Translate in your language

Tuesday 15 January 2013

Susu Ibu Ada Dalam Quran




Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Banyak bukti saintifik membuktikan kelebihannya berbandingan dengan susu formula, sama ada yang berasakan susu lembu atau soya.Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik. Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)
Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Memang tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah susu yang lengkap nutrisi untuk kebaikan bayi, tidak dapat ditandingi oleh susu formula sama ada susu berasaskan susu lembu atau soya.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik bagi bayi berumur satu tahun ke bawah, diikuti dengan susu formula berasakan susu lembu dan diikuti oleh susu soya.

Academi Pediatrik Amerika juga manasihatkan agar bayi diberikan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga berumur enam bulan, dan diberikan susu ibu bersama dengan makanan pejal yang lembut secara berperingkat-peringkat sehingga berumur setahun.

Adalah lebih baik jika bayi dapat disusukan sehingga berumur 2 tahun. Sayangnya ramai ibubapa yang masih memilih susu formula kerana pelbagai alasan.

Kajian di Amerika pada tahun 2008, mendapati seramai dua pertiga dari bayi di Amerika diberikan susu ibu sehingga berumur enam bulan, kemudian seramai tiga perempat dari mereka menukarkan kepada susu formula setelah mencapai umur enam bulan.

Sementara satu perlima dari bayi di Amerika diberikan susu formula yang berasakan soya. Oleh kerana susu formula tidak dapat menyamaikan kebaikan nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu, hampir semua pengeluar susu formula berlumba-lumba menghasilkan susu formula yang dikatakan lebih bermanfaat untuk menandingi susu ibu.

Sebagai contoh pengeluar susu formula menambahkan lemak asid (fatty acids) docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) untuk menyamai kandungan nutrisi susu ibu bagi meningkatkan perkembangan minda bayi.

Tetapi kebanyakan pengkaji mendapati bahawa penambahan DHA dan AA dalam susu formula tidak memberikan kesan yang baik untuk perkembangan minda berbanding dengan susu ibu.

Dr. Ahmad Qawasmi telah menggabungkan 12 kajian yang diperolehi dari Yale University, Connecticut Amerika Syarikat dan Al-Quds University di Jerusalem, Palestine untuk membandingkan bayi yang disusukan dengan susu formula tanpa penambahan asid lemak dengan bayi yang disusukan dengan susu formula dengan penambahan asid lemak. Kajian ini melibat seramai 1800 bayi dan dilakukan sepanjang tahun 1998-2005.

Dalam kajian ini bayi-bayi ini mula disusukan dengan susu formula semenjak umur satu bulan dan penilaian dilakukan apabila mereka mencapai umur setahun untuk menguji perkembangan bahasa, minda dan kemahiran motor.

Mereka mendapati susu formula berasaskan soya dan susu lembu ditambahkan dengan DHA dan AA, tidak dapat menandingi kebaikan susu ibu. Dalam kajian itu menunjukkan tiada perbezaan antara perkembangan minda seperti bahasa dan kebolehan berfikir.

Ini tidak bermakna bahawa asid lemak yang dibekalkan tidak mempunyai faedah, tetapi faedah yang diperolehi tidak menyamai bayi yang diberikan susu ibu. Lemak asid yang ditambah mungkin memberikan kebaikan kepada perkembangan penglihatan (mata) dan daya tahan melawan penyakit.



Susu ibu lebih baik dari susu formula ini kerana:
  1. Susu ibu mempunyai kesan yang sangat baik pada perkembangan mental jika diukur mengikut ‘Index Perkembangan Mental’ pada umur enam dan dua belas bulan.
  2. Susu ibu mempunyai skor yang tinggi pada ujian kemahiran pergerakan (psychomotor) pada umur enam bulan berbanding dengan susu formula.
  3. Bayi yang disusukan ibu mempunyai skor penguasaan bahasa yang lebih tinggi pada umur tiga dan enam bulan.
 Oleh itu susu ibu haruslah dianggap sebagai susu yang terbaik, walaupun pengeluar susu formula berusaha untuk menandinginya dengan menambah pelbagai nutrisi yang lain.




Rujukan:
  1. Jelliffe, Derrick B., and E. F. Patrice Jelliffe. Human Milk in the Modern World. Oxford and New York: Oxford University Press, 1978.
  2. Precht, D and J.Molkentin C18:1, C18:2, and C8:3 trans and cis fatty acid isomers including conjugated cis delta 9, trans delta 11 linoleic acid (CLA) as well as total fat composition of German human milk lipids, Nahrung 1999 43(4) 233-244
 Oleh: Dr Zubaidi | http://fikrahhalaqah.com

1 comment:

  1. Nak tambah susu ibu bukan setakat kandungan susu sahaja. Tetapi perbuatan PENYUSUAN itu sendiri pun penting juga.

    Ini bermakna susu ibu yang di pam masukan dalam botol susu tidak sama dengan ibu yang menyusukan sendiri secara terus dari payudara. Ini kerana apabila ibu mendokong atau menampu bayinya, bayi tersebut akan dekat dengan dada. Selain dari haba dari tubuh ibu bayi juga akan terdengar bunyi degupan jantung ibu. Ianya satu rima yang boleh menenangkan bayi sambil menyusu. Ibu juga di galakkan bersuara dengan lembut dan halus kepada bayi seperti berzikir atau membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi yang Islam atau nyanyian kanak-kanak (Lullaby).

    Bapa juga haruslah memainkan peranannya dengan memangku Si Ibu sewaktu Ibu menyusukan anaknya supaya ikatan kasih sayang bertambah-tambah erat di antara ketiga-tiganya. Ini penting sebab lelaki secara am hanya menganggap payu dara atau melihatnya sebagai satu organ seksual sahaja. Pandangan ini perlu dilembutkan bahawa payu dara juga ada fungsi yang lain yang lebih penting lagi iaitu untuk pembentukan awal generasi yang baru. Juga untuk menafikan sifat maskulin yang agresif dari lelaki secara semulajadi yang possessive (i.e payu dara isteri hanya untuk dia sahaja). Jika sifat ini dapat di korbankan maka insyallah ikatan bapa dan anak menjadi kukuh. Selain dari itu bau badan Bapa juga penting. (bukan bau busuk ketiak tu - tapi bau semulajadi lelaki hahahaa). Yang mana sebenarnya ada dua fungsi iaitu untuk anak sebagai ikatan bapa dan anak juga untuk si ibu. (ibu baru lepas bersalin penat dan lelah dan pengalaman sakit perit bersalin masih kuat di ingatan.. Minat untuk seksualiti suami dan isteri masih kurang. Bau semulajadi suami dapat memberikan stimulasi kepada keinginan Isteri. Bau lelaki berbeza-beza. Dalam keadaan stress atau tenang berbeza sebab tindakan kimia badan berbeza. Apabila tenag bersama isteri dan bayi maka bau badan lebih kondusif untuk si isteri)

    Suara Bapa juga haruslah di pendengarkan pada si bayi sewaktu penyusuan sebagai penciptaan hubungan antara bapa dan anak. (contohnya dalam Islam bapa azankan atau qamatkan selepas bayi lahir - Islam itu indahkan?) Kenapa mesti berhenti setakat selepas kelahiran sahaja? Maka teruskan amalan ini dan sebaiknya sewaktu penyusuan. Suara bapa haruslah kerap di perdengarkan terutamanya apabila di peringkat awal.

    Dalam keadaan optimum dan sempurna hasilnya bayi akan terus tertidur lah dengan tenang dan aman.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...