Translate in your language

Saturday 20 October 2012

PERDANA MENTERI JUGA MANUSIA BIASA....


SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin. Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar media.

Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa. Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan berumput sehingga menyebabkannya terjatuh. Klip video yang menunjukkan perdana menteri itu terjatuh disiarkan berulang kali di televisyen Australia semalam.

Beberapa program berita dan media sosial juga menyiarkan klip video itu. Akhbar Daily Telegraph di negara ini turut menyiarkan berita tentang kejadian tersebut di muka depan. - AFP



6 comments:

  1. alahai kesiannya dia... jom lawat blog sy, http://solehahshamsuddin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Ala takkan lah klu dia pm n isteri pm dia tak blh terjatuh kot dia pun manusia biasa gak bkn tuhan pun

    ReplyDelete
  3. ala jatuh tu perkara biasa la...
    aku pun banyak kali tergolek..

    ReplyDelete
  4. Mcm nangka busuk jatuh je aq tgk.. Hahahaha

    ReplyDelete
  5. Nangka busuk pun x jatuh mcm minah tu tergolek wahai cik anuar aziz

    ReplyDelete
  6. alaa ....biarlah si gillard merasa makan rumput sket , apa salahnya ! mata le lain kaki kelain itu jadinya , nasib baik bukan atas simen ,

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...