Translate in your language

Thursday 6 September 2012

APABILA MASYARAKAT ANTARABANGSA MENGAGUMI ISTERI PM !!


“Saya mengagumi sikap isteri Perdana Menteri Malaysia yang mampu menggalas tugas sebagai seorang isteri, ibu dan juga ketua dalam pertubuhan”. Demikian antara reaksi yang diberikan oleh beberapa delegasi antarabangsa yang menyertai “Forum Wanita Dalam Kepimpinan” bertempat di Shanghai, China hari ini.

Salah seorang yang ditemui, delegasi dari UAE, Nashwa Abdullah Al Qubsa memberitahu tugas wanita adalah amat berat dalam memastikan urusan keluarga berjalan lancar dan dalam masa yang sama berperanan sebagai pemimpin dalam organisasi tertentu. Justeru katanya, tugas Rosmah sebagai isteri pemimpin tertinggi Malaysia semestinya lebih banyak namun beliau masih mampu menguruskan kedua-duanya dengan baik.

“Daripada ucapan yang diberikan Rosmah sudah menunjukkan siapa sebenarnya diri beliau… saya berasa kagum kerana beliau mampu menggalas tugas sebagai isteri pemimpin nombor satu negara malah masih mempunyai masa untuk mengawal selia pertubuhan yang disertainya.

“Selain itu, saya merasakan Rosmah adalah seorang yang merendah diri apatah ketika beliau suka bergurau ketika berucap dengan mengatakan suaminya meminta beliau membuat panggilan. “Maksudnya, dalam kesibukan kita berdiskusi di Shanghai hari ini, Rosmah masih mampu membawa tugas sebagai seorang isteri… ia bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya.

Nashwa yang juga merupakan Ahli Lembaga Eksekutif, Majlis Usahawan Wanita Abu Dhabi turut menyifatkan nasihat serta saranan Rosmah dalam memperkasakan golongan wanita dalam aspek kepimpinan amat membantu beliau dalam proses pembangunan diri. Malah katanya, pemimpin di kalangan wanita boleh berdiri dan bersaing di peringkat global sekiranya mempunyai sikap yang positif selain bersedia untuk meningkatkan pelbagai kemahiran dan ilmu komunikasi.

Dalam pada itu, seorang lagi delegasi dari Washington DC, Patty Friedman Marcus merasakan golongan wanita seluruh dunia perlu menjadikan Rosmah sebagai contoh atau ikon dalam aspek kepimpinan wanita. Patty yang juga merupakan Pengarah, Asia Pacific Institute turut menganggap sikap Rosmah yang sentiasa inginkan martabat wanita sama ada sebagai isteri, ibu mahupun pemimpin dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan dipandang tinggi wajar dikagumi.

“Walaupun kewujudan wanita sebagai orang penting dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan semakin meningkat namun proses pembangunan itu masih perlu. “Jadi berdasarkan ucaptama yang diberikan Rosmah sebentar tadi, ia mampu menyemarakkan semangat peserta selain menambahkan ilmu saya untuk menjadi seorang pemimpin wanita yang berjaya tanpa sedikitpun menjejaskan keluarga.

“Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk wanita sebagai pemimpin untuk melakukan semua perkara dalam satu masa… namun saya lihat Rosmah telah berjaya dan kini menjadi inspirasi para wanita seluruh dunia,” katanya kepada Peraktoday.com.

Sementara itu, bagi Ketua Pegawai Eksekutif Pomellato, Andrea Morante turut melahirkan rasa kagum beliau sebagai seorang pemimpin lelaki terhadap Rosmah yang sentiasa mencerminkan keperibadian positif sebagai orang penting dalam organisasi. Beliau turut mengakui sikap Rosmah yang sentiasa ingin membantu membangunkan taraf wanita untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah pertubuhan mampu menjadi inspirasi kepada golongan tersebut.

“Beliau menggalas pelbagai tugas… sebagai ibu, isteri kepada Perdana Menteri, ketua dalam pertubuhan malah sekarang menjadi pendorong kepada golongan wanita lain supaya terus memajukan diri. “Peranan wanita dalam pembangunan sesebuah organisasi mahupun negara sudah tidak dapat dinafikan dan dengan wujudnya pemimpin seperti Rosmah, ia seolah-olah menyemarakkan lagi semangat juang wanita,” katanya. Menurut Andrea lagi, sikap serta keprihatinan Rosmah dalam membangunkan wanita perlu dikagumi terutama di kalangan rakyat di Malaysia.

sumber: Perak Today

9 comments:

  1. apabila dunia luar mengagumi DS Rosmah peambangkang dan anjing2 nya akn meroyan dh pnas pnggung..mereka dengki apabila jijah omega mreka tdak setanding dgn DS Rosmah..sorry to say la der,your jijah is nothing comapre wih DS Rosmah!!congratz datin..!!we love u datin!!datin adlah ikon wanita malaysia!!

    ReplyDelete
  2. salute Datin Rosmah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah ds rosmah...kerana anda adalah ikon dan sumber inspirasi wanita malaysia...dan sy jugak berbangga kerana ds rosmah berjaya mengharumkan nama negara d mata dunia....inilah ciri2 wanita yg harus d kagumi oleh kaum2 hawa d malaysia walau sesibuk mana skali pun beliau masih lg boleh mengawal selia pertubuhan yg d sertainyer.....walaupun beliau sering kali menjadi mangsa fitnah pakatan harami ia tidak pernah mematahkan semangat dan niat murni beliau.....

      Delete
  3. Satu lg pengiktirafan dari pada dunia di berikan pada DS Rosmah ini membukti beliau disegani oleh dunia dan di hormati..kebijaksaan beliau tidak dapat di pertikai lg...kaum hawa perlu menjadikan beliau roll model untuk berjaya kelak..walaupun masih ada mereka yang tidak berpuas hati dan memfitnah mereka sepatutnya mencermin diri sendiri dahulu..tahniah DS ROSMAH

    ReplyDelete
  4. Salam Sis Zamzarina. Sudah tentu apabila masyarakat antarabangsa mengagumi isteri PM, ada saja hati-hati busuk yang cemburu dengan populariti beliau.

    ReplyDelete
  5. bukan mudah menjadi isteri PM tapi ds rosmah telah membuktikan yang terbaik..

    ReplyDelete
  6. Terbaik lah datin sri mesti ramai anjing penyokong pukimak punya pkr terbakar dgn datin sri kan...

    ReplyDelete
  7. Datin sri rosmah mmg terbaik dia mengharumkan nama negara kita di seluruh dunia aku bangga gila dgn dia

    ReplyDelete
  8. Tahniah!
    Jauh beza dgn wanita pembangkang yg x tahu apa2.tahu kutuk dan cari salah org. Ds rosmah ada juga akt dan sumbangan.drpd wanita pembkg jadi kera sumbang

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...