Translate in your language

Monday 27 August 2012

TEMBAK ANAK SENDIRI DISANGKA MONYET!


Seorang petani di selatan Nepal, menembak mati anak lelakinya berusia 12 tahun kerana disangka seekor monyet mahu mencuri tanamannya, kata polis semalam.
 
Chitra Bahadur Pulami memanjat pokok untuk menghalau monyet yang sering mengganggu keluarga mereka tetapi bapanya, Gupta Bahadur, 55 ternampak budak lelaki itu lalu melepaskan tembakan kerana menyangka anaknya itu adalah haiwan berkenaan.

Deputi Superintenden daerah Arghakhanci, Arun Poudel berkata, “Anak lelakinya itu menyorok di atas pokok di kebun mereka untuk menghalau monyet yang sering ke situ untuk mencari makanan di ladang jagung.” Katanya, kanak-kanak lelaki itu mati serta-merta selepas Gupta melepaskan tembakan. Siasatan awal kami mendapati, bapanya tidak sedar anak lelakinya itu pergi ke ladang jagung untuk menghalau monyet,” katanya.

Arun berkata, Gupta kini dalam tahanan polis dan senjata yang digunakan ketika menembak anak lelakinya itu, turut dirampas.

Tiga spesies monyet, berasal dari Nepal iaitu Rhesus dan Assam dan lotong biasa dianggap suci dan petani biasanya akan cuba menakutkan haiwan itu tanpa mencederakannya dari ladang mereka.

“Saya hanya sedar mengenai kesilapan saya apabila anak lelaki saya jatuh dan tersangkut di dahan pokok,” kata petani itu. - AFP




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...