Polis New Jersey berkata, permintaan pertama kanak-kanak itu selepas diperiksa adalah air jus dan sandwic keju panggang.
Ibunya, dikenal pasti pada Rabu sebagai Kian Workman, 38, ditemui meninggal dunia pada Selasa di atas lantai bilik tidur ibunya selepas pekerja selenggara bangunan itu terhidu bau busuk.
Disebabkan pintu berkunci, polis berkata, budak lelaki itu tidak dapat keluar dari rumah itu.
Pegawai polis, Joseph Sauer berkata, kanak-kanak itu ditemui bogel dan boleh berkomunikasi dan tidak menangis apabila Sauer menendang pecah pintu rumah.
“Hanya satu cara yang boleh menterjemahkan kanak-kanak kecil ini seperti kejadian Perang Dunia Kedua, dari khemah pemerhatian, dia begitu kurus. Maksud saya, anda boleh melihat kesemua tulangnya,” kata Sauer kepada The Associated Press.
Budak lelaki itu tidak cukup kuat untuk membuka pintu peti sejuk dan tidak dapat membuka satu tin sup.
Polis berkata, kanak-kanak itu memberitahu mereka yang dia makan dari pek berisi gula.
kesianyer...
ReplyDelete