Translate in your language

Saturday, 15 December 2012

Haruan Jaga Anak Bukan Makan Anak


Menjadi ayah yang hebat tidak terhenti ketika anak baru lahir sahaja sebaliknya seorang lelaki mengambil tahu kursus keibubapaan bagi melengkapkan dan mempersiapkan diri menjadi orang tua.

Ini kerana tanpa ilmu yang betul, kita akan mengikut apa yang pernah diajar, dilihat dan sebagainya dari orang tua kita terdahulu tanpa menyedari bahawa ia sebenarnya bukanlah yang terbaik.
Ayah sebenarnya harus berperanan membangunkan citra diri sang anak khususnya tentang bagaimana menjadi seorang lelaki sejati. Sebab itulah mengasuh jati diri anak tidak hanya terletak pada isteri sahaja sebaliknya suami juga harus bertanggungjawab.

Dalam meniti arus kemodenan ini, seorang suami harus memikirkan bukan saja tanggungjawab isteri mendidik anak sebaliknya mereka sendiri perlu terlibat dalam tugas tersebut. Untuk menjadi ayah yang baik memang bukan satu perkara mudah kerana anak sering memerhatikan apa yang dilakukan.

Menjadi ayah yang baik ialah menjadi pendengar yang setia. Biarkan anak bercerita tanpa had. Wujudkan juga pertemuan secara harmonis. Ia tidak memerlukan masa yang panjang tetapi paling penting adalah kualiti tersebut.

Ironisnya, ibu bapa yang sering meluahkan masa untuk anak-anak bercerita akan membesar menjadi anak-anak yang mendengar kata dan menghormati ibu bapanya. Anak akan membesar dalam suasana yang sangat positif dan akan menghindari perilaku negatif bagi menjaga air muka ibu bapanya.

Perlahan Tetapi Berkesan
Ibarat dua orang mendayung perahu dayung, perginya tidak laju seperti bot lumba sebaliknya keduanya mesti mendayung untuk sampai ke pengakhiran. Satu ketika, ayah mungkin mendayung lemah dan anak perlu memperkuatkan dayungan.

Mereka harus berkomunikasi dengan bijak bila melalui arus-arus yang deras agar selamat sampai. Begitu juga konsep komunikasi yang harus dipraktikkan oleh seorang ayah iaitu suka bermain, terus membesar, senang meniru, kreatif dan bukan seorang dewasa.

Hubungan lebih harmonis bila ayah mampu menangani setiap permasalahan yang timbul. Tahukah anda bahawa anak akan berasa lega jika melihat sang ayah begitu bersungguhsungguh mendengar tatkala mereka bercerita. Ia seperti kelegaan emosi.

Pakar psikologi dari Universiti Havard memberitahu seorang ayah yang efektif boleh terbentuk kepada tujuh perkara iaitu masa yang sihat, menyediakan keperluan fizikal dan mental,m menerimanya adanya perubahan, menanamkan nilai-nilai moral, menanamkan hal spiritual, mengadakan hal-hal yang menyenangkan dan membantu anak mengembangkan kemampuannya dengan seadanya.

Bagaimana membina hubungan mesra antara anak dan ayah? Banyak yang boleh dilakukan termasuklah bermain bersama, membantu anak membuat (dalam erti kata lain mengajar) anak melakukan kerja-kerja rumah dan meningkatkan kualiti dan kuantiti bersama anak-anak.

Jangan sesekali menggunakan kekasaran kerana ia akan membentuk jiwa anak yang keras. Berusahalah menjadi ayah yang hebat di mata anak-anak kerana sesungguhnya mereka adalah harta yang tak ternilai harganya. 

2 comments:

  1. Setahu saya la anak-anak ikan haruan (common snakehead/Channa striata) akan di pelihara oleh Haruan Jantan dan akan di masukkan anak-anak ikan yang masih kecil ke dalam mulutnya (bukan untuk makan tapi melindung).

    Rasanya tukang buat peribahasa dan bidalan haruan makan anak ni tersilap dalam pemerhatiannya dengan menyangkakan bahawa bapak haruan makan anaknya walhal dalam keadaan sebenarnya bapak haruan itu sebenarnya melindung anak-anaknya dalam mulut.

    Maka sepatutnyalah bapa-bapa menjadikan Ikan haruan sebagai contoh ikutan dan tidak menjadikan mak haruan sebagai contoh - yang pandai nak buat telur sahaja tapi tak reti nak jaga. hahahahaah

    ReplyDelete
  2. salam

    mohon pautkan blog saya di sini

    http://mrmontero.blogspot.com/

    blog saudari RM 22 telah dipautkan di blog saya

    tkasih

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...