolehkan tenaga pengajar swasta melaksanakan Kursus Permata untuk pendidik mereka...

    apa salah nya, buat shj... kan baik jikalau program yang memang baik dapat diperluaskan lagi... TIDAK BAIKKAH PROGRAM PERMATA INI?

    ReplyDelete
  2. Pak cik memang sokong 100% tindakan menyeragamkan kurikulum Taska dengan kurikulum Permata...
    Pak cik tgk taska-taska sekarang seperti sudah ketinggalan zaman dengan perkembangan kanak-kanak Malaysia sekarang...
    Program Permata dapat mencungkil bakat kanak-kanak tersebut Pak Cik lihat dengan mata kepala Pak Cik sendiri...
    Cucu pakcik umur 6 tahun sudah pandai mengaji dan juga berbakat tinggi dalam nasyeed...
    Memang tanpa ragu-ragu lagi Program Permata ini sesuai untuk semua taska-taska...

    ReplyDelete
  3. ZZ,

    org yg selalu kutuk apa rosmah buat tu cuba tanya dorg apa dorg buat utk agama, bangsa dan negara?

    keje lain takde. wpun tak suka rosmah tp kalau benda baik yg rosmah buat spt Permata tu xyah le kutuk. diam sudah. kannn

    ReplyDelete
  4. biasalah 2 banyak pihak yang xkan puas hati tambahan pihak2 pembangkang so dorang akan cube sedaya mungkin untuk memutarkan belitkan sesuatu fakta..masalah org kita nie dorang xmau buat pastu org buat bkn nak support tp dok dengki n memcari kesalahan..apa salahnya kalau beliau berniat baik nak membantu rakyat?salah ke?kita rakyat malaysia sendiri jugak untung masa depan anak2 kita jugak..haila manusia

    ReplyDelete
  5. ZZ,

    lupa saya nak bgtau. Dulu saya pun tak suka rosmah sbb dgr mcm2 citer psl dia.

    tp lps jumpa dia di dinner bersama pelajar, pandangan saya pd dia terus berubah. dia sgt mesra tak mcm yg saya dgr. pastu dia sound bodyguard sbb halang saya nak amik gambar dgn dia.

    sebenarnya byk org salah fhm psl rosmah. kesian dia. kannn

    ReplyDelete
  6. ala tak kisahlah org nak kta apa pn yg pntg DS Rosmah mmg bgus.. apa yg dia buat utk kpntgn rkyt jgk. yg tak puas hati tu lntk kn diorg lah. ape yg diorg blh buat slain dripada menuduh dn memfitnah org?? itu jelh keje pembangkang.

    ReplyDelete
  7. Beliau telah menjalankan tugas beliau dengan cermelang....terpulanglah kepada orang yang nak mengata.....kerana "Action speaks louder than words"

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..sekarang ni ramai yang sudah berjaya, buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Saya rasa Permata ialah satu inisiatif baik untuk mengasuh kanak-kanak melalui cara yang lebih kreatif.

    ReplyDelete
  10. DS Rosmah dah banyak wat kebajikan tuk memajukan kanak-kanak kat negara ni..bukan mcam binik pembangkang..bawak anak join Bersih...akai x de ker?? :p

    ReplyDelete
  11. Tahniah DS Rosmah...:))

    ReplyDelete
  12. Program Permata Pintar ini memang baik untuk kanak2 kini, sebab ia dapat menguji tahap kecerdikan dan pengetahuan kanak-kanak pd zaman sekarang. ia juga dapat membantu merangsangkan otak kanak-kanak. program ini dapat menepati konsep transfomasi negara kita.

    Sebagai Rakyat Malaysia, Sokongan rakyat terhadap konsep transfomasi negara kita amat diperlukan, bersama-sama menuju ke arah berjaya dan menjadikan negara-negara yang maju dan harmoni.

    ReplyDelete
  13. well DS Rosmah.sbg rakyat Malaysia saya sgt berbangga dgn sifat DS Rosmah mengambil berat tentang anak2 di negara ini.

    ReplyDelete
  14. kalau berkaitan dgn DS Rosmah ade je yg x puas hati ngn dye kan.ape la yg dibanggakan sgt dgn fitnah2 ni.
    masuk kubur nanti jawab la sndiri.

    ReplyDelete
  15. ape yg datin dah buat ramai sgt yg benci dia ni,xpaham la aku

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...