Translate in your language

Saturday 27 October 2012

ROSMAH MILIKI PERMATA 1BILLION - PART 2

SALAM AIDILADHA,

Ada pihak mengatakan tiada beza antara PAPN (Pusat Anak Permata Negara) dengan Taska Kemas...

Jawapan ZZ.. BENAR DAN TEPAT SEKALI..

Mengapa?? Kerana Taska Kemas telah menggunapakai kurikulum Permata sejak tahun 2009.. sekian, terima kasih..

  
Sambungan Part 1..


Keperluan mengadakan satu program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak atau di lebih kenali di peringkat global sebagai program Early Childhood Education and Care (ECEC) adalah berikutan sehingga tahun 2008, negara kita masih belum ada satu dasar yang komprehensif yang menggabungkan aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun di negara ini. Pada masa yang sama, tiada satu kurikulum kebangsaan digubal untuk mengintegrasikan aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur 4 tahun di Malaysia.

Sehingga 2012, Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) diwajibkan kepada semua pengusaha/pengasuh berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, namun demikian aspek utama KAAK memberi tumpuan kepada asuhan dan keselamatan kanak-kanak. 

Oleh itu, menyediakan program ECEC yang berkualiti adalah sangat penting bagi menentukan hala tuju ECEC di negara kita. Ini kerana pelaburan yang dibuat untuk setiap kanak-kanak yang baru lahir pada hari ini akan memberikan pulangan yang amat besar di masa hadapan. Di samping itu, program ECEC yang berkualiti adalah asas kepada pembangunan modal insan yang produktif di abad ke-21. Pada 24 Oktober 2008, kerajaan telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan khusus untuk kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun meliputi 4 komponen utama iaitu:

(i)  Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan;
(ii)   kemudahan Fizikal;
(iii)  tenaga pendidik; dan
(iv)  penglibatan Ibu Bapa.

Jika dilihat, Kementerian Pelajaran telah pun mewujudkan Dasar Pendidikan Awal untuk kanak-kanak berumur dari 4 hingga 6 tahun dan telah menyediakan Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun di bawah Akta Pelajaran 1996. Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan ini digunapakai oleh semua Pra Sekolah dan TADIKA yang sedang beroperasi.

            Memang benar TASKA KEMAS telahpun beroperasi sejak tahun 1960 dulu, walaubagaimanapun pengoperasian TASKA KEMAS ini adalah bersifat pusat jagaan sahaja. Kanak-kanak di TASKA KEMAS kebanyakkan di peringkat usia 1 hingga 4 tahun, dan mereka sebenarnya sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada pembesarannya. Pada usia ini mereka seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat di persekitarannya. Oleh itu mulai tahun 2009, melalui peruntukan yang diberikan kepada Program PERMATA, sebanyak 313 buah TASKA KEMAS telahpun dinaiktaraf di seluruh negara dan tenaga pendidiknya telah dilatih bagi membolehkan semua TASKA KEMAS menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara.

Oleh itu, jika pada masa ini dilihat pelaksanaan aktiviti di TASKA KEMAS adalah sama dengan Program PERMATA Negara adalah kerana TASKA KEMAS telahpun menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara sejak tahun 2009. Ini juga menunjukkan bahawa keberkesanan Kurikulum PERMATA Negara di TASKA KEMAS.

Adalah diharapkan dengan pemakaian Kurikulum PERMATA Negara ini, TASKA tidak lagi dilihat sekadar sebagai kemudahan untuk jagaan anak sahaja dengan penumpuan hanya diberikan kepada aspek asuhan dan jagaan tetapi turut diseimbangkan  dengan memberi perhatian yang rapi terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri dari segi pertumbuhan atau kesuburan , emosi, pemikiran dan tingkah laku.

