Translate in your language

Sunday, 30 December 2012

Wanita Malaysia Paling Curang ?



Selama ini ramai orang mengira lelakilah yang paling suka curang atau menduakan pasangan. Nyatanya wanita pun tak kurang hebat melakukannya. Bahkan menurut sebuah kajian terbaru dari pengeluar kondom terkemuka dunia, Durex, wanita dari negara-negara membangun seperti Ghana, Thailand dan Malaysia yang paling suka melakukannya.
Survei online yang melibatkan 29,000 wanita dari 36 negara itu mendedahkan bahawa wanita Ghana dikatakan sebagai wanita yang paling tak setia di dunia kerana kegemaran curang mereka (62 peratus). Disusuli oleh wanita Thailand (59 peratus) dan Malaysia (39 peratus).
Dikutip dari mid-day, Jumaat (28/12/2012), kedudukan keempat dan kelima oleh wanita Rusia (33 peratus) dan Singapura (19 peratus). Namun bagi peringkat pasangan yang suka berselingkuh satu sama lain, senarai teratas pasangan Thailand (54 peratus), Korea Selatan (34 peratus) dan Malaysia (33 peratus).
Uniknya dari kajian yang sama juga mengatakan bahawa setiap lelaki Malaysia dipercayai memiliki rata-rata tiga pasangan seumur hidupnya. Walaupun begitu lelaki dari Singapura dan Hong Kong, yang dikatakan sebagai lelaki yang paling suka bertukar ganti pasangan di Asia, dengan rata-rata setiap lelaki memiliki pasangan mencapai 16 orang seumur hidup mereka.
Kajian ini merupakan sebahagian daripada Sexual Wellbeing Global Survey yang ditaja oleh Durex dan telah dilakukan sejak tahun 2006. Peserta terpilih secara rawak dengan rata-rata usia 16 atau 18 tahun ke atas dan mengikuti kajian yang dihantar Durex ke email mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...