Translate in your language

Sunday, 6 January 2013

RAWATAN PARUT JERAWAT

Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat . Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri . Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan. Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.

Rawatan Awal

Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat. Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit.

Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting. Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit.

Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang berasaskan buah-buahan juga boleh mempercepatkan proses remodeling kulit. Jangan picit jerawat atau parut jerawat . Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku. Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.

Sumber: FB Zarra

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...