Translate in your language

Monday 15 October 2012

APEK DITAWAR RM3JUTA??


Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.
Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.
Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor.

Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.

“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.

sumber: Harian Metro

5 comments:

  1. Salam sis. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Tahniah diucapkan.

    ReplyDelete
  2. kalau setakat jadi jaguh kampung lebih baik tak payah lah apek..kau tu lebih pada skandal kau jer...kalau kau betul-betul2 bagus, jadilah mcm Safee Sali tu..main kat luar negara sampai berjuta2 ringgit kontrak dia...barulah orang respek mcm tu..

    ReplyDelete
  3. pergh.... sama standard dgn luar negara la ... klu mcm tu boleg pergi main kat liga inggeris la klu mcm nie...

    ReplyDelete
  4. tu rezeki ngkau pegi le pek..buat apa tunggu lagi bila dh x leh main nak arap gaji skg leh ke kau tampung masa tua ngkau..

    ReplyDelete
  5. Apek mmg terbaik lah dia mmg layak dpt lbh dr tu kerana dia main dah mcm pemain internasional

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...