Translate in your language

Monday, 19 November 2012

Saya Yang Mahu DS Rosmah Duduk Di Tengah: Lee Chong Wei


Satu persatu fitnah dilemparkan ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh golongan-golongan tertentu yang begitu tidak senang dengan keperibadian beliau.

Walaupun pelbagai kebaikan melalui amalan kebajikan yang telah dilakukan oleh Rosmah namun ia sering kali disalah ertikan oleh pihak-pihak terbabit.

Terbaru, kedatangan Rosmah ke Majlis Perkahwinan Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dikontroversikan hanya kerana kedudukan kerusi beliau berada di tengah antara kedua-dua pengantin.

Ada dikalangan pencetus fitnah menyatakan bahawa kedudukan tempat duduk Rosmah di majlis itu adalah atas permintaan isteri pemimpin nombor negara itu sendiri.

Ada juga cerita lain yang menyatakan bahawa Rosmah telah memaksa Chong Wei untuk menempatkan beliau di kedudukan tersebut.

Lontaran fitnah sebegini ternyata dilihat sebagai sesuatu yang remeh dimana ia seolah-olah sengaja dicetuskan bagi memberi gambaran imej negatif terhadap Rosmah.

Bagaimanapun, PerakToday.com merasakan persoalan mengenai sejauhmana dakwaan yang menyatakan Rosmah memaksa Chong Wei untuk meletakkan tempat beliau di tengah-tengah hanya boleh dijawab oleh atlit negara itu sendiri.



“Saya yang mahu Datin Seri Rosmah Mansor duduk di tengah-tengah antara saya dan isteri”. Demikian jawapan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ketika ditanya mengenai kebenaran yang menyatakan beliau dipaksa untuk menempatkan Rosmah di tengah-tengah antara kedua-dua pengantin.

Namun, mampukah jawapan Chong Wei ini menutup mulut golongan-golongan yang mencetuskan fitnah ke atas Rosmah. Menurut Chong Wei, keputusan untuk meletakkan tempat duduk Rosmah pada majlis perkahwinannya adalah dibuat setelah berbincang termasuk keluarga kedua-dua belah pihak.

Katanya, Rosmah langsung tidak membuat apa-apa permintaan apatah lagi memaksa beliau meletakkkan kedudukannya di tengah-tengah sebelum datang ke majlis itu. “Dia (Ds Rosmah) pun tak ada cakap dia mahu duduk mana masa itu, so kita punya orang pun bincang bersama dengan saya lah dan kita ambil keputusan untuk buat dia duduk di tengah.

“Kita ada jemput dan dia kata akan datang tapi hari Jumaat dia cakap tak berapa sihat dan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak saja datang hari Jumaat. “Lepas Datin Seri kata tak dapat datang hari Jumaat… saya ada telefon dan ‘SMS’ dia dan jemput sendiri lagi sekali untuk majlis hari Sabtu.
 
Selepas membuat panggilan telefon berkenaan kata Chong Wei, akhirnya Rosmah setuju untuk datang sekejap ke majlis perkahwinannya pada hari Sabtu. Susulan persetujuan Rosmah untuk mengunjungi majlis perkahwinannya pada hari Sabtu, maka Chong Wei serta pihak keluarga membuat keputusan untuk meletakkan kedudukan kerusinya sama dengan kedudukan Perdana Menteri pada majlis di hari Jumaat.

“PM (Perdana Menteri) datang pada hari Jumaat kita bagi duduk tengah juga so bila Datin Seri cakap nak datang maka saya buat keputusan untuk bagi duduk tempat yang sama. “Ini bukan masalah kita bagi dia duduk tengah bermaksud ada apa-apa yang terjadi.

Menurut Chong Wei lagi, beliau tidak menyangka dengan keputusannya meletakkan kedudukan Rosmah di tengaj telah membuatkan ada segelintir pihak yang marah atau cuba membuat kontroversi.
Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana keputusan itu dibuat oleh Chong Wei sendiri serta turut mengambil kira pandangan isteri dan keluarganya.

“Tindakan kita ini atau keputusan saya ini sebenarnya atas dasar hormat kepada Datin Seri kerana beliau ada isteri kepada pemimpin nombor satu negara. “Untuk saya… saya kena hormat dia sebab bukan senang dia mahu datang majlis perkahwinan saya. “Saya tau dia sangat sibuk tapi last minit dia setuju juga untuk datang ke majlis perkahwinan saya dan saya sangat gembira.

“Datin Seri adalah antara individu yang saya hormat… memang dia pun selalu bagi sokongan dan semangat setiap kali saya ada perlawanan, jadi tak salah kalau saya nak letak dia di tengah-tengah,” katanya kepada PerakToday.com.


Terdahulu, kehadiran Rosmah ke majlis resepsi perkahwinan Chong Wei dilihat sebagai sesuatu yang mengejutkan oleh pihak pembangkang. Tanpa mengetahui perkara sebenar, terdapat dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang menabur fitnah keatas Rosmah dengan mengambil kesempatan ke atas majlis perkahwinan jaguh badminton negara itu.

Fitnah yang menyatakan, Rosmah seolah-olah mengganggu kedudukan kerusi Lee Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo hinggakan beberapa ketika sebelum ketibaan Rosmah, pasangan mempelai ini terpaksa berbual secara menunduk selang satu kerusi jaraknya!

Lebih teruk, ada diantara pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan kedudukan kerusi Rosmah dimana mereka mengatakan sepatutnya Rosmah duduk di sebelah pengantin, sama ada di sebelah Chong Wei atau Mew Choo bagi menghormati hari bahagia mereka.

