Rata-rata suami tentu mahukan seorang isteri yang cantik, prihatin dan penuh dengan kasih sayang..
Bagi seorang lelaki di Arab Saudi, dia amat bertuah mendapat seorang isteri yang sangat istimewa dan jarang boleh dilakukan oleh para isteri yang lain.. Nak tahu sebab apa, baca kat bawah ni..
ZZ~ jangan harap dan jgn nak berangan..
Bagi seorang lelaki di Arab Saudi, dia amat bertuah mendapat seorang isteri yang sangat istimewa dan jarang boleh dilakukan oleh para isteri yang lain.. Nak tahu sebab apa, baca kat bawah ni..
ZZ~ jangan harap dan jgn nak berangan..
Arab Saudi Seorang wanita Arab Saudi yang tidak mampu melahirkan zuriat untuk suaminya telah mengambil keputusan untuk menawarkan isteri baru kepada suaminya dan sebuah kereta mewah, lapor sebuah akhbar tempatan Isnin lalu.
Wanita yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu telah mengambil langkah yang "luar biasa" dengan memilih bakal isteri yang sesuai untuk suaminya selepas dia berasa tidak mampu untuk melahirkan anak, lapor akhbar Daily Al-Bilad dan menambah si isteri berkenaan juga sanggup menaja perkahwinan baru suaminya itu.
Wanita itu juga menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada suaminya itu sebagai kejutan kepada orang-orang kampung, saudara mara dan sahabat handai mereka, tambah akhbar itu lagi.
Seorang guru wanita Arab Saudi juga pernah dilaporkan sebelum ini menaja perkahwinan kedua suaminya dengan salah seorang murid perempuannya. Guru wanita itu sanggup mengeluarkan belanja yang mahal untuk perkahwinan tersebut selepas si suami meluahkan hasrat untuk berkahwin dua.
Baru-baru ini juga, seorang lelaki Arab Saudi telah berkahwin dengan seorang murid, guru dan seorang pengetua.
Lelaki tersebut yang berusia dalam lingkungan 50 tahun tidak dinamakan oleh akhbar Arab Saudi, Okaz kerana berlaku kekacauan dalam majlis perkahwinan tersebut.
Lelaki tersebut juga telah berkahwin empat di mana isteri barunya itu bertugas sebagai seorang pegawai penyelia pendidikan dan kebanyakkannya menyelia sekolah tempat isteri-isteri lain suaminya bertugas.
Sementara itu, guru sekolah itu berkata kepada akhbar berkenaan bahawa cara dia berinteraksi dengan isteri-isteri lain suaminya itu adalah sama seperti mana dia berinteraksi dengan para pelajar dan pegawai atasan yang lain.
pengorbanan isteri yg tidak dapat dibayar walau bergunung emas sekalipun
ReplyDeletezzz harap harap suami dia ikhlas nak anak bukan sebab nak seks. Sepatutnya dia pastikan suami dia dan isteri baru bersetuju buat artificial insemination. Maknanya tak perlu buat hubungan badan untuk dapat anak. Baru namanya ikhlas nak anak. Tapi rasanya suami dia ni akan tersenyum kucing. Niat suami nak anak tu separuh sahaja.
ReplyDeleteStatement apa la yg ko kasi anonymous 15.54?? Back to Islam lah... Kl dah kawin, x buat hubungan badan , buat apa kawin.. Jgn tunjuk bodoh sangat..... Bini org tu x de hak, ko pulak yg meroyan.... Dah bini kasi, ikhlas ke tak iklas laki dia, tetap bertanggungjawab dlm soal nafkah batin... Cam x sekolah je statement... Puiii
ReplyDeletePada Kak Chah sejak bila hubungan badan dalam perkahwinan ISLAM itu WAJIB atau mesti di buat . Ada yang tak perlu seperti pasangan tua, pasangan ada penyakit seperti HIV, pasangan yang asexual.
ReplyDeleteTidak membuat hubungan badan dalam perkahwinan tidak menyebabkan ianya terbatal automatik tertapi BOLEH BATAL/BerPISAH etc jika ada aduan. Hatta kalau kedua-dua bersetuju dan tidak ada apa-apa masalah antara keduanya pun boleh juga tak buat hubungan badan dengan syarat jaga kehormatan masing-masing. Maka sebelum kata orang tak sekolah sila periksa baik-baik hukum kahwin dalam Islam. SI ANon di atas kan dah tulis minta persetujuan kedua-duanya si suami dan isteri baru.
Berbalik kepada penyataan sedara/sedari " Kl dah kawin, x buat hubungan badan , buat apa kawin." Sabagai seorang yang boleh mengelar orang lain bodoh maka saudari sudah semestinya arif bahawa bab perkahwinan dalam ISlam sangat-sangat luas dan bukan hanya terhad terhadap seks sahaja. Untuk penambahan pengetahuan sedara/sedari yang rasanya sudah tahap tertinggi biasa banyak sebab lain orang Islam kahwin dan tidak semestinya seks dan tidak perlu buat hubungan badan.
Misalnya untuk keselamatan seperti balu/janda yang dah berumur kematian suami ketika perang . Untuk mengelakkan fitnah. Misalnya anak angkat lelaki dengan emak angkatnya yang kematian suami. Nak duduk serumah tapi tak boleh sebab hukumnya bukan muhrim. (rasanya tak sampai hati mak angkat nak buat hubungan badan dengan anak angkat) Atau untuk kebajikan seperti pasangan lelaki cacat lumpuh maka si isteri boleh jaga tanpa batasan bukan muhrim. Atau anak yatim yang perlukan bantuan sara hidup misalnya. atau Pasangan terlampau muda seperti Aishah dan Rasulullah s.a.w sendiri pada awal perkahwinan mereka.
Maka apa yang di cakap oleh anon di atas tu ada juga kebenarannya. Keikhlasan suami nak anak boleh di ragui juga. Silap-silap helah je tu. Tak perlulah ludah-ludah orang atau kata BACK to ISLAM kat dia si anon di atas tu.
Pak arab yang kawin lebih. Bini2 kt malaysia yg over melatah. Kehkehkeh. Kalau dah tertulis di luh mahfuz, ikhlas ke tak ikhlas ker, seks tak seks ke tetap jd. Itu cara Allah nk uji dia.
ReplyDeletecerita yg menarik
ReplyDeleteTa tertarik pd komen2 yg mempunyai penilaian yg berbeza.