Kurikulum PERMATA Negara tidak hanya menekankan aspek pembangunan intelek, tetapi memberi penekanan yang besar kepada pembinaan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian kanak-kanak. Di samping itu kurikulum ini juga telah mengambil kira aspek pengasuhan penting daripada Kurikulum Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah mendapat input berhubung kesihatan dan pemakanan bagi bayi dan kanak-kanak dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kurikulum PERMATA Negara juga telah dipastikan berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berteraskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Semasa  proses pembinaannya, pihak penggubal telah mengkaji dan melihat beberapa model kurikulum awal kanak-kanak Negara maju serta program asuhan dan didikan awal yang dilaksanakan di Negara mereka. Antara yang menjadi rujukan ialah:

· Kurikulum Montessori:
· Kurikulum Reggio Emilia:
· Kurikulum High Scope, Amerika Syarikat:
· Kurikulum The Under Threes and Early Learning Goals, United Kingdom:
· Kurikulum Te Whariki, New Zealand: 

Berdasarkan statistik 2007, dianggarkan juga daripada 8,841 buah TASKA ini, hanya 30% atau 2,653 buah TASKA (berdaftar dan tidak berdaftar) terletak di kawasan luar bandar yang memberikan perkhidmatan pengasuhan kepada 80,000 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun. Daripada jumlah 2,653 buah TASKA ini, sebanyak 304 buah TASKA adalah di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan bilangan kanak-kanak seramai 3,654 orang.

Oleh itu dianggarkan hampir 90% atau seramai 2,816,200 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun TIDAK mendapat pendedahan kepada apa-apa program ECEC yang mana amat kritikal bagi merangsang perkembangan awal pembangunan minda mereka. Sekiranya trend ini berlanjutan di mana hanya 10% sahaja kanak-kanak bawah 4 tahun mendapat akses kepada mana-mana program ECEC, adalah diunjurkan bahawa pada tahun 2020 bila mana Malaysia disasarkan mencapai taraf negara maju, hampir 3,399,480 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun tidak berpeluang mengikuti program ECEC. Keadaan ini menunjukkan bahawa keperluan untuk menyediakan program ECEC bagi kanak-kanak bawah 4 tahun adalah amat kritikal. Kanak-kanak ini sepatutnya diberikan pendedahan kepada program ECEC yang lebih sistematik dan terancang sebelum memasuki persekolahan secara formal.

Melihat kepada senario di atas, bertepatanlah keputusan kerajaan meluluskan Kurikulum PERMATA Negara sebagai Kurikulum Kebangsaan dan akan digunapakai di semua TASKA bagi membolehkan semua kanak-kanak di TASKA mulai tahun 2013. Dengan semua kanak-kanak di TASKA akan mendapat peluang mengikuti program ECEC yang baik dan berkualiti. 


BERSAMBUNG....


29 comments:

  1. mmg terbaik lah apa yg kak mah buat ni..ala biar lah org nak kata apa pun..aku percaya apa yg kak mah buat ni elok utk kita semua

    ReplyDelete
  2. aku setuju dgn sotong sempoi apa yg ds rosmah buat semua utk kebaikan rakyat

    ReplyDelete
  3. buat apa yg ko rasa betul DS Rosmah... aq percaya ramai yg akan menyokong ko dr belakang ... rasanya kebaikan ikhlas selalunya akan mendapat pertolongan dari Allah..

    ReplyDelete
  4. sampai bila negara kita ni nak maju klu asyik cuba memandang serong tentang apa jua yg dilakukan oleh DS Rosmah terhadap kebaikkan n kemajuan negara kita nie??? DS Rosmah boleh buat x tau je pasal kanak2 tue tp beliau tidak berbuat begitu memandangkan sifat keibuaan yg dimiliki beliau terlalu mendesak supaya menolong kanak2 di malaysia nie utk belajar

    ReplyDelete
  5. Alah bila bapa dia tak dapat 10 0/0 menyalak la anak anuar ni.......

    ReplyDelete
  6. Buat jer apa yg rasa terbaik untuk rakyat Malaysia..vote BN..

    ReplyDelete
  7. Tak etikal.

    Tak pernah dalam dunia ini orang menyerang isteri pemimpin.

