“Ayah marah dan hampir dua minggu dia tak bercakap dengan 
saya. Ayah saya kata rugi saja hantar ke universiti belajar 
tinggi-tinggi, tapi akhirnya jadi pemandu bas,” kata Nur Hafiza Abd 
Rani, 32, seorang pemandu bas Nadi Putra yang memiliki Ijazah Sarjana 
Muda Sains Perniagaan Tani, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menurutnya, hampir setengah tahun dia merahsiakan pekerjaannya 
sebagai pemandu bas daripada pengetahuan bapanya kerana bimbang  
dimarahi.    “Pada mulanya hanya ibu yang tahu pekerjaan saya. Dia tidak
 memberitahu ayah yang saya bekerja sebagai pemandu bas. Pada waktu itu,
 saya bekerja dengan syarikat RapidKL sebelum bertukar dengan bas Nadi 
Putra.    “Saya terpaksa menipu ayah dengan memberitahunya bekerja 
sebagai kerani biasa di syarikat bas itu. Sepanjang tempoh itu ayah 
hairan melihat saya keluar dari rumah awal pagi sebelum waktu Subuh dan 
balik pada waktu malam.    “Ayah cakap orang kerja kilang pun tak keluar
 awal sebelum waktu Subuh. Dipendekkan cerita, rahsia saya terbongkar 
apabila ayah menghantar saya ke tempat kerja ketika motosikal rosak. 
Saya memberitahunya pekerjaan sebenar dan dia sangat marah pada waktu 
itu,” katanya.
Ibu kepada dua anak berusia dua dan enam tahun itu memiliki segulung ijazah selepas menamatkan pengajian selama tiga tahun di UPM. Sebelum itu, dia belajar di universiti sama dalam jurusan pembangunan manusia di peringkat diploma.
Sewaktu di universiti, dia bukan saja memberikan tumpuan dalam 
kuliah akademik, malah turut aktif dengan program kampus dan pernah 
menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UPM.    Nur Hafiza 
berkata, dia memiliki lesen memandu bas sebaik tamat belajar peringkat 
diploma pada 1999 selepas disarankan ibunya supaya berbuat demikian, 
memandangkan ketika itu banyak pekerjaan sebagai pemandu bas dan lori 
diiklankan di dalam akhbar.      “Waktu itu saya menerima wang biasiswa 
dan tak tahu nak buat apa dengan wang itu. Jadi, ibu menyarankan saya 
mengambil lesen motosikal dan kereta termasuk lori serta bas sebagai 
persediaan sekiranya tidak dapat pekerjaan selepas tamat belajar.
“Apa yang saya lakukan itu memang ada kebenarannya. Saya pernah cuba meminta kerja di pelbagai tempat termasuk menjadi tentera, tapi rezeki tidak berpihak kepada saya,” katanya yang akhirnya memilih kerjaya sebagai pemandu bas. Nur Hafiza yang berpengalaman memandu bas lebih 10 tahun berkata, dia sangat meminati tugas sebagai pemandu bas kerana senang dengan suasana, cara dan masa kerjanya, berbanding kerja dan suasana di pejabat.
Katanya, dia tidak berasa rugi mahupun rendah diri walaupun mempunyai ijazah sarjana muda dan bekerja sebagai pemandu bas.
sumber: Metro Online 
 

 
 
 
Orang macam ini sepatutnya diambil berkerja dengan SPAD. Dapat meningkatkan mutu perkhidmatan bas. TS Syed Hamid tolong tengok sikit........ Dia ni boleh bantu SPAD
ReplyDeleteSPAD.. aku tgk BADAN ini antara badan yg xberapa nak jalan... ntahlah...
DeleteSama lah,sy ada diploma kejuruteraan tp keja meter reader je.. Susah cri keja skrg bkn memilih
ReplyDeleteyang penting pekerjaan tu halal...mmg orang tua susah nk terima kenyataan pd mulanya..maklum lah, masuk u tp keje biasa2... lumrah hidup skrg ni jgn memilih pekerjaan......
ReplyDeletehttp://maznahyazik.blogspot.com
Saya amik course QS masa kat kolej. lepas habis belajar cuba carik apa yg kita belajar tp masa tu diorg nk yg ada pengalaman, yg baru habis belajar nie susah skit la. tp rezeki ALLAH ada mana2, alhamdulillah selepas bekerja dengan AEON Bandar utama saya ditawarkan keje sebagai PA di Company kontraktor. selepas tu saya cuba apply QS kat satu company di Pandan indah, Alhamdulillah penat lelah semasa belajar terbayar rasanya....
ReplyDelete