Translate in your language

Friday, 28 December 2012

DAFTAR di Portal Komuniti Bekerja Dari Rumah ~ eSURI

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia,

Mulai tahun 2013, APA KATA WANITA memperkenalkan Portal Komuniti Bekerja Dari Rumah iaitu eSURI (www.e-suri.com) sebagai medium mengumpulkan personaliti-personaliti Bekerja Dari Rumah di seluruh negara. Portal ini akan mula dipaparkan di segmen KERJA@RUMAH, program APA KATA WANITA mulai siaran 5 Januari 2013.

Kami juga membuka peluang kepada semua Personaliti Wanita yang sedang melakukan bisnes/perkhidmatan/kerja makan gaji dari rumah untuk dipaparkan dalam segmen KERJA@RUMAH setiap minggu. Siaran APA KATA WANITA adalah pada setiap Sabtu, pukul 11 pagi di TV1.

Untuk makluman segmen KERJA@RUMAH yang bermula pada tahun pertama program APA KATA WANITA iaitu sejak tahun 2009 telah banyak membantu usahawan wanita di rumah memperkenalkan perniagaan/perkhidmatan mereka dengan lebih meluas.

Dengan wujudnya Portal eSURI (www.e-suri.com), kami berharap dapat mengumpulkan seramai mungkin database Komuniti Bekerja Dari Rumah sebagai langkah seterusnya iaitu meningkatkan jaringan perniagaan, berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan.

Selain daripada itu, Portal eSURI (www.e-suri.com) juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat yang sentiasa prihatin dalam usaha membangunkan ekonomi golongan wanita, suri rumah dan ibu tunggal daripada keluarga berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup mereka.

Oleh itu di portal eSURI terdapat borang permohonan peruntukan 1AZAM Niaga/Khidmat dengan pelbagai pilihan pakej perniagaan dan perkhidmatan untuk menjana pendapatan. Kaum wanita yang memenuhi kriteria dan syarat boleh melengkapkan borang 1AZAM secara online di portal eSURI. Anda kemudiannya akan dihubungi oleh pihak KPWK untuk sesi temuduga.

Layari portal eSURI di www.e-suri.com untuk mendapat maklumat lanjut. Jadikan portal ini sebagai patform rujukan bagi semua yang sedang bekerja dari rumah atau bakal memulakan bisnes dari rumah.

Sekian, terima kasih.

Daripada:
SEKRETARIAT
Portal eSURI
www.e-suri.com
email: info@e-suri.com ; esuridotcom@gmail.com; akwzamzarina@gmail.com

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...