Bagaimanapun perkara itu kini telah dijawab oleh pihak Chong Wei sendiri dimana beliau turut mengharap kenyataannya itu mampu menutup mulut pihak-pihak yang membuat fitnah ke atas Rosmah.

Chong Wei menambah, sepatutnya kedudukan Rosmah bukanlah satu isu yang besar kerana pihaknya sendiri yang membuat keputusan sedemikian.

sumber: Perak Today


16 comments:

  1. tuan punya badan dah bersuara

    ReplyDelete
  2. VIDEO TIPU! MUKA MCM CHONG WEI TAPI BUKAN CHONG WEI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkhakha.... Manade Chong Wei perut buncit~

      Delete
    2. mana jam omegaa manaaaa???? hahaha

      Delete
  3. puak2 penabur fitnah ni..kita cakap 'itu buah epal' memang clear buah tu warna merah & ianya epal...tapi jenis yang tak tau malu terutamanya si penabur fitnah cakap 'ini buah oren'. Mereka ni jenis yang tak tahu malu & bila dah tak betul..malunya tak tahu nak letak kat mana. Bagi la apa pun..oren tetap oren

    ReplyDelete
  4. bro.. video ni ape? besi kan... mana b oleh pakai... Tok presiden aku dah fatwa ... hampes bro...

    ReplyDelete
  5. Lee Chong Wei dah dibayar oleh Rosmah

    ReplyDelete
  6. pada aku chong wei berhak untuk mnntukan apa sja pada majlis perkahwinan dia trmasuk isu tempat dduk..dh dia yg mntak rosmah dok kat tengah nak buat mcm mna..itu yang dia nak sbab pada dia rosmah mrupakan tetamu pntg pada hari bhagia trsebut..so xprlu lah nak dijadikan isu tntang bnda ni,pmbgkang nak sbuk apesal??ni mjlis diorng ke??ke dgki sbab xdpt jmputan?ad jgk yg ckp chong wei sdh dbyar,woi korang itu chong wei,pemain badminton kelas dunia kau ingat dia bacul mcm korang ke??bdoh pnya pmbgkang!!

    ReplyDelete
  7. Kote Anwar plastik bengkok. Sebenarnya boleh diterima sebagai bahan bukti.

    Yang dia balun pun patung plastik, pun boleh diterima sebagai barang kes.

    Betulkan Mr. Karpal.

    ReplyDelete
  8. mesti malu gila semua pencacai2 pakatan yg mati-matian kata Rosmah perosak majlis majlis chong wei tapi hakikatnya chong wei sendiri yg nak Rosmah duduk di tengah2 mempelai. kenapa yg lain nak sibuk kalau chong wei pun takde masalah apasal pecacai2 sibuk dok buat cite pasal Rosmah. sememangnya Rosmah is the best that why pembangkang dengki tak sudah2.

    ReplyDelete
  9. PADAN MUKA PEMBANGKANG SIAL SEMUA KAN DAH KENA DATO LEE CHONG WEI SENDIRI YG DAH KATA YG DIA YG AJAK ROSMAH DUDUK DI TENGAH2 SO APA KE HAL KRG SEMUA NAK DENGKI AND BUAT FITNAH PASAL ROSMAH LAGI, AKU RASA PENCACAI2 ANWAR INI DAH TAKDE MODAL LAIN KOT NAK BALON ROSMAH.

    ReplyDelete
  10. nampaknyer semakin dekat kita dgn PRU semakin byk fitnah2 jahat yg dilemparkn oleh pmbgkang kpd rosmah...wlaupun hadir pada majlis kahwin lcw,x mmberi ucapan pun,bkn ada org suap makan pun tp bila nama rosmah jer trus dijadikan isu oleh pencacai2 pakatan harami nie ..cuba klau jijah omega yg ada kat tngah tu apa jadi??msti akn kluar satu artikel"jijah omega diberi penghormatan duduk diantara pengantin"..tp oleh krn rosmah dan jijah omega plak xprnh terima jemputan mcm ni maka panas la anjing2 harami ni semua...nak buat mcm mna,majlis2 kahwin eksklusif mcm ni mmg lah org xjmpt jijah omega tapi klau gay yg kahwin cnfirm2 anwar dan jijah omega dijmput...

    ReplyDelete
  11. tulah dia pakatan haram nie klu pasal bab nak memfitnah DS Rosmah mmg no 1..
    skrg kan dah malu... mana korg nak letak muka korg tu semua ha??
    tulah lain kali jgn main nak buat fitnah sesuke hati korg je!

    ReplyDelete
  12. cerita sebenarnya dorang yang nak dok kat situ jadi tak dapat so hati terbakar la...
    tapi apa pun bila kebenaran terbongkar sendri dari mulut LCW mesti pakatan rasa nak bunuh diri gantung kat pokok tauge

    ReplyDelete
  13. Untung kau Rosmah tiap hari dapat pahala..Muslimin kat Malaysia ni sangat bermurah menderma pahala kat ekau..Terutama pembangkang..Sayang sangat diorang kat Rosmah.....Sorrylah Rosmah aku tak mahu umpat ekau sebab pahala aku sikit sangat...Takut -ve lak nanti bila timbang kat akhirat.Kalau
    -ve maksudnya welcome to hell...

    Kenanga

    ReplyDelete
  14. puak PR apa kes...chong telha menerangkan sendiri..dan beliau mau rosmah berada disitu..segala tuduhan yang dilemparkan tidak berasas...pelbagai cara dilakukkan untuk memutar belit fakta untuk kepentingan politik kotor mereka

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...