Pasti ramai antara kita yang dah bergelar pakcik makcik pernah buat kapal terbang kertas masa kecik-kecik dulu..
Pastu ramai pula yang bercita-cita nak jadi juruterbang..
Tapi macam mana pula bila orang dewasa buat kapal terbang kertas yang bersaiz dewasa..
Selalunya, kapal terbang kertas ini hanya minat dibuat oleh budak-budak
sekolah, namun kali ini, satu pasukan designer dan pakar pesawat telah
merancang dan mereka bentuk sebuah pesawat kertas terbesar di dunia yang
terletak Arizona, Amerika Serikat. Panjang pesawat tersebut adalah 13.7
meter dan mempunyai lebar sayap dalam 7.3 meter.
Kapal terbang kertas tersebut melakukan penerbangan sulungnya dengan
cara ditarik 4,000 kaki ke langit oleh sebuah helikopter. Kapal terbang
kertas itu kemudiannya melayang di atas ruang udara Tucson, Arizona,
dengan kepantasan sekitar 98 batu per jam (157km/j) sebelum kembali
semula ke Bumi.
ZZ ~ terkenang semasa duluuuu...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.