Batuk pada puratanya akan sembuh dalam masa 18 hari. Kebanyakan orang menjangka demam yang mereka hadapi akan sembuh selepas 7 atau 9 hari walaupun masih batuk.
Batuk yang berlarutan dan melebihi masa sembuh yang dijangkakan akan menyebabkan ramai orang mengambil antibiotik yang mendatangkan masalah kerana ia tidak dapat menghapuskan virus yang menyebabkan batuk, malah akan menyebabkan rintangan antibiotik (antibiotic resistance).
3 Bahaya Dari Batuk Yang Berterusan ialah:
Batuk yang berlarutan dan melebihi masa sembuh yang dijangkakan akan menyebabkan ramai orang mengambil antibiotik yang mendatangkan masalah kerana ia tidak dapat menghapuskan virus yang menyebabkan batuk, malah akan menyebabkan rintangan antibiotik (antibiotic resistance).
3 Bahaya Dari Batuk Yang Berterusan ialah:
- Sesak nafas. Bordetella pertussis adalah sejenis bakteria yang boleh menjangkiti tekak dan berada di situ menyebabkan batuk pada orang dewasa dan selalunya akan pulih dalam beberapa hari. Jika ia menjangkiti kanak-kanak ia akan menyebabkan batuk kokol, bila batuk kanak-kanak akan mengeluarkan bunyi ketika berusaha untuk bernafas. Jika terkena kepada bayi di bawah 6 bulan, ia perlu diberi bantuan pernafasan (respirator) yang akan mendatangkan masalah lain pula kerana bila bayi batuk, alat pernafasan akan tercabut dari mulutnya. Kanak-kanak perlu diberi vaksin untuk mengelakan batuk kokol.
- Gangguan Gaya Hidup. Jika anda batuk di waktu malam sudah tentu anda tak dapat tidur dan akan menyebabkan anda mengantuk dan letih di waktu siang. Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala, sesak nafas, berpeluh dan terkencing. Batuk boleh memalukan dan tidak dapat bercakap dengan lancar. Kawan-kawan juga akan menjauhkan diri kerana tidak tahan dengan bunyi batuk anda dan mungkin juga takut berjangkit.
- Kesan Fizikal. Batuk yang terlalu kuat boleh menyebabkan retak tulang rusuk, terutama di kalangan wanita yang bertulang lemah.Kekuatan dan kuasa batuk yang berpanjangan menyebabkan ketegangan otot sisi dada dan diafragma. Urat hidung boleh pecah. Otot dikawasan dubur dan kawasan-kawasan lain juga boleh pecah. Bekas luka pembedahan boleh terbuka semula akibat batuk yang keras. Batuk kronik sering kali merupakan isyarat penyakit yang lebih serius seperti bronkitis, batuk kering, atau kanser. Batuk yang diakibatkan oleh jangkitan virus boleh berjangkit kepada orang lain, memberikan bahaya jangkitan penyakit.
Anda mungkin perlu berjumpa doktor jika anda menghidapi demam, sakit-sakit badan, sesak nafas, berdehit atau serak bersama batuk.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.