Translate in your language

Friday 10 August 2012

PRODUK HARMONY TEMBUSI PASARAN TIMUR TENGAH


Alhamdulillah, berkat Ramadhan rezeki ZZ dan Harmony bertambah murah. Semalam termeterai sudah produk Harmony akan dipasarkan di Timur Tengah mulai September ini. (tarikh sama dengan hari lahir hubby..)


Dengan pelantikan sebuah syarikat pengedaran barangan farmaseutikal terkemuka di Kuwait dan Timur Tengah sebagai agen tunggal maka hasrat ZZ untuk memasarkan produk Harmony di sana tercapai. Alhamdulillah kerana ini merupakan langkah permulaan buat ZZ mengembangkan sayap ke pasaran global apatah lagi memandangkan produk Harmony yang baru berusia 4 bulan.

Mulai September ini, pengguna di Kuwait khususnya dan Timur Tengah amnya boleh membeli produk Harmony dirangkaian farmasi terkemuka di sana. Buat permulaan ini, hanya Vagina Tightening Gel yang dapat dipasarkan disana. Produk-produk lain akan menyusul kemudian.


Untuk makluman para pembaca, kesemua rangkaian produk Harmony merupakan hasil penyelidikan saintis tempatan dan dikilangkan secara Islamik di dalam negara. Ia selamat digunakan tanpa mengandungi bahan terlarang mahupun racun berjadual. Inilah merupakan faktor utama penerimaan produk Harmony di pasaran Timur Tengah.

InsyaAllah, selepas Aidilfitri ini ZZ akan mengadakan misi memasarkan produk Harmony ke beberapa negara Asia Tenggara terutamanya Brunei, Singapura dan Indonesia. Kepada rakan-rakan usahawan di Brunei, Singapura dan Indonesia yang berminat bolehlah menghantar email kepada zamzarinazambri@harmony.com.my untuk membuat temujanji bersama ZZ di sana nanti.

ZZ juga ingin memaklumkan bahawa tawaran menjadi pengedar dan stokis masih dibuka untuk mereka yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi tol free 1-300-22-7622, 012-6229970 atau info@harmony.com.my


ZZ ~ terima kasih atas doa dan sokongan semua


   
 




1 comment:

  1. Wah! Tahniah Kak ZZ. Org msia pun kena cuba produk nih! Dah internasioanal!!

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...