Translate in your language

Friday 6 July 2012

TALAK 3 GARA-GARA FACEBOOK!!!

 

Hari ini ZZ nak ingatkan kita semua jangan terlalu taksub dan leka kalau ber-FACEBOOK. Gunakan teknologi dengan niat dan cara yang betul untuk mendapat faedahnya.

Dalam episod APA KATA WANITA hari ini (JUMAAT, TV2, PUKUL 1PM), yang telah dirakam pada Ahad lalu, ZZ dikejutkan dengan beberapa fakta tentang masalah Facebook dalam meruntuhkan perhubungan suci rumahtangga.

Dua panel - Tn Haji Hushim Salleh, Pakar Kaunseling Rumahtangga & Azli Paat, Pakar Teknologi Maklumat dijemput ke studio bagi topik - FACEBOOK PUNCA KERUNTUHAN RUMAHTANGGA! Kisah cerai-berai yang berpunca Facebook ni tak payahlah ZZ ulas panjang,..balik-balik kisahnya sama je, berulang-ulang.

Tapi beberapa hasil penyelidikan oleh Azli Paat:
  • MALAYSIA ADALAH NEGARA KE-16 TERTINGGI DI DUNIA DALAM PENGGUNAAN FACEBOOK WALAUPUN DENGAN JUMLAH PENDUDUKNYA SEKITAR 27 JUTA SAHAJA.
  • MALAYSIA JUGA NEGARA PALING JUARA DI DUNIA DALAM JUMLAH 'FRIENDS' YANG DIKUMPULKAN. NATURE SIKAP RAMAH-TAMAH DAN SUKA BERSEMBANG ORANG MALAYSIA MENYEBABKAN SESIAPAPUN YANG 'ADD' AKAN KITA 'APPROVE' SEWENANG-WENANGNYA.
  • MANUSIA KINI MENJADIKAN LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK, TWITTER, BLOG SEBAGAI KPI KEHIDUPAN. BERAPA RAMAI FRIENDS? BERAPA JUMLAH FOLLOWERS?? BERAPA JUMLAH PAGEVIEWS??? SIAPA BLOGGER LEBIH HEBAT? LEBIH POPULAR??
  • MELIHAT TELEFON BIMBIT BERGETAR ATAU BERKELIP-KELIP MEMBERI 'ADRENALINE RUSH' KEPADA PEMILIKNYA. PERASAAN YANG SAMA KALAU DULU-DULU KITA TANGKAP GAMBAR DAN HANTAR KE KEDAI UNTUK CUCI, BILA TIBA SAAT NAK AMBIL GAMBAR DAN TENGOK TU,..PERASAAN 'EXCITING' SEMACAM INILAH YANG DIRASAI.
  • BANYAK LAGI,...NAK TAU KORANG KENALAH TONTON AKW TGH HARI INI DI TV2 PUKUL 1 PM. (KHAS UTK ORG POMPUAN JE LAH SBB LAKI-LAKI PEGI SOLAT JUMAAT KAN??)


Dalam pada itu, ZZ juga nak kongsi satu antara kisah cerai-berai ni berpunca daripada FACEBOOK yang diceritakan oleh Fara, Asst Producer (AP) di AKW.

"Kesian Kak Zam..., kawan saya sama belajar dulu baru diceraikan talak 3 sekaligus. Anak baru dua, sorang umur setahun setengah, yang kecik baru 6 bulan..Puncanya suami dia kantoi dengan dia sbb bercinta dalam Facebook dengan student UiTM. Kawan saya ni bila dah tahu, ambil langkah berjumpa dengan budak student tu, bagitaulah jangan ganggu rumahtangga dia. Alih-alih, bila suami dia dapat tahu yang dia pergi jumpa 'girlfriend UiTM' dia tu,..nak marah punya pasal, ringan je mulut dia lafazkan CERAI TALAK 3!!"

ZZ dengar kisah benar ni pun rasa sakit hati sangat. Apalah lelaki dan para suami zaman siber ni..Senag-senang menganiaya kaum wanita!!

ZZ ~ Bak kata Azli Paat, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata masih boleh diputar-belit, tapi kalau dah terlajak tekan 'ENTER',...hmmm...lu tanggunglah sendiri akibatnya!!

6 comments:

  1. minta dijauhkan dengan perkara begini..

    ReplyDelete
  2. mohon dijauhkan.. tapi biarlah dicerai daripada menanggung sakit hati yang tidak berkesudahan. suami curang buat ape nak mempertahankan lagi.

    ReplyDelete
  3. semoga dijauhkan dari kita semua. mmg bahana social networking ni if disalahgunakan.

    ReplyDelete
  4. Salah pompuan gak... I mean student uitm tu...

    ReplyDelete
  5. Terimakasih atas penulisan ini. Semoga menjadi peringatan kpd semua yg beriman pada Allah. Hanya Allah yg tahu betapa peritnya kesakitan yg dilalui oleh seseorang yg dicurangi oleh suami atau isternya.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...