Translate in your language

Sunday, 27 May 2012

Zamzarina bantu ibu tunggal - Kosmo

sumber: www.kosmo.com.my


ZAMZARINA muncul dengan produk untuk kesihatan peribadi, Harmony.


PENGALAMAN serta jalur hidup yang dilalui oleh pengacara serta personaliti televisyen, Zamzarina jauh membawa dirinya dalam satu episod baharu. Khalayak tahu bahawa wanita berusia 39 tahun ini sudah empat tahun mengemudi program Apa Kata Wanita. 

Sebuah program televisyen yang cenderung mempamerkan polemik yang dihadapi wanita. Rancangan yang ke udara setiap Ahad secara langsung di RTM1 pada pukul 3 petang ini juga mengangkat martabat dan perjalanan kaum Hawa.

"Sudah empat tahun saya berhadapan dengan individu yang berhadapan dengan pelbagai masalah hidup," ujar Zamzarina yang pernah menjawat jawatan akauntan sebelum berkecimpung dalam bidang pengacaraan.

Berdepan nasib malang kaum ibu tunggal sudah menjadi makanannya. Keadaan itu menyebabkan Zamzarina terdetik untuk membantu golongan berkenaan. Muncul dengan produk Harmony, Zamzarina menjelaskan, produk penjagaan kesihatan dan kosmetik itu merupakan satu usaha untuk membantu golongan wanita. Demi niat murninya itu, Zamzarina nekad meninggalkan RTM dan menumpukan perhatian kepada bisnesnya itu.

"Saya muncul dengan Harmony untuk membantu golongan ibu tunggal. Ada yang sukar mencari pendapatan malah (untuk memperoleh) RM10 sehari pun susah, itu aduan yang saya dapat. Jadi saya keluar dengan rangkaian produk Harmony di mana transaksi jualan yang diuruskan secara online. Rakan niaga Harmony yang berdaftar ditawarkan komisen sebanyak 20 peratus bagi setiap jualan yang dipromosikan melalui laman sosial masing-masing. Setiap dua minggu, rakan niaga gabungan hanya menunggu cek bayaran komisen daripada kami," ujar Zamzarina yang sudah setahun menggunakan produk tersebut.

Sedar dengan sifat malu dan tabu masyarakat setiap kali mahu membeli rangkaian produk untuk kesihatan peribadi, jualan secara online itu mampu melegakan keresahan pembeli mahupun rakan niaga.

"Berdasarkan kajian dan pemerhatian, kebanyakan polemik rumah tangga berpunca daripada masalah di ranjang. Saya sedar orang kita malu apabila bercakap tentang hal alat sulit. Apatah lagi apabila bercakap tentang kepuasan seksual. Jadi saya bersemangat untuk membantu golongan ini. Mereka tidak akan malu jika berurusan secara online kerana kita tidak tahu siapa pembelinya," terang Zamzarina yang muncul dengan lapan produk Harmony termasuk coklat yang dinamakan Intimac Choc Kasih Malam Jumaat.

"Kaum lelaki juga kurang menjaga kepentingan alat sulit mereka. Ini sebenarnya tidak adil untuk isteri. Kami mengambil berat soal ini dan keluar dengan rangkaian untuk kaum Adam," ujar Zamzarina yang merupakan penaung bagi syarikat Studio One Creative yang merupakan pengedar produk Harmony.

"Rangkaian produk Harmony adalah 100 peratus herba, halal dan selamat serta diformulasi oleh doktor Homeopati. Kami bekerjasama dengan seorang saintis lulusan Universiti Cambridge iaitu Dr. Nabisar Mustan dalam memformulasi produk Harmony," jelas Zamzarina.

Tambahnya, Harmony berhasrat menjadikan membeli secara online sebagai satu trend.

"Masyarakat kita belum menaruh banyak kepercayaan terhadap transaksi sebegini. Saya harap dengan kemunculan produk Harmony, budaya belian secara online ini akan berkembang," akhiri Zamzarina yang menyifatkan jenama Harmony tampil dengan satu program pemasaran secara bersekutu.

ZZ - membeli-belah secara online lebih mudah dan murah dan menjimatkan masa serta tenaga.. www.harmonymall.com.my ZZ menjemput rakan-rakan untuk memasarkan produk anda di Harmonymall

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...