    PR dah kehabisan modal. Mungkin Toh Puan Rahah pun mereka boleh tarik sekali masuk dengan membongkar pula kesalahan Tun Razak.

    Ada kah ini akan medatangkan kebaikkan sumbangan PR apabila memerintah nanti?

    Mungkin ada orang mati misteri bila PR dapat peluang memerintah.

    ReplyDelete
  8. Keep doing the right things and 1 day people which are ignorant will take notice coz good deeds are really hard to reach these days in this world of choas and corruption

    ReplyDelete
  9. Bersyukurlah kerajaan negara malaysia tengah cuba sedaya upaya nya untuk membangunkan negara malaysia dlm apa jua cara tapi sedih nya msih bnyk yg buta dah tidak paham akan kebenaranya......negara kita hmpir musnah apabila paklah mengambil alih dan sekarang kita perlu berusaha sedaya upaya untuk memulihkannya dan memenangi hati rakyat semula kerana nila setitik rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
  10. Bagus la isteri pemimpin mengambil peranan dalam menjayakan dan menolong suaminya dalam kegiatan politik nya....tidak salah dan kenapa ramai yg menentang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu pikacu bkn senang nak dpt isteri pemimpin yg rajin dan bijak mcm ds rosmah kan

      Delete
  11. DS Rosmah kami sntiasa menyokong apa yang datin buat..
    sbb kami thu apa yg datin buat semuanya utk kepentingan rkyt jgkkn..
    jgn hiraukan apa org nak kata sbb mulut manusia mmg tak blh ditutup!!
    apa yg pntg ketahuilah bahawa msh ramai yg menyokong dan berada dibelakang datin..

    ReplyDelete
  12. bukan saya nak memuji ini keyataan mmg benar ds rosmah telah banyak mebantu pada rakyat malaysia tak kira bangsa dan agama . dah bermacam-macam program yang dia telah jayakan saya merasa bangga dengan usaha yang beliau lakukan selama ini..

    ReplyDelete
  13. APA YANG DS ROSMAH BUAT ADA SAHAJA YANG TAK KENA DENGAN PEMBANGKANG TAK HABIS-HABIS RAKYAT MALAYSIA NI DENGAN HASAT DENKI YANG MERAKA ADA APA YANG DS ROSMAH BUAT INI ADALAH KEBAIKKAN KITA BERSAMA DEMI MASA DEPAN KITA SEMUA ..

    ReplyDelete
  14. Akak nampak sgt penbangkang saja nak cr pasal dgn rosanh sbb drg dengki apa yg dia buat ni dah ckp baik utk semua drg takut lah nnt rakyat semua sokong rosmah jd drg try mcm2 cara lah nak buruk kan nama rosmah

    ReplyDelete
  15. Saya sentiasa sokong apa saja yg kak mah buat sbb saya tau apa yg dia buat semuanye utk kebaikkan rakyat sbb dia mempuyai otak yg sgt pandai

    ReplyDelete
  16. Ini lah tuduhan yang paling bodoh dibuat oleh Pakatan Haram , jumlah RM1 billion yang dinyatakan agak keterlaluan , nak memfitnah tak buat analisis . Fitnah ni lama2 akan makan diri sendiri , trust me . Research buat separuh2 lepas tu pakai main hembusss je ... aiii sapa lah yang tukang goreng ni ?? Pemimpin2 Pakatan Haram patut upah 'tukang goreng' yang lebih bijak sikit . Ini belum apa2 dah kantoi , umpama 'terpancut sebelum londeh seluar' . stupiddd !

    ReplyDelete
  17. Kurikulum PERMATA Negara tidak hanya menekankan aspek pembangunan intelek, tetapi memberi penekanan yang besar kepada pembinaan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian kanak-kanak.

    tak keterlaluan jika kita kata PERMATA ni mndidik kanak2 dari semua aspek yang diperlukan pada seorang kanak2..ibu bapa sempat ke nak ajar semua ni kat kanak2??org nak bagi free ni beb!tugas mak ayah hnya hntar anak jer pegi pusat asuhan..xkn lah bnda baik mcm ni pun kita nak boikot??ni demi msa depan anak2 kita spya mereka tak tersalah pilih jalan..lgipun PERMATA ni mmbntu mngesan bakat2 awal yg trpndam dlm diri kanak2 tgk bdak2 PERMATA yg siap blh buat prsembahan lagi kat luar negara,siapa sgka budak besar tu ada bakat yg luar biasa mcm tu..tahniah kpd rosmah krn brjya mnctuskan suatu revolusi dalam pndidikan kanak2..ini yg kita nak,idea baru....

    ReplyDelete
  18. bg aq pe yg rosmah buat semuanya untuk kebaikan rakyat,dia sentiasa buat something utk membantu rakyat.
    hanya anjing2 kafir harbi dan pakatan saja yg suka menabur fitnah,mereka dengki dengan rosmah.
    dasar manusia sial yg lahanat,manusia yahudi yg hipokrit

    ReplyDelete
  19. kenapa pakatan harami nie marah sgt ngan permata??salah ke kerajaan mengambil berat pada pendidikan awal kanak2 di malaysia ni??untuk kpntngan anak2 diorng jgak,bkn kpntngan kerajaan shj..lgipun dalam bajet tu takde pulak najib ckp 1 billion tu utk rosmah..kesian aku kat pakatan harami nie,dh xde modal sgt dah nak brkempen utk parti diorng...tanda2 awal Pakatan harami akn lingkup pada PRU akn dtang,tgk saja bagaimna mereka meroyan..aku rasa satu hari x fitnah rosmah pakatan harami nie x senang duduk.....

    ReplyDelete
  20. Mereka marah dengan PERMATA sebab mereka tidak mampu untuk buat macam Datin Rosmah...Mereka hanya berjanji...Tetapi apabila rakyat menuntut janji,...mereka memberi bermacam alasan shaja

    ReplyDelete
  21. Bodohlah Haram jadah pakatan ni...Menyusahkan sahaja...PRU13 kompon kalah...Aku akan berjuang habis - habisan untuk negara tidak dirampas oleh Puak Mementingkan diri sendiri...

    ReplyDelete
  22. TASKA KEMAS telahpun beroperasi sejak tahun 1960 dulu, walaubagaimanapun pengoperasian TASKA KEMAS ini adalah bersifat pusat jagaan sahaja. Kanak-kanak di TASKA KEMAS kebanyakkan di peringkat usia 1 hingga 4 tahun, dan mereka sebenarnya sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada pembesarannya....kalau pakatan haram jadah hanya belajar berdemo sahaja lah..hahaha

    ReplyDelete
  23. Tahniah zamzarina kerana membawa isu ni kepada rakyat agar pencacai pencacai pakatan yang membaca posting ini faham apa itu permata, faham berkenaan 1 bilion untuk permata untuk apa. Puak pakatan ni mana tahu fakta dan mana rajin membaca, mereka hanya tahu menuduh dan membuat propaganda jer

    ReplyDelete
  24. Permata ini merupakan satu program yabg hebat untuk masa depan anak anak kita akan dtg.. Aku nmpak ini adalah program yng trbaik!!

    ReplyDelete
  25. Hebat !! sebanyak 313 buah TASKA KEMAS telahpun dinaiktaraf di seluruh negara dan tenaga pendidiknya telah dilatih bagi membolehkan semua TASKA KEMAS menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara.

    ReplyDelete
  26. Deyyy... pasal pendidikan awal percuma untuk kanak2 pun mau gadoh ka? akai letak kat mana? bila perkra yg kena bayaran mintak dimansuhkan itu ini, bagi percuma atau murah pun bising... menatang bangang tahap gaban versi pariah punya cacai totok najis PR.. puiiii

    ReplyDelete
  27. biar la orang dok fitnah ds rosmah,apa yang aku nampak dia tetap cool je,xde nak melenting2 bagai !

    ReplyDelete
  28. thumb up for ds rosmah ! (y